Anda di halaman 1dari 10

TANAH SIMPANAN MELAYU

Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat peruntukan untuk tanah


rizab orang Melayu iaitu Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Di dalam perkara 89
fasal (6) menjelaskan bahawa ‘tanah rezab orang Melayu” ertinya tanah yang disimpan
untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat
terletaknya tanah itu; dan “orang melayu” termasuklah mana-mana orang yang di bawah
undang-undang negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi
maksud perizaban tanah.

Terdapat dua (2) objektif utama tanah simpanan Melayu :-

 Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab melayu daripada dilupuskan


dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu.

 Menyekat tanah Pegangan Melayu atau Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa
urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Walau bagaimanapun tidak semua tanah boleh di wartakan sebagai tanah


simpanan Melayu. Terdapat beberapa jenis tanah yang hanya boleh diisytiharkan sebagai
rizab melayu iaitu :-
 Tanah Kerajaan
 Tanah Hutan Simpan
 Tanah Rizab Awam
 Tanah Milik

Di antara tujuan pengisytihatan tanah simpanan Melayu adalah untuk


mengwujudkan satu kawasan Rizab Melayu. Selain itu ianya bertujuan untuk meminda
had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu. Pengisytiharan juga bertujuan untuk
membatalkan Rizab Melayu.

1
Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti di dalam pengisytiharan tanah
simpanan Melayu. Di antara syarat pengisytiharan adalah seperti berikut:-

1. Tanah yang belum dimajukan atau dicucuk tanam sahaja yang boleh
disiytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu.[Perkara 89(2) Perlembagaan
Persekutuan]

2. Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain
yang belum dimajukan atau dicucuk tanam seluas 100 hektar juga hendaklah
disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu.[Perkara
89(2)Perlembagaan Persekutuan]

3. Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan
atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri
itu yang sama jenis dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu
hendaklah serta merta disiytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan
itu adalah tidak sah.[Perkara 89(3)Perlembagaan Persekutuan]

4. Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang Melayu, atau orang
bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan
sebagai Rizab Melayu.[Perkara 89(4)Perlembagaan Persekutuan]

5. Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah Bandar atau tanah yang
termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai
Rizab Melayu.[Sek.3(1)ERM Kedah]

6. Di bawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah Bandar atau
tanah pecan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

2
Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah


kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal
oleh pihak yang berkenaan.

Rizab Orang Asli

Kawasan dan Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.
[Sek.6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli 1954]

SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN URUSNIAGA

Undang-undang tanah Rizab Melayu diwujudkan dengan dua objektif utama iaitu:-
 Melarang tanah kerajaan atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tanah
Persekutuan, daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan
Melayu; dan
 Melarang apa-apa urusniaga persendirian(Private dealings) yang melibatkan
hakmilik Pegangan Melayu di antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Bagi mencapai maksud kedua-dua objektif itu, Enakmen Rizab Melayu (ERM)
memperuntukan beberapa sekatan seperti berikut;-

1. Pelupusan
Mana-mana tanah kerajaan atau tanah Persekutuan yang termasuk ke dalam satu
Rizab Melayu tidak boleh diberimilik, dikeluarkan TOL atau Permit kepada orang bukan
Melayu.

3
Sekatan-sekatan dari segi urusniaga
Sekatan-sekatan dari segi urusniaga pula, kedudukannya adalah seperti berikut:-

1. Pindahmilik
Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipindahmilik kepada bukan Melayu kecuali
pindahmilik bersilang dengan syarat boring-borang pindahmiliknya diserahkan serentak
kepada pihak berkuasa pendaftaran yang sepatutnya.

2. Gadaian
Gadaian kepada bukan Melayu juga dilarang. Walau bagaimanapun terdapat satu
pengecualian di mana ianya boleh dibuat dengan memohon kebenaran Pihak berkuasa
Negeri perlu dinyatakan bahawa jika tanah yang digadaikan kepada mereka ini terpaksa
dilelong maka hanya orang Melayu sahaja boleh membeli atau menangkap lelongan
tersebut.

3. Pajakan
Tanah Rizab Melayu hanya boleh dipajakkan kepada Melayu.

4. Lien
Lien 100% tidak dibenarkan, baik kepada Melayu apatah lagi kepada bukan
Melayu.

Sekatan-sekatan Bukan Urusniaga

Selain daripada sekatan-sekatan yang melibatkan pelupusan dan urusniaga,


terdapat lagi beberapa bentuk sekatan yang dikenakan. Di antaranya ialah :-

1. Kaveat
Orang bukan melayu tidak boleh memasukkan apa-apa kaveat persendirian
ataupun kaveat amanah ke atas hakmilik Pegangan Melayu, melainkan orang bukan
Melayu itu bertindak sebagai ejen kepada prinsipalnya yang terdiri daripada orang

4
Melayu. Walau bagaimanapun tidak ada sekatan yang dikenakan sekiranya Pendaftar
memasukkan satu kaveat Pendaftar ke atas mana-mana Pegangan Melayu.

2. Perletakhakkan
Sekiranya seorang Melayu itu diisytiharkan dengan sempurnanya sebagai
bankrap, maka tanah Pegangan Melayunya tidak boleh diletakhak kepada Ketua
Pengarah Insolvensi-Pegawai Pemegang Hak(official Assignee) mengikut Akta
Kebangkrapan 1967. Oleh itu jika permohonan dibuat oelh Ketua Pengarah Insolvensi di
bawah seksyen 349 KTN untuk meletakhak tanah Pegangan Melayu itu kepadanya,
permohonan itu hendaklah ditolak. Walau bagaimanapun, Pendaftar boleh memasukkan
satu kaveat Pendaftar bagi melindungi kepentingan kerajaan Persekutuan ke atas tanah
pegangan Melayu itu.

3. Penahanan (Attachment)
Mana-mana hakmilik Pegangan Melayu tidak boleh ditahan bagi
menyempurnakan satu dekri atau perintah oleh mana-mana Mahkamah sekiranya dekri
atau perintah bermaksud untuk diberikan kepada bukan Melayu.

4. Amanah
Mengikut seksyen 145 orang Melayu tidak boleh mengwujudkan apa-apa amanah
yang memberi faedah kepada bukan Melayu. Sekatan ini terpakai jika ianya melibatkan
hakmilik Pegangan Melayu.

5. Pemberian Probat
Di bawah seksyen 15, tiada apa jua probat atau ‘letters of administration’ yang
melibatkan Pegangan Melayu boleh diberikan kepada bukan Melayu.

6. Surat Kuasa Wakil


Apa-apa borang urusniaga yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu yang
ditandatangani oleh orang bukan Melayu bagi pihak tuanpunya Melayunya dengan
menggunakan surat kuasa wakil tidak boleh didaftarkan .

5
PERMULAAN SUATU SISTEM TANAH YANG SAMA

Undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah Kanun Tanah


Negara (KTN). Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996. dari
tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud di semua negeri di
Semenanjung Malaysia.

Sebelum 1.1.1996 semua negeri ini mempunyai dua system pemegangan tanah
yang agak berlainan. Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem
yang khusus terdapat di negeri-negeri Selat sebelum perang(yang di contohi daripada
undang-undang harta dan panda hak Inggeris) yang dengannya surat ikatan yang
disempurnakan secara persendirian adalah asas hak milik bagi tanah.

Secara perbandingan sembilan buah negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu


sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh
diperolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada
pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang
diamalkan di sembilan buah negeri Melayu adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens
atau sistem pendaftaran hak milik.

KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-
undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum
1.1.1966). Untuk menghapuskan system di pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah
Negara (hak milik-hak milik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963
dan dikuatkuasakan pada 1.1.1996. Oleh itu dengan adanya KTN dan Akta Kanun Tanah
Negara (Hak milik-hak milik Pulau Pinang dan Melaka), 1963, kesemua sebelas buah
negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1.1.1996. ini juga
bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas negeri di Semenanjung memakai
system Torrens. Walau bagaimanapun Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan
undang-undang tanahnya sendiri.

6
CIRI-CIRI SISTEM TANAH SEBAGAIMANA YANG DIAMALKAN

Sistem Torrens menetapkan dan memperakui, di bawah kuasa kerajaan,


kepunyaan hak milik tanah yang tidak boleh disangkal dan memudahkan,
mempercepatkan dan merendahkan perbelanjaan segala urusan tanah. Tujuan-tujuan
sistem Torrens ialah untuk memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah.
Hak milik adalah bukti muktamad bahawa orang yang disebutkan di dalamnya adalah
tuan punya tanah yang dinyatakan di dalamnya.

Hak milik-hak milik tanah yang sah memerlukan perihal sempadan-sempadan


yang tepat. Ini bererti bahawa pengukuran tanah yang cekap mestilah dibuat. Suatu hak
milik boleh dikeluarkan bagi tanah dengan apa-apa perihal sempadan yang munasabah,
tetapi jika sempadan-sempadan itu tidak tepat sedangkan hak milik itu masih lagi tidak
boleh disangkal, ia mungkin akan menjadi terdedah kepada pertikaian sempadan adalah
dihapuskan dan dengan itu hak milik itu sebenarnya menjadi tidak boleh disangkal dari
segala segi.

Di antara kebaikan-kebaikan Sistem Torrens ialah seberti berikut:-

1. Tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hak milik
yang jelas, dijamin oleh kerajaan, membentangkan bukan sahaja untuk pengetahuannya
tetapi juga pengetahuan semua orang berkenaan mengenai segala syarat-syarat dan
kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan tanah itu.

2. Tiap-tiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum


stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi
dokumen-dokumen yang dahulu. Hak milik bagi tanah itu dan hak-hak semua orang
memegang pajakan atau gadaian akan tidak boleh disangkal.

Hendaklah diketahui bahawa Sistem torrens berasal dari Australia Selatan.


Sistem ini dinamakan dengan pengambil sempena Sir Roberts Torrens yang

7
memperkenalkannya di Autralia Selatan dalam tahun 1858. kemudiannya ia berkembang
ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian-bahagian lain dalam dunia.

Perkara 89. Tanah simpanan Melayu.


(1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik
sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi
tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya
oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu, iaitu suatu Enakmen--
(a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan Undangan dan dengan undi
tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi; dan
(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh
majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada
dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.
(1A) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (1) yang membuat peruntukan
bagi pelucuthakan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi
pelucutan, pemunyaan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau
kepentingan mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau mana-mana perbadanan,
syarikat atau badan lain (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) yang
memegangnya tidak lagi layak atau berwibawa di bawah undang-undang yang berkaitan
yang berhubungan dengan tanah simpanan Melayu untuk memegangnya, tidaklah
menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan Perkara 13.
(2) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan
Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau
dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undang-
undang itu:
Dengan syarat bahawa--
(a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu
di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu
keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu di dalam Negeri itu yang belum
dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hakmilik umum;
dan

8
(b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai
tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi
jumlah keluasan tanah di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian hakmilik umum
menurut perenggan (a).
(3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-
undang yang sedia ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu--
(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu;
(b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan
dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya,
dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta
mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah
terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya
dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah
simpanan Melayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau
diduduki oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke
atasnya orang itu ketika itu mempunyai apa-apa hak atau kepentingan.
(5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-
undang, mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan
mewujudkan amanah bagi maksud itu.
(6) Dalam Perkara ini "tanah simpanan Melayu" ertinya tanah yang disimpan untuk diberi
hakmilik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi Negeri tempat terletaknya
tanah itu; dan "orang Melayu" termasuklah mana-mana orang yang, di bawah undang-
undang Negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud
perizaban tanah.
(7) Tertakluk kepada Perkara 161A, Perkara ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun
apa-apa peruntukan lain dalam perlembagaan ini; tetapi (tanpa menjejaskan mana-mana
peruntukan lain yang sedemikian) tiada tanah boleh dikekalkan atau diisytiharkan sebagai
tanah simpanan Melayu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini dan
Perkara 90.

9
(8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan Perkara ini
terpakai bagi sesuatu Negeri, kecuali bahawa Fasal (1) dalam pemakaiannya bagi
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah diubahsuaikan
supaya dibaca bahawa mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah tanah
simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah
simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh
Akta Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen
dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan
mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen.

10

Anda mungkin juga menyukai