Anda di halaman 1dari 15

37

OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
PENGENALAN
Perkembangan moral adalah satu perkara yang penting yang mesti diketahui sebelum
program pendidikan moral dapat digubal. Pengetahuan mengenai perkembangan ini
adalah penting kerana pemilihan kaedah pengajaran, penggunaan bahan atau isi
pelajaran serta pemberian tugas kepada murid-murid di peringkat pemikiran yang tidak
sesuai dengan perkembangan mereka boleh menyekat perkembangan mereka. Ini adalah
tidak bagus dari segi pendidikan.
Oleh itu, topik ini akan menerangkan dan membincangkan tentang teori-teori yang
berguna dalam menentukan tahap perkembangan murid, supaya topik pembelajaran
dapat diselaraskan dengan umur mereka.
Terdapat tiga jenis teori yang akan dibincangkan, iaitu teori Perkembangan Moral Kognitif,
Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Pembelajaran Humanistik. Ketiga-tiga teori ini adalah
penting dan perlu diberi perhatian supaya sebagai guru, anda akan dapat memahami
kehendak dan minat murid pada tahap-tahap tertentu.
PETA MINDA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
Teori Perkembangan Moral Kognitif
Teori Pembelajaran Humanistik
Teori Pembelajaran Sosial
Jean Piaget
Lawrence Kohlberg
Albert Bandura
Emile Durkheim
Carl Rogers
38
OUM
TOPIK 3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
OBJEKTIF
Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenalpasti dan memahami teori-teori yang penting untuk memahami
tingkahlaku pelajar-pelajar di dalam dan di luar bilik darjah;
2. menjelaskan teori-teori perkembangan moral dan menghubungkait teori
perkembangan moral dengan pembentukan Insan Bermoral; dan
3. mengaplikasi teori-teori perkembangan moral di dalam bilik darjah.
3.1 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF
3.1.1 Jean Piaget
Walaupun kebanyakan orang mendapati bahawa teori Piaget (1932, 1965) lebih sesuai di
dalam konteks perkembangan kognitif, namun beliau juga sebenarnya banyak membuat
kajian tentang etika dan moral. Beliau mendapati bahawa respon kanak-kanak terhadap
masalah moral boleh dibahagikan kepada dua peringkat, berdasarkan satu prinsip yang
dinamakan internalization, yang bermaksud sumber kawalan yang mengawal pemikiran
dan perlakuan kanak-kanak.
Pada peringkat pertama, iaitu moraliti luaran, kanak-kanak melihat peraturan sebagai
sesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak yang lebih berkuasa. Lazimnya,
keadaan ini berlanjutan sehingga umur mencapai 10 tahun. Piaget percaya bahawa
ibubapa dan guru-guru yang menegaskan peraturan sebegini akan menyebabkan kanak-
kanak lewat melangkaui peringkat ini.
Di peringkat kedua, iaitu moraliti autonomous, kanak-kanak akan mereka idea-idea
rasional tentang kesamaan dan melihat keadilan sebagai proses berbalik dalam
kehidupan mereka. Disini, mereka akan memperlakukan orang lain sebagaimana mereka
mahu diperlakukan. Pada peringkat ini mereka mula menitikberatkan diri sendiri daripada
membenarkan orang lain menekankan perlakuan moral tertentu.
Piaget membahagikan empat peringkat perkembangan intelek yang dilalui oleh kanak-
kanak iaitu:
1. Peringkat sensorimotor (daripada lahir hingga 1 tahun)
2. Peringkat pra-operasi (1 7 tahun)
3. Peringkat operasi konkrit (7 11 tahun)
4. Peringkat operasi formal (11 tahun keatas)
Walaubagaimanapun, umur yang diberikan hanyalah anggaran. Ramai yang mencapai
peringkat operasi formal sehingga mereka melebihi umur 11 tahun, itupun jika mereka
sampai ke peringkat ini. Piaget telah mengenalpasti sesetengah kanak-kanak yang
berkembang dengan lebih pesat daripada yang lain. Bagaimanapun, beliau menegaskan
bahawa semua kanak-kanak melalui keempat-empat peringkat ini dengan aturan yang
sama dan berturutan.
39
OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
Perkembangan moral kanak-kanak menurut Piaget melibatkan proses perkembangan
intelek yang melalui beberapa peringkat secara berturutan. Piaget berpendapat kanak-
kanak adalah peserta yang aktif dalam membina dunianya sendiri. Ia berinteraksi secara
aktif dengan persekitarannya dalam menghasilkan struktur mental dan intelek. Ia
termasuklah struktur perkembangan moralnya. Piaget mempercayai pengetahuan tidak
disalurkan kepada pemerhati yang pasif, tetapi pengetahuan realiti mesti diterokai dan
dibina malalui aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Perkara penting yang perlu
ditekankan ialah keupayaan kognitif kanak-kanak pada mana-mana tahap kehidupannya
adalah beroperasi bagi menentukan tahap moralnya dan bagaimana ia membuat keadilan
moral. Teori perkembangan kognitif Piaget menyatakan perkembangan moral dilihat oleh
perubahan dalam keadilan moral. Perubahan ini berlaku semasa seorang kanak-kanak
berkembang dan inteleknya matang. Perkembangan intelek boleh mengubah sikap kanak-
kanak terhadap peraturan dan membolehkannya berkembang secara normal atau
meninggalkan peringkat kemoralan heteronomous kepada autonomous.
Perkembangan intelek merupakan suatu proses yang melalui empat peringkat
perkambangan manakala perkembangan moral melibatkan tiga bidang iaitu peraturan
permainan, realisme moral dan keadilan. Berikut dinyatakan kaitan di antara kedua-dua
teori perkembangan kognitif dan perkembangan moral satu persatu:
(a) Peringkat Sensorimotor
Di tahap ini, tingkahlaku kanak-kanak adalah tingkahlaku motor. Mereka
memanipulasikan fizikal di persekitaran bagi mendapatkan pengetahuan dunia dan
juga untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling. Oleh itu mereka
bersikap egosentrik. Kesedaran moral mereka adalah minimum dan tahap kanak-
kanak ini adalah pra-moral. Peraturan moral bagi kanak-kanak ini adalah peraturan
motor iaitu tingkahlaku mereka berasaskan tabiat dan bersifat ulangan mengikut
kekerapan. Peraturan ini juga bersifat bukan sosial dan ini kadangkala menimbulkan
ketegangan dikalangan kanak-kanak lain. Kanak-kanak peringkat ini menyertai
permainan hanya untuk hiburan semata-semata. Peraturan permainan adalah bersifat
paksaan (coercive rule) dimana kanak-kanak mematuhi peraturan yang dikenakan
oleh autoriti luar tanpa persoalan.
(b) Peringkat Pra-Operasi
Walaupun kanak-kanak ini telah meninggalkan peringkat sensorimotor, mereka masih
mengambilkira sensorimotor dalam membuat pertimbangan moral. Mereka mempunyai
sikap ingin tahu yang kuat dan di tahap ini mereka sudah boleh melakukan
eksperimen bagi menjawab persoalan dari dalam diri mereka. Kanak-kanak ini masih
mudah dipengaruhi oleh orang lain khasnya autoriti seperti ibubapa dan guru. Sikap
mereka adalah egosentrik dan kanak-kanak ini juga mempunyai imaginasi yang kuat.
Mereka melihat sesuatu dengan keadaan yang sedia ada. Tanggungjawab bagi
mereka adalah objektif iaitu mereka melihat sesuatu itu sepertimana ia berlaku dan
bukan sebab mengapa ia berlaku. Pandangan mereka adalah sempit kerana wujudnya
kekangan intelek. Kanak-kanak ini masih dikongkong oleh autoriti. Peraturan yang
dibuat oleh autoriti dilihat sebagai suci (sacred) dan tidak boleh diubah. Dari umur 1
hingga 5 tahun, tahap kemoralan kanak-kanak ini adalah juga pra-moral. Mulai 6
hingga 10 tahun kemoralan mereka adalah bersifat heteronomy iaitu mereka masih
dikuasai oleh peraturan autoriti atau pihak luar dalam membuat keputusan moral.
Peraturan permainan yang diikuti adalah bersifat warisan iaitu mereka mengikut
peraturan yang sedia ada. Disebabkan oleh sikap egosentrik, mereka sukar
bekerjasama dan menerima pandangan orang lain. Bagaimanapun, antara umur 7
40
OUM
TOPIK 3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
hingga 8 tahun, mereka mula menunjukkan sikap mahu bekerjasama. Namun,
peraturan yang sedia ada masih lagi dipatuhi secara bulat-bulat.
(c) Peringkat Operasi Konkrit
Kanak-kanak di peringkat ini sudah menunjukkan keupayaan berfikir dengan logik dan
mempunyai pemikiran formal yang stabil. Sebelum mencapai umur 10 tahun, tahap
kemoralan mereka masih di tahap heteronomous. Mereka menerima dan faham akan
sesuatu peraturan serta perlunya mereka bekerjasama. Hal ini mungkin kesan
daripada sosialisasi mereka yang semakin meluas, khasnya dengan rakan sebaya.
Bagaimanapun, peraturan masih diikuti bulat-bulat. Selepas berusia 10 tahun, kanak-
kanak mula menguasai peraturan permainan. Mereka sudah boleh berbincang
mengenai prinsip serta prosedur permainan apabila timbulnya perselisihan. Mereka
juga menyedari bahawa adanya variasi kepada peraturan pengaruh daripada
kerjasama. Jelas di sini egosentrisme beransur-ansur hilang. Peraturan moral bagi
kanak-kanak ini adalah peraturan rasional iaitu mereka saling hormat-menghormati
serta boleh memahami, berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain.
(d) Peringkat Operasi Formal
Tahap paling tinggi dalam perkembangan kognitif ini merupakan tahap kanak-kanak
sudah mencapai keseimbangan yang sempurna dalam pertimbangan moralnya.
Kemoralan bagi mereka adalah bersifat autonomous di mana mereka tidak terikat
dengan autoriti dalam membuat pertimbangan moral. Mereka mempunyai pandangan
dan idea mereka sendiri tentang tingkahlaku atau perlakuan mereka. Egosentrisme
telah hilang dalam diri mereka. Interaksi dan kerjasama dengan orang lain, khasnya
rakan sebaya ditunjukkan. Mereka boleh bersikap adil dan saksama dan berupaya
menguasai peraturan permainan. Peraturan moral kanak-kanak ini bersifat rasional,
iaitu hasil daripada interaksi bebas serta persetujuan individu. Peraturan boleh
diubahsuai dan tidak lagi suci (sacred).
Kritikan Terhadap Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak Piaget
Terdapat beberapa kritikan yang diberikan terhadap teori perkembangan moral Piaget
termasuk teori perkembangan kognitif. Antaranya ialah beliau tidak mengambilkira unsur-
unsur bukan kognitif termasuk faktor motivasi, dan tidak menitikberatkan tentang proses
identifikasi dan peniruan kanak-kanak dengan ibubapa mereka serta tidak
mempertimbangkan kepentingan penggabungan nilai-nilai orang dewasa hasil interaksi
antara ahli kumpulan atau rakan sebaya.
Piaget juga terlalu menumpukan perhatian terhadap kanak-kanak yang berumur di antara
6 hingga 12 tahun. Sungguhpun beliau ada menunjukkan tanda-tanda kesedaran tentang
perkembangan awal kanak-kanak dalam perbincangannyamengenai peraturan permainan,
tetapi ia tidak mempunyai penjelasan yang mencukupi tentang peratuan-peraturan
semulajadi sosial. Beliau seharusnya melanjutkan kajiannya kepada kanak-kanak melebihi
umur 12 tahun. Dengan ini, berulah dia mendapat satu gambaran atau idea yang jelas
bagaimana perkembangan kanak-kanak di masa remaja.
Selain itu, Piaget kurang memberi perhatian secukupnya kepada perbezaan individu atau
perbezaan seks, kelas sosial mahupun kebudayaan. Sebenarnya, hasil kajiannya tentu
akan berlainan sekiranya beliau mengambil berat tentang kumpulan-kumpulan yang
berbeza dalam keadaan-keadaan yang berbeza.
41
OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
Akhir sekali, beliau juga tidak mengambilkira persoalan konflik moral, akibat dan cara yang
dapat menyelesaikannya.
3.1.2 Lawrence Kohlberg
Satu lagi strategi yang digunakan untuk menyelesaikan konflik moral ialah berasaskan
perkembangan moral kognitif, khususnya yang diketengahkan oleh Lawrence Kohlberg.
Teori ini bertumpu kepada pertimbangan moral yang boleh dikategorikan kepada tiga
tahap dan enam peringkat seperti berikut:
1. Tahap Pra-Konvensional
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis.
2. Tahap Konvensional
Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara individu atau good boy-nice girl.
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.
3. Tahap Poskonvensional
Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
Pada tahap pra-konvensional, ia tertumpu kepada konsep denda dan ganjaran yang
melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama, individu akan mengelakkan diri
daripada didenda lalu mematuhi setiap arahan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa.
Pada peringkat kedua pula, individu sudah mulai sedar tentang faham pembalasan
(reciprocity) dan setiap denda atau ganjaran yang diterima hendaklah setimpal dengan
apa yang dilakukan. Di akhir tahap ini, Kohlberg merumuskan bahawa individu sudah mula
berpegang kepada sikap kalau anda melakukan sesuatu kepada saya, saya juga akan
melakukan sesuatu kepada awak.
Pada tahap konvensional, peraturan sosial adalah penting, dan ianya melibatkan peringkat
ketiga dan keempat. Untuk peringkat ketiga, perlakuan-perlakuan yang baik dan
pengesahan terhadap perlakuan itu oleh orang lain dipandang sangat bernilai serta
dianggap sesuatu yang baik oleh seseorang individu. Pada peringkat keempat pula,
perlakuan-perlakuan moral seseorang individu dirujuk kepada tanggungjawabnya
terhadap masyarakat; sikap hormat dan kepatuhan kepada autoriti yang lahir atas dasar
sukarela kerana ingin mengekalkan peraturan sosial dalam masyarakat dan bukannya
atas dasar takut atau paksaan.
Manakala pada tahap post-konvensional, Kohlberg menganggap bahawa seseorang itu
sudah mencapai sesuatu yang bersifat autonomous atau prinsip dalam perkembangan
moralnya. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu peringkat kelima dan keenam. Pada
peringkat kelima, tindakan-tindakan yang benar dirujuk kepada persetujuan masyarakat
kepada syarat-syarat hak dan standard, yang telah diadakan kajian yang mendalam dan
kritikal. Manakala pada peringkat keenam, yang bagi Kohlberg adalah peringkat tertinggi
dan amat sukar dicapai, ialah kebenaran didefinisikan sebagai keputusan yang dibuat
berdasarkan prinsip-prinsip etika yang dipilih seperti keadilan, faham pembalasan,
kesamaan dan hormat terhadap maruah kemanusiaan.
42
OUM
TOPIK 3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
Kohlberg telah mengendalikan penyelidikannya dengan menggunakan temubual yang
panjang lebar dengan setiap sampel secara individu. Apa yang diperbualkan dirakamkan
melalui pita untuk dianalisis. Temubual ini bermula dengan kanak-kanak diberitahu melalui
cerita beberapa dilema moral yang berasaskan hipotesis, meliputi beberapa isu moral
yang berbeza dan melibatkan beberapa jenis nilai yang khusus dan berkonflik, terutama di
antara nilai yang berbentuk ketaatan kepada undang-undang, peraturan sosial atau
perintah autoriti dengan nilai yang berkaitan dengan keperluan dan kebajikan orang lain.
Kanak-kanak diminta memilih sama ada individu yang terlibat di dalam cerita itu patut
melakukan tindakan yang memenuhi dan melayani keperluan atau yang melayani
kepatuhan. Mereka juga diminta menjawab satu siri soalan yang direka untuk menarik
keluar penaakulan di sebalik pilihan yang telah membuat mereka buat. Tujuan Kohlberg
bukanlah hendak mengetahui pilihan atau pendapat, sikap dan kepercayaan kanak-kanak
tetapi terhadap mutu pertimbangan atau pemikiran mereka (berdasarkan sebab atau idea
lain, justifikasi serta cara kanak-kanak itu mendefinisi atau menyelesaikan situasi yang
berkonflik dalam cerita-cerita yang berasaskan hipotesis tadi).
Rekod setiap temu bual itu disemak mengikut satu buku pemarkahan dan diteliti dari
beberapa aspek yang berbeza tentang kemoralan seperti tanggapan kanak-kanak
mengenai keadilan, hak dan akibat sesuatu tindakan. Setiap satu aspek ini dikaitkan
dengan skala enam mata berpadanan dengan enam peringkat perkembangan moral. Oleh
itu, idea atau pernyataan moral yang dibuat oleh kanak-kanak dalam temu bual itu
dimasukkan ke dalam salah satu sel-sel yang banyak dalam sistem klasifikasi Kohlberg.
Sesungguhnya prosedur Kohlberg menentukan peringkat-peringkat perkembangan moral
kanak-kanak yang menjadi contoh dalam penyelidikannya amatlah kompleks.
Masalah teori ini disebabkan oleh kenyataan bahawa Kohlberg menumpukan perhatian
hanya kepada satu aspek perkembangan moral, iaitu jenis penaakulan sampel dalam
penyelidikannya yang dikemukakan dalam mempertahankan desakan tentang apa yang
patut dilakukan oleh individu hipotetikal dalam sesuatu dilema yang berasaskan hipotesis.
Ini bermakna banyak perkara telah diketepikan oleh Kohlberg dalam penyelidikannya.
Satu perkara yang ditinggalkan oleh Kohlberg atau kumpulan yang gagal diselidikinya
ialah tentang aspek tingkah laku dalam perkembangan moral. Kohlberg telah
menumpukan perhatian hanya kepada penaakulan moral, oleh itu, menguatkan lagi
dikotemi di antara pemikiran dan tindakan atau tingkah laku. Dengan mengikat teorinya
kepada hanya satu faktor (taalukan atau kecerdasan), Kohlberg telah juga mendedahkan
dirinya kepada kritikan-kritikan lain. Bull (1969) misalnya, menunjukkan bahawa
kecerdasan tidak menjamin tercapainya peringkat celik akal dan tingkah laku moral yang
lebih tinggi.
Tumpuan utama Kohlberg ialah penaakulan moral, oleh itu beliau telah dikritik. Kritikan
tersebut tidak selesai di situ sahaja kerana tumpuannya hanya mengenai situasi dan
dilema yang berasaskan hipotesis. Banyak penulis berpendapat penyelidikan Kohlberg
adalah lebih bernilai jika beliau mengkaji penaakulan moral tentang masalah yang sebenar
dan bukan berasaskan hipotesis. Penulis-penulis ini percaya penaakulan tentang alam
kenyataan boleh memajukan emosi dan tingkah laku moral individu dengan lebih
berkesan. Maschette (1977) misalnya, menegaskan bahawa kesan atau hasil daripada
pengalaman membuat keputusan moral tentang sesuatu isu moral yang sebenar mungkin
menggerakkan emosi yang mungkin tidak ada dalam penaakulan berasaskan hipotesis.
43
OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
3.2 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Teori Pembelajaran Sosial adalah perkembangan baru dari teori tingkahlaku. Pelopor
utama dalam teori ini ialah Albert Bandura dan Emile Durkheim. Teori ini dianggap
sebagai perkembangan baru sebab Bandura membinanya dari prinsip-prinsip pelaziman
operan. Ia dikenali sebagai pembelajaran sosial kerana ia menekankan cara kanak-kanak
dan orang lain bertingkahlaku yang betul dalam konteks sosial dan juga dalam keadaan
yang berkehendakkan tindakan serta-merta.
Pembelajaran sosial bererti mengetahui apa yang harus dilakukan, bila dan dimana, dan
apa yang tidak harus dilakukan. Teori ini wujud melalui pemerhatian dan bukan daripada
pengajaran secara langsung. Ini adalah teras teori Bandura. Orang-orang yang paling
sesuai dihubungkan dengan teori ini adalah guru-guru kerana mereka adalah contoh-
contoh yang penting untuk pemerhatian dan peniruan oleh murid-murid.
3.2.1 Albert Bandura
Albert Bandura merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori
pembelajaran sosial dan teori modelnya. Teori pembelajaran sosial ini menegaskan
bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan
sesuatu. Ini dilakukan dengan memerhati gerak balas yang ditonjolkan.
Eksperimen Bandura melibatkan seorang kanak-kanak pra-sekolah (iaitu subjek) yang
biasanya akan duduk dan melihat orang lain (iaitu model) melakukan sesuatu. Selepas itu
subjek tersebut akan diuji di dalam situasi-situasi tertentu bagi menentukan sejauh
manakah tingkah lakunya menyerupai tingkah laku model itu. Tingkah laku subjek ini
dibandingkan dengan subjek-subjek lain yang tidak diberi peluang melihat tingkah laku
model.
Peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut :
1. Meniru secara langsung
Iaitu melihat model sendiri atau secara tidak lansung iaitu dengan menonton filem,
video, mendengar huraian atau melihat gambarfoto. Contohnya, kanak-kanak meniru
ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.
2. Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan
Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi
tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin
ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh
murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh
menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku.
Latihan 3.1
Apakah kritikan terhadap Teori Perkembangan Kognitif oleh Jean Piaget?
44
OUM
TOPIK 3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
Murid-murid juga meniru melalui taksekatlakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus
meniru amalan di dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau dia telah mempelajari
bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas tetapi kali ini dengan guru
yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula
menjeritkan jawapan. Inilah merupakan peniruan melalui taksekatlakuan.
3. Peniruan melalui elisitasi
Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang
dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaiman melakukan
sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila melihat seseorang
murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita
lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain
membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinganan
Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang
individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.
Menurut Bandura lagi, peniruan hanya berlaku jika terdapat perkara-perkara berikut:
1. Perhatian yang teliti diberikan kepada gerak balas yang hendak dicontohi, sama ada
melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria-deria.
2. Hasil pemerhatian disimpan dalam ingatan.
3. Gerak balas yang ditimbulkan adaalh berdasarkan apa dilihat, didengar atau dirasai.
4. Ganjaran diberi bagi meneguhkan gerak balas itu.
Kemungkinan anda akan bertanya apakah setiap tingkah laku yang diperhatikan itu ditiru.
Ianya akan bergantung pada sama ada gerak balas itu diberikan ganjaran atau tidak.
Contohnya, apabila murid-murid yang berpakaian kemas selalu dipuji, murid-murid lain
akan mencontohi mereka. Kalau seorang murid mencontohi amalan murid yang datang
lambat , tindakan itu akan didenda. Dengan demikian, murid-murid lain tidak akan meniru
tingkah laku murid yang dikenakan hukuman.
Dalam pembelajaran tiruan, perkara-perkara berikut seharusnya ada bagi menjamin
keberkesanan pembelajaran.
1. Umur dan jantina model hendaklah sama dengan murid-murid.
2. Status model adalah tinggi.
3. Kesamaan model dengan subjek adalah penting.
4. Tingkah laku dan model yang diberikan ganjaran adalah lebih banyak ditiru.
5. Subjek hendaklah bermotivasi untuk meniru satu-satu tingkah laku.
Aplikasi model sosial Bandura dalam bilik darjah
1. Guru hendaklah menunjukkan contoh-contoh hasil tangan, seni lukis atau kemahiran
gimnastik atau permainan yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
2. Guru hendaklah menjadi model yang baik kerana ianya selalu dicontohi oleh murid.
Oleh itu, pakaian, tingkah laku dan bahasa pertuturan guru hendaklah baik.
3. Di samping model hidup, murid-murid boleh juga belajar dari model simbolik. Selain
itu, penerangan guru tentang sesuatu hendaklah jelas dan jitu.
45
OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
4. Murid-murid juga belajar dari gambar, video, tayangan filem dan gambar. Oleh itu guru
hendaklah memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi unsur-unsur
keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid.
5. Teori ini dapat menyumbangkan teknik mengubah tingkah laku. Guru boleh
menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada
tingkah laku yang diingini. Dengan demikian, tingkah laku yang diingini hendaklah
diberi pujian atau ganjaran.
6. Teori ini menyumbangkan teknik pengajaran seperti main peranan dan simulasi. Oleh
itu, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu bagi mengajar nilai-nilai murni,
melakonkan watak-watak dan sebagainya.
7. Ia membantu menjimatkan kos, masa dan tenaga. Contohnya, melalui simulasi, satu-
satu contoh mahkamah boleh mewujudkan bagi membuka peluang kepada murid-
murid memerhati bagaimana satu-satu perbicaraan dijalankan. Dengan itu, murid-
murid tidak perlu pergi ke mahkamah kerana ini akan memakan masa, wang dan
tenaga.
3.2.2 Emile Durkheim
Durkheim sangat mementingkan tentang bagaimana masyarakat boleh mengekalkan
integriti mereka dalam era moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan
latarbelakang etnik tidak lagi dapat dipastikan. Dalam usaha untuk mengkaji kehidupan
sosial dalam masyarakat moden, Durkheim cuba untuk mencipta satu daripada
pendekatan saintifik kepada fenomena sosial. Bersama-sama Herbert Spencer, Durkheim
merupakan salah seorang pengkaji pertama yang menerangkan kewujudan dan kualiti
beberapa bahagian berlainan dalam masyarakat, berdasarkan kepada apakah fungsi
mereka dalam mengekalkan kesihatan dan keseimbangan masyarakat. Ini dinamakan
sebagai fungsionalisme.
Durkheim juga menegaskan bahawa masyarakat merupakan lebih daripada hasil tambah
bahagian-bahagiannya. Oleh itu, beliau tidak fokus terhadap apa yang memotivasikan
tindakan seseorang individu (metedologikal individualisme), tetapi terhadap kajian fakta
sosial, yang boleh didefinisikan sebagai cara untuk menerangkan fenomena yang tidak
dibatasi oleh tindakan seseorang individu. Beliau menyatakan bahawa fakta sosial
mampunyai kewujudan ketidakbergantungan dan lebih objektif daripada tindakan individu
dalam masyarakat dan hanya boleh diterangkan dengan menggunakan fakta sosial lain,
seperti adaptasi kepada iklim tertentu atau nic ekologikal.
Teori moral Durkheim boleh didefinisikan sebagai kolektif moral atau falsafah altruisme.
Menurut Durkheim, moral bukan sahaja berguna untuk individu yang boleh menerima
pengorbanan diri sendiri, tetapi juga untuk kepentingan masyarakat. Sekiranya individu
tidak dapat hidup secara bermoral untuk diri sendiri kerana mereka tidak menganggap diri
mereka bernilai, mereka juga tidak dapat hidup untuk membantu orang lain. Kerana
moraliti boleh memusnahkan diri sendiri, Durkheim menyatakan mereka yang terlalu
mementingkan moraliti sebagai tidak rasional. Beberapa prinsip dan pandangan Durkheim
terhadap moral adalah seperti di bawah:
46
OUM
TOPIK 3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
(a) Masyarakat sebagai Organisma
Durkheim berpendapat bahawa masyarakat adalah satu organisma kerana dia
percaya bahawa masyarakat mempunyai tujuan dan boleh menjadi justifikasi kepada
segala tindakan moral dan moraliti. Beliau juga berpendapat walaupun moraliti
diperkenalkan untuk kegunaan semua manusia, ia tetap tidak sesuai diaplikasikan
dalam kehidupan individu perseorangan.
(b) Altruisme sebagai punca organisma
Menurut Durkheim, individu-individu mampu melakukan keganasan atas nama
keagamaan atau kehendak masyarakat, tetapi sebab utama mereka melakukan
sedemikian adalah kerana ia merupakan sifat biasa sesuatu masyarakat. Setiap
tindakan moral dilakukan untuk kepentingan masyarakat. Oleh itu, masyarakat
merupakan satu organisma kerana setiap orang berfungsi untuk menggerakkan
masyarakat, dan masyarakat itu akan bergerak dalam satu hala tuju yang sama.
Beberapa sumbangan beliau adalah seperti:
1. Membezakan dan mengembangkan bidang sosiologi daripada sosial sains yang lain.
2. Perbincangan beliau dalam data empirikal membawa kepada sokongan terhadap
spekulasi teori beliau.
3. Fungsionalisme.
4. Fokus beliau dalam pembahagian kerja dan kesannya terhadap kehidupan sosial.
5. Keperluan untuk kesamaan dalam nilai-nilai dan kepercayaan utama.
6. Sosiologi keagamaan.
Durkheim sangat berminat dalam pendidikan. Ini disebabkan beliau telah ditugaskan
secara profesional dengan guru-guru pelatih dan beliau menggunakan kebolehannya
untuk membentuk kurikulum dalam usahanya membolehkan sosiologi diajar secara
terbuka. Durkheim juga berminat tentang pendidikan yang mana ia boleh digunakan untuk
melengkapkan rakyat Perancis dengan latarbelakang yang dikongsi dan sekular yang
penting untuk mengelakkan anomie dalam masyarakat moden. Selain itu, beliau juga
mencadangkan pembentukan kumpulan profesional untuk ditugaskan sebagai sumber
perkembangan untuk orang dewasa. Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak
fungsi pendidikan, iaitu:
1. Untuk meningkatkan soladiriti (soladirity) sosial
Sejarah: mempelajari tentang individu yang telah melakukan perkara baik untuk
ramai orang akan membuat seseorang berasa tidak penting.
Sumpah ikatan: membuat seseorang individu merasakan dirinya sebahagian
daripada sesuatu kumpulan dan ini akan membuatkan mereka tidak melanggar
peraturan.
2. Untuk mengekalkan peranan sosial
Sekolah adalah masyarakat kecil. Ia mempunyai hierarki, peraturan, dan anggapan
terhadap dunia luar yang sama. Ia melatih kanak-kanak dan remaja untuk
memenuhi peranan.
47
OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja
Sekolah membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan mengikut kemahiran,
dan ini menggalakkan pelajar untuk berusaha mencapai bidang kerja yang
bersesuaian dengan keupayaan mereka.
3.3 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK
Teori Pembelajaran Humanistik telah diperkenalkan untuk membantu pelajar ke arah
perkembangan individu secara keseluruhan. Perkembangan ini termasuklah fizikal,
mental, emosi dan juga moral. Matlamat utamanya ialah supaya pelajar dapat mengetahui
kehendak utama mereka dan meningkatkan potensi mereka sebagai individu berguna.
Objektif teori ini bukanlah semata-mata untuk menghasilkan individu atau pekerja yang
baik, tetapi untuk menghasilkan manusia yang berguna dan boleh menyumbang kepada
dunia dan persekitaran mereka.
3.3.1 Carl Rogers
Teori Carl Rogers adalah bersifat klinikal, berdasarkan pengalamannya selama bertahun-
tahun dalam menyelesaikan masalah klien-kliennya. Teori ini mempunyai sedikit
persamaan dengan Freud, dimana ia adalah matang dan terperinci, secaralogiknya benar,
dan dengan pelbagai aplikasi. Namun, terdapat beberapa elemen yang berbeza dengan
Freud, dimana Rogers melihat manusia sebagai sihat atau berguna, atau paling tidakpun,
tidak sakit atau tidak berguna. Dalam kata lain, beliau melihat kesihatan mental sebagai
kepentingan normal dalam kehidupan, dan masalah mental sebagai halangan kepada
kesedaran semulajadi. Beliau juga mengenalkan tentang kecenderungan kepada
kesedaran, dimana ia adalah motivasi dalaman yang sedia ada dalam setiap benda hidup
untuk meningkatkan potensi ke tahap yang tertinggi.
Rogers sangat berminat dalam mengkaji dan menentukan definisi individu yang sihat.
Beliau telah mengenalkan ciri-ciri orang yang berfungsi secara keseluruhan sebagai:
1. Keterbukaan kepada pengalaman: ini merupakan persepsi yang tepat tantang
pengalaman seseorang di dunia, termasuk perasaan seseorang. Ia juga bermaksud
kemampuan untuk menerima realiti, sekali lagi termasuk perasaan seseorang.
Perasaan adalah elemen penting dalam keterbukaan kerana ia menunjukkan penilaian
organismik. Sekiranya seseorang tidak dapat membuka perasaannya, dia tidak akan
boleh membuka kepada kesedaran (actualization). Bahagian yang susah adalah
membezakan antara perasaan sebenar daripada kemurungan yang dihadapi.
2. Kehidupan yang wujud: ini merupakan kehidupan disini-dan-sekarang. Rogers,
menegaskan bahawa kita tidak hidup di masa lepas atau masa depan. Masa sekarang
Latihan 3.2
Buat satu rancangan pengajaran dengan menggunakan Teori
Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura.
48
OUM
TOPIK 3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
adalah realiti yang kita ada. Kita hanya perlu mengenalpasti beberapa perkara, seperti
memori dan impian, dimana kita sedang alami pada masa sekarang.
3. Kepercayaan organismik: kita haruslah membiarkan diri kita supaya diarah oleh
proses penilaian organismik. Kita haruslah mempercayai diri kita, membuat apa yang
dirasakan benar, dan apa yang terjadi dengan semulajadi. Dalam kata lain,
kepercayaan organismik adalah bermaksud anda sedang berhubung dengan
kesedaran.
4. Kebebasan: Rogers merasakan bahawa adalah tidak relevan menyatakan samada
manusia benar-benar mumpunyai kebebasan mutlak. Kita semua merasakan bahawa
kita adalah bebas, disebabkan kita bebas untuk membuat pilihan-pilihan yang ada
untuk kita. Rogers juga mengatakan bahawa orang yang berfungsi secara keseluruhan
mengetahui tentang perasaan kebebasan, dan bertanggungjawab atas segala
pilihannya.
5. Kreativiti: sekiranya anda berasa bebas dan bertanggungjawab, anda akan sentiasa
bertindak sepatutnya, dan mengambil bahagian dalam aktiviti dunuawi. Seseorang
yang berfungsi secara keseluruhan, dengan mempunyai kesedaran, akan berasa
bertanggungjawab untuk menyumbang kepada kesedaran orang. Ini boleh dilakukan
melalui kreativiti dalam kesenian atau sains, dengan mengambil berat tentang sosial
dan kasih sayang, atau dengan malakukan yang terbaik dalam sesuatu kerja.
Carl Rogers telah mengenalpasti dua jenis kualiti di dalam pembelajaran. Pertama, ialah
kognitif yang merupakan pengetahuan seperti mempelajari jadual hasil darab. Beliau
menyatakan jenis pembelajaran ini sebagai tidak bermakna dalam jangkamasa panjang.
Jenis kedua, iaitu pengalaman, merupakan pengetahuan yang diperolehi daripada
pengalaman seperti mempelajari cara untuk menggunakan komputer untuk menerbitkan
jurnal. Ini merupakan prinsip yang utama dalam kajiannya, iaitu pembelajaran melalui
pengalaman adalah lebih berkesan, tambahan lagi sekiranya ia merupakan kehendak dan
kemahuan pelajar tersebut.
Kualiti yang meliputi pembelajaran melalui pengalaman termasuklah penglibatan sendiri,
atas usaha sendiri, dinilai oleh pelajar sendiri, dan mempunyai kesan mendalam terhadap
pelajar tersebut. Pembelajaran melalui pengalaman ini adalah selaras dengan perubahan
dan peningkatan diri sendiri. Semua manusia mempunyai kemahuan untuk belajar. Oleh
itu, pendidikan seharusnya membantu pelajar dalam mengetahui cara-cara untuk belajar
dan juga menyokong mereka di kala mereka menghadapi perubahan.
Dalam menggunakan teori ke dalam pembelajaran, peranan guru adalah untuk memerhati
dan bertindak sebagai fasilitator semasa pembelajaran experiential (pembelajaran melalui
pengalaman). Ini termasuklah:
1. Membuat suasana yang positif untuk pembelajaran.
2. Menyatakan tujuan pembelajaran.
3. Mengurus dan menyediakan sumber pembelajaran yang sesuai.
4. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran.
5. Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan pelajar tetapi tidak mendominasi proses
pembelajaran.
49
OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
Dengan ini, pembelajaran akan berlaku apabila:
1. Pelajar melibatkan diri sepenuhnya di dalam proses pembelajaran dan mempunyai
hak keatas haluan dan kemahuannya.
2. Ia berdasarkan masalah sosial, peribadi atau kajian yang praktikal dan mengikut minat
pelajar berkenaan.
3. Penilaian sendiri adalah kaedah utama dalam teori ini, dimana pelajar akan menilai
pencapaian diri sendiri.
Carl Rogers menyatakan bahawa dalam mengimplementasikan teori ini ke dalam bilik
darjah, pembelajaran masteri dalam fakta dan kebolehan harus dikurangkan. Proses
pembelajaran haruslah disediakan dengan pelbagai buku, majalah, dan bahan bacaan
intelektual dimana pelajar boleh memilihnya sendiri. Ini adalah untuk meningkatkan
perkembangan mereka dalam kemahiran berfikir kreatif dan kritis.
Implikasi teori ini dalam bilik darjah adalah guru haruslah meningkatkan kematangan
pelajar dalam mengenalpasti identiti peribadi mereka. Interaksi yang berlaku ditujukan
untuk menyokong perkembangan keyakinan diri pelajar. Selain itu, idea, bahasa, dan
budaya pelajar mestilah dihormati dan dihargai. Ini akan meningkatkan kemahuan dan
orientasi pelajar dalam proses pembelajaran. Di samping itu, guru perlu membuka hati
mereka dan berterus-terang dalam berkongsi pendapat mereka dengan pelajar. Ini penting
untuk menghasilkan perhubungan yang mantap seperti yang dikehendaki dalam Teori
Humanistik.
RUMUSAN
Setelah mempelajari tajuk ini, diharapkan anda dapat mengaplikasikan teori-teori
perkembangan kanak-kanak ke dalam bilik darjah kelak. Teori-teori ini amatlah berguna
dalam mengenalpasti pendekatan yang bersesuaian untuk digunakan kepada pelajar,
bergantung kepada tahap perkembangan mereka, perbezaan mereka dan minat mereka
yang berbeza-beza.
UJIAN 1
1. Terangkan bagaimana untuk menggunakan Teori Perkembangan Kognitif oleh Jean
Piaget di dalam bilik darjah sekolah rendah.
2. Bagaimanakah Kohlberg telah mengendalikan penyelidikannya untuk mengenalpasti
perkembangan kognitif kanak-kanak?
Latihan 3.3
Apakah peranan guru dalam memastikan pembelajaran berlaku dengan
lancar, dengan mengaplikasikan Teori Humanistik oleh Carl Rogers?
50
OUM
TOPIK 3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
UJIAN 2
1. Terangkan kritikan-kritikan keatas Teori Perkembangan Kognitif oleh Lawrence
Kohlberg.
2. Berdasarkan Teori Humanistik, nyatakan ciri-ciri orang yang berfungsi secara
keseluruhan.
BIBLIOGRAFI
Bandura, A. (1991). Social Cognition Theory of Moral Thought and Action. In Kurtines, W.
M. & Gewirtz, J. L. , Handbook of Moral Behavior and Development, Vol I. Lawrence
Erlbaum Associates: Hillsdale, NJ.
Durkheim, Emile (1951). Suicide, New York: The Free Press.
Durkheim, Emile (1963). Incest: The Nature And Origin of the Taboo, New York: Lyle
Stuart Inc.
Durkheim, Emile (1965). Montesquieu and Rousseau: Forerunners of Sociology, Ann
Arbor: Ann Arbor Paperbacks: the University of Michigan Press.
Durkheim, Emile (1968). The Elementary Forms of Religious Life, New York: The Free
Press.
Durkheim, Emile (1973a). On Morality and Society, Chicago: University of Chicago Press.
Durkheim, Emile (1973b). Moral Education: A Study in the Theory and Application of the
Sociology of Education, London: The Free Press.
Durkheim, Emile (1974a). Sociology and Philosophy, Glencoe: The Free Press.
Durkheim, E. (1974b). Course in Social Science -Inaugural Lecture, Sociological Inquiry,
44 (3): 193-204.
Durkheim, Emile (1977). The Evolution of Educational Thought: Lectures of the Formation
and Development of Secondary Education in France, London: Routledge & Kegan
Paul.
Durkheim, Emile (1979). Durkheim: Essays on Morals and Education, London: Routledge
& Kegan Paul.
Durkheim, E., & Wilson, Everett 1981. The Realm of Sociology as a Science, Social
Forces, vol.59, 4.
Durkheim, Emile (1982). The Rules of Sociological Method, Eighth edition, New York: The
Free Press.
Durkheim, Emile (1984). The Division of Labor in Society, New York: The Free Press.
Durkheim, Emile (1992). Professional Ethics and Civic Morals, New York: Routledge
Press.
Durkheim, Emile (1993). Ethics and the Sociology of Morals, Buffalo: Prometheus Books.
Durkheim, Emile (1995a). The Elementary Forms of Religious Life, New York: The Free
Press.
51
OUM
TOPIK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL
Durkheim, E. (1995b). The Teaching of Morality in Primary Schools, Journal of Moral
Education, 24, #1.
Kohlberg, L. (1984). The Philosophy of Moral Development: The Nature and Validity of
Moral Stages. San Francisco: Harper & Row.
Piaget, J. (1965). The Moral Judgment of the Child. New York: The Free Press.
Kant, Immanuel 1996 The Metaphysics of Morals, Cambridge University Press,
Cambridge.
Rogers, Carl (1961). On Becoming a Person. Boston: Houghton Mifflin.

Anda mungkin juga menyukai