Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak. Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain.
DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar. Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.
Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. http://rujuknota.blogspot.com/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu-htm
KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65 ) kepentingan ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:- i. ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk semua konsep. ii. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar. iii. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. . Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dikalangan pelajar. v. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. vi. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. vii. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Kamarudin Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti berikut:- i. Memberi rangsangan dan minat murid-murid. ii. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. iii. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. iv. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan meragam. v. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
. Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.
Kepribadian: Pengantar ilmu kepribadian: apa itu kepribadian dan bagaimana menemukan melalui psikologi ilmiah bagaimana kepribadian mempengaruhi kehidupan kita