Anda di halaman 1dari 1

PENGHUNI RUMAH DIANCAM NYAMUK

ekan, Ahad - Lebih 500 penghuni


rumah awam kos rendah (PAKR)
peringkat dua, perkampongan nelayan
Kuala Pahang mendakwa mereka diancam
nyamuk terutama menjelang, malam sejak 10
tahun lalu.Menurut mereka, sepanjang
tempoh itu, RM 396,000 dibelanjakan untuk
membeli ubat nyamuk bagi mencegah
kegiatan serangga itu

Kehadiran nyamuk yang terlalu
banyak, berikutan semua longkang disekitar
kawasan perumahan terbiar serta dipenuhi
sampah sarap dan air bertakung

Kawasan itu bukan sahaja dipenuhi
sampah - sarap malah longkang busuk kerana
sikap penghuni membuang bungkusan plastik,
tin minumuan dan kertas sesuka hati,
manakala kerja memungut dan
membersihkan sampah dilakukan oleh Majlis
Daerah Pekan

Jika longkang berkenaan dibersihkan
penduduk terbabit yakin pmbiakan nyamuk
dapat dicegah. Seorang penduduk berkata air
longkang bertakung, kerana ada pihak tidak
bertanggungjawab membuang sampah
kedalam longkang terbabit.
Beliau berkata penghuni berkenaan
membelanjakan kira-kira RM 30 sebulan bagi
membeli sekurang- kurangnya lima tin racun
serangga seberat 403 gram untuk menghalau
nyamuk atau mencegah gigitan serangga itu.

Menurut seorang lagi penghuni disitu,
mereka sering menganjurkan gotong-royong
bagi membersihkan longkang terbabit, tetapi
kurang mendapat sambutan dakalangan
penghuni itu sendiri

Seorang suri rumah berusia 30 tahun
dan enggan namanya disiarkan, berkata setiap
malam dia terpaksa menggunakan kelambu
untuk menghindarkan bayinya berusia enam
bulan digigit nyamuk.

Katanya, nyamuk semakin banyak
berikutan tiada usaha membersihkan
longkang oleh pihak yang bertanggungjawab
itu sejak lebih 10 tahun lalu.
P

Anda mungkin juga menyukai