Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


FASA KE-3 (BENGKEL)
TAHUN 2014

TEMPAT:
Jabatan Pendidikan Muzik, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Jalan Yacoob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras Kuala Lumpur.


TARIKH:
22 APRIL 2014 ( Selasa )


ANJURAN:
KUMPULAN G3.4, G3.5, G3.6
PISMP PENDIDIKAN MUZIK AMBILAN JANUARI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS ILMU KHAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang
dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan
insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai
spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang
dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai
menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi juga perlu
mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.

2.0 NAMA PROGRAM
Program Bina Insan Guru Fasa 3, IPG Kampus Ilmu Khas

3.0 MATLAMAT
Program ini merupakan satu usaha pencetus kepada pembinaan guru
yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan
fizikal dan mental, serta bermanfaat kepada keluarga, masyarakat serta
negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program Bina Insan Guru
(BIG) ini, peserta-peserta dapat mencapai matlamat berikut:
1. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup
bersepakat bersama serta bertanggungjawab kepada pasukan.
2. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
3. Meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta perpaduan masyarakat.

4.0 LATAR BELAKANG
Seramai 49 orang guru pelatih opsyen muzik serta diiringi oleh 6 orang
pensyarah
5.0 OBJEKTIF
Setelah tamat program ini, para guru pelatih diharapkan dapat mencapai
objektif seperti berikut:
i. membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan.
ii. Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan.
iii. Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan.
iv. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan
mengorganisasi sesuatu program dengan baik.

6.0 BUTIRAN PROGRAM TENTATIF
Bengkel teknik pengajaran - improvisasi akan diadakan seperti butiran berikut:
1. Masa : 2.30pm 5.30pm
2. Tarikh : 22 April 2014 (Selasa)
3. Tempat : IPG Kampus Ilmu Khas
4. Kumpulan sasaran : Pelajar semester 3 PISMP (Major Pendidikan
Muzik)
5. BilanganPeserta : 49 orang
1. Guru Pengiring : a) En. Yusri Bin Hussain
b) Puan Fauzila Bt Abdul Latif
c) En. Ong Eng Sing @ Peter Ong
d) Encik Chin Mei Keong
e) Encik Awang bin Abdullah
f) Encik Chew Chin Chong
7.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan yang terlibat dalam menyertai program ini ialah pelajar PISMP
(Major Pendidikan Muzik).
8.0 AKTIVITI
Bengkel teknik pengajaran - Improvisasi
9.0 BAYARAN PENYERTAAN
Tiada bayaran dikenakan.


10.0 SENARAI JAWATANKUASA
10.1 JawatankuasaPelaksana
Pengerusi :Goh Jing Lun
NaibPengerusi :Loo Jia-Wen
: Wong Yi Ming
Setiausaha : Lee Su Ming
NaibSetiausaha :Anis Tania Qistina Bt Mohd Lusni
: Abdul Hakim Bin Zulzaimi
Bendahari : Chua Yu Nuan
NaibBendahari : Wong Siew Nee
: Tan Xin Yu

10.2 AhliJawatankuasa
Pengangkutan dan keselamatan :Mohd Ridhuan Bin Nasir
Mimi Maslina Binti Jusof
Peralatan : Tee Yong Lai
Ng Tzer Yong
Makanan dan persiapan :Luqman Hakim b Ismail
Asraf Harun Narasid
Kebajikan :Wan Ahmad Hafiz Adri Bin Che Mohd
Wan NurHakimah Balqis Binti Abd Wahab
Dokumentasi :Lim Yi Yan
: Ang Zi Ying
: Ooi Pei Ling
11.0 TENTATIF PROGRAM


MASA

PERKARA

2.30 2.40 p.m

- Guru pelatih dan pensyarah berkumpul di bilik recital

2.40 - 3.15 p.m

- Taklimat oleh Puan Fauzila mengenai aktiviti mural dan
teknik-teknik pengajaran.
- Penerangan tentang aktiviti muzikal yang akan dilakukan
oleh setiap kumpulan

3.15 - 3.50 p.m


- Perbincangan dalam setiap kumpulan mengenaik aktiviti
muzikal yang akan dipersembahkan
- ( lagu kanak-kanak / lagu rakyat yang diimprovisasikan )

3.50 - 4.30 p.m


- Persembahan setiap kumpulan

4.30 5.30 p.m

- Komen dari pensyarah-pensyarah mengenai aktiviti yang
telah dilaksanakan.
- Sesi fotografi


12.0 PENUTUP
Melalui program Bina Insan Guru yang dianjurkan ini, diharap bakal
melahirkan generasi muda yang sentiasa bekerjasama, berketahanan fizikal
dan mental dan dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta perpaduan antara guru pelatih. Kesungguhan para peserta
menyertai aktiviti yang telah dirangka untuk mereka sangat penting untuk
menjayakan program BIG ini.Kerjasama dan bantuan dari seluruh pihak yang
terbabit secara langsung atau tidak langsung amat dihargai bagi melicinkan
perjalanan seluruh program ini. Adalah diharapkan ianya berjaya
dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan.
Dengan berakhirnya program ini, segala pengalaman dan proses yang
dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan
seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.






Disediakan oleh,
______________
( Lee Su Ming)

Setiausaha Bina Insan Guru,
IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

13.0 LAMPIRAN
PERATURAN BINA INSAN GURU
KEPADA SEMUA GURU PELATIH PEN. MUZIK SEM 3 PISMP,
PERKARA-PERKARA BERIKUT HENDAKLAH DI AMBIL PERHATIAN,
MENJADI PERINGATAN DAN DIFAHAMI OLEH SEMUA PESERTA
SEPANJANG PROGRAMPERKHEMAHAN INI BERLANGSUNG.
1. Guru pelatih perlu berada di blok muzik pada pukul 2.30 petang
2. Semua guru pelatih perlu datang ke bengkel dengan berrpakaian sopan.
3. Semua guru pelatih tidak dibenarkan memonteng atau keluar tanpa
kebenaran pensyarah pebimbing.
4. Peserta hendaklah mendahului masa iaitu berada di bengkel 5 minit lebih
awal.
5. Semua guru pelatih harus menjaga barang berharga peribadi masing-
masing. Kehilangan barang tidak dipertanggungjawabkan.
7. Kebersihan tempat bengkel adalah menjadi tanggungjawab guru pelatih
dan kumpulan untuk membersihkannya pada setiap masa.
8. Guru pelatih yang mengalami masalah kesihatan, kecederaan atau
kemalangan mestilah melaporkan segera kepada mana-mana pensyarah
bimbingan.
9. Sebarang masalah, hendaklah merujuk kepada mana-mana guru
bimbingan.

Anda mungkin juga menyukai