Anda di halaman 1dari 4

BAB 4

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK



PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan hubung kait pembangunan ekonomi dan hubungan
etnik. Ia juga akan menjelaskan konsep modenisasi, pembangunan ekonomi dan
politik.

KONSEP MODENISASI
1. Modenisasi : proses transformasi / merubah sesebuah masyarakat dalam
segenap bidang kehidupan samada politik, sosial, ekonomi dll.
2. Transformasi terbahagi kepada dua iaitu berencana dan tidak berencana
3. Transformasi berencana iaitu perubahan yang mempunyai matlamat, kaedah
dan ianya dapat diukur.
4. Pembangunan ekonomi dapat diukur melalui:
5. Pertumbuhan Dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK)
6. Peningkatan kualiti hidup (pendidikan, kesihatan, persekitaran, kemudahan asas
dsb.

MODENISASI DI MALAYSIA
1. Modenisasi Malaysia adalah bermodelkan modenisasi barat yang banyak
menitikberatkan pembangunan ekonomi.
2. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia sedar bahawa negara tidak boleh
selamanya bergantung kepada sektor pertanian kerana harga komoditi pertanian
sentiasa mengalami turun naik.
3. Oleh itu Malaysia meletakkan matlamat ingin keluar dari status negara pertanian
kepada sebuah negara industri.
4. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, beberapa langkah telah diambil,
antaranya:
5. Menyediakan prasarana i.e jalanraya, keretapi, tenaga elektrik, komunikasi dsb.
6. Pembangunan dan penggunaan teknologi terkini/moden dan mengenepikan
ilmu tradisional dan menggantikannya dengan ilmu saintifik.
7. Pembangunan pertanian : pertanian sara diri diubah kepada pertanian komersil.
8. Urbanisasi : memindahkan penduduk luar bandar ke bandar bagi memenuhi
permintaan tenaga buruh.
9. Perhebatkan proses industrialisasi : Pengeluaran barangan kilang / siap secara
besaran2.
10. Perubahan daripada industri gantian import kepada industri berasaskan
ekspot.
11. Di abad ke 21, Malaysia memberi fokus kepada pembangunan beasaskan K-
Ekonomi.
12. Secara umumnya Malaysia berjaya memodenkan ekonomi. Buktinya :
13. Pertumbuhan ekonomi 1990an berada pada 8-9%.
14. Peningkatan kualiti hidup
15. Inflasi terkawal

URBANISASI DI MALAYSIA (DALAM KONTEKS POLITIK)
1. Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ekonomi tidak dapat dipisahkan
dengan pembangunan politik.
2. Ini adalah kerana Persekutuan Malaysia adalah terbentuk dari gabungan
beberapa negeri dan juga gabungan beberapa etnik yang membentuk negara
bangsa.
3. Berbekalkan gabungan tersebut, maka Malaysia beriltizam untuk membentuk
sebuah negara bangsa yang aman dan harmoni.
4. Dalam konteks pembangunan ekonomi, kemajuan ekonomi bukan hanya untuk
kemakmuran ekonomi semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu iaitu untuk
pembentukan sebuah negara bangsa yang mampu hidup bersama.
5. Oleh itu kerajaan sedar bahawa pembangunan di Malaysia mesti mengambilkira
soal etnik dan demografi. Tanpanya akan berlaku pertelingkahan etnik sepertimana
peristiwa 13 Mei 1969.
6. Bagi mengelak peristiwa tersebut berulang, maka kerajaan telah perkenalkan
beberapa rancangan, antaranya:
7. Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama
8. Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
9. Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
10. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
11. Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua
12. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
13. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
14. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
15. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
16. Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga
17. Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
18. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
19. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
20. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
21. Bagi merancakkan lagi pembangunan Negara, kerajaan telah merangka
Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Ianya adalah:
22. Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990)
23. Dasar Ekonomi Baru (DEB).
24. Matlamatnya :
25. Mengurang dan membasmi kemiskinan.
26. Menyusun semula masyarakat.
27. Strategi yang digunakan:
28. Mewujudkan peluang pekerjaan dipelbagai sektor
29. Merapatkan jurang pendapatan antara etnik & wilayah
30. Rancangan Pembangunan Wilayah.
31. Matlamat:
32. Memperbaiki taraf hidup
33. Pembukaan tanah dan pembukaan Bandar baru, i.e KESEDAR, KETENGAH,
KEJORA dll.
34. Pembangunan Perindustrian.
35. Industri berat berasaskan modal dan teknologi i.e HICOM
36. Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara

ISU-ISU EKONOMI

Agihan ekonomi.
>Pertumbuhan ekonomi negara adalah amat memberangsangkan i.e 8-9% pada
1996
>Isu agihan di sini dilihat dari dua sudut iaitu agihan berdasarkan kelas sosial dan
agihan berdasarkan kelompok etnik.

Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan)
>Perlembagaan fasal 8 perkara (1) menjelaskan bahawa semua orang adalah
samarata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan samarata disisi
undang-undang.
>Oleh itu ada pihak-pihak tertentu berhujjah bahawa Hak istimewa Orang Melayu
perlu dinilai semula.

DEB dan hubungan etnik.
>DEB diperkenalkan 1970 bagi menyelesaikan masalah jurang ekonomi antara
etnik. Ia juga adalah bertujuan menyusun semula masyarakat.
>Diharapkan pada 1990 ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara mencapai 30%. Ini
adalah bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Pendidikan, Ekonomi dan identiti bangsa
>Kerajaan melihat aspek pendidikan mampu merubah struktur ekonomi dan politik
negara. Oleh itu diwujudkan pengajaran sains dan matematik di sekolah
menggunakan bahasa Inggeris.

Globalisasi : Ekonomi dan Hubungan Etnik.
>Kejayaan ekonomi Asia di dekad 1990an, termasuk Malaysia adalah disebabkan
elemen globalisasi. Ia dibuktikan oleh aliran masuk modal asing (FDI) dan
perlaksanaan dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan negara.
>Aliran masuk modal asing ini dianggap sebagai wang panas yang mana
kemudiannya telah menyebabkan negara-negara Asia, termasuk Malaysia dilanda
kegawatan ekonomi pada 1997-98.

Krisis Ekonomi
>Implikasi Terhadap Usahawan Bumiputera, 1998 lebih 25, 000 usahawan
bumiputera gulung tikar. 191 IKS bumiputera muflis.