Anda di halaman 1dari 38

INTEGRASI DAN

PERPADUAN NASIONAL
- Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga
negara dapat disalurkan untuk memajukan
negara daripada digunakan untuk menyelesaikan
masalah yang wujud daripada kepelbagaian
tersebut
- Perpaduan boleh didefinisikan sebagai satu
proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan yg terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik.
- Di Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan setiap
kelompok mempunyai budaya, bahasa dan
kepercayaan masing2.
KAWASAN MAJORITI ETNIK
Semenanjung Malaysia Cina, Melayu dan India
Sabah Kadazan-Dusun, Cina dan
Melayu
Sarawak Dayak (Dayak Iban, Dayak
Bidayuh, Dayak Ulu),
Melayu-Melanau dan Cina
- Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
terdapat pernyataan tentang kewujudan 40 suku
etnik di Malaysia, iaitu lebih kurang 20 suku di
Sabah dan 20 suku di Sarawak.
- Pada zaman pra kemerdekaan, pengsingan kaum
sanga ketara. Sebahagian besar faktor yg
menyebabkan jurang ialah dasar pecah dan
perintah yg diamalkan oleh British semasa
penjajahan.
- Jurang ini wujud bukan sahaja antara kaum
bumiputera dan bukan bumiputera, malahan
dalam kaum itu sendiri, antara golongan kaya
dengan golongan miskin, antara wilayah dengan
wilayah lain, terutama wilayah maju dengan
wilayah yg lebih mundur.
- Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep
perpaduan dan integrasi seperti proses asimilasi,
amalgamasi dan pluralisme.
- Asimilasi ialah proses perpaduan satu hala yang
akan menghasilkan kelompok dengan satu
budaya, satu bahasa dan satu agama.
- Amalgamasi pula ialah proses perpaduan yg
melibatkan percantuman biologi (perkahwinan
campur). Proses ini mewujudkan kelompok baru
dengan budaya baru.
- Pluralisme merupakan satu proses perpaduan yg
membenarkan setiap kelompok yg terlibat
mengekalkan budaya masing2 di samping
membentuk perpaduan.

PENDEKATAN INTEGRASI DI MALAYSIA
- Untuk mencapai perpaduan dan integrasi di
negara ini, Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat telah
ditubuhkan.
- Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat ini ditubuhkan
pada 27 Oktober 1990

Objektif kementerian tersebut:
1. Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan
integrasi nasional
2. Memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat
3. Membangun dan mengintegrasikan masyarakat Orang Asli
4. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam
pembangunan negara
5. Menyelaras program kependudukan dan pembangunan
negara

- utk melaksanakan usaha kementerian ini, beberapa
jabatan ditubuhkan spt Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal-Ehwal
Orang Asli, Jabatan Hal-Ehwal Wanita dan Yayasan
Kebajikan Negara.
- Jabatan yg penting untuk merealisasikan
perlaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan
Negara. Jabatan ini ditubuhkan pd tahun 1969.
- Jabatan ini telah diletakkan di bawah
Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat pd 27 Oktober 1990.
- Jabatan Perpaduan Negara merupakan sebuah
agensi pelaksana yg dipertanggungjawab utk
membantu kerajaan memelihara, meningkat dan
mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat yg
berbilang kaum di negara ini.

- Piagam jabatan ini Komited utk mendukung
hasrat negara utk melahirkan satu bangsa
Malaysia yg bersatu padu, hidup harmoni,
bantu membantu, penuh dengan semangat
muhibah dan penyayang.
- Jabatan ini mengandungi beberapa bahagian
yg berperanan penting utk melaksanakan
program perpaduan spt Bahagian Pengurusan,
Bahagian Rukun Tetangga, Bahagian
Hubungan Kaum, Bahagian Penyelidikan
Etnososial, Bahagian Integrasi Nasional dan
Bahagian Perpaduan Negara

- Bahagian Perpaduan Negara berperanan untuk
memperkukuhkan semangat patriotisme, perpaduan dan
cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia yg berbilang
kaum.
- Ia sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 utk
mewujudkan bangsa Malaysia yg bersatu padu.
- Bagi memastikan kejayaan ini, beberapa aktiviti telah
dilancarkan spt:
a) penerbitan mengeluarkan beberapa penerbitan spt
majalah Muhibbah, akhbar Jiran, Permata Hatiku (Antologi
Cerpen Remaja Perpaduan), Warisan (Antologi Cerpen
Perpaduan) dan lain2
b) Hari Perpaduan disambut pd 16 September setiap
tahun bertujuan mengingatkan rakyat betapa pentingnya
semangat perpaduan dan patriotisme demi kestabilan dan
kesejahteraan negara.
c) Kempen Galakan mengkibarkan Bendera Malaysia
d) Pertandingan Koir Lagu Patriotik
e) Pertandingan menulis cerpen dan fotografi perpaduan
f) Pertandingan mewarna lukisan perpaduan.

- Bahagian Hubungan Kaum- berobjektif membantu
pengurusan jabatan dalam menasihati kerajaan
mengenai isu2 perhubungan kaum.

- Bahagian Integrasi Nasional bertanggungjawab
melaksanakan program2 yg telah dilaksanakan utk
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang nilai2
murni kemanusiaan.
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
- Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah terutama
bagi sebuah negara spt Malaysia yg mempunyai
pelbagai kaum.
- British memperkenalkan dasar pecah dan perintah di
mana di bawah sistem ini, kumpulan2 etnik terbesar
iaitu Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut
tempat tinggal dan pekerjaan masing2.
- Org Melayu tinggal di kawasan kampung mengerjakan
sektor pertanian, menangkap ikan dan kerja2 kampung
yg lain. Hnya sebahagian kecil sahaja yg tinggal di
kawasan bandar, iaitu yg terlibat dlm sektor
pentadbiran, terutama dalam bidang perkeranian.
- Kaum Cina, kebanyakan mereka tinggal di
kawasan bandar menjadi peniaga ataupun
tinggal di kawasan perlombongan
mengerjakan lombong2.
- Kaum India pula ditempatkan di estet2 utk
mengerjakan ladang2 getah dan kelapa sawit.
Pengasingan tempat tinggal menyebabkan
sistem pendidikan setiap kaum juga
dipisahkan.
MASALAH-MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA
- Masalah perpaduan yg serius bila tercetus rusuhan etnik pd 13 Mei
1969.
- Ini hasil kesan dari dasar pecah dan perintah yg dijalankan oleh
British

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL/PENEMPATAN
- Selain dari fungsi ekonomi, beberapa fakta boleh dikira sebagai
faktor pemisah tempat tinggal:
a) Psikologi, mereka rasa lebih selamat utk tinggal berdekatan
dengan kenalan, rakan2 dan saudara-mara mereka
b) kurang memahami budaya, agama, adat resam dan pantang
larang kaum2 lain menyebabkan mereka takut utk tinggal dlm
kelompok kaum lain kerana takut tercetusnya perselisihan
c) akibat dasar dan perintah yang dilaksanakan oleh British utk
kemudahan mereka. British tidak bercadang utk menyatupadukan
ketiga-tiga kaum kerana ia akan membahayakan kedudukan mereka
dari segi politik dan ekonomi.

PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
- Aktiviti ekonomi yg berbeza hampir tidak memungkinkan
setiap kaum utk bertemu dan bergaul. Jika ada pertemuan
pun hanya apabila mereka ini berurusan perniagaan dan
perkhidmatan kerajaan. Pertemuan ini tidak dapat
membantu setiap kaum utk memahami budaya dan adat
resam kaum2 lain.

PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
- Sistem pendidikan yg ditinggalkan oleh British
meninggalkan masalah, wujud kepelbagaian sekolah
mengikut kaum dan tempat tinggal masing2
a) bagi pelajar Melayu, 2 jenis sistem pendidikan
dibenarkan, iaitu Sekolah vernakular Melayu ataupun
beraliran Inggeris. Sekolah beraliran Inggeris hanya utk
golongan bangsawan. Pelajaran di sekolah2 Melayu
hanyalah berbentuk pendidikan asas sahaja kerana mereka
tidak digalakkan menjadi terlampau pandai.
b) Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di
estet2. Guru2 dibawa dari India dan tidak ada
pelajaran di peringkat menengah dalam bahasa
Tamil
c) Orang2 Cina pula membawa guru2 dan buku2
teks dari negara China. Pelajar Cina lebih
mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan
sosial yang berlaku di negara China berbanding di
Tanah Melayu.
- Penduduk di Sabah dan Sarawak memang tidak
dibenarkan oleh keluarga Brooke kerana dengan
cara ini ia akan memusnahkan kebijaksanaan
semulajadi mereka

FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YG BERBEZA
- Fahaman politik setiap kaum juga sgt berbeza, bagi
kaum2 Cina dan India, hal2 yg berlaku di negara asal
mereka adalah lebih penting dari Tanah Melayu.
- Setiap kaum sentiasa berusaha utk memastikan
pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing2
dengan menggunakan media2 dan saluran2 spt
pendidikan, program keagamaan, akhbar dan
persatuan2 sosial.
- Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara
org Cina dengan Jepun di negara China. Ramai org Cina
di Tanah Melayu terdorong utk kembali semula ke
China utk membantu saudara mereka. Apabila
fahaman komunis berkembang di China, fahaman
tersebut mudah menular di kalangan org Cina di Tanah
Melayu.
- Org India juga masih menganggap India sebagai
tanah air mereka dan berharap utk kembali
semula ke India.
- Org Melayu pula, sentiasa memastikan hak dan
kepentingan mereka di tanah air sendiri
terpelihara. Kurangnya penyatuan menyebabkan
perjuangan org Melayu hanya tertumpu kepada
kaum mereka sendiri dan tidak mengambilkira
keadaan kaum2 lain.
- Fahaman politik yg berbeza menyebabkan
kesukran Parti Perikatan utk menang 2/3 majoriti
dlm Pilihan Raya 1969 walaupun pd waktu itu
MCA dan MIC telah menganggotai Perikatan.
Parti Perikatan hanya memenangi 67 kerusi drpd
104 buah kerusi Parlimen yg dipertandingkan.
MASALAH KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
- Sukar utk membentuk perpaduan sekiranya setiap
kaum sukar utk bertolak ansur dengan fahaman agama
kaum lain.

PENGGUNAAN AKHBAR YG BERBEZA-BEZA
- Setiap akhbar mengikut bahasa masing2 memberikan
perhatian menyeluruh kepada golongan tertntu sahaja.

PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
- Semasa pemrintahan Jepun di Tanah Melayu, sikap
berat sebelah Jepun dengan anti-Cina dengan memberi
pluang kepada org Melayu terlibat dalam sektor
Pentadbiran. Ini menimbulkan kemarahan org Cina dan
menyemarakkan sentimen perkauman.
- Apabila Jepun menyerah kalah, sebelum British
kembali ke Tanah Melayu, ramai antara kaum
Cina yg menganggotai Bintang Tiga telah
keluar dari hutan dan membalas dendam
terhadap org Melayu
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
- Rusuhan kaum telah berlaku pd 13 Mei 1969,
terutama antara kaum Melayu dengan Cina.
Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas
Pilihan Raya 1969 di mana parti-parti
pembangkang, terutama Parti Tindakan
Rakyat (DAP) dan Gerakan mendapat
kemenangan yg memberangsangkan.
- DAP dan Gerakan telah mengadakan
perarakan besar2an pada 11 dan 12 Mei 1969
yg sesetengahnya adalah tanpa izin dpd pihak
polis.
- UMNO turut mengadakan perarakan atas kejayaan
mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya
tersebut.
- Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri
Besar Selangor.
- Perarakan ini telah mencetus rusuhan dan pergaduhan
hingga terpaksa memanggil tentera utk mengawal
keadaan.
- Walaupun rusuhan hanya berlaku di kawasan yg terhad
iaitu hanya di kawasan Kuala Lumpur dan di kawasan
sekelilingnya sahaja, namun ia telah menyedarkan
pemimpin2 negara utk meneliti isu2 perpaduan dengan
lebih serius.
- Jumlah kematian dlm rusuhan dan pergaduhan
tersebut ialah seramai 172 hingga 196 org, org yg
cedera seramai 493 org.
- Tindakan awal yg dilakukan ialah menangkap
tokoh2 yg menggalakkan rusuhan tersebut
iaitu menangkap V. David daripada parti
Gerakan ditahan selama 2 bulan dan Lim Kit
Siang darpd Parti DAP dan ditahan selama
setahun setengah, mengenakan perintah
berkurung, mengawal berita2 radio dan
televisyen, menapis penerbitan akhbar2 dan
mengharamkan jurnal yg diterbitkan oleh
parti2 politik, sekaligus mengharamkan
kempen pilihanraya.
Langkah-langkah yg diambil akibat kejadian
tragedi 13 Mei 1969
- Pengisytiharan Darurat
- Penubuhan Majlis gerakan Negara
(MAGERAN)
- Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
- Penubuhan Majlis Muhibah Negara (MMN)
- Penubuhan Majlis Perundingan Negara
(MAPEN)
PENDEKATAN MENANGANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
Memberi Galakan Kepada Penduduk Berhijrah Dari Satu
Kawasan Ke Kawasan Lain
- Menempatkan penduduk di satu2 kawasan boleh
menggalakkan pergaulan dan pertembungan yg lebih kerap.
- Kaedah sbagai langkah membolehkan rakyat negara ini
supaya berpindah dari penempatan tradisi masing2:
a) penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di
Malaysia.
b) mewujudkan perkembangan pluang perniagaan yg lebih
baik di tempat lain.
c) dlm bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan
pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah2
tertentu dengan membawa masuk pasukan keselamatan
dari wilayah lain.
Penyeragaman Sistem Pendidikan (melalui
dasar2 pelajaran)
- Semua dasar pelajaran spt Penyata Barnes,
Penyata Fenn-Wu, Undang2 Pelajaran 1952,
Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan lain2 dasar
berhubung dengan pendidikan yg berpranan
utk memupuk perpaduan.


Peranan Media Massa
- alat2 media massa pd waktu itu spt Radio dan
Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar
digunakan utk pembinaan bangsa.
- Media massa penting dlm memastikan tiada
lagi penguasaan media massa asing, terutama
dari negara China dan India yg lebih
menyebarkan fahaman, ideologi dan senario
politik di negara itu.
INTEGRASI EKONOMI
- Usaha ini dilakukan melalui dasar2 pembangunan spt
Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan lain2.

PENYATUAN FAHAMAN POLITIK
- Sistem kerajaan campuran merupakan salah satu cara
bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum
- Sistem ini mengambilkira juga parti2 yg terdapat di
Sabah dan Sarawak.
- Setelah Barisan Nasional muncul, keanggotaan parti
komponen semakin bertambah
- Pindaan Akta Hasutan juga dikeluarkan bagi
membolehkan dua perkara sensitif tidak dibincangkan
secara umum, iaitu kedudukan istimewa org2 Melayu
dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Aspek-aspek Sosial
- Pengenalan dan penerapan dasar sosial spt
Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar
Kebudayaan kebangsaan dan lain2.
- Secara keseluruhannya wujud perpaduan dan
integrasi nasional kerana sikap kesederhanaan
dan tolak ansur semua kaum.


STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN
- Beberapa dasar telah diwujudkan utk memantapkan
lagi perpaduan n dasar ini meliputi semua aspek,
sosial, ekonomi dan politik

Rukun Negara
- RN merupakan satu ideologi yg tercipta ekoran daripd
berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
- Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di
bawah pimpinan MAGERAN dan Majlis Perundingan
Negara (bdn yg bertanggungjwb menggubalnya)
- Kata sepakat utk mencipta satu ideologi negara ini
dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN, iaitu pd
27 Januari 1970
Objektif Rukun Negara
- Mencapai perpaduan yg erat dikalangan
masyarakat
- Memelihara cara hidup yg demokratik
- Membentuk masyarakat yg adil supaya
kemakmuran dinikmati bersama secara adil
dan saksama
- Membentuk masyarakat bersifat liberal,
terutama terhadap kebudayaan masing2
- Membina masyarakat yg progresif
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- Agama ialah ciri penting dlm hidup manusia
kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadiaan seseorg serta sesebuah bangsa
dan negara.
- Kaum2 di Malaysia menganuti pelbagai agama
spt Islam, Buddhisme, Taoisme,
Confucianisme, Hinduisme, Kristian, Sikh dll

- Pegangan agama juga dpt membimbing
tindakan seseorg utk berbuat baik dan
menghindari perbuatan jahat serta mengenali
dosa dan pahala.
- Di dalam perlembagaan Msia telah
menetapkan agama Islam sebagai agama
rasmi dan agama lain bebas diamalkan oleh
rakyat bukan Islam.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- Malaysia mengamalkan pemerintahan
bercorak raja berperlembagaan.
- Negara ini mempunyai ketua negara, iaitu
YDPA dan ketua negeri iaitu Sultan/Raja/Yg
Dipertua Negeri masing2.
- Prinsip ini menekankan kesetiaan rakyat
kepada ketua negara dan negeri masing2.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- Negara ini mempunyai perlembagaan yg merupakan
undang2 yg tertinggi di dlm negara.
- Aspek2 utama dlm negara perlu dipatuhi sebagaimana yg
dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
iaitu:
a) Konsep raja berperlembagaan
b) kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dlm
pembangunan sosioekonomi terjamin
c) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping
perkembangan bahasa2 lain tidak dihalang
d) hak asasi rakyat terjamin
e) agama Islam sbagai agama rasmi di samping kebebasan
beragama diamalkan
f) hak kerakyatan dan sistem pemerintahan
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- undang2 negara adalah penting bagi memastikan setiap
individu di dalam negara itu terjamin kebebasan asasi
mereka.
- Setiap rakyat adalah sama taraf dari segi undang2 dan
tertakluk di atasnya.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN
- Utk memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan
santun dan penuh tatasusila dan menekankan
perkembangan personaliti dan tingkahlaku seseorang
rakyat.
- Ia juga berkaitan dengan tuturkata seseorg dan prinsip
ini menjamin bahasa yg lembut utk menjamin
hubungan yg baik sesama kaum

Anda mungkin juga menyukai