Anda di halaman 1dari 19

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Latihan 1
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang
membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Tumpuan semasa guru


mengajar di dalam
kelas

Program
kecemerlangan
akademik di sekolah

PUNCA-PUNCA KECEMERLANGAN
MURID
DALAM AKADEMIK

Sokongan daripada ibu


bapa

Kumpulan
perbincangan

Jawapan:
Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan, Ilmu
apabila diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkan
berkurang. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa ilmu adalah sangat penting dalam
kehidupan seharian kita terutamanya murid-murid sekolah.
Kecemerlangan murid dalam
akademik adalah sangat penting kerana mereka merupakan bakal pemimpin kita pada masa
hadapan. Remaja yang cemerlang akan menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.
Hal ini bertepatan dengan ungkapan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara .
Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan seseorang murid
dalam akademik?

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


Faktor utama yang membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik ialah
melalui tumpuan ketika guru mengajar di bilik darjah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (p&p). Sekiranya seseorang murid itu menumpukan perhatian semasa guru
mengajar di bilik darjah, sudah tentu pelajaran tersebut lebih cepat diserap masuk ke dalam
minda murid-murid. Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa, lima puluh peratus
kejayaan murid dalam akademik adalah melalui tumpuan seratus peratus murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan murid yang berjaya dalam
akademik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa mengemukakan soalan kepada guruguru sekiranya terdapat tajuk yang tidak dapat difahami ketika guru mengajar. Selain itu,
murid-murid yang sering berjumpa dan berbincang dengan guru-guru tentang akademik, pasti
meraih kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini, murid-murid perlu menghindari perasaan
malu atau segan untuk bertanya apa-apa masalah tentang akademik kepada guru mereka
kerana pepatah menyatakan, malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan.
Murid-murid juga perlu menyiapkan segala kerja rumah yang disuruh oleh guru dan
menghantar dengan segera kepada guru untuk diperiksa. Murid-murid juga turut melibatkan
diri dalam aktiviti bilik darjah secara proaktif bagi membantu mewujudkan proses
pengajaran guru yang menarik dan berkesan. Tegasnya, tumpuan murid-murid semasa guru
sedang mengajar dalam bilik darjah merupakan faktor utama kecemerlangan murid dalam
akademik
Selain itu, program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah
turut menyumbang kepada kecemerlangann murid dalam akademik. Antara program yang
diadakan ialah pelancaran Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melalui pelaksanaan
program ini, murid-murid dapat memupuk minat mereka dalam subjek tertentu dan
seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Selain program Minggu
Bahasa, pihak sekolah juga banyak mengadakan bengkel teknik menjawab soalan bagi
subjek-subjek tertentu . Dengan menghadiri bengkel menjawab soalan , murid-murid dapat
mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu subjek dan memperbaiki kelemahan tersebut
serta mendedahkan murid-murid berkaitan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan
sebenar dengan betul. Hal ini bertujuan untuk menjadikan murid-murid supaya lebih
berkeyakinan semasa menjawab soalan dalam peperiksaan yang sebenar. Sekolah turut
mengadakan kem kecemerlangan, kem motivasi dan kem bina insan agar murid dapat
membina sahsiah diri, mempunyai motivasi dan membentuk keperibadian yang luhur.
Program Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun juga turut memberi
motivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh. Jelasnya, program yang
dianjurkan sekolah juga merupakan salah satu faktor kecemerlangan murid dalam akademik.
Seterusnya, saya akan menubuhkan kumpulan perbincangan di sekolah bagi meraih
kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Saya akan mengajak empat atau lima orang rakan
saya untuk sama-sama berbincang tentang sesuatu tajuk atau topik pelajaran yang kurang
difahami. Selain guru, penerangan dan penjelasan daripada rakan-rakan dalam kumpulan
perbincangan berkaitan sesuatu topik amat penting untuk meningkatkan pemahaman murid
tarhadap tajuk pelajaran yang kurang difahami semasa di kelas. Bersama rakan perbincangan
juga, saya akan membuat lebih banyak latihan terutamanya Matematik, Fizik, Prinsip Akaun
2

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


dan subjek Sains yang lain. Saya dan rakan kumpulan perbincangan akan selalu mengunjungi
perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran dan berbincang dengan rakan-rakan. Kami
akan menyiapkan kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru bersama-sama. Kumpulan
perbincangan amat penting lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan yang sebenar. Muridmurid yang menyertai kumpulan perbincangan di sekolah akan lebih bersedia dan
berkeyakinan ketika menghadapi peperiksaan. Oleh itu, penyertaan murid dalam kumpulan
perbincangan guga merupakan antara faktor kejayaan murid dalam akademik.
Akhir sekali, kecemerlangan murid dalam akademik berpunca daripada sokongan dan
dorongan daripada kedua-dua ibu bapa. Dorongan daripada ibu bapa dapat menjadikan
seseorang murid itu rajin dan gigih berusaha untuk mencapai kecemerlanagn. Hal ini kerana
dorongan daripada ibu bapa merupakan satu sumber inspirasi kepada anak-anak. Anak- anak
akan lebih berjaya dalam pelajaran mahupun dalam hidup dengan adanya dorongan, motivasi,
kata-kata perangsang, restu, dan keredaan daripada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh menjadi
contoh teladan kepada anak-anak dengan membawa anak-anak ke perpustakaan atau
menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa dan
menganggap dorongan ibu bapa itu sebagai motivasi kepada diri mereka sendiri. Bak kata
peribahasa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Salah satu cara ibu bapa
memberi dorongan kepada anak-anak adalah dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk
anak-anak menghadiri kelas tuisyen dan menyediakan kemudahan untuk anak mereka belajar
di rumah. Ibu bapa juga boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah untuk memupuk
budaya membaca dalam diri anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan membahagiakan ibu
bapa dengan kejayaan yang dicapai oleh mereka. Tegasnya, dorongan ibu bapa amat penting
untuk anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Kesimpulannya, banyak faktor penentu kecemerlangan murid dalam akademik.
Untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, murid-murid perlu memberikan tumpuan
ketika pembelajaran di bilik darjah. Murid-murid juga hendaklah menyertai program-program
akademik yang dianjurkan oleh sekolah selain menyertai kumpulan perbincangan di sekolah.
Kecemerlangan murid dalam akademik juga adalah berpunca daripada sokongan dan
dorongan daripada ibu bapa. Tegasnya, kecemerlangan seseorang murid dalam akademik
bergantung pada keazaman seseorang murid itu untuk berjaya, bak kata pepatah, usaha
tangga kejayaan dan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Latihan 2
Bahagian A
3

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
mewujudkan perpaduan kaum. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Peranan sekolah
Rumah terbuka pada hari
perayaan

USAHA-USAHA
MEWUJUDKAN
PERPADUAN KAUM.

Kepelbagaian kebudayaan

Kepelbagaian kebudayaan

Hari Keluarga

Usaha-usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum


Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada
berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat
hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia
dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara.
Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia
sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan
kaum di negara kita?

Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem
pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada
setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu
membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di
4

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi,
usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan
dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi,
bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun
aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman,
bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran
Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum
dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan
mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah.
Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan
perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang
disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam
kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya
Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia
boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana
sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada
di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati
juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang
datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum
tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang
diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota
masyarakat.
Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk
menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar
menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua
lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan
sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di
kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di
sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai
aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan
berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk
melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang
dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan
menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan
aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang
yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh
menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan
hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh
pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas,
5

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian
Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak
langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya,
kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan
mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di
negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua
pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini.
Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti
yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia. Bersatu teguh, bercerai roboh.

Latihan 3
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara ini. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah kata.
6

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Menanam semula pokok


di cerun bukit

Mengawal pembangunan
di lereng bukit

USAHA-USAHA
MENGELAKKAN KEJADIAN
TANAH RUNTUH

Sistem Perparitan yang


terancang

Penguatkuasaan
undang-undang

Jawapan:
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 dan kejadian
tanah runtuh yang meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu Langat, merupakan dua peristiwa
yang banyak mengalirkan air mata rakyat Malaysia. Peristiwa ini menuntut masyarakat
membenamkan mata fikir dalam akal yang waras untuk mencari penyelesaian bukan hanya
polemik di media-media dan menuding jari berbalah sesama sendiri terhadap peristiwa yang
terjadi. Secara implisitnya, ketidakprihatinan masyarakat negara ini merupakan punca
kemurkaan alam kepada kita. Justeru, adalah wajar semua pihak membuka mata serta
mengorak langkah bagi mengelakkan kejadian ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di Negara ini?
7

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


Usaha pertama untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara ini ialah kerajaan
menanam semula pokok-pokok di cerun bukit terutama di kawasan yang telah dibangunkan.
Usaha murni tersebut merupakan langkah terbaik untuk menjaga cerun-cerun dan kawasan
yang dibangunkan daripada terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh. Usaha tersebut
juga dapat menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa pembangunan yang dijalankan menyebabkan banyak pokok yang ditebang
dan bukit ditarah atas nama pembangunan. Hutan rimba dan bukit-bukau merupakan pasak
kepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan
telah
melonggarkan ikatan tekstur tanah, menjadikan cerun longgar dan rebah. Di Malaysia, hujan
lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar dan
menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi
perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca
dan hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran
air bawah tanah yang menggelonsorkan cerun yang tidak stabil. Usaha menanam kembali
pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan, dapat memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat
pembangunan. Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kondominium Highland Tower dan
Bukit Antarabangsa misalnya,
masih lagi menjadi igauan
rakyat akibat
tidak
mempedulikan cerun yang lemah berhampiran dengan kediaman. Jelasnya, untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh, kerajaan perlulah menanam semula pokok-pokok di
cerun-cerun bukit.
Usaha kedua yang dapat dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh ialah
kerajaan membina sistem perparitan yang terancang. Sistem perparitan yang terancang
penting untuk membolehkan air hujan dari cerun bukit mengalir dengan baik dan terus ke
longkang atau sungai dan laut. Air tidak akan bertakung di sesuatu kawasan sehingga
menyebabkan berlakunya banjir. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengelakkan
berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sistem perparitan yang dibina dapat berfungsi
sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit. Sistem perparitan yang terancang dapat
memadatkan struktur tanah di lereng bukit. Sekiranya, tidak ada sistem perparitan dibina di
lereng bukit, hujan lebat yang turun di kawasan bukit akan menyebabkan air bertakung dan
menyerap di kawasan lereng bukit melalui tanah sehingga struktur tanah menjadi longgar dan
tidak kukuh. Hal ini boleh mengundang padah seperti berlakunya banjir kilat, hakisan tanah
dan tanah runtuh. Rakyat Malaysia tidak pernah melupakan peristiwa yang berlaku di Pos
Dipang, Perak yang mengorbankan begitu banyak nyawa akibat banjir lumpur. Kawasan
tanah tinggi yang dibangunkan pembangunan sangat berisiko dengan kejadian tanah runtuh
dan aliran lumpur. Oleh itu. jelaslah pembinaan sistem perparitan yang terancang dapat
mengelakkan kejadian tanah runtuh.
Selain itu, pembangunan yang terancang juga merupakan usaha yang dapat dilakukan
untuk mengurangkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kerajaan perlu mendepani
persaingan pembangunan dengan strategik dan bijak. Tindakan strategik dan sistematik
terhadap pembangunan adalah sangat mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan
tidak mengundang padah. Pembangunan terancang mestilah bersifat mesra rakyat,
mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Memang pembangunan tidak dapat
8

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


dihentikan, tetapi pembangunan perlu dirancang sebaik-baiknya untuk mengurangkan
fenomena yang membawa bencana kepada pelestarian alam dan manusia. Pembangunan
seperti perumahan, perladangan dan pelancongan perlu dirancang dengan teliti demi
keselamatan dalam jangka panjang. Kawasan ladang di lereng bukit perlu dibina teres selain
menyusun atur tanaman dan laluan untuk menyelamatkan cerun. Kerajaan atau pemaju
perumahan perlu mengkaji keutuhan tanah di lereng bukit dari semasa ke semasa untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh yang tidak diingini berlaku. Kerajaan juga perlu
menetapkan junlah kuota untuk melaksanakan pembangunan di lereng-lereng bukit. Selain
itu, pihak-pihak tertentu seperti pemaju perumahan perlu mewujudkan Pelan Tindakan
Kecemasan untuk bertindak pantas apabila mengesan tanda-tanda pergerakan cerun berlaku.
Perancangan pembangunan perlu melihat simbiosis alam dengan projek yang bakal
dibangunkan. Jelasnya, Pembangunan yang terancang dapat mengelakkan kejadian yang
tidak diingini seperti tanah runtuh.
Akhirnya sekali, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan bagi mengelak
kejadian yang boleh meragut nyawa. Penguatkuasaan yang tegas dapat mencegah
sesetengah pihak yang melaksanakan projek pembangunan seperti melepaskan batuk di
tangga. Penguatkuasaan tanpa pilih bulu dapat mencegah perbuatan yang tidak
bertanggungjawab. Kerajaan perlu mengawal aktiviti pembalakan dan penebangan hutan di
negara kita. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengehadkan jumlah lesen yang diluluskan untuk
penebangan hutan. Hanya pokok yang telah cukup tua sahaja dibenarkan untuk ditebang
Lesen dan konsesi pembalakan perlu disemak semula. Kelulusan Sijil Menduduki Kediaman
dan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun perlu diberi perhatian wajar oleh
kementerian yang berkaitan. Mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan haruslah
dikenakan hukuman yang setimpal seperti hukuman penjara atau denda yang tinggi sebagai
pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Penetapan akta seperti Akta
Pembangunan, Akta Tanah, dan Akta Perhutanan dapat menjaga hak dan menyelematkan
situasi genting. Jelasnya, penguatkuasaan yang tegas dapat memberi kesan kepada pihak
yang mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan sosial.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia masih mempunyai ruang usaha dan ikhtiar untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh. Usaha semua pihak amat diharapkan agar kejadian
tanah runtuh ini dapat dielakkan. Setiap langkah keselamatan dan peraturan tidak boleh
dipandang enteng kerana sikap tersebut boleh mengundang padah. Rakyat Malaysia
diharapkan dapat merenung kata-kata Chief Seattle bahawa kita tidak mewarisi bumi ini
daripada nenek monyang kita, sebaliknya kita meminjamnya dari cucu cicit kita. Oleh itu ,
kita perlu menjaga sesuatu yang kita pinjam agar kita dapat memulangkan dengan keadaan
yang masih baik.

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Latihan 4
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Carta di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada keistimewaan negara kita. Huraikan
pendapat anda tentang kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bandar Bersejarah
Mempromosikan tempat
pelancongan yang
menarik

Beraneka jenis makanan


Mempromosikan makanan
setempat
10

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

KEISTIMEWAAN
NEGARA KITA

Seni Kraf Tangan


Memperkenalkan dan
mengembangkan industri
kraf tangan

Kebudayaan
memperkenalkan budaya
yang unik lagi istimewa

Kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita.


Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990,
usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun
bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari
luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Persoalannya, apakah
kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang
boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat tempat
bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong
juga boleh bermain sambil melawat tempat tempat bersejarah ini kerana kita mengetahui
bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah
pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan
turut diadakan seperti di Kota A Famosa. Di Kota A Famosa pelancong bukan sahaja
11

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat
beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan.
Tempat tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak kanak
ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan
yang menarik di negara kita.
Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara
kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara
kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti
masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara negara Barat seperti England
cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara
Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti
negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di
Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu sang, bau dan char
kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu,
capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan
enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini
memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia.
Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan
industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja
bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat
Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat
cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong
pasti membeli belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau
dan lain lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan
pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara
kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri
kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik
lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk
yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lainlain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang
berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat
mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke
serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan
dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat,
ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan
tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian
tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat
daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang
dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit
12

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia
yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat
baik kepada negara Malaysia.
Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang
amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada
negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang
terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga
kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah,
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Latihan 5
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah
bersukan kepada masyarakat.Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

13

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

FAEDAH BERSUKAN

BERFAEDAH
KEPADA KESIHATAN

SEBAGAI KERJAYA

MENGERATKAN
HUBUNGAN

MENGISI MASA
LAPANG

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa
lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan
bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat.
Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan
profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa
manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai
hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah
bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
14

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional
dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana
kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa
kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan
orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah
kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah sediakan payung
sebelum hujan dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan
penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap
penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu
menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan
sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam
salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak
diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif
dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan
diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa
itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini
sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan
ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat
menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme
dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan
dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara
yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan
melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana
dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat
memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan
hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat
melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu
juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat
melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini,
nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara
dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam
bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu
padu serta mengeratkan hubungan.
15

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan
secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh
menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan
prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan
sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui
kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan
sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang
berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa
depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee
Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai
kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah
kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua
jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,
berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara
di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
Negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan
negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Latihan 6
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah. Huraikan
pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat
Sumber Sekolah. Panjangya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MENGADAKAN
PELBAGAI
16
PERTANDINGAN /
AKTIVITI

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

LOKASI PUSAT
SUMBER
PERLULAH
STRATEGIK &
SUASANANYA
KONDUSIF

PUSAT
SUMBER
SEKOLA
H

MENGHEBAHKAN
KEMUDAHAN
PUSAT SUMBER
KEPADA PELAJAR

MENGADAKAN
PROGRAM MEMBACA

JAWAPAN:
Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan. Banyak bahan
bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan rujukan, buku
cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada pelbagai negara. Kesemua bahan ini
adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan
yang disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal
bahasa, bilik audio visual, dan sebagainya. Murid akan memperoleh pelbagai manfaat jika
memaksimum penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah. Persolannya, apakah usahausaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber
Sekolah?
Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah
(PSS) adalah dengan memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah
dikunjungi oleh murid-murid. Misalnya, lokasi pusat sumber perlu terletak di bahagian
bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar memudahkan pengunjung. Lokasi
17

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)


PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk membolehkan pengunjung memberi
tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga perlu terletak di tempat yang menjadi
tumpuan semua orang. Hal ini memudahkan pengunjung untuk mengunjungi PSS. Bangunan
tersebut perlulah dicat dan dihias dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi
tarikan murid untuk mengunjungi dan meneroka kemudahan yang terdapat di pusat sumber
itu, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selain itu, suasana di dalam pusat sumber
perlulah kondusif seperti terdapat penyaman udara, dan ruang membaca dan membuat
rujukan yang selesa. Suasana di pusat sumber juga perlu ceria, bersih dan senyap agar
pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan memberi tumpuan terhadap bahan yang
dibaca. Buku-buku yang terdapat dalam PSS perlulah ditambah bilangannya dan yang terkini.
Waktu PSS juga perlu ditambah untuk membolehkan murid-murid meminjam buku dan
membaca atau membuat ulang kaji.
Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber Sekolah
perlu menghebahkan
perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber. Hebahan
tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan. Melalui saluran ini, murid-murid
dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di pusat
sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang menggunakan rangkaian
internet dan komputer dan sistem automasi. Di samping itu, bahan rujukan dan koleksi buku
cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk menarik murid mengunjungi pusat sumber.
Maklumat-maklumat tentang buku dan bahan rujukan terkini perlu ditampalkan di papan
kenyataan pusat sumber dan kelas-kelas untuk rujukan murid. Selain itu, murid-murid dan
persatuan-persatuan yang ingin mengadakan mesyuarat di PSS juga dialu-alukan agar mereka
dapat memanafaatkan sepenuhnya penggunaan PSS. Mereka perlulah menempah bilik
tersebut terlabih dahulu agar tidak berlaku pertembungan. Pihak PSS juga boleh menampal
jadual penggunaan bilik mesyuarat di papan notis. Jelasnya, melalui hebahan tersebut, muridmurid dapat maklumat tentang penggunaan perkhidmatan pusat sumber dan berminat untuk
mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.
Selain itu, untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS perlu
mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program NILAM harus
digiatkan lagi agar murid akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk meminjam dan
membuat bacaan di pusat sumber. Program NILAM merupakan satu pendekatan untuk
penyuburan tabiat membaca dalam kalangan murid. Hal ini menggalakkan usaha berkekalan
murid untuk menanamkan sifat membaca. Di bawah program NILAM, setiap murid perlu
merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan
mengesahkan rekod bacaan murid. Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan
buku yang dibaca. Di samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang
dibaca agar murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan
yang dibaca bak kata pepatah jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca,
menambah pengetahuan. Tempat yang penuh dengan bahan bacaan tidak lain dan tidak
bukan tentulah di pusat sumber sekolah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan
penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid.
18

KERTAS 1 : BAHAGIAN A (MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012)

Akhir sekali, pelbagai pertandingan dan aktiviti boleh dijalankan dalam usaha
menarik pengunjung mengunjungi PSS. PSS boleh mengadakan pelbagai pertandingan
sempena minggu-minggu tertentu seperti Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Inggeris
dan Minggu Patriotik. Pertandingan seperti Menulis Ulasan Buku/Novel, Menulis Esei,
Menulis Cerpen, Pertandingan Debat, Forum Remaja dan sebagainya boleh diadakan di PSS.
Hal ini membolehkan murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan akan
meminjam buku-buku daripada perpustakaan sebagai rujukan. Selain itu, murid-murid lain
yang tidak mengambil bahagian akan hadir sebagai penonton untuk memberi sokongan
kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian. Secara tidak langsung, murid-murid yang
terlibat dalam aktiviti atau pertandingan di PSS, dapat mengetahui kemudahan yang di
sediakan di PSS. Mereka akan terus mengunjungi PSS pada masa yang lain untuk meminjam
buku-buku di PSS. Tegasnya, pelbagai pertandingan dan aktiviti di PSS mampu
meningkatkan penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini
dan mengikut peredaran zaman. Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan
murid dan menarik mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber
harus menjadi nadi utama murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebenarnya,
ilmu yang kita miliki hanyalah setitik air jika dibandingkan dengan lautan yang luas. Oleh itu,
manfaatkan masa dengan membaca kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

19