Anda di halaman 1dari 39

Counting Elliott Wave : Like a Boss!!

TOPIK 1
PENGENALAN KEPADA ELLIOTT
WAVE

Masalah-masalah kritikal yang di hadapi oleh ramai trader:

1. Tidak mempunyai PETA/MAP yang bagus untuk memahami "THE UNDERLYING
STURCTURE OF THE MARKET"

2. Kenapa ramai yang tetap gagal walaupun mereka mempunyai "TRADING SYSTEM"
yang sangat bagus/terbukti berkesan?
Jawapan nya mudah, ini kerana mereka tidak ada idea langsung ke mana arah tuju
market seterusnya dan kenapa terjadinya pergerakan sedemikian.

NOTA RINGKAS:
Artikel ini di tulis dengan tujuan membantu semua traders untuk membuat profit di
dalam market.

Saya akan berkongsi semua ilmu dan pengalaman saya menganalisis market
menggunakan Elliott Wave dengan harapan, ilmu yang diberikan akan dapat membantu
anda mempunyai "MAP" market yang bagus , mudah di baca dan dapat membantu untuk
mengningkat kan trading result anda. InsyaAllah.


PERINGATAN PENTING:
1. Elliott Wave bukan STAND ALONE method untuk trading. Elliott wave tidak akan
memberikan EXECT ENTRIES dan EXITS!

2. Elliott Wave telah di kaji selama lebih dari 90 tahun dan merupakan teknik yang
paling susah untuk di fahami dan digunakan dengan tepat.

3. Sekiranya Wave di analyzed dengan betul, ini merupakan satu kelebihan kepada
trader untuk menjangka sifat-sifat market(trending/sideway) dan juga menjangka ke
mana arah tuju market selepas ini.

4. Kelebihan ini akan membantu trader untuk mengetahui, bila nak trade dengan
aggressive berpandukan signal "TRADING SYSTEM" masing-masing, ataupun trader
mungkin perlu STAY AWAY dari market dan bersedia untuk pergerakan TREND yang
seterusnya.


1.1: ELLIOTT WAVE THEORY

Apa yang anda akan pelajari:

1. Mewujudkan pemahaman asas Elliott Wave theory yang di cipta oleh Ralph N. Eliott
dan meningkat kan tahap konfiden menganalisis market menggunakan Elliott Wave.

2. Tujuan utama kenapa kita berminat untuk mengetahui Elliott Wave ialah kerana Elliott
Wave merupakan indicator yang terbaik untuk menunjukkan di mana kita berada dalam
market sekarang.

3. Elliott Wave merupakan "THE UNDERLYING STURCTURE OF THE MARKET" (semua
market: FOREX, Stock, Commudities dan lain-lain) dan memahami Elliott Wave adalah
seperti kita mempunyai "PETA/MAP" market.

4. Membantu dan meningkatkan trading result anda. Anda mesti ada "TRADING
SYSTEM" untuk mendapatkan ENTRIES dan EXITS kerana, saya tekan kan sekali lagi,
Elliott Wave bukan STAND ALONE method untuk trading.


1.2: THE UNDERLYING STRUCTURE OF THE
MARKET

Struktur Asas Market/Pasaran

1. Semua market mempunyai struktur asas yang di terdiri daripada urutan waves. Pada
tahun 1930's seorang pakar yang bernama Ralph N. Elliott merupakan "master mind"
yang menjumpai corak/pattern yang berulang dalam market yang dikenali sebagai
waves.

2. Peraturan asas teori Elliott wave adalah cukup mudah, tetapi lebih dari pada 75
tahun, aplikasi kepada peraturan asas ini telah banyak mengecewakan dan
mengelirukan ramai trader!

3. Dengan menggunakan peraturan-peraturan asas Elliott Wave dan di bantu dengan
bantuan indicator tambahan, akan dapat membant u anda memudahkan, meringkaskan
dan mengingkat kan tahap ketepatan analisis anda.












1.3: TIDES, WAVES & RIPPLES


Air Pasang, Ombak dan Riak
Untuk memudahkan anda memahami
Elliott Wave,Bayangkan anda sedang
berada di sebuah pantai.

Semasa anda berada di pantai, anda
akan nampak beberapa jenis
pergerakan/gelombang air yang
mempunyai momentum yang berbeza.

1. TIDES (Air Pasang)
Air pasang akan berlaku perlahan-lahan, sekali sehari. Air pasang ini boleh di kaitan
dengan wave yang sedang berlaku di timeframe-timeframe besar
(Monthly,Weekly,Daily).

2. WAVES (Ombak)
Dalam masa yang sama, anda boleh melihat ombak-ombak yang datang dan pergi.
Ombak-ombak ini boleh di kaitan dengan wave yang berlaku dalam timeframe kecil
(Daily,H4,H1,M30)

3. RIPPLES (Riak-riak air)
Dan di hujung hujung air pantai, anda akan perasan ada riak-riak air yang beralun. Riak-
riak air ini (minor wave) boleh di jumpai dalam timeframe yang lebih kecil (M15,M5,M1).

Bentuk-bentuk gelombang dan momentum gelombang yang berlaku adalah fenomena
semula jadi alam dan tidak akan ada satu pun ombak yang berlaku adalah sama dengan
yang sebelum nya.

Market juga adalah fenomena semula jadi alam. Elliott Wave adalah panduan yang
terbaik dalam market, tertapi adalah perlu saya tekan kan bahawa TIDAK AKAN ADA
SATU PUN BENTUK WAVE YANG TETAP. Bentuk dan momentum wave akan sentiasa
berubah-ubah semasa membuat set wave baru.

Sekiranya ada orang yang 100% tahu macam mana pergerakan market, maka tidak ada
lah market untuk kita trade lagi. Semua dah kena sapu licin.















1.4: PATTERN RECOGNITION & FRACTAL

PATTERN RECOGNITION
Elliott Wave teory 100% bergantung kepada Price Chart. Pengalam Elliott Wave akan
mengkaji dan membuat analisis di chart berdasarkan bentuk-bentuk yang terjadi dan
membuat ramalan pergerakan yang seterusnya.

Disini kita boleh simpulkan bahawa Elliott Wave adalah teknik "PATTERN RECOGNITION".

FRACTAL
Definasi fractal "self-similar patterns appearing at every degree".

Elliott wave menepati definasi fractal, anda boleh mengenal pasti bentuk-bentuk yang
sama di timeframe yang berbeza-beza. Bentuk-bentuk ini akan berulang-ulang untuk
membentuk satu bentuk yang lebih besar.


1.5: BASIC STRUCUTRE OF THE ELLIOTT WAVE

Struktur Asas Elliott Wave



1. Struktur asas Elliott Wave adalah semudah;

1-2-3-4-5-A-B-C

..tapi ada juga wave D dan E untuk complex correction wave (nanti kita sentuh pasal
complex correction wave..rilek dulu, jangan pening kepala)
Contoh Real dalam forex chart AUD/USD H4.. Magic kan?

**gambar rajah di atas menunjuk kan struktur asas Elliott Wave untuk UPTREND.
**anda boleh buka mana-mana pair punya chart dan mana-mana time frame pun..saya
jamin anda boleh jumpa pattern yang sama :)cgrock

2. Semasa membuat analisis menggunakan EW, faktor masa tidak terlalu penting, yang
penting adalah "FORM" atau "BENTUK" yang di hasilkan oleh pergerakan tersebut.
(ULANG KAJI POINT PENTING: Elliott Wave adalah teknik "PATTERN RECOGNITION")

3. Pergerakan harga mengikut trend(UPTREND/DOWNTREND) akan membentuk 5 wave
(Wave 1,2,3,4,5).

4. 5 wave yang terbentuk mengikut arah trend akan di "corrected" oleh TIGA wave yang
bergerak melawan arah trend (Wave A,B dan C)
(Sila rujuk chart dan gambar rajah di atas untuk mendapatkan gambaran yang jelas)

5. Wave 1,3 dan 5 dikenali sebagai IMPULSE wave.

6. Wave 2,4 di kenali sebagai CORRECTIVE wave dan di lebel kan dengan a,b,c
....d dan e (untuk irregular/complex correction..nanti kita sentuh secara mendalam
tentang complex correction)

ULANGKAJI:
1. Bentuk asas EW terdiri dari 5 wave yang akan bergerak mengikut arah trend (1-2-3-
4-5) dan 3 wave yang akan "corrected" pergerakan 5 wave tersebut (A-B-C).

2. Anda sudah kenal apa itu IMPULSE WAVE dan CORRECTIVE WAVE.









1.6: WAVE INSIDE WAVE

Wave dalam Wave

Mari ulangkaji kembali:

FRACTAL
Definasi fractal
"self-similar patterns appearing at every degree".

Elliott wave menepati definasi fractal, anda boleh mengenali bentuk-bentuk yang sama
di timeframe yang berbeza-beza. Bentuk-bentuk ini akan berulang-ulang untuk
membentuk sesuatu yang lebih besar.


Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, perhatikan gambarajah yang di bawah.



Ini lah yang di maksudkan dengan FRACTAL.
Bentuk yang sama "berulang-ulang" dalam degree yang berbeza dan menghasilkan
bentuk yang sama pada degree yang lebih besar.

Perhatikan dalam wave yang besar, terdapat lagi wave-wave yang kecil di dalam nya.

Masih ingat kan contoh yang di berikan semasa bersantai di satu pantai yang
indah..dalam pergerakan air yang besar terdapat juga pergerakan air yang lebih kecil di
dalam nya.
Bergitu juga dengan Elliott Wave, di dalam setiap degree wave, terdapat sub-degree
wave dalam nya.

Apabila kita cuba mencari subwave (wave inside wave), kita akan ke time frame lebih
kecil dari time frame yang kita tengok sekarang. Sebagai contoh. kita ambil pair
AUD/USD

kita tengah menganalisa di TF Daily,


Kita sudah nampak dan identify wave (1) dalam daily,

apa bila kita hendak memastikan subwave yang terjadi..kita boleh menggunakan TF H4
kebawah.


** Line Biru Main Wave dari Daily Chart.
** Line Merah Subwave untuk Wave (1) Daily Chart

Apa yang kita boleh pelajari dari sini:
1. Ubah time frame untuk mendapatkan lebih detail structure wave.
2. Makin rendah TF kita masuk..makin detail Subwave yang kita akan nampak. contoh
kalau kita zoom lagi ke M30, kita akan nampak sub-wave kepada sub-wave H4
kepada sub-wave Daily

AUD/USD M30

** Line Biru Main Wave dari Daily Chart.
** Line Merah Subwave untuk Wave (1) Daily Chart
** Line Hijau Subwave untuk Line Merah

Kalau kita perhatikan wave H4 dan H1, detail dia adalah lebih kurang sama. Untuk
mendapatkan detail dgn lebih jelas, saya terus ke m30. TF mana kita nak guna itu
bergantung kepada keadaan. Kalau di h1 tidak jelas.. Kita boleh ke m30.

Skill untuk bermain main dgn TF berbeza perlu di pelajari dan di fahami. Ini sangat
penting untuk kita menganalisis wave yang sedang berlaku untuk membolehkan kita
mencari ENTRIES DAN EXITS.

Topik selepas ini akan menerangkan tentang Personaliti dan Ciri-ciri Wave 1,2,3,4,5
dengan lebih detail.

ULANG KAJI TOPIK 1 "PENGENALAN KEPADA ELLIOTT WAVE":
Sehingga peringkat ini, apa yang anda telah pelajari ialah:
1. Elliott Wave adalah "the underlying structure of the market".
2. Definisi FRACTAL = "self-similar repeating patterns repeating at every degree of a
trend"
3. FRACTAL adalah "Underlying Structure of Elliott Wave".
4. Bentuk asas Elliott Wave: (1-2-3-4-5-A-B-C) 5 Wave dan "Corrected" oleh 3 wave
5. Kejadi semulajadi lautan (TIDES, WAVES & RIPPLES ) adalah sama seperti Elliott
Wave yang berlaku di pelbagai TIMEFRAME.
6. IMPULSE Wave dan CORRECTIVE Wave.
7. Mepelajari dan faham tentang konsep "WAVE INSIDE WAVE"

Saya sarankan supaya anda membuat ulangkaji dan memahamkan asas asas EW
sebelum bergerak ke bab-bab seterusnya :D
TOPIK 2
PERSONALITI DAN CIRI-CIRI WAVE

Mari mengenali lebih mendalam kawan baik kita, nama dia encik "wave"!

1. Wave 1, Wave 3 dan Wave 5 adalah IMPULSE WAVE. Dalam setiap impusle wave ini,
terdapat 5 subwave.

2. Wave 2 dan Wave 4 adalah CORRECTIVE WAVE. Di dalam setiap corrective wave ini,
terdapat 3 subwave yg kita akan labelkan dengan tanda "A", "B" dan "C"... "D" dan "E"
untuk complex dan irregular correction (kebiasaan nya berlaku dalam wave 4 tetapi
tidak mustahil juga boleh juga berlaku dalam wave 2).

3. Di antara IMPULSE WAVE (1,3 dan 5), akan berlaku CORRECTIVE WAVE (2 dan 4).

Mari kita lihat gambar di bawah untuk membantu anda memahami point -point di atas:

** perhatikan label di wave (4). Gambar rajah ini di lukis dengan andaian wave (4)
adalah COMPLEX/IRREGULAR WAVE.


4. Berapa lama/masa yang di ambil untuk satu wave terbentuk tidak bergitu penting
dalam analisis EW, kerana EW adalah teknik "PATTERN RECOGNITION". Apa yang
penting ialah bentuk/form wave yang di hasilkan.

5. Pergerakan market mengikut TREND SEMASA (UPTREND/DOWNTREND) akan
membentuk 5 sturcture wave yang di labelkan 1,2,3,4,5.

6. Pergerakan 5 wave ini kebiasaan nya akan di corrected oleh pergerakan 3 wave yang
di labelkan A,B,C...D,E untuk complex/irregular corretive wave.


2.1: WAVE 1 (THE BEGINNING)

PERSONALITI WAVE 1

1. Wave 1 merupakan perubahan dalam pergerakan arah trend (UPTREND KE
DOWNTREND / DOWNTREND KE UPTREND).

2. Wave 1 kebiasaan nya akan di "corrected" kan oleh wave 2 dengan pergerakan yang
cepat. Apabila wave 1 sudah terbentuk, anda bole menjangakan pergerakan ke arah
berlawanan (wave 2) yang cepat dan mendadak.

CIRI-CIRI WAVE 1

1. Mempunyai 5 wave sturcture dalam wave 1 (Rujuk kembali tajuk WAVE DALAM
WAVE)

2. Wave 1 akan di corrected kan oleh wave 2 dalam arah yang berlawanan. Kebiasaan
nya wave 2 akan singgah ke kawasan 61.8% dari wave 1.


2.2: WAVE 2 (THE PULL BACK)

PERSONALITI WAVE 2

1. Wave 2 merupakan wave yang correcting wave 1.

2. Pergerakan wave 2 adalah arah yang bertentangan dengan wave 1.

3. Kebiasaan nya, sasaran untuk pull back/retracement wave 2 ini adalah di antara 50%
ke 61.8% dari pergerakan wave 1.

4. Sangat penting untuk anda mengetahui bila wave 2 berakhir kerana di sini lah
peluang anda untuk mencari ENTRIES untuk membuat profit di wave 3.

5. RULE OF ALTERNATION:
"IF WAVE 2 IS SIMPLE, THEN WAVE 4 WILL BE COMPLEX. IF WAVE 2 IS COMPLEX,
EXPECT WAVE 4 TO BE SIMPLE"
** Kita akan sentuh nanti dengan lebih detail tentang RULE OF ALTERNATION dalam
topik "CORRECTION WAVE"






CIRI-CIRI WAVE 2

1. Mempunyi 3 subwave yang kita akan labelkan sebagai A,B dan C (Untuk Simple
Correction). Kemungkinan wave 2 juga boleh menjadi Complex Correction.

2. WAVE 2 TIDAK BOLEH RETRACE 100% DARI WAVE 1.


Kebarangkalian level FIBO retracement wave 2.

0% - 32.8% = 12%
50% - 61.8% = 73%
61.8% - 100% = 15%

Wave 1 dan wave 2 masih sah sekiranya wave 2 retrace 100% (sama level) dengan
wave 1.

CRITICAL POINT adalah permulaan wave 1. Sekiranya price break permulaan wave 1,
RE-COUNT kembali EW kita.













2.3: WAVE 3 (THE WONDERS TO BEHOLD)

PERSONALITY WAVE 3

1. Merupakan wave yang paling kuat dan terpanjang.

2. Wave 3 adalah impulsive wave.

3. Sasaran terbaik untuk pergerakan wave 3 ini adalah di antara 100% - 161.8% dari
jarak pergerakan wave 1.

CIRI-CIRI WAVE 3

1. Mempunyai 5 sub-wave.

2. WAVE 3 TIDAK BOLEH MENJADI WAVE YANG TERPENDEK ANTARA WAVE 1
DAN 5.



Gambarajah di atas menunjukan kebarangkalian pergerakan wave 3 di bandingkan
dengan jarak pergerakan wave 1.

Jarak pergerakan wave 1 | Kebarangkalian Pergerakan Wave 3
100%...................2%
100% - 161.8%.........15%
161.8% - 261.8%.......75%
Lebih dari 261.8%......8%

Nota:
1. Pengiraan ini boleh di jadikan GARIS PANDUAN SAHAJA untuk menjangka
pergerakan wave 3.
2. Yang paling penting ialah FORM/BENTUK wave yang terhasil merupakan panduan
yang terbaik untuk kita meramalkan pergerakan wave 3.
2.4: WAVE 4 (THE PROFIT TAKING)

PERSONALITY WAVE 4

1. Berlaku selepas pergerakan wave 3 yang kuat .

2. Wave 4 terjadi disebabkan oleh proses "profit taking".

3. Masa yang di ambil untuk menyiapkan wave 4 kebiasaan nya adalah 70% masa yang
di ambil untuk menyiapkan wave 3.
(SEBAGAI CONTOH: Sekiranya masa yang di ambil untuk menyiapkan wave 3 adalah
setahun, kita boleh menjanka proses untuk wave 4 siap adalah di antara 7-8 bulan.)

4. 85% kerugian berlaku semasa trading dalam wave 4.
5. Bukan masa yang sesuai untuk trading dengan aggresive dalam wave 4.

6. Perangai/pergerakan wave 4 amat susah untuk di ramalkan.

7. Strategi trading yang terbaik semasa wave 4 adalah "STAY AWAY" dan menunggu
entry yang baik untuk trading wave 5.

CIRI-CIRI WAVE 4

1. WAVE 4 TIDAK BOLEH RETRACE KE DALAM KAWASAN WAVE 1.

2. Kebiasaan nya wave 4 akan retrace di kawasan 38% - 50% wave 3.

3. RULE OF ALTERNATION: Wave 2 simple, wave 4 Complex, Wave 4 Complex, Wave
2 Simple.



Gambarajah di atas menunjuk kan kebarangkalian retracment wave 4 di bandingkan
dengan peratusan pergerakan wave 3.

Kebarangkalian persinggahan wave 4 di kawasan wave 3:
Kawasan 23.6% - 38.2%......15%
Kawasan 38.2% - 50%........60%
Kawasan 50% - 61.8%........25%

Nota Penting:
Wave 4 tidak boleh masuk ke kawasan wave 1. Critical Point di sini adalah penghujung
(TOP/BOTTOM) wave 1.


2.5: WAVE 5 (THE FINALE)

PERSONALITY WAVE 5

1. Merupakan pergerakan terakhir dalam pergerakan bersiri 5 structure wave.

2. Setelah wave 5 siap, kita akan ke TF yang lebih besar untuk melihat wave apa yang
telah siap untuk mendapatkan idea di mana kita berada sekarang di dalam market.

3. Projection/anggaran untuk pergerakan wave 5 di kira selepas wave 4 berakhir, ini
bermakna, anggaran untuk wave 5 hanya boleh di kira setelah wave 4 sudah siap.

CIRI-CIRI WAVE 5

1. Mempunyai 5 sub-wave.

2. Kebiasaannya Wave 5 akan lebih tinggi/rendah dari penhujung wave 3.

3. Kadang-kadang berlaku special case di mana wave 5 tidak melebihi hujung wave 3.
Kes-Kes seperti ini kandang-kadang berlaku selepas pergerakan extension wave 3.

KAEDAH PENGIRAAN TARGET AREA WAVE 5:
(JARAK DI ANTARA PERMULAAN WAVE 1 DAN PENGHUJUNG WAVE 3) X
(61.8%) + (TITIK PENGAKHIRAN WAVE 4) = TARGET AREA WAVE 5

Nota:
1. Kaedah pengiraan ini hanya GARIS PANDUAN SAHAJA.
2. Sturcture/bentuk wave 5 adalah panduan yg lebih tepat.





ULANG KAJI TOPIK 2 "PERSONALITI DAN CIRI-CIRI WAVE":
Sehingga peringkat ini, apa yang anda telah pelajari ialah:
1. Mengenali dengan lebih rapat kawan-kawan baik kita.
2. 3 RULE OF ELLIOTT WAVE:
Rule 1: Wave 2 cannot retrace more than 100% of Wave 1.
(WAVE 2 TIDAK BOLEH RETRACE 100% DARI WAVE 1)
Rule 2: Wave 3 can never be the shortest of the three impulse waves.
(WAVE 3 TIDAK BOLEH MENJADI WAVE YANG TERPENDEK ANTARA WAVE 1 DAN 5)
Rule 3: Wave 4 can never overlap Wave 1.
(WAVE 4 TIDAK BOLEH RETRACE KE DALAM KAWASAN WAVE 1)
3. RULE OF ALTERNATION.
4. Kebarangkalian kawasan persinggahan kawan-kawan baik kita.
5. Kaedah pengiraan Target Area.




















TOPIK 3
CORRECTION WAVE


1. Correction wave ialah wave yang bergerak bertentangan dengan arah TREND atau di
kenali sebagai COUNTER-TREND.

2. Wave 2 dan wave 4 adalah CORRECTION WAVE.

3. Boleh di bahagikan kepada 2 jenis, SIMPLE CORRECTION DAN COMPLEX
CORRECTION.

4. SIMPLE CORRECTION ialah Zig-Zag Correction.

5. COMPLEX CORRECTION ialah selain dari Zig-Zag. (Flat, Triangle, Irregular)

6. Correction wave mempunyai 3 sub-wave yang akan di labelkan sebagai WAVE A,
WAVE B dan WAVE C.

7. Dalam apa jenis correction sekali pun, simple atau complex, WAVE B akan
mempunyai 3 structure dan WAVE C 5 structure.

8. WAVE A boleh menjadi 3 sturcture atau 5 structure.

9. Sekiranya WAVE A membentuk 5 structure, ini boleh memberikan anda idea di mana
correction wave yang akan terbentuk ialah SIMPLE CORRECTION! dan sekiranya WAVE A
membentuk 3 structure, kemungkinan COMPLEX CORRECTION sedang terbentuk.


RULE OF ALTERNATION
If Wave Two is a simple correction, expect Wave Four to be a complex correction.
If Wave Two is a complex correction,expect Wave Four to be a simple correction.












3.1: ZIG-ZAG CORRECTION (5-3-5)(SIMPLE
CORRECTION)

1. Zig Zag correction adalah correction wave yang juga dikenali sebagai SIMPLE
CORRECTION WAVE.

2. Merupakan correction wave yang paling senang di kenal pasti dan kebiasaan nya
berlaku dalam wave 2, boleh juga berlaku di dalam wave 4.

3. Terdiri dari pada 3 sub-wave yang di labelkan sebagai A,B,C.

4. Zig-Zag kebiasaan nya berlaku dalam WAVE 2.

5. Rujuk kembali kebarangkalian retracement level WAVE 2 dibandingkan dgn WAVE 1.


6. Struktur Asas Zig-Zag:
Wave A = 5 Sub-Wave
Wave B = 3 Sub-Wave
Wave C = 5 Sub-Wave

Ingat 5-3-5, ingat Zig-Zag!


3.1.1: WAVE A DALAM ZIG-ZAG
1. Wave A mesti terdiri dari 5 sub-wave sturcture.
2. Wave A akan di labelkan sebagai 1,2,3,4,5

3.1.2: WAVE B DALAM ZIG-ZAG
1. Wave B mesti terdiri dari pada 3 sub-wave.
2. Wave B akan di labelkan sebagai A,B,C atau 1,2,3.
3. Sekiranya Wave B retrace lebih dari pada 61.8% dari Wave
A, KEMUNGKINAN correction wave yang akan terbentuk bukan jenis Zig-Zag.

3.1.3: WAVE C DALAM ZIGZAG
1. Wave C mesti terdiri dari 5 sub-wave sturcture.
2. Wave C akan di labelkan sebagai 1,2,3,4,5.
3. Wave C kebiasaanya adalah Impusle wave di dalam correction wave. Pergerakan
impulse dalam wave C boleh memberikan kita idea/gambaran bahawa Zig-Zag sudah
hampir siap dan anda boleh bersedia untuk mencari ENTERIES yang sesuai berdasarkan
TRADING SYSTEM anda.



3.2: FLAT CORRECTION (3-3-5) (A *= B *= C)
(COMPLEX CORRECTION)
*= Lebih kurang/sama

1. Terdiri dari pada 3 sub-wave yang di labelkan sebagai A,B,C.

2. Wave A,B dan C mempunyai ukuran yang lebih kurang sama.

3. Market akan bergerak SIDEWAY dalam satu RANGE, juga di kenali sebagai RANGING
MARKET.

4. Struktur Asas Flat:
Wave A = 3 Sub-Wave
Wave B = 3 Sub-Wave
Wave C = 5 Sub-Wave

Ingat 3-3-5, ingat Flat!




3.2.1: WAVE A DALAM FLAT
1. Wave A mesti terdiri dari 3 sub-wave sturcture.
2. Wave A akan di labelkan sebagai A,B,C atau 1,2,3

3.2.2: WAVE B DALAM FLAT
1. Wave B mesti terdiri dari pada 3 sub-wave.
2. Wave B akan di labelkan sebagai A,B,C atau 1,2,3.
3. Wave B kebiasaannya akan retrace berhampiran dengan PERMULAAN wave A.
4. Sekiranya Wave B retrave lebih dari 100% daripada wave A, Correction wave yang
kemungkinan terbentuk adalah IRREGULAR (lepas ni kita akan sentuh tentang irregular
wave).

3.2.3: WAVE C DALAM FLAT
1. Wave C mesti terdiri dari 5 sub-wave sturcture.
2. Wave C akan di labelkan sebagai 1,2,3,4,5.
3. Wave C dalam FLAT Correction kebiasaan nya akan berakhir berhampiran dengan
penghujung Wave A.

Contoh Di REAL CHART GBP/USD H4.

**Perhatikan Line Biru dan subwave (line merah).



3.3: IRREGULAR CORRECTION (3-3-5)
(A < B < C) (COMPLEX CORRECTION)

1. Terdiri dari pada 3 sub-wave yang di labelkan sebagai A,B,C.

2. Irregular Correction mempunyai ciri-ciri yang sama dengan FLAT tertapi dalam
Irregular correction, WAVE B akan melebihi permulaan WAVE A.

3. Market akan bergerak SIDEWAY dalam satu RANGE, juga di kenali sebagai RANGING
MARKET.

4. Struktur asas Irregular:
WAVE A: 3 Sub-Wave
WAVE B: 3 Sub-Wave (melebihi permulaan wave A)
WAVE C: 5 Sub-Wave

3.3.1: WAVE A DALAM IRREGULAR
1. Wave A mesti terdiri dari 3 sub-wave sturcture.
2. Wave A akan di labelkan sebagai A,B,C atau 1,2,3

3.3.2: WAVE B DALAM IRREGULAR
1. Wave B mesti terdiri dari pada 3 sub-wave.
2. Wave B akan di labelkan sebagai A,B,C atau 1,2,3.
3. Wave B akan retrace LEBIH DARI PERMULAAN wave A.

3.3.3: WAVE C DALAM FLAT
1. Wave C mesti terdiri dari 5 sub-wave sturcture.
2. Wave C akan di labelkan sebagai 1,2,3,4,5.
**CONTOH IRREGULAR DALAM CHART AUD/USD H1


3.4: TRIANGLE CORRECTION (3-3-3-3-3)
(COMPLEX CORRECTION)

1. Terdiri dari pada 3 sub-wave yang di labelkan sebagai A,B,C,D,E.

2. Market akan bergerak secara SIDEWAY dalam pattern 3 subwave dan akan
membentuk seperti SEGITIGA/TRIANGLE.

3. Beberapa jenis Triangle Correction, NORMAL, FLAT , EXPENDING.

4. Struktur asas Triangle:
WAVE A: 3 Sub-Wave
WAVE B: 3 Sub-Wave
WAVE C: 3 Sub-Wave
WAVE D: 3 Sub-Wave
WAVE E: 3 Sub-Wave

NORMAL TRIANGLE


****CONTOH TRIANGLE DI USD/JPY


FLAT TRIANGLE


EXPANDING TRIANGLE



****CONTOH EXPENDING TRIANGLE DI GBP/USD

3.4.1: WAVE A,B,C,D,E DALAM TRIANGLE
1. Kesemua wave terdiri dari 3 sub-wave sturcture.
2. Wave wave ini akan di labelkan sebagai A,B,C,D,E atau 1,2,3,4,5







3.5 SINGLE THREE/DOUBLE THREE/TRIPLE
THREE

1. ZIG-ZAG, FLAT, IRREGULAR, TRIANGLE juga di kenali sebagai SINGLE THREE
2. Pergerakan sideway/correction market yang mempunyai 2 gabungan wave correction
di kenali sebagai DOUBLE THREE.
3. TRIPLE THREE pula merupakan pergerakan sideway/correction yang mempunyai 3
jenis correction.
4. Istilah THREE atau 3 (bukan POKOK yee..hekhek) digunakan kerana dalam satu
pergerakan correction wave, terdapat 3 subwave (A,B,C atau 1,2,3) kecuali dalam
TRIANGLE CORRECTION PATTERN.
5. DOUBLE THREE/TRIPLE THREE kebiasaanya berlaku selepas pergerakan wave 3 yang
kuat. Juga di kenali sebagai EXTENDED SIDEWAY/ CORRECTION.

DOUBLE THREE
1. Terbahagi kepada kepada 3 bahagian yang akan di labelkan sebagai WAVE W, WAVE
X, WAVE Y.
2. WAVE W, X day Y boleh menbentuk salah satu daripada correction (Zig-Zag, Flat,
Irregular atau Triangle). KEBIASAAN NYA WAVE X akan membentuk ZIGZAG!

*** Gambar di atas menunjuk kan salah satu contoh Double Three.

TRIPLE THREE
1. Terbahagi kepada kepada 4 bahagian yang akan di labelkan sebagai WAVE W, WAVE
X, WAVE Y, WAVE Z.
2. WAVE W, X, Y dan Z boleh menbentuk salah satu daripada correction (Zig-Zag, Flat,
Irregular atau Triangle). SEKALI LAGI KEBIASAAN NYA WAVE X akan membentuk
ZIGZAG!
3. Didalam Triple Three ini, akan mengandungi 2 WAVE X.


*** Gambar di atas menunjuk kan salah satu contoh Triple Three.

ULANG KAJI TOPIK 3 "CORRECTION WAVE":
Sehingga peringkat ini, apa yang anda telah pelajari ialah:
1. Mengenali jenis-jenis correction wave.
2. Sifat-sifat dan ciri-ciri correction wave.
3. EXTENDED CORRECTION/SIDEWAY









TOPIK 4:COUNTING ELLIOTT WAVE:
LIKE A BOSS!!!

Definisi "LIKE A BOSS"
1. Doing things like a boss means,that you do it perfectly cool and you totally control the
situation.
2. Like a Professional.

1. Kenapa saya namakan topik ini "Like a Boss", ini adalah kerana selepas mempelajari
teknik simple ini, anda akan lebih yakin dengan diri anda dalam mengira Elliott Wave.
2. Pandangan anda terhadap MARKET akan totally berubah, dan anda tidak lagi
memerlukan sesiapa untuk memberitahu anda ke mana pergerakan market dan apa
yang market akan buat.
3. Anda tidak perlu, saya ulang TIDAK PERLU MEYAKINKAN SESIAPA SELAIN DIRI
ANDA kerana diri anda lebih bermakna untuk di yakinkan.
4. Bantuan 2 Indicator tambahan akan di gunakan untuk mengira EW, i.The Mighty
Alligator ii. Awesome Oscillator (AO)


4.1 CHART SETUP

1. Anda boleh menggunakan apa sahaja indicator yang anda suka tetapi di dalam
pembelajaran ini saya akan menggunakan 2 indikator utama
i. The Mighty Alligator dan
ii. Awesome Oscillator (AO).

2. Indicator-indicator tersebut boleh di dapati secara percuma di dalam MT4 dan MT5.

INSERT > INDICATOR > BILL WILLIAMS


4.2 THE MIGHTY ALLIGATOR

1. Kelebihan indicator ini boleh membantu anda MENGENALI IMPULSE WAVE DAN
CORRECTION WAVE dalam masa 2 SAAT SAHAJA. :D:D:D


ALLIGATOR PATTERN
1. 2 information/maklumat penting yang hendak di ketahui semasa melihat market
ialah:
i. Trending atau
ii. Ranging

2. Dengan menggunakan Alligator sebagai COMPASS dalam MAP anda, anda boleh
mengenal pasti keadaan semasa market.
3. SLEEPING ALLIGATOR memberitahu anda yang keadaan market sekarang adalah
RANGGING/SIDEWAY.
4. HUNGRY ALLIGATOR pula memberitahu anda yang market dalam keadaan TRENDING.



SLEEPING ALLIGATOR = CORRECTION WAVE/SIDEWAY MARKET/RANGING
MARKET
1. Alligator dalam keadaan berbelit-belit.
2. Keadaan alligator seperti ini memberi anda maklumat penting itulah market dalam
keadaan ranging/sideway.
3. Membantu anda untuk mengenal pasti anda sedang berada di dalam CORRECTION
WAVE.
4. CORRECTION WAVE = WAVE 2 ATAU WAVE 4.
5. Juga di kenali sebagai SLEEPING ALLIGATOR.
6. Jangan di ganggu buaya yang sedang tidurr...senang cerita, jangan trade semasa
Alligator tidur.
7. Peluang untuk membuat kerugian sangat besar di waktu buaya sedang tidur.

HUNGRY ALLIGATOR = IMPULSE WAVE/TRENDING MARKET
1. Alligator dalam keadaan terbuka.
2. Keadaan alligator seperti ini memberi anda maklumat penting itulah market dalam
keadaan TRENDING.
3. Membantu anda untuk mengenal pasti anda sedang berada di dalam IMPUSLE WAVE.
4. IMPULSE WAVE = WAVE 1,3,5.
5. Juga di kenali sebagai HUNGRY ALLIGATOR.
6. Di masa ini lah peluang untuk trading dan membuat PROFIT yang besar.
7. Selepas Buaya terjaga dari tidur, buaya akan menjadi sangat lapar dan mula
memakan PROFIT!

Sedikit Tip:
Semakin lama buaya tidur, semakin lapar lah sang buaya apabila
bangun dari tidur yang lena

Nota Ringkas:
1. Alligator boleh memberikan kita maklumat penting mengenai keadaan
market(TRENDING/RANGING).
2. Membezakan kan IMPULSE DAN CORRECTIVE WAVE.
3. Membantu anda menganalisa chart dalam masa 2 saat.
4. SLEEPING ALIGGATOR = STAY AWAY dari market.
5. HUNGRY ALLIGATOR = sila TRADING.










4.3 AWESOME OSCILLATOR

1. Seperti nama nya, indicator ini sangat AWESOME.
2. Kegunaan AO dalam membantu kita mengira EW adalah untuk mencari:
i. Mengenal pasti WAVE 3 dan penghujung WAVE 3 dalam WAVE
3(TOP/BOTTOM) dan
ii. DIVERGENCE antara WAVE 3 dan WAVE 5.

TEKNIK HIKMAT AO: MENGENAL PASTI WAVE 3 DAN PENGHUJUNG WAVE 3
DALAM 3



1. AO boleh membantu anda mengenal pasti wave 3 dengan mudah dalam apa jua PAIR
dan TIMEFRAME yang anda sedang analisis.
2. WAVE 3 kan membentuk AO yang paling tinggi/rendah. Ini kerana momentum dalam
wave 3 sangat tinggi berbanding dengan wave lain.
3. Kebiasaan nya puncak tertinggi/terendah AO merupakan PENGHUJUNG WAVE 3
DALAM 3.(Confident Level 85%)

TEKNIK HIKMAT AO: DIVERGENCE ANTARA WAVE 3 DAN 5



1. Salah satu kelebihan AO adalah membantu anda mengenalpasti perbezaan antara
wave 3 dan 5.
1. 90% kebarangkalian berlaku nya divergence antara WAVE 3 DAN WAVE 5.

DI ATAS MERUPAKAN MAKLUMAT/INFORMATION PENTING YANG ANDA PERLU
TAHU DARIPADA INDICATOR ALLIGATOR DAN AO. SILA KUASAI TEKNIK-
TEKNIK DAN HIKMAT PENGGUNAAN ALLIGATOR DAN AO UNTUK MEMUDAHKAN
KERJA-KERJA MENGANALISA MARKET MENGGUNAKAN ELLIOTT WAVE.





4.3 COUNTING THE WAVE

1. Dalam topik ini kita akan menggabungkan penggunaan Alligator dan AO untuk
membantu kita dalam membuat analisa menggunakan Elliott Wave.
Quote:
Tips Penting:
1. Mulakan dari TF yang BESAR (WEEKLY/MONTHLY).
2. Setelah mendapat gambaran yang jelas dari TF besar, baru kita berpindah ke TF lebih
kecil (WAVE INSIDE WAVE)
3. Jangan terlalu memikirkan kiraan untuk correction wave..buat pening kepala. Cukup
sekadar mengenali dan boleh mencari penghujung correction wave. IMPULSE WAVE lebih
jelas dan mudah untuk di analisa.
4. JANGAN PEGANG 100% KEPADA COUNTING ANDA (WANT WHAT THE MARKET
WANT).
5. TRADING SYSTEM lebih penting dari COUNTING ELLIOTT WAVE.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Di mulakan dengan BISMILLAH.

2. Buka Chart mana-mana pair yang anda suka.

3. Masuk kan indicator AO dan ALLIGATOR.

INSERT > INDICATOR > BILL WILLIAMS

4. Mula kan dengan timeframe besar (WEEKLY/MONTHLY).

5. Cari PEAK/BOTTOM AO.. Label kan sebagai WAVE 3. Pastikan Alligator dalam
keadaan "HUNGRY ALLIGATOR" kerana WAVE 3 adalah IMPULSIVE WAVE



6.PASTIKAN wave 3 kita mempunyai 5 sub-wave (SILA RUJUK KEMBALI TOPIK
"WAVE INSIDE WAVE"). Ubah ke TF lebih kecil sekiranya tidak nampak
gambaran structure yang jelas. Tip: Guna tools trendline untuk melukis subwave.


i. 85% kebarangkalian PEAK/BOTTOM AO merupakan WAVE 3 dalam 3.
ii. Setelah mengenal pasti wave 3, kita boleh bergerak ke hadapan dan kebelakang
untuk melebelkan wave-wave sebelum dan selepas wave 3.


7. Labelkan semua wave sebelum dan selepas wave 3.



8. Lepas tu?.. Balik Belajar Basic dan label kan lagi di TF bawah. Pastikan anda
berpandukan WAVE COUNTING dari TF besar. Ingat kembali "ELLIOTT WAVE
ADALAH FRACTAL". Wave-wave di TF kecil akan membentuk wave di TF yang
lebih besar.

ULANGKAJI TOPIK "TOPIK 4: COUNTING ELLIOTT WAVE: LIKE A BOSS!!!"
1. Mengenal dan mempelajadi information penting yang anda perlu tahu dari ALLIGATOR
dan AO.
2. Dalam masa 2 saat anda boleh mengetahui keadaan semasa market.
3. Anda sudah mendapat IDEA/GAMBARAN bagaimana hendak memulakan analisis
menggunakan ELLIOTT WAVE.


















Elliott Wave Mudah tapi Tak Senang:
PRACTICE, PRACTICE, PRACTICE DAN PRACTICE LAGI: REPETITION IS THE
MOTHER OF SUCCESS
Sentiasa belajar basic EW secara berterusan...
Buangkan perkataan "AKU TAHU DAH" dalam diri anda..jangan sombong dengan ilmu.


4.4 SESAT DALAM KIRAAN??

1. Sekiranya anda sesat atau tidak pasti semasa mengira EW, ini bermakna anda sedang
berada dalam COMPLEX CORRECTION/EXTENDED CORRECTION/COMPLEX WAVE 4.
2. Sekiranya anda tidak yakin dalam kiraan anda, JANGAN TRADING!
3. Sekiranya anda sendang membuat analisa di TF H4 dan anda confused, pergi ke TF
yang lebih besar seperti DAILY/WEEKLY untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
4. Ada masanya akan berlaku yang anda totally confused dan semua kiraan wave anda
tidak masuk akal, ini merupakan masa terbaik untuk anda STAY OUT dari market dan
gunakan TRADING SYSTEM anda sebagai panduan.
5. PERINGATAN PENTING: ELLIOTT WAVE BUKAN TRADING SYSTEM!!










FORMULA KEJAYAAN DALAM
TRADING

Saya merupakan pelajar Dr. Azizan Osman Success Coach #1 Asia.
Trading juga merupakan satu business.
Seperti business-business lain, formula MESTI boleh di gunakan dalam trading.
Saya sarankan anda membuat satu buku journal dan menulis perkara-perkara ini.

M

i. Mentor:
(Mentor Business saya ialah Dr. Azizan Osman)
(Mentor Trading saya ialah Bill Williams dan Justine Williams Lara)

1.Siapakah MENTOR anda?
2.Dalam trading, anda mesti mempunyai mentor untuk membawa anda ke tahap
kejayaan.

ii. Money Management
Money Management sangat penting semasa trading untuk mengelakkan MC.

YA, MEMANG BENAR ANDA ADA BANYAK DUIT..TETAPI ANDA WAJIB
MENGHORMATI NIKMAT YG ALLAH S.W.T BERIKAN

Hormat lah duit kerana duit juga merupakan salah satu NIKMAT DARI ALLAH S.W.T.
Quote:

"Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?"

Ayat di atas adalah ayat dalam Surah Ar-Rahman yang ditulis berulang-ulang sebanyak
31 kali.
Ayat ini diletakkan di setiap akhir ayat dalam surah Ar-Rahman yang menjelaskan
nikmat yang diberikan Allah kepada manusia.

E

i. Elmu
1. Ilmu trading perlu anda pelajari dan sentiasa mencari ilmu baru.
2. Elmu mengawal emosi sangat penting dalam trading.
"EMOTION LOCATION IS MUCH MUCH MORE IMPORTANT THAN TRADE LOCATION"

ii. Elliott Wave
1. Pelajari ilmu EW supaya anda tidak sesat dalam market.


S

i.Sistem
1. Dalam konteks trading, anda mesti ada TRADING SYSTEM yang bagus dan
berkesan.

T

i. Tindakan
1. Tindakan anda akan menentukan kejayaan anda sendiri.
2. Bertindak dengan betul berpandukan PERATURAN-PERATURAN TRADING
SYSTEM anda.

ii. Trade
1. Amalkan lah ilmu yang anda ada.
2. Sampai masa untuk trade, kita trade.
3. Sia-sia segala ilmu yang kita ada sekiranya kita tidak menggunakan nya.

ITS OK TO MAKE MISTAKE, LEARN FROM IT AND YOU WILL BE GREAT!

I

Akhir sekali anda perlu lah mempunyai IMPIAN YANG BESAR kerana impian anda yg
akan membantu anda di masa anda dalam kesedihan dan kekecewaan di sepanjang
perjalanan kehidupan anda ke arah MASTER TRADER.

Setiap pagi lihat dalam cermin dan dengan konfident nya cakap:

I'M A MASTER TRADER

Personally itu lah aktiviti saya setiap pagi kerana percaya lah, minda kita dan kehidupan
kita di programkan mengikut apa yg kita cakap dan fikir tentang diri kita. Sekiranya
anda masih loss dalam trading, simply kerana anda masih ada memegang kepercayaan
yg anda tidak boleh buat profit dalam market.
TAK PERLU PERCAYA BETUL KE TIDAK..BUAT JE
Sedikit Tips dari saya sebagai penutup kata, untuk berjaya dalam trading:

1. Gunakan TRADING SYSTEM yang terbukti berkesan. Dalami dan pelajari
teknik dan peraturan nya. Jangan lompat-lompat TRADING SYSTEM.

2. IKUT PERATURAN YANG DI TETAPKAN OLEH TRADING SYSTEM KITA.
Sekiranya tidak ada signal..jangan trade!

3. Sentiasa ALERT dengan CURRENT TREND. TREND adalah kawan baik kita.

4."CUT YOUR LOSES AND STAY WITH THE WINS"
Dalam trading anda tidak boleh mengelak dari kerugian..anda hanya boleh
MENGURUS/MANAGE kerugian.
Masalah kebanyakan trader, mereka suka untuk simpan post yang floting -ve dengan
harapan market akan pusing balik. Bila ada post yang profit pula, cepat -cepat nak tutup
takot market pusing balik. Pelik kan? tapi itu la realiti. saya sendiri pun pernah melalui
keadaan ini.. tetapi jangan risau, anda boleh berubah.

5. MONEY MANAGEMENT sangat penting. Kawal risiko anda, ambil lah risiko
yang mampu anda kawal.
contoh kalau akaun 1000usd, jangan lah anda trade macam akaun 10000usd. HORMAT
LAH NIKMAT YANG ALLAH S.W.T BERIKAN.

6. FAHAMI DAN HAYATI TRADING SYSTEM ANDA.
Anda kena kenal dan faham trading system anda punya "win & loss ratio". Trade demo
dulu untuk anda faham. Bila dah faham dan hayati, insyaAllah anda akan ke satu level
lain dalam trading anda.

7. JANGAN OVERTRADE!
Rilek bro..sebagai trader bukan bermaksud kita perlu trading setiap masa!
InsyaAllah peluang membuat profit sentiasa ada, jangan lah kita rasa rugi atau
ketinggalan kalau kita tak trade hari ni.
KITA NAK BERADA DI DALAM MARKET PADA TEMPAT DAN MASA YANG SESUAI
DAN YANG TERBAIK.

8. Kalau kita ragu-ragu, STAY AWAY DARI MARKET.

9. Kawal FEAR dalam diri kita, jangan biarkan FEAR yang kawal kita.

10. BERSABAR DAN TUNGGU SIGNAL YANG JELAS DARI TRADING SYSTEM
ANDA.
Market sentiasa ada untuk kita. Jangan risau dan bersabar!


Saya harap anda mempelajari sesuatu dari sini dan ilmu yang anda pelajari
dapat membantu anda meningkatkan lagi taraf trading anda sekarang.
Apa yang baik datang dari Allah S.W.T, segala kesilapan dan kelemahan datang
dari diri saya.



SEKIRANYA ANDA TIDAK MAMPU MENERIMA KEGAGALAN, ANDA JUGA TIDAK AKAN
MAMPU MENERIMA KEJAYAAN



Happy Trading!
apengfx-