Anda di halaman 1dari 2

3x!

Wah2!...panjang lebar pulak coretanku hari nih...heheh...jom kita semak resepinya ye...jika
berminat, boleh lah try... tak berminat, cuci2 mata jelah ye...terima kasih byk2 krn sudi singgah
ke teratak buruk hamba ni...

Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")
5 biji telur A (dari peti ais)
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam
125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna :
coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
pes pandan / pandan emulco
pes bluberi + pewarna ungu
pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
perisa esen vanilla

Cara-cara :
1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan
taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan
gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau
sebati dengan senduk atau spatula.
3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas
yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya
diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee
(DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)
4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi
selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan
vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek).
Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
6. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/04/kek-velvet-kukus-
marblepelangi.html#ixzz39PKC9pbP
Under Creative Commons License: Attribution

Anda mungkin juga menyukai