Anda di halaman 1dari 2

19 Perkataan Yang Diharamkan oleh Brunei Untuk Bukan

Islam
Posted by Mka lele Thursday, 1 May 2014 0 comments


BANDAR SERI BEGAWAN BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19
perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.

Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod
Penal Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman
ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam,
mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah
Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam,
termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan
khalwat dengan pasangan Islam.




Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau
satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah
berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh
dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan
atau kesaksian empat saksi, katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau
tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan
denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka
dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000
(RM52,000) dan atau penjara lima tahun, katanya. Sinar Harian Online