Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Untuk menjadikan sesuatu bahan bantu mengajar yang efektif dalam


menarik minat murdi-murid untuk melihatnya adalah bahan bantu mengajar
tersebut perlu mempunyai ciri-ciri yang menarik bagi mendapat perhatian murid-
murid. Bahan bantu mengajar amat memainkan peranan bagi mencapai tahap
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana murid-murid
bukan sahaja tertumpu kepada tajuk yang diajar oleh guru tetapi kaedah yang
guru gunakan untuk menyampaikan sesuatu pengajaran dengan berkesan
ataupun tidak. Di sini guru amat perlu untuk membina bahan bantu mengajar
yang sememangnya membantu guru dalam mengendalikan proses pengajaran
dan pembelajaran secara sistematik dan berkesan bagi mencapai objektif
sesuatu pengajaran yang dilaksanakan.
Jadi di era yang berteknologi canggih ini, kebanyakan sekolah
mempunyai kemudahan komputer untuk digunakan dalam menghasilkan bahan
bantu mengajar yang lebih mengikut peredaran semasa iaitu membina bahan
bantu mengajar dengan menggunakan komputer. Jadi, saya sebagai bakal guru
perlu belajar bagaimana mengelolakan komputer seterusnya perlu mahir dalam
membina bahan bantu mengajar dengan sebaik yang mungkin untuk menjadi
seorang guru yang kreatif dan serba boleh pada masa yang akan datang. Sesuai
dengan aman kini yang lebih cenderung kepada teknologi maklumat dan
komunikasi, guru amat berperanan dalam mengetahui dan mendalami bidang
tersebut supaya dapat dipraktikkan ketika mengajar dan juga kerja-kerja
sampingan yang lain.
!ugas guru amat besar dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancer setiap kali masuk ke kelas. Jadi, guru
mesti sentiasa menghasilkan bahan bantu mengajar yang berbea mengikut
tajuk yang diajar dari masa ke semasa dan bahan bantu mengajar tersebut perlu
kreatif yakni berjaya menarik minat murid-murid untuk melihat dan memahami isi
kandungannya. Sebagai bakal guru, saya akan berusaha gigih dalam membina
dan memastikan bahan bantu mengajar dapat memberi sesuatu impak yang
besar kepada murid-murid untuk memahami segala pengajaran yang diberikan.
28
Saya akui bukanlah mudah bagi seseorang guru untuk membina
bahan bantu mengajar yang sentiasa kreatif sepanjang masa. "amun, tidak
menjadi satu kesukaran kepada saya untuk cuba melaksanakannya dengan
merancang masa dengan sebaiknya iaitu membina bahan bantu mengajar
apabila mempunyai masa terluang ketika di luar #aktu mengajar kerana masa
yang tidak mencukupi bukanlah satu alasan yang munasabah untuk seorang
guru yang ingin mencapai kecemerlangan diri sendiri dan juga murid-muridnya.
Dengan itu, amat penting sekali bagi seseorang guru memikirkan secara positif
setiap kali ingin menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif dan berkesan
supaya murid-murid dapat menerima ilmu pengetahuan dengan lebih mudah.
Secara keseluruhannya, bahan bantu mengajar amat penting dalam
menghasilkan murid-murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang kerana
dengan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menjadikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran lebih membangunkan tahap pemikiran murid-
murid selain meningkatkan minat, perhatian, dan penglibatan murid-murid di
dalam kelas. Semuanya bermula daripada guru untuk menentukan sesi
pengajaran menjadi bermakna atau sebaliknya. $uru juga akan mencapai %isi
kementerian pelajaran iaitu bagi melahirkan guru yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang dengan menghasilkan bahan bantu mengajar yang untuk memastikan
objektif pembelajaran tercapai.
29

Anda mungkin juga menyukai