Anda di halaman 1dari 1

Selain daripada kesan hipertrofi jantung, atlet yang menjalani latihan fizikal yang tekal

dalam jangka masa yang panjang juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat.
Kadar nadi adalah antara indikator terhadap tahap kecergasan seseorang. Kadar nadi
rehat yang rendah menggambarkan seseorang itu lebih cergas berbanding seseorang
yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi. Perbezaan kadar nadi dapat dilihat
sebelum dan sesudah atlet menjalani latihan dalam tempoh masa yang lama.
Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlet yang menjalani
latihan fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait rapat dengan impuls
intrinsik dari nodus sinoatrium. Sungguhpun begitu, peningkatan dan pengurangan
kadar nadi akan dipengaruhi juga oleh rangsangan dari sistem saraf autonomik yang
dibawa ke nodus sinoatrium. Semasa latihan, hormon adrenalin dikeluarkan. Epinefrin
akan meningkatkan gerak balas jantung ,menyebabkan peningkatan kadar nadi.
Latihan yang lama akan menyebabkan kepekaan tisu jantung terhadap epinefrin
menurun dan fenomena ini akan memberi kesan penurunan kadar nadi rehat kepada
atlet yang menjalani latihan seperti berlari.

Anda mungkin juga menyukai