Anda di halaman 1dari 1

Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal

idang Interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkaikata,
ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan dengan rakan
rapat atau orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi social atau berurusan bagi tujuan komersial. Hasil pembelajaran
utama yang dapat dicapai oleh murid dalam Bidang Interpersonal ialah berinteraksi, memberi pendapat, berunding, membuat pertimbangan
dan berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI /
SUMBER / CATATAN

Berinteraksi untuk menjalin dan
mempereratkan hubungan mesra
1) Berbual dan berbicara tentang perkara
yang berkaitan dengan kehidupan harian
yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan
masyarakat dengan menggunakan kata,
intonasi, dan nada yang sesuai.

2) Mendengar dan memberi respons secara
lisan dan bertulis tentang sesuatu yang
diperihalkan oleh orang lain.

3) Menyampaikan maksud yang tersurat dan
tersirat berdasarkan bahan yang
dikemukakan dengan menggunakan kata
dan ungkapan yang sesuai.


Aras 1

1) Berbual mengenali diri sendiri berkaitan
dengan hal peribadi dan perkembangan
diri yang terbaru.

2) Berbual tentang perkembangan terbaru
rakan dan peristiwa semasa.

1) Memberi ucapan tahniah, penghargaan,
dan takziah kepada seseorang.

2) Berbual memperkenalkan diri dalam
situasi tertentu. Contoh :-
- Majlis suai kenal, temu duga
- Berita sebenar yang berlaku kepada
pelajar minggu lalu (tumpuan pada
peristiwa yang luar biasa)

3) Berbual dengan kumpulan tentang berita
semasa dan sensasi. Contoh:-
- Perkara yang berlaku di pekan seperti
pertunjukan amal, pesta dan pameran
- Kes pencerobohan laman web
parlimen
- Menulis perenggan pendek tentang
perkara tersebut



B

Anda mungkin juga menyukai