Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD NUR AZLAN BIN KAMARUZAMAN


PROGRAM : INTERNSHIP 2014 (PISMP AMBILAN JANUARI 2011)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK
NAMA PROJEK / AKTIVITI : CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2014
TEMPOH PELAKSANAAN : 18 JULAI 2014
OBJEKTIF :
1. Untuk memenuhi proforma program Internship yang perlu dilaksanakan oleh guru
pelatih.
2. Meningkatkan keyakinan guru pelatih untuk berdiri di hadapan audien.
3. Dapat memberi pengalaman baharu kepada guru pelatih dalam menyampaikan
ceramah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila berkhidmat sebagai guru
sebenar pada masa akan datang.
4. Memastikan murid-murid lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi
UPSR dengan lebih cemerlang.

STRATEGI PELAKSANAAN :
1. PERANCANGAN
Bil. Aktiviti Tindakan
1 Perbincangan mengenai idea

Penulis melakukan perbincangan dengan
guru pembimbing dan juga rakan
praktikum untuk mendapatkan maklumat
tentang tajuk yang akan disampaikan.
Pihak Pentadbir sekolah dan guru
pembimbing bersetuju dan memberi
kebenaran kepada penulis untuk
mengadakan ceramah tersebut.

2 Pembinaan kertas kerja
Penulis menyediakan kertas kerja
berkaitan program yang dibincangkan
sebelum ini.
3
Perbincangan dan pemilihan
bersama pihak sekolah dan
mentor untuk khidmat nasihat bagi
mendapat kelulusan daripada
Guru Besar.
Penulis mengadakan perbincangan dan
memurnikan kertas kerja bagi
mendapatkan kelulusan daripada Tuan
Guru Besar.
4 Mencari bahan dan meneroka idea
Penulis bertindak menelusuri laman
sesawang dan meminta pandangan
individu yang ahli dalam bidang kaunseling
untuk memastikan maklumat yang akan
diberikan tepat.

2. PELAKSANAAN
Bil. Aktiviti Tindakan
1 Menyampaikan ceramah
Penceramah menggunakan klip video lagu
sebagai bahan bantu untuk menarik minat
murid semasa ceramah dimulakan.
2 Menayangkan klip video
Penceramah mengemukakan perkara-
perkara yang penting berkaitan dengan
kecemerlangan hidup. Murid didedahkan
dengan kejayaan-kejayaan yang telah
diperolehi oleh individu-individu terpilih.
3 Penutup ceramah
Ceramah ditutup dengan menyampaikan
sepotong hadis Rasullallah S.A.W yang
menyentuh tentang kemuliaan mengikut
sunnah Rasulullah s.a.w.



REFLEKSI :
1. KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Penulis menggunakan klip video lagu sebagai bahan bantu untuk sesi ceramah ini. Hal
ini menjadikan murid tertarik untuk memberi perhatian yang khusus terhadap sesi
ceramah yang berlangsung. Penulis juga telah menggunakan teknik soal jawab bagi
memastikan para pelajar memberi respon terhadap sesi ceramah yang berlangsung.

2. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Ceramah berasaskan kandungan isi yang disampaikan agak kurang dan perlu
dipertingkatkan lagi. Selain itu, murid-murid kelihatan agak kaku walaupun mereka
menunjukkan respon yang positif terhadap ceramah yang disampaikan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Penulis perlu meningkatkan lagi isi kandungan ceramah yang ingin disampaikan supaya
murid mendapat input yang lebih banyak dan lebih bermotivasi. Selain itu, penulis
bercadang meningkatkan penyampaian dengan menyelitkan unsur-unsur kecindan
supaya murid lebih tertarik dengan ceramah yang disampaikan. Penulis juga perlu
menggalakkan murid agar mencatat maklumat yang disampaikan untuk ingatan murid-
murid.

KESIMPULAN :
Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR ini telah berjaya dilaksanakan
dengan jayanya oleh penulis. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi
pada tahun akan datang dengan menyelitkan lebih banyak input kepada murid-murid.




Disediakan oleh,


.
(MOHD NUR AZLAN BIN KAMARUZAMAN)
Setiausaha,
Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR,
SK. Seberang Perak.





Disemak oleh,



( EN. ZULKHAIRI BIN TAURAN )
Mentor,
Program Internship IPG Kampus Ipoh,
SK. Seberang Perak.



Disahkan oleh,

..
(EN. ABDUL RAZAK BIN HJ. ADAM)
Guru Besar,
SK. Seberang Perak.












LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD NUR AZLAN BIN KAMARUZAMAN
PROGRAM : INTERNSHIP 2014 (PISMP AMBILAN JANUARI 2011)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK
NAMA PROJEK / AKTIVITI : BULETIN RAMADHAN

TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 25 JULAI 2014
OBJEKTIF :
i) Untuk memenuhi proforma program Internship yang perlu diselesaikan oleh guru
pelatih.
ii) Meningkatkan kebolehan guru pelatih dalam mengelola program di luar bilik
darjah.
iii) Dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang sesi penerbitan dan
pengurusan.

STRATEGI PELAKSANAAN :
1. PERANCANGAN
Bil. Aktiviti Tindakan
1 Perbincangan mengenai idea
Penulis dan rakan melakukan
perbincangan dengan guru pembimbing
dan juga Guru Besar untuk mendapatkan
keizinan mereka menjalankan projek ini.
Mereka bersetuju dan memberi kebenaran
kepada penulis untuk melaksanakan
buletin tersebut.


2 Pembinaan kertas kerja
Penulis menyediakan kertas kerja
berkaitan Buletin Ramadhan yang
dibincangkan sebelum ini.
3
Perbincangan dan pemilihan
rekaan buletin yang akan
diedarkan bersama mentor untuk
khidmat nasihat bagi mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
Penulis mengadakan perbincangan dan
memurnikan kertas kerja bagi
mendapatkan kelulusan daripadap tuan
guru besar.
4
Perjumpaan dengan Tuan Guru
Besar.

Penulis berjumpa dengan tuan guru besar
untuk mendapatkan kelulusan
melaksanakan Buletin Ramadhan.

2. PELAKSANAAN
Bil. Aktiviti Tindakan
1
Mencari bahan untuk dimasukkan
dalam buletin.
Penulis mencari maklumat dan bahan
tentang ramadhan melalui buku, majalah
dan melayari laman sesawang
2 Pengedaran buletin
Penulis mengedarkan buletin kepada
setiap kelas dan semua guru.
3 Penilaian mentor
Mentor melihat buletin yang dibina dan
melakukan penilaian dan komen untuk
penambahbaikan bagi edaran buletin
seterusnya.

REFLEKSI :
1. KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Aktiviti Buletin Ramadhan ini berjaya dijalankan berkat sokongan dan kerjasama semua
pihak iaitu daripada pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid sendiri. Persediaan
yang rapi sebelum berlangsungnya aktiviti telah membantu kelancaran pelaksanaan
penerbitan buletin Ramadhan ini. Guru-guru lain juga menunjukkan komitmen mereka
yang tinggi dalam memberi sokongan bagi pengedaran buletin.

2. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Aktiviti ini telah dijalankan mengikut perancangan yang disediakan. Namun begitu,
pihak penganjur terlepas pandang tentang isu pengurusan masa. Pada mulanya masa
yang diperuntukkan seminggu satu buletin namun telah tersasar agak jauh daripada
perancangan asal. Hal tersebut telah mengganggu pengurusan pengedaran dan
penerbitan buletin seterusnya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Penulis perlu peka dengan pengurusan masa. Oleh itu, bagi pelaksanaan aktiviti
sebegini pada masa akan datang, penulis akan berbincang dengan lebih lanjut tentang
perancangan masa yang tepat supaya aktiviti dapat berjalan dengan lebih baik. Penulis
juga perlu memastikan kelengkapan untuk penerbitan buletin supaya masa dapat
dirancang dengan baik dan lancar

KESIMPULAN :
Aktiviti penerbitan buletin ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun
terdapat beberapa kekurangan namun tidak sedikitpun menjadi kudis atau mengundang
kecacatan kepada aktiviti yang dirancang. Semoga penerbitan buletin ini akan
menambahkan lagi penghayatan bulan ramadhan oleh warga SK Seberang Perak.







Disediakan oleh,


.
(MOHD NUR AZLAN BIN KAMARUZAMAN)
Setiausaha,
Program Buletin Ramadhan,
SK. Seberang Perak.





Disemak oleh,


.
(EN. ZULKHAIRI BIN TAURAN)
Mentor,
Program Internship,
SK. Seberang Perak.



Disahkan oleh,

..
(EN ABDUL RAZAK BIN HJ. ADAM)
Guru Besar,
SK. Seberang Perak.










LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FARIS BIN IZLAN
PROGRAM : INTERNSHIP 2014 (PISMP AMBILAN JANUARI 2011)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 3
NAMA PROJEK / AKTIVITI : MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

TEMPOH PELAKSANAAN : 5 OGOS 2014
OBJEKTIF :
1. Memupuk rasa cinta di dalam diri setiap murid terhadap bulan Syawal.
2. Meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.
3. Mengeratkan silaturahim dengan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
4. Melengkapkan program Internship iaitu projek besar yang perlu dijalankan oleh guru
pelatih IPGM.

STRATEGI PELAKSANAAN :
1. PERANCANGAN
Bil. Aktiviti Tindakan
1 Perbincangan mengenai idea
Penulis dan rakan melakukan
perbincangan dengan guru pembimbing
dan juga pihak sekolah untuk
mendapatkan keizinan mereka
menjalankan projek ini. Mereka bersetuju
dan memberi kebenaran kepada penulis
dan rakan untuk mengadakan program
tersebut.
2 Pembinaan kertas kerja
Penulis dan rakan menyediakan kertas
kerja berkaitan program yang
dibincangkan sebelum ini.
3
Perbincangan dan pemilihan
bersama pihak sekolah dan
mentor untuk khidmat nasihat bagi
mendapat kelulusan daripada
Guru Besar.
Penulis mengadakan perbincangan dan
memurnikan kertas kerja bagi
mendapatkan kelulusan daripada tuan
guru besar.

2. PELAKSANAAN
JAWATANKUASA KERJA

LAPORAN/ULASAN
1. JURU ACARA

PN. FARIDHATUN BINTI SOID
EN. MOHAMAD SAFFARI BIN ABD
KADIR
- Dapat mengendalikan majlis dengan
jayanya dari awal hingga akhir majlis

- Majlis berjalan lancar .
2. PERSIAPAN TEMPAT

EN. KHAIRUDIN BIN UDA TALIB
EN. AZNAN BIN NURI
EN. NORIZAM BIN RIMAN
PN. ZAHRAH BINTI MOHD HUSSIN
PN. ASIAH BINTI ABU
SEMUA PEKERJA SWASTA
PN. NORKHABIBAH BINTI AWANG
CIK NORHANIS IDAYU BINTI HALIB
- Pentas dan Backdrop dapat dihias
dengan menarik walaupun ringkas.

- Meja dan kerusi lengkap serta kemas.
Alatan juga dikemaskan dengan baik
selepas majlis bersurai.

3. BROSUR

PN. ROSLAILA BINTI MOHD NOR
- Guru yang diamanahkan dapat
bekerjasama dalam menyiapkan
brosur program dan diedarkan
kepada semua guru.

4. SIARAYA/SISTEM AUDIO
EN. MOHD ASWAT BIN AZIZ
EN. AHMAD MAWARDI BIN DIN @
ISMAIL

- Sistem audio untuk majlis dapat
disediakan dengan lengkap.

- Sistem audio juga dikemas dengan
rapi selepas majlis bersurai


5. JURUFOTO/DOKUMENTASI
EN. EL-AMIN BIN AHMAD

- Dapat mengambil foto bagi setiap
aktiviti yang dijalankan dengan
jayanya dalam mengumpul foto-foto
yang menarik dan difikirkan sesuai.

- Laporan berkaitan aktiviti sambutan
dapat disediakan dengan
memuaskan dengan bukti
bergambar bagi setiap aktiviti yang
dijalankan.

- Segala aktiviti yang dijalankan telah
direkodkan dengan kaedah visual
dan rakaman video. Gambar-
gambar ini akan diletakkan di dalam
album sekolah untuk dijadikan bukti
dan kenangan untuk simpanan
sekolah

6. MAKANAN
PN. MARZIANA BINTI MOHAMED
PN. NAZUHA BINTI MOHD JELANI
PN. NOOR FAZLIYANA BINTI ABDUL
RAHMAN
PN AIN FARHANAH BINTI ABDUL
JAMAL
PN. NOR HANIZA BINTI MUHAINI
PN SITI ZALIHA BINTI ZAKARIA
PN NOR BAIZURA BINTI ABDUL GHANI
PN RIZANA BINTI JUMRI
USTAZAH NORANIZAN BINTI BAHAUDIN
PN. AZLITA BINTI ABDUL RAHMAN
PN. NUR AIN BINTI MOHAMED YAHYA
PN. MASLINA BINTI ALI
- Makanan untuk majlis sambutan hari
raya bagi jemputan khas, ibu bapa,
guru dan murid-murid dapat
diuruskan dengan sangat baik.
- Makanan yang telah dipesan
mencukupi bagi semua murid dan
tetamu yang hadir.
- Alatan makanan disediakan awal
dan melancarkan jamuan yang
dilaksanakan.
- Aspek kebersihan turut diutamakan
dan susunan pergerakan ketika
mengambil makanan juga baik serta
mesra ibu bapa dan murid.

CIK NUR SOLEHAH BINTI SALEHUDDIN
7. CENDERAMATA/DUIT RAYA/HADIAH
CIK NORFAZILAH BINTI MOKHLAS
PN NORUL AISHAH BINTI ABY YAZID
- Hadiah yang telah disediakan
dengan sempurna
- Cenderamata dapat disampaikan
dengan baik.

8. KEBERSIHAN
USTAZ IBRAHIM BIN MOKHTAR
PN SOO NA FONG
PN. SITI ZUBAIDAH BINTI HASHIM
PN. NOOR FAZLIYANA BINTI ABDUL
RAHMAN
SEMUA PEKERJA SWASTA
- Dapat memastikan aspek kebersihan
kawasan kantin bersih dan terjaga
sebelum, semasa dan selepas
sambutan.

9. JEMPUTAN
EN. RUSHIDI BIN ITAM
PN. NORMAH BINTI IDRIS
EN. MURAT BIN AHMAD
TN. HJ. SHAHARDIN BIN ISA
EN. AHMAD SARJI BIN ABDULLAH
- Dapat menyediakan kad jemputan
untuk para hadirin dengan baik dan
menarik.
- Dapat memastikan para hadirin yang
menerima kad jemputan dapat hadir
ke majlis.
10. DISIPLIN
EN. AZNAN BIN NURI
EN. KHAIRUDIN BIN UDA TAILB
PN. NORIAH BT. HJ. YUSOF
PN. NURUL SAZILA BINTI ZOLKEFLI
PN. NURHAYATI BINTI SULAIMAN
PN. NORHANIZA BINTI ABD MUHAINI

- Keadaan murid sepanjang program
berlangsung sangat terkawal.

- Murid juga tidak membuat bising semasa
majlis berlangsung.
11. SAMBUTAN
Guru besar
Penolong kanan
- Pihak pentadbir berada dalam majlis
dan Pn Normah bt Idris selaku Guru Besar
telah menyampaikan ucapan aluan
kepada para hadirin.

REFLEKSI :
1. KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Program ini berjaya dijalankan berkat sokongan dan kerjasama semua pihak iaitu
daripada pihak pentadbir, guru-guru dan para pelajar sendiri. Persediaan yang rapi
sebelum berlangsungnya majlis telah membantu kelancaran program ini. Kehadiran
tetamu jemputan, semua murid dan ibu bapa yang terlibat juga menunjukkan
komitmen mereka yang tinggi untuk menjayakan program sekolah.

2. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Semasa program berlangsug, ada dalam kalangan jemputan yang lewat hadir ke
majlis sambutan hari raya aidilfitri yang dimulakan pada jam 10.15 pagi. Hal ini
menyebabkan jumlah kehadiran semasa majlis tersebut berlangsung agak kurang.
Kehadiran kaum bapa juga kelihatan kurang menyerlah berbanding kaum ibu
semasa majlis sambutan ini. Walaupun tidak mencacatkan majlis namun kelemahan
ini menunjukkan kurangnya sokongan padu kaum bapa terhadap program
seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Sebagai penganjur, penulis perlu menyediakan borang kehadiran bagi memastikan
jumlah sebenar kehadiran jemputan bagi memudahkan urusan penyediaan makanan.
Pihak sekolah juga perlu memberi kesedaran kepada para penjaga tentang
kepentingan menjayakan program sekolah bersama-sama.
KESIMPULAN :
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 peringkat sekolah ini telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi
pada tahun akan datang dengan melibatkan lebih ramai jemputan dan pelajar.








Disediakan oleh,


.
(MOHAMAD FARIS BIN IZLAN)
Setiausaha Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri,
SK. Seri Changkat Lada 3.





Disemak oleh,



( PN NOR SUZALIMA BT AB GHANI )
Guru Pembimbing Program Internship,
SK. Changkat Lada 3.



Disahkan oleh,

..
(PN NORMAH BT IDRIS)
Guru Besar,
SK. Changkat Lada 3.

Anda mungkin juga menyukai