Anda di halaman 1dari 13

TEORI TERAPI GLASSER

Tahun 1965, William Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti yang menerima
bahawa tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Model ini adalah
berdasarkan tiga prinsip berikut:
i. Individu bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Tingkah laku tidak
dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya.
ii. Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.
iii. Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya
sesuai seperti mana yang ia kehendaki.
Teori ini sering dikaitkan dengan Teori Kawalan dan Teori Pilihan.
TEORI KAWALAN (1970):
Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang
paling memuaskan hati kita pada waktu tersebut.
TEORI PILIHAN (1988, 1997)
Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia
(diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan).
Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan 4 keperluan, iaitu:
i. Keperluan untuk memiliki. (memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama
guru)
ii. Keperluan terhadap kuasa/pengaruh. (mempunyai rasa diperlukan, disedari
kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing)
iii. Keperluan terhadap kebebasan.(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan
kemahiran membuat keputusan mereka sendiri)
iv. Keperluan untuk berseronok.
Dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang tanggungjawab
mereka dan bagaimana membuat pilihan yang tepat, Glasser telah menghasilkan 10
langkah disiplin, iaitu:
1. Apabila masalah disiplin berlaku, guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah
laku pelajarnya bagi mengetahui adakah guru tersebut menjadi penyebab berlakunya
masalah disiplin tersebut. (Guru buat analisis tingkah laku pelajar)
2. Guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar berdasarkan
pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas.
3. Guru mengatasi masalah tingkah laku dengan 2 cara:
i. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik
ii. Membina hubungan baik dengan pelajar
4. Guru perlu bertanyakan kepada murid Apa yang kamu lakukan? daripada
bertanyakan Mengapa kamu lakukan perkara tersebut? bagi mengelakkan pelajar
menjadi bingung. Apabila pelajar menyedari apa yang dilakukannya itu salah, maka
dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya.
5. Guru membuat perbincangan dengan pelajar tersebut.
6. Pelajar akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka
kepada yang lebih baik.
7. Jika tidak berkesan, pelajar perlu diasingkan dengan menggunakan kaedahtime-
out yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini pelajar tidak boleh terlibat dalam aktiviti
kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya, atau membuat perjanjian yang baru.
8. Jika tidak berhasil, pelajar tersebut perlu diberi kelas tahanan. Dicadangkan guru
yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan menjadi
pilihan pelajar yang ditahan.
9. Apabila pelajar tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dan pelajar
digantung persekolahan selama sehari.
10. Langkah terakhir ialah, pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada
agensi dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar tersebut.






















.1 Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
Pelopor terpenting Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) yang telah memberi penekanan
dalam konsep pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan
kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula
merupakan seorang surirumah yang bijak.
Skinner telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York.
Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi
serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya
beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di
Greenwich, New York City sebagai bohemian.
Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali
ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930
dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk
menghasilkan kajian sehingga tahun 1939.
Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Psychology Depertment di
Indiana University. Pada tahun 1948 beliau telah dijemput ke Harvad dan telah menghabiskan
sisa-sisa hidup beliau di sana. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai bidang
antaranya ialah penulisan buku, sebagai pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan
kajian-kajian. Walaupun tidak berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun beliau terpilih
sebagai salah seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah satu buku beliau ialah Walden
II. Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990 akibat leukemia.
Skinner juga mempunyai minat terhadap tingkah laku haiwan dan beliau
kemudiannya dapat membuktikan beberapa aspek dalam teorinya dengan menggunakan
burung merpati sebagai subjek eksperimen.


3.0 Konsep Utama Terapi Tingkah Laku
3.1 Pelaziman klasik

Pelaziman Klasik memfokuskan kepada anteseden dalam satu tingkah laku. Di dalam kajian
ataupun eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses pencernaan terhadap anjing,
Pavlov mendapati akhirnya anjing tersebut akhirnya boleh mengeluarkan air liur walaupun
tiada makanan diberikan dan menyimpulkan bahawa proses pembelajaran boleh berlaku di
dalam persekitaran yang disediakan.

Apabila anjing diberikan makanan sebagai satu rangsangan sudah pasti anjing tersebut
akan mengeluarkan air liur iaitu sebagai tindak balas terhadap rangsangan. Rangsangan yang
neutral pula seperti loceng tidak berupaya untuk memberi respon. Namun dalam
eksperimennya, Pavlov telah menyediakan suatu keadaan di mana setiap kali beliau
membunyikan loceng, dengan segera akan disertakan makanan. Prosedur ini telah diulang
beberapa kali untuk memberikan satu proses pembelajaran.

3.2 Pelaziman Operan
Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut memfokuskan
kepada sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya pelaziman operan ini
merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah
kesan yang berlaku sebelum ini secara sistematik.
Satu eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung merpati
sebagai satu objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan makanan jagung.
Makanan jagung adalah rangsangan tidak terlazim dan juga berbentuk peneguhan. Apabila
burung merpati menekan selak berkali-kali dan makanan terkeluar, maka tindakan ini akan
bertukar menjadi tindakan peneguhan.
Seterusnya tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan makanan
yang lazat dan rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.

3.3 Teori Kognitif Sosial
Kedua-dua pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan tindakan
yang dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang tidak
nyata seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan. Teori Kognitif Sosial yang juga
dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial mempunyai 2 aspek penting iaitu pemerhatian dan
modelling yang menekankan peranan pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi.

3.4 Personaliti
Anggapan asas daripada pendekatan teori pembelajaran menunjukan tingkah laku individu itu
adalah berkait rapat dengan persekitaran mereka. Menurut Lockian, manusia secara semula
jadinya dilahirkan sebagai neutral, tidak mempunyai sifat yang baim atau pun buruk.
Personaliti manusia terbina dan berkembang bergantung kepada interaksi mereka dalam
persekitaran. Manusia bertindak balas melalui rangsangan. Dalam proses ini corak tingkah
laku dan personaliti seseorang akan terbina.

3.5 Peneguhan
Peneguhan positif bermaksud satu proses keadaan positif yang sekali gus memberikan kesan
yang positif. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif, tingkah laku tersebut akan
meningkat dan berulang apabila diberi peneguhan. Manakala peneguhan negatif pula ialah
satu proses penyingkiran dan pengelakan yang akan menyebabkan tingkah laku negatif
tersebut berulang apabila menerima peneguhan yang negatif.
Sebagai contoh, seorang kawan mengucapkan terima kasih apabila wujud tingkah laku
menolong. Hal ini akan membuatkan tingkah laku ini berulang kerna wujudnya peneguhan
positif.
























MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee
and Marlene Canter tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen
bagi tindakan mereka. Terdapat beberapa model asas iaitu:-
Tingkahlaku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan
Tanggungjawab adalah nadi disiplin asertif
Guru hendaklah bersifat asertif
Guru hendaklah merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid
mengenai tingkahlaku yang baik dan buruk.
Jadual dibawah merupakan rumus beberapa aspek dengan Model Disiplin Asertif Canter
yang boleh memudahkan seseorang guru.
Aspek Huraian
Konsep Utama Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan
Guru dan murid mempunyai hak masing-masing
Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
optimum
Guru harus menggunakan satu hierarki disiplin yang
mengandungi kesan yang bersesuaian mengikut tahun
persekolahan.
Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau agresif.
Jenis Ganjaran Tidak asertif: sudah berulang kali saya minta anda supaya
jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masi masih
berbuat demikian, sila berhenti.
Asertif: Shan, ini adalah amaran atas perbuatan anda bersandar
kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,jikalau
tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di sudut
bacaan nanti.
Agresif: Simpan buku komik dengan serta merta, jikalau tidak,
anda akan menyesal!
Jenis Ganjaran Pengukuh sosial-senyuman,kata-kata pujian
Pengukuh grafik-bintang, pelekat
Pengukuh aktiviti-masa rehat,mainan khas
Pengukuh fizikal-makanan,hadiah, sijil
Hak Asasi Murid Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum
Disediakan guru yang akan membantu mereka mengurangkan
tingkahlaku yang kurang wajar dan menyokong tingkahlaku
yang wajar
Dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkahlaku yang baik dan
jahat
Diberikan pilihan untuk bertingkahlaku wajar atau tidak wajar
Tanggungjawab
Guru
Kekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum
Diberikan sokongan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa
Pastikan hak dan tanggungjawab murid-murid disokong dengan
satu pelan disiplin yang menyatakan jangkaan dengan jelas
Aplikasikan konsekuen secar konsisten
Pertimbangkan kepentingn mereka setiap masa
Dalam situasi menyelesaikan masalah murid Tahun Enam iaitu Tim yang setiap hari
datang kesekolah tanpa membawa bahan keperluan yang lengkap. Pada hari-hari tertentu, dia
lupa membawa alat tulis dan hari-hari yang lain dia meninggalkan buku latihan di rumah.
Setiap kali, Tim akan minta kebenaran untuk menelefon ibunya supaya membawa bahan-
bahan yang tertinggal. Jikakalu membenarkan Tim menghubingi ibunya, pasti membazir masa
pembelajaran. Jika tidak dibenarkan, Tim akan duduk sahaja tanpa membuat latihan kelas
yang diberikan.
Seorang guru itu boleh membentuk satu pelan Disiplin Asertif. Pelan ini sangat berguna dan
penting kepada guru sebagai garis panduan kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Guru digalakkan pertimbangkan soalan-soalan berikut:
Apakah tingkahlaku yang ingin dihapuskan atau disemai dalam diri murid-murid anda?
Apakah jenis konsekuen negatif yang wajar bagi murid-murid tersebut?
Apakah jenis konsekuen positif yang wajar bagi murid-murid tersebut?
Bagaimanakah cara mengesan tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar?
Sebagai keterangan lanjut, maklumat langkah-langkah satu pelan disiplin asertif boleh di
teliti dan dirujuk seperti jadual di bawah.
Langkah Tindakan yang diambil
1. Membina jaringan sokongan dengan pihak
pentadbir dan ibu bapa
- Meminta kebenaran pihak pentadbir
- Maklumkan kepada ibu bapa
2. Membentuk peraturan bilik darjah Garis panduan yang boleh dijadikan rujukan:
- Hendaklah jelas dan spesifik
- Berkuatkuasa sepanjang waktu persekolahan
- Selaras dengan umur murid-murid
3. Memberikan pengukuhan positif (Diibaratkan
Model Guli dalam bekas)
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik
darjah yang positif
- Guru masukkan sebiji guli dalam bekas apabila
murid berkelakuan baik
- Tindakan guru berulangan sehingga bekas tadi
penuh dengan guli
- Mengurangkan kekerapan berlakunya masalah
disiplin
- Secara kelas, murid-murid dibawa untuk menyertai
lawatan sambil belajar, menonton movie dan
sebagainya
- Secara individu, guru memberi kata-kata pujian,
memaklumkan ibu bapa melalui panggilan
telefon
4. Bekalkan konsekuen setimpal dengan
pelanggaran peraturan bilik darjah yang telah
ditetapkan
- Tidak melebihi lima konsekuen
- Merupakan sesuatu yang tidak digemari murid-
murid tetapi tidak memudaratkan mereka dari
segi fizikal atau psikologi
- Disusun mengikut satu hirarki bermula dengan
memberi amaran kepada berjumpa dengan guru
besar
- Tangani salah laku yang timbul dengan serta merta
dalam keadaan tenang
- Rujuk kepada pelan disiplin yang terbentuk bagi
memastikan konsekuen yang wajar dilaksanakan
- Bentukkan satu sistem pengesanan dan pegrkodan
kes salah laku murid-murid secara individu agar
hirarki konsekuen dapat dipatuhi
5. Pelan bagi kes salah laku yang serius - Murid yang berkenaan dihantar terus untuk
berjumpa dengan guru besar
Oleh itu, satu pelan disiplin asertif yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk
mengubah tingkahlaku Tim adalah adalah seperti dalam jadual dibawah.
Pelan Pengurusan Bilik Darjah Tahun 6
Peraturan Bilik Darjah
Dilarang bercakap apabila guru sedang bercakap, apabila murid-murid lain sedang
memberi pandangan mereka, semasa ujian dijalankan, semasa kuiz dilaksanakan
Jalan dengan teratur di koridor dan jangan buat bising
Bawa semua bahan keperluan pembelajaran pada setiap masa seperti buku teks, alat
menulis dan semua keperluan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
Dilarang membawa sebarang makanan atau minuman masuk ke dalam bilik darjah
melainkan dengan kebenaran
Konsekuen Melanggar Peraturan Bilik Darjah
Kali pertama : Diberi amaran
Kali kedua : Lima minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku
Kali ketiga : Sepuluh minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku
Kali keempat : Lima belas minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku dan ibu
bapa dihubungi
Kali kelima : Berjumpa terus dengan guru besar
Bagi kes serius : Berjumpa dengan guru besar
Pengiktirafan Positif:
Ganjaran secara peribadi Ganjaran secara kelas
Nota makluman kepada ibu bapa
Panggilan telefon kepada ibu bapa
Pas dikecualikan daripada membuat kerja
rumah
Poin untuk menyertai lawatan sambil belajar
Poin untuk hadir jamuan makan
Berdasarkan kepada jadual diatas, guru berupaya membentuk satu pelan pelan disiplin asertif
untuk digunakan dalam bilik darjah dan dapat membendung sebarang masalah di dalam kelas
seperti masalah yang timbul daripada pelajar bernama Tim. Antara kelemahan dan kebaikan
kepada model disiplin asertif ini ini adalah:-
Kekuatan Kelemahan
Memanfaatkan guru khususnya guru
permulaan. Sebaik sahaja pelan
disiplin dibentuk dan diluluskan oleh
pihak pentadbir, guru tidak perlu
fikirkan bagaimana untuk menangani
tingkahlaku bermasalah yang timbul
kerana sudah mempunyai satu
rujukan sedia ada.
Keberkesanan satu-satu program disiplin
tidak boleh dinilai dari segi kejayaan
mencegah murid-murid daripada
melakukan salah laku. Murid-murid
perlu diajar bagaimana dan betapa
penting menjadi seorang murid yang
berkelakuan baik.
Merupakan tindakan ke atas tingkahlaku murid
dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik
darjah dilanggar, guru menguatkuasakan
konsekuen yang setimpal tanpa sikap
subjektif berhubung peribadi murid yang
berkenaan
Mewujudkan persekitaran yang bersifat
authoritarian di mna murd hanya akur kepada
kehendak guru.Murid terpaksa memikul
tanggung jawab atas sebarang salah laku
yang timbul









MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS
MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS
Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh
dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler:-
Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu
kelompok
Kesemua tingkahlaku adalah bersebab
Manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan
Realiti dipersepsikan oleh manusia
Sebagai penjelasan lanjut, fokus utama dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah
yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu guru yang inginkan
kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Jadual dibawah
merupakan teknik-teknik yang boleh digunkan setimpal dengan keempat-empat motif
tingkahlaku bermasalah.
Motif Teknik yang disyorkan
Inginkan perhatian: sengaja
membangkitkan kemarahan cikgu
cara-cara seperti mengetuk-ngetuk
pensel, bercakap-cakap dengan rakan
dan lain-lain
Minimumkan tahap perhatian- jangan
endahkan tingkahlaku tersebut.
Iktiraf tingkahlaku bermasalah-serapkan
dalam sesi pengajaran.
Menggunakan kuasa: pergelutan kuasa
antara guru dan murid seperti enggan
menyempurnakan tugas, sengaja
meninggalkan buku dan lain-lain
Cuba kekalkan persekitaran
pembeajaran yang positif.
Alihkan fokus ke tempat lain
Usahakan supaya murid yang berkenaan
menyedari kelakuannya
Membalas dendam: murid terasa tidak
diberikan layanan yang adil yang
ditunjukan melalui cara cara seperti
mencur,berlawan, merosakkan harta
benda sekolah dan lain-lain
Sama seperti 2
Memaparkan kekurangan: tindakan lain
selain dari diatas seperti
mengundukan diri, mengasingkan diri
dan lain-lain
Ubahsuai kaedah mengajar
Gunakan bahan bantu pembelajaran
berbentuk maujud atau komputer
Antara cara yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah didalam soalan perbincangan
iaitu apabila loceng menandakan sudah tamat sesi pengajaran. Sambil Cikgu Lin bersedia
untuk keluar dari kelas Empat Bestari, beliau dapati ukiran singkatan OK atas sebuah meja.
Sepanjang waktu mata pelajaran Sejarah tadi, Khan duduk di tempat tersebut. Oleh itu, bukan
sukar bagi Cikgu Lin meneka murid siapa yang telah melakukan salah laku tersebut.
Cikgu Lin boleh menggunakan akibat logikal bertujuan membetulkan tingkahlaku
bermasalah. Akibat logikal berpegang kepada prinsip bahawa murid harus diberikan pilihan
untuk membetulkan tingkah lakunya serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut
arahan. Dengan itu, murid boleh boleh belajar menjadi lebih bertanggungjawab. Bagi situasi
tingkalah laku bermasalah yang dilakukan oleh Khan, tindakan guru adalah:
Berikan murid berkenaan pilihan SAMA ADA mencuci bersih cadangan tersebut ATAU dikenakan
bayaran sebagai upah pekerja am mencuci contengan tersebut.
Melalui tindakan tersebut sudah tentu memberikan kesedaran dan tanggungjawab kepada
murid berkenaan. Kekuatan dan kekurangan bagi model akibat logikal dreikurs ini ialah:
Kekuatan Kekurangan
Memupuk autonomi dimana murid
bertanggungjawab atas tindakan dan
pilihan mereka
Agak sukar untuk guru permulaan
mengenal pasti serta memahami motif
murid-murid melakukan salah laku
Mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif melalui komunikasi
yang terbuka dan sling hormat-
menghormati antara murid-murid
Agk sukar untuk mengenal pasti akibat
logikal yang setimpal dengan salah
laku tertentu














Model Kounin
Antara banyak-banyak teori pengurusan bilik darjah, saya amat meminati teori yang dipelopori oleh
Jacob Kounin.....(aa)

Jom kita ketahui serba sedikit mengenai pengasas teori ini...

Jacob Kounin adalah seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University. Fokus kajian
beliau adalah terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P & P mempengaruhi tingkah
laku murid di sekolah.

Setelah berkenalan dengan pengasasnya, mari kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai pengisian
teori ini........`..`...

Teori Kounin ialah disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teori ialah integrasi pengajaran
dengan disiplin. Untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, guru hendaklah menggunakan teknik
withiness, bertindih, momentum, kelancaran,peka, berwaspada kumpulan, menggalakkan
akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan.

Withitness
Ia merujuk kepada kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu
situasi yang tidak boleh dikawal.

Bertindih (overlapping)
Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan 2 @ > aktiviti individu @ berkumpulan pada masa
yang sama.

Momentum
Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa
pengajaran.

Kelancaran
Cirinya ialah kontiniuiti, iaitu perjalanan pengajaran berlaku tanpa sebarang ganggguan.

Kewaspadaan berkumpulan
Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain apabila respons seorang murid sedang diberikan.

Menggalakkan akauntabiliti
Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka sedang diperhatikan
dan ditaksir.

Format penyertaan tinggi
Iaitu menggunakan pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab
soalan guru secara langsung.

Peralihan
Iaitu kelancaran peralihan di antara dua aktiviti.

Seterusnya, kita akan melihat bagaimana implikasi Model Kounin Terhadap Tingkah Laku Bermasalah
murid.........`..`...

Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah
yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Guru
harus sedari semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran
ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah dicipta oleh Kounin. Kebolehan memberi
peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam
aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha
mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyai akauntabiliti
dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran yang optimal berlaku. Kebosanan murid boleh
dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam
kurikulum dan alam belajar bilik darjah.

Rumusan

Strategi pengurusan Kounin telah membawa galakan pembelajaran yang aktif. Strategi beliau telah
digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan masa kini kerana kajian menunjukkan bahawa cara
beliau adalah paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai