Anda di halaman 1dari 1

PENGHUNI RUMAH DIANCAM NYAMUK

Ekan, Ahad Lebih 500 penghuni rumah


awam kos rendah (PAKR) peringkat dua,
perkampungan nelayan Kuala Pahang
mendakwa mereka diancam nyamuk terutama
menjelang, malam sejak 10 tahun lalu.Menurut
mereka, sepanjang tempoh itu, RM 396,000
dibelanjakan untuk membeli ubat nyamuk bagi
mencegah kegiatan serangga itu.

Kehadiran nyamuk yang terlalu banyak,
berikutan semua longkang disekitar kawasan
perumahan terbiar serta dipenuhi sampah
sarap dan air bertakung.

Kawasan itu bukan sahaja dipenuhi
sampah sarap malah longkang busuk kerana
sikap penghuni membuang bungkusan plastic,
tin minuman dan kertas sesuka hati, manakala
kerja memungut dan membersihkan sampah
dilakukan oleh Majlis Daerah Pekan

Jika longkang berkenaan dibersihkan
penduduk terbabit yakin pembiakan nyamuk
dapat dicegah.
Seorang penduduk berkata air longkang
bertakung, kerana ada pihaktidak
bertanggungjawab membuang sampah ke
dalam longkang terbabit.
Beliau berkata penghuni berkenaan
membelanjakan kira-kira RM30 sebulan bagi
membeli sekurang-kurangnya lima tin racun
serangga seberat 403 gram untuk menghalau
nyamuk atau mencegah gigitan serangga itu.



Menurut seorang lagi penghuni disitu,
mereka sering menganjurkan gotong-royong
bagi membersihkan longkang terbabit,tetapi
kurang mendapat sambutan dikalangan
penghuni itu sendiri.

Seorang suri rumah berusia 30 tahun dan
enggan namanya disiarkan, berkata setiap
malam dia terpaksa menggunakan kelambu
untuk menghindarkan bayinya berusia enam
bulan digigit nyamuk.

Katanya, nyamuk semakin banyak
berikutan tiada usaha membersihkan longkang
oleh pihak yang bertanggungjawab itu sejak
lebih 10 tahun lalu.

sasd


P

Anda mungkin juga menyukai