Anda di halaman 1dari 2

CATATAN REFLEKSI

1. Isu / Perkara yang difokus


RUNNINGMAN (ENGLISH EXPLORACE)
Projek ini merupakan kerjasama dengan pelajar internship pengkhususan
bahasa inggeris. Pelbagai kemahiran baru dalam mengendalikan permainan bahasa
diperoleh selepas menjayakan aktiviti ini.

2. Analisis isu / perkara yang difokus :
2.1 Kekuatan
1. Projek ini mampu mengeratkan silaturrahim antara para peserta pertandingan
sama ada antara ahli kumpulan masing-masing, mahupun antara kumpulan
yang lain. Ia juga mampu menguatkan hubungan antara guru-guru dan guru
dengan murid.
2. Projek ini mempromosikan daya saing yang sihat antara murid dalam setiap
permainan. Ini adalah kerana, mereka berlumba-lumba untuk mengatasi
pencapaian kumpulan yang lain dalam mengumpul markah dan untuk tampil
sebagai juara secara adil.
3. Projek ini membantu dalam menambahkan ilmu pengetahuan murid dalam
bahasa Inggeris dari segi kosa kata, peribahasa, dan juga penggunaan
bahasa Inggeris dalam perbualan harian.
2.2 Kelemahan
1. Projek ini memakan perbelanjaan yang agak besar kerana memerlukan
pelbagai bahan yang agak mahal untuk membina instrumen-instrumen atau
bahan bantu mengajar.
2. Projek ini memerlukan tenaga kerja yang agak banyak dalam penyediaan
bahan-bahan bantu mengajar bagi setiap stesen di dalam pertandingan
tersebut.
3. Cadangan Penambahbaikan :
1. Pembinaan tikar dam ular gergasi memakan masa, tenaga kerja dan wang
ringgit yang banyak. Hal ini mampu diatasi dengan cara membeli atau
mengupah khidmat pembuatan kain rentang yang sudah ada di pasaran.
2. Penggunaan kawasan yang luas dapat dikecilkan secara menggunakan
ruang dewan dengan sebaiknya ataupun menukarkan jenis permainan
kepada yang lebih praktikal dan memerlukan kawasan yang kecil.
CATATAN REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai