Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM KALI KEDUA 2013

SM HOLY TRINITY TAWAU





Tarikh : 01 November 2013
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 2.00 4.00 petang

Kehadiran :

1. Puan Chu Set Mei Pengetua
2. Pn.Florina Linggan Pen.Kanan 1
3. En.Alias Selliming Pen.Kanan HEM
4. En.Suderman Sundang Pen.Kanan Kokum
5. En.Lee Ah Peow Pen.Kanan Petang
6. Pn.Liew Kui Fong
7. Cik Chong Nyet Yung
8. Ustazah Mahani Bt Mohamad
9. Pn.Tong Nget Fah
10. Pn.Natasha Bt Jaffril
11. Pn.Sarifah Rubiah Bt Ag.Hashim
12. Pn.Hapsiah Bt Ambola
13. Pn.Hilda Eric
14. Cik Haswiah Bt Laju
15. Pn.Chong Fung Mee
16. Pn.Rozalinah Bt Said
17. Cik Siti Nurhuda Bt. Sh.Ahmad Asri
18. Pn.Chung Guan Vun
19. Pn.Mariani Bt Juding
20. Pn.Buana Bt Sapenah
21. Pn.Mimie Nuzilah Bt Musli
22. En.Mohd Shahril Bin AB Hamid
23. Pn.Patimah Bt Len
24. Cik Nur Aisah Bt Mohd Yusup
25. Cik Norzaidah Bt Musappa
26. Pn.Mimie Marina Lam
27. Cik Kwan Jing Pok
28. Cik Grace Simon
29. Pn.Sitti Fatimang Bt Lananti
30. Cik Shahrani Bt Jaffar Sidek
31. Pn.Erdiana Bt Timmong
32. Pn.Risma Bt Iwan
33. En.Mustapa Bin Mustarin
34. En.Mohd Nasir Bin Lajewah
35. En.Sabri Bin Baco
36. Cik Sarina Bt Sangkala Setiausaha

Tidak Hadir
1. Pn.Noralean Bt Alias (Pengiring perkhemahan di SMK St.Patrick)
2. En.Chan Phar Chuen
3. Cik Kristina Dafit (Forum Sains untuk pelajar Band 6)
4. En.Albert Chasek
5. Pn.Pauline
6. Pn.Norhidayati Bt Ibrahim (Kursus HOTS)
7. Pn.Hamziah Bt Halibuddin (Cuti Rehat Khas)
8. Pn.Asmawati Bt Sinluk
9. Ustazah Nur Aslinawaty Bt Ashan (Cuti Bersalin)
10. Pn.Masrah Bt Junior (Cuti Rehat Khas)
11. Pn.Soon Min La (Kursus CPD)
12. En.Habibi Bin Alimuddin
13. En.Alex Fandrianus
14. En.Koh Pau Liang (Kursus HOTS)
15. Ustaz Mohamad Bin Othman




1.0 Ucapan Pengetua

1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat
Kokurikulum Kali Ketiga bagi tahun 2013.
Tindakan : Makluman

1.2 Pengetua memaklumkan mesyuarat ini bertujuan untuk menyingkap semula gerak
kerja Kokurikulum sepanjang tahun 2013.
Tindakan : Makluman


2.0 Pengesahan Minit

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn.Natasha Bt Jaffril
Disokong oleh : Ustazah Mahani Bt Mohamad

3.0 Hal Berbangkit Daripada Minit Mesyuarat Lepas

3.1 Berkenaan ketidakhadiran beberapa orang guru :
- Cik Chong Nyet Yung (Kelas tambahan Sejarah SPM)
- Cik Shahrani Bt Jaffar Sidek (Pengawas PMR)
-Cik Nur Aisyah Bt Mohd Yusup (Pengawas PMR)
-Cik Norzaidah Bt Musappa (Pengawas PMR)
-Ustaz Mohamad Bin Othman (Pengawas PMR)
-Pn.Noralean Bt Alias (Kursus CPD)
-En.Chan Phar Chuen (Kelas tambahan Matematik SPM)
3.2 Bagi Perkara 4.1, setiap pencapaian pelajar hendaklah diiringi sijil sebagai bukti
apabila mereka bakal masuk ke pengajian yang lebih tinggi.
Tindakan : Semua guru penasihat

3.3 Perkara 4.4 pula, PAJSK hendaklah diisi dari semasa ke semasa dan tempoh
sehingga 1 Disember 2013 diberikan oleh pihak kementerian bagi mengunci masuk
data.
Tindakan : Guru PJK dan Guru Kelas Tingkatan 1 dan 2

3.4 Bagi Perkara 5.5 pula, pengguguran mahupun pembentukan kelab baru hendaklah
memohon kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Tindakan : Makluman

4.0 Pengurusan Kokurikulum (oleh PK Kokurikulum)

4.1 PK Kokurikulum mengingatkan para guru penasihat agar fokus kepada pengurusan
fail agar menjadi lebih cekap memandangkan masih terdapat fail yang kosong.
Pengemaskinian hendaklah dijalankan dan siap sebelum atau pada 15 November
2013 untuk penilaian. Sekiranya gagal berbuat demikian, maka guru penasihat diminta
untuk memberikan surat tunjuk sebab.
Tindakan : Semua guru penasihat

4.2 Mulai tahun 2014, selepas perjumpaan pertama nama pelajar akan terus didaftarkan
dalam kokurikulum masing-masing bagi memudahkan pembahagian.
Tindakan : Semua guru penasihat

4.3 PK Kokurikulum juga memohon maaf kerana pada tahun ini, perjumpaan kokurikulum
berjalan agak tidak lancer seperti yang dirancang dan akan membuat
penambahbaikan bagi tahun 2014.
Tindakan : Makluman

4.4 Perjumpaan pada tahun 2014 bagi kokurikulum adalah berdasarkan kepada takwim
iaitu setiap hari Rabu, dua kali dalam sebulan. Begitu jga dengan perjumpaan 1M1S
yang akan dijalankan pada hari Rabu lainnya. Untuk lebih tegas lagi, surat makluman
ketidakhadiran pelajar pada perjumpaan kokurikulum akan diberikan surat makluman
kepada setiap ibu bapa bagi tindakan selanjutnya.
Tindakan : Semua guru penasihat

4.5 Setiap Ketua Guru Penasihat dikehendaki agar menghantar rancangan aktiviti
perjumpaan pada awal tahun dan rekod kehadiran guru setiap kali kokurikulum turut
akan direkod agar lebih mantap.
Tindakan : Ketua Guru Penasihat

4.6 PK Kokurikulum juga ada menyatakan pada tahun ini, terdapat ibu bapa yang
menghubungi Cikgu Kristina dan menyatakan bahawa anak mereka telah hadir awal
ke perjumpaan kokurikulum namun guru masih belum sampai. Diharap agar kejadian
ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
Tindakan : Makluman

5.0 Laporan Aktiviti Kokurikulum 2013

5.1 Satu edaran berkenaan program sepanjang 2013 telah disenaraikan dan diberi
kepada semua guru.PK Kokurikulum turut membincangkan program-program tersebut
secara ringkas dan padat.
Tindakan : Makluman

5.2 Menurut PK Kokurikulum, pertandingan kawad kaki serta koir tidak dipertandingkan di
peringkat negeri memandangkan tiada penyertaan daripada pasukan-pasukan lain.
Oleh itu, pertandingan cuma setakat peringkat daerah sahaja.
Tindakan : Makluman

5.3 Guru-guru penasihat diminta agar menyenaraikan Laporan Pencapaian Aktiviti
Kokurikulum dan serahkan kepada PK Kokurikulum sebelum atau pada 15 November
2013.
Tindakan : Semua guru penasihat

6.0 Laporan Penilaian Kokurikulum

6.1 Menurut PK Kokurikulum, bagi pelajar Tingkatan 5 masih dalam proses untuk
penilaian kokurikulum.
Tindakan : Makluman

6.2 Sistem PAJSK masih belum dapat dikunci masuk namun fail berkenaannya telah pun
diberikan kepada guru tingkatan.
Tindakan : Makluman

6.3 Menurut guru tingkatan juga, data SEGAK masih belum diberikan kepada mereka
namun Cikgu Sharil sahaja yang telah menyerahkan data tersebut. Data akan
diserahkan kepada guru tingkatan pada hari Isnin depan.
Tindakan : Cikgu Nasir & Cikgu Sabri

7.0 Post Mortem Sukan Tahunan

7.1 Menurut PK Kokurikulum,Sukan Tahunan sekolah telah dijalankan pada 23 dan 24
Oktober 2013 bertempat di Kompleks Sukan Tawau. Namun perjalanan sukan agak
kelam kabut kerana pengurusan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat iaitu
selepas peperiksaan akhir.
Tindakan : Makluman

7.2 Perjalanan sukan tahunan sekolah agak serabut atas faktor kekurangan guru kerana
terdapat guru yang menghadiri kursus seperti PBS,Kursus Peningkatan
Keprofesionalan Berterusan (CPD) serta guru-guru Tingkatan 5 yang masih
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walaubagaimanapun,
PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang bertugas bagi
memastikan perjalanan sukan berjalan lancar.
Tindakan : Makluman

7.3 Menurut beberapa orang guru rumah sukan, kesukaran yang dihadapi adalah mencari
peserta atas faktor masa yang terhad.
Tindakan : Makluman

7.4 Menurut PK Kokurikulum, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak terdaftar dalam
beberapa pertandingan namun begitu, penghakiman setiap acara tidak menghadapi
sebarang masalah walaupun sukan dilancarkan tidak mengikut spesifikasi seperti
tiada rekod nama peserta dan pemenang.
Tindakan : Makluman

7.5 Bahagian Pendaftaran dan Urusetia juga menghadapi sedikit permasalahan apabila
pendaftaran peserta agak sesak memandangkan ramai pelajar yang baru mendaftar
pada hari pertandingan.
Tindakan : Makluman

7.6 PK Kokurikulum mendapatkan maklum balas berkenaan kelancaran Sukan Tahunan
Sekolah daripada setiap Ketua Guru Rumah Sukan.
7.6.1 OMEGA Cikgu Mustapa menyatakan tiada masalah yang berlaku dan sukan
berjalan lancar.

7.6.2 SIGMA Cikgu Chung Guan Vun juga menyatakan tiada masalah yang
berlaku.

7.6.3 BETA Cikgu Sarina menyatakan masalah ketidakhadiran pelajar semasa
Sukan Tahunan dan atlet yang ada juga cuma tangkap muat sahaja.

7.6.4 ALFA Cikgu Rozalinah menyatakan terdapat pelajar yang cedera namun
tiada PBSM yang bertugas pada hari tersebut.
Tindakan : Makluman

7.7 Menurut Cikgu Lee Ah Peow, terdapat beberapa orang guru yang bertugas di
bahagian lompat jauh dan lompat tinggi terpaksa berpanas kerana ketiadaan kanopi.
Namun menurut Cikgu Nasir, beliau telah berunding dengan pihak Kompleks Sukan
tetapi banyak bahan seperti paying dan mini khemah yang telah patah dan rosak.
Tindakan : Makluman

7.8 Menurut Pengetua, persediaan yang rapi amat perlu pada tahun mendatang serta
mengadakan mesyuarat bagi Sukan Tahunan Sekolah. Beliau juga mencadangkan
agar diadakan pertandingan perbarisan antara pelajar Tingkatan 5,senamrobik,ikrar,
obor, bendera setiap rumah sukan, sepanduk dan juga moto rumah sukan.
Tindakan : Makluman

7.9 Bagi setiap cadangan yang dikemukakan oleh Puan Pengetua, Cikgu Mohd Sharil
pula mengemukakan cadangan agar diberikan peruntukan kewangan bagi setiap
rumah sukan.
Tindakan : Makluman

7.10 Cikgu Nasir turut mengemukakan pandangan agar bayaran baju rumah sukan
disertakan sekali dalam yuran pada awal tahun.
Tindakan : Makluman

7.11 Menurut Cikgu Alias pula, bagi beberapa orang pelajar yang berpotensi dalam bidang
sukan seperti Deni Vun (3D) dan Mohd Alfie (2C) tindakan susulan perlu dijalankan
terhadap mereka samada terus melatih kumpulan pelajar ini untuk menyerlah dalam
bidang sukan.
Tindakan : Makluman

7.12 Cikgu Suderman menyatakan bagi tahun hadapan, tarikh bagi acara sukan tahunan
sekolah telahpun dihantar iaitu pada 25 dan 26 Jun 2014 (2 minggu selepas cuti
pertengahan tahun). Menurut dasar 1 Murid 1 Sukan, sukan hendaklah dilaksanakan
pada semester kedua. Justeru, guru rumah sukan boleh melatih atlet mereka seawal
tahun.
Tindakan : Makluman

7.13 Cikgu Alias juga mencadangkan agar lima jenis sukan iaitu pingpong, bola sepak, bola
jarring, badminton serta bola keranjang yang dijadikan tema 1M1S di sekolah supaya
takwim pertandingan diserahkan kepada setiap kelab untuk mengelolakan
pertandingan serta bertindak sebagai penganjur.
Tindakan : Makluman

8.0 Hal-hal lain

8.1 Tiada hal-hal lain yang dibangkitkan.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,
Setiausaha Mesyuarat Kokurikulum
SM Holy Trinity Tawau