Anda di halaman 1dari 8

Skinner pernah mengkaji teori-teori

behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-


ahli psikologi yang lain. Mereka
menekankan bahawa setiap gerakbalas
adalah dihasilkan daripada sesuatu
rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini
berpendapat bahawa tingkah laku
manusia adalah pasif dalam kata lain,
individu tidak dapat mengawal
tingkahlakunya.

Sebaliknya dari pemerhatian Skinner,
tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut
urutan kemunculan tingkahlaku selepas
rangsangan, sama ada terlazim atau tak
terlazim, tetapi ianya berlaku kerana
kesan daripada rangsangan yang
berkenaan.
Kesimpulannya, Skinner berpendapat
manusia dapat mengawal tingkah laku
dirinya.
Terdapat lima jenis proses dalam teori
pelaziman operan Skinner iaitu
peneguhan positif,
peneguhan negatif,
dendaan,
prinsip Premack
pelupusan.
a) Peneguhan Positif
Ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi
atau diperkuatkan lagi.
Peneguhan ini adalah sebagai salah satu bentuk motivasi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat
mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi.


Menurut Brophy (1981), cirri-ciri pujian (peneguhan positif)
yang memberi kesan ialah:-
a) Memuji secara ikhlas
b) Memuji dengan cepat
c) Memuji tanpa pilih kasih
d) Memuji usaha dan cuba jaya
e) Memuji tingkah laku yang spesifik
f) Memuji jawapan atau respon yang spontan

Peneguhan negatif
Peneguhan negative adalah rangsangan serta
merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan.

contoh
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada
waktunya.
Guru berleter kepada pelajar.
Pelajar akan menyiapkan tugasan yang
seterusnya tepat pada waktunya
Dendaan
Adalah satu proses atau cara untuk
mengurangkan atau melemahkan tingkah
laku yang tidak diingini agar tidak berulang.
Cara ini membawa kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam
kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

contoh
Pelajar membuat kotok dalam kelas.
Guru member amaran kepada pelajar.
Pelajar tidak lagi membuat kotor di dalam
kelas.
d) Prinsip Premack

Konsep utama prinsip ini ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
kepada aktiviti yang lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku
terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack dikenali sebagai
Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh bermain
selepas selesai memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh
menggunakan kaedah ini dengan menyelang selikan aktiviti yang
menarik dengan yang kurang menarik untuk meningkatkan kadar
pembelajaran murid.

e) Pelupusan

Bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika:-
- Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dikenal pasti.
- Peneguhan itu tidak lagi digunakan
- Guru bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana
hasilnya tidak datang dengan serta merta.

Anda mungkin juga menyukai