Anda di halaman 1dari 4

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN

2.00 PTG Ketibaan Tetamu Khas Mengumumkan Ketibaan Y. Bhg. Dato Dr. Hassan bin
Mohd Ali. Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
diiringi Y. Bhg. Dato Ir Abdullah B. Abd Rahman,
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Tetamu Khas Duduk

Selesai tetamu khas
duduk
Bersimpuh duduk mengayam mengkuang
Diayam oleh Si Anak Dara
Pemanis Kata Selamat Datang
Lafaz Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Yg. Berhormat Dato Dr. Hasan Bin Mohd Ali
Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat
Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam.

Yg. Bhg. Dato Ir Abdullah B. Abdul Rahman,
Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor

Yang Dihormati Ir. Abd Hamid Bin Md Daud,
Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, Tuan
Hamzah Bin Ibrahim, Penolong Kanan
Penguasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia,
Putrajaya ,

Ketua-Ketua Jabatan, Jurutera-Jurutera Daerah, Pihak
Media, Tuan-tuan, Puan-puan, hadirin dan hadirat
sekalian.

Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin Nya kita diberikan kelapangan masa untuk
bersama-sama menjayakan Majlis Aku Janji Pembida
Berjaya untuk Projek Di Bawah Peruntukan Kerajaan
Negeri Selangor.

Bacaan doa oleh En.
Azmi
Bagi Menambah keberkatan majlis kita pada petang ini,
marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Azmi Bin
Sajadi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Untuk makluman semua yang hadir , sebanyak 14
bilangan Surat Setujuterima Tender telah dikeluarkan
kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya bermula
pada Bulan FEB 2011 hingga Bulan Okt. 2011. Maka
dengan ini, Majlis Akujanji diadakan sekali lagi selaras
dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP 10/2011)
yang mewajibkan para kontraktor untuk melaksanakan
akujanji (Integrity Pact) selepas Surat Setujuterima
dikeluarkan. Objektif utama integrity pact ini adalah
untuk meningkatkan ketelusan dalam perolehan
kerajaan negeri yang dijangka akan mengurangkan dan
sekaligus berjaya membasmi gejala rasuah.

UCAPAN DATO
PENGARAH
Tanpa melengahkan masa, majlis pada petang ini
diteruskan dengan menjemput Yg. Bhg. Dato Pengarah
Kerja Raya Negeri Selangor, Dato Ir Abdullah Bin
Abd Rahman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh DatoPengarah JKR
Selangor. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

UCAPAN Yg. Bhg
Dato' Dr HASAN ALI
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yg.
Berhormat Dato Dr. Hasan Bin Mohamad Ali
Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat
Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam untuk
menyampaikan uacapan dan seterusnya merasmikan
MAJLIS AKUJANJI PEMBIDA BERJAYA BAGI
PROJEK-PROJEK DIBAWAH PERUNTUKAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan
perasmian oleh Yang berhormat Dato Dr Hassan Bin
Mohd Ali itu tadi.
CENDERAHATI
KEPADA Yg. Bhg.
Dato' Dr. HASAN ALI
Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Yg.
Berhormat Dato Dr. Hasan b. Mohd Ali tidak dapat
bersama-sama kita hingga ke penghujung majlis. Begitu
juga Yg. Berbahagia Dato Pengarah JKR Selangor.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian
beliau meluangkan masa untuk hadir ke Majlis kita
pada petang ini.



Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Yg.
Berbahagia Dato Pengarah JKR Selangor untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat
Dato Dr. Hasan Bin Mohd Ali dengan diiringi Tuan
Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis
mempersilakan

Majlis berehat seketika. Para hadirin dijemput untuk
menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Pihak majlis meminta kerjasama para hadirin untuk
berkumpul semula ke dalam pada jam petang.
Sekian terima kasih.

Alhamdulillah
Gendang gendut tali kecapi
Dah kenyang perut, boleh kita teruskan sesi..


Majlis diteruskan dengan Penyampaian Taklimat Oleh
Wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) iaitu Penolong Kanan Penguasa, Tn. Hamzah b
Mohamad. Majlis mempersilakan

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Hamzah B.
Ibrahim di atas taklimat itu tadi.

Saban hari, JKR berhadapan dengan tataurus dalam
pelaksanaan kontrak yang sentiasa dinamik, berubah-
ubah mengikut keperluan semasa, perubahan dasar,
yang memerlukan usaha penambahbaikan, dari masa-ke
masa. Kita seringkali terleka dan tidak mengendahkan
perubahan yang berlaku ke atas segala prosedur-
prosedur yang terlibat. Kelekaan ini mengakibatkan
banyak masalah yang berlaku antaranya kelulusan lewat
diperolehi disebabkan kesalahan mengisi borang-
borang dan maklumat tidak lengkap. Lebih serius lagi
jika ia mengakibatkan kemajuan kerja projek menjadi
lewat.
Secara ringkas tapi padat dengan informasi, majlis
menjemput Pn. Zuraida bt Abu Hassan, Ketua Penolong
Pengarah Ukur Bahan untuk menyampaikan taklimat
berkaitan pentadbiran kontrak.

Untuk meneruskan majlis, pihak kami akan
menayangkan slide show untuk memperkenalkan
projek-projek yang telah di awad kepada 14 kontraktor
yang terlibat di dalam Majlis Akujanji kali ini.

Tibalah masanya untuk kita menyaksikan pembacaan
ikrar akujanji oleh 14 orang wakil syarikat kontraktor
dan majlis penyerahan surat akujanji pembida berjaya
kepada Timbalan Pengarah JKR Selangor. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tahniah kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya.
Besar harapan kami agar projek-projek ini dapat
Posted by Suraya at 10:29 PM
disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Majlis menjemput kontraktor-kontraktor yang terlibat
untuk menyerahkan surat akujanji yang telah
ditandatangani kepada Tuan Timbalan Pengarah JKR
Selangor. Majlis mempersilakan

PANGGI L SYARIKAT KONTRAKTOR BASED ON
LI ST YANG DAH DI BAGI . GREEN COLOUR.

Usai sudah penyerahan surat akujanji sebentar tadi

Cenderahati kepada
Penceramah SPRM
Sebagai tanda Penghargaan, majlis menjemput
Timbalan Pengarah JKR Selangor untuk
menyampaikan cenderahati kepada Tuan Penceramah
kita, Tuan Hamzah Bin Ibrahim dan Pn. Zuraida bt Abu
Hassan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan
Pengarah JKR Selangor.

SELESAI MAJLIS Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Akujanji Pembida
Berjaya bagi projek-projek Negeri Di bawah Penyeliaan
JKR Negeri Selangor.
MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA
YAB Dato Dr. Hassan bin Mohd Ali, Pengarah JKR
Selangor, Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ketua-
ketua Jabatan, Jurutera-jurutera Daerah, Pihak Media,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang hadir menjayakan
majlis yang penuh bermakna pada petang ini.

Sawah bendang hijau menawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan puan
Ada hayat kita bertemu

wabillahitaufikwalhidayah.......