Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JIRING,

21060 KUALA TERENGGANU



Dalam tempoh masa internship dilaksanakan, kami telah menjalankan satu projek
berkumpulan iaitu Projek Keceriaan Bilik Sains Sk Tok Jiring. Projek keceriaan ini telah
mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah terutamanya Panitia Sains Sk
Tok Jiring. Projek yang dijalankan ini adalah untuk membantu membangunkan minda
komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Ini kerana, persekitaran
sekolah, bilik darjah serta bengkel dan makmal adalah sebagai wahana untuk
merealisasikan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP) yang cemerlang.
Selain itu, bilik sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk
memberikan murid dan guru peluang untuk menjalankan aktiviti dan penyiasatan berkenaan
topik pelajaran di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disediakan
dalam bilik sains untuk digunakan dalam PdP sains. Pengurusan bilik sains yang sistematik
serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk
mempelajari subjek sains.
Projek yang dijalankan ini mengambil masa selama satu bulan iaitu bermula 6 Julai
sehingga 8 Ogos 2014 bersamaan dengan minggu pertama dan terakhir internship.
Alhamdulillah, kami dapat menyempurnakan tugasan projek ini mengikut perancangan yang
telah ditetapkan. Kami telah membahagikan bidang tugas kepada dua bahagian iaitu
menghasilkan mural serta kebersihan dan kekemasan bilik sains. Projek dijalankan dari
semasa ke semasa dalam setiap minggu selama satu bulan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak sekolah
terutamanya pihak pentadbiran, mentor-mentor dan guru-guru Panitia Sains khasnya
kerana sudi memberi kerjasama dan sokongan kepada kami dalam usaha melaksanakan
projek ini. Semoga pihak sekolah berpuas hati dengan projek yang telah kami laksanakan
ini. Diharap hasil projek kami ini dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah.
Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datang dari diri kami sendiri.




Perkara Gambar Keterangan
















Sebelum

















1.






2.






3.






4.








5.








Keadaan bilik sains
semasa pertama kali
menjengah masuk.




Pandangan daripada meja
guru di hadapan bilik
sains.




Kabinet belakang bilik
sains yang terbiar dan
susunan alat serta bahan
yang tidak teratur.



Almari simpanan alat dan
bahan yang tidak
dilabelkan.



Dinding sudut hadapan
bilik sains yang kosong
dan agak kotor.






























Semasa








6.








7.









8.












9.








10.










Rak bersebelahan pintu
yang menempatkan fail
yang sudah tidak
digunakan lagi.


Barang yang diletakkan
secara tidak teratur di atas
kabinet belakang bilik
sains.


Pintu masuk bilik sains
yang kosong.







Guru pelatih mula
mengasingkan barang
yang masih boleh
digunakan dan tidak.


Guru pelatih
membersihkan bahagian
atas papan kenyataan.








































11.









12.









13.







14.






15.










Guru pelatih menampal
kad manila pada papan
kenyataan bahagian
belakang bilik sains.


Guru pelatih menampal
kad manila pada papan
kenyataan bahagian
hadapan bilik sains.



Guru pelatih mengecat
semula dinding bahagian
hadapan bilik sains untuk
membuat mural.




Guru pelatih mengecat
semula dinding bahagian
hadapan bilik sains untuk
membuat mural.



Guru pelatih menghasilkan
mural susunan planet dalam
system solar mengikut
sukatan sains tahun 4.





























Selepas


16.






17.







18.







19.








20.








Guru pelatih menghasilkan
mural susunan planet dalam
system solar mengikut
sukatan sains tahun 4.


Guru pelatih menanggalkan
kotoran degil pada setiap
meja.






Guru pelatih membasuh dan
mengemop lantai bilik sains.







Almari simpanan alat dan
bahan yang sudah
dilabelkan.




Bahan bantu mengajar
disusun dengan teratur di
atas almari simpanan alat
dan bahan.



21.








22.











23.









24.







25.


Peraturan makmal digantung
semula pada papan
kenyataan yang telah
ditampal dengan kad manila.


Bahagian meja guru dan
papan kenyataan hadapn
bilik sains yang telah diberi
sentuhan keceriaan.





Dinding hadapan bilik sains
yang telah siap dilukis mural.




Dinding hadapan bilik sains
yang telah siap dilukis mural.





Pintu masuk bilik sains yang
telah ditampal selamat
datang.







Disediakan oleh,


(Nur Amirah bt Hamzah)
Setiausaha Projek Internship
Sk Tok Jiring



Disahkan oleh,


(En Ahmad Zohir bin Haron)
Guru Besar
Sk Tok Jiring


Disemak oleh,


(Pn Rosfazilah bt Salleh)
Mentor Projek Internship
Sk Tok Jiring

Anda mungkin juga menyukai