Anda di halaman 1dari 9

1

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan
sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan
menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
1. Opah akan __________ sirehnya terlebih dahulu sebelum ke mana-
mana.
A menumbuk
B menggentel
C menggobek
Gambar 1 D menghentak

Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan gambar 2

2. Encik Zaidi menggunakan ___________ kawat berduri untuk
memagar kebun sayur di belakang rumahnya.

A seurat
B serawan
C segulung
D sebidang
3. ____________ Encik Zaidi berbaloi kerana sayur-sayurannya subur dan mendapat
pasaran yang baik.
A. Penat-lelah
B. Tungkus-lumus
C. Comot-momot
D. Keluh-kesah

4. _____________ diarahkan oleh Ketua Pengawas untuk bertugas di kawasan pintu pagar
utama kata Zainal dan Harjit kepada Puan Rozita.

A Kita
B Kami
C Kamu
D Kalian

5. Saudara-mara akan ____________ ke rumah kami pada cuti persekolahan nanti.

A berjumpa
B berkumpul
C bersemuka
D bertandang
Gambar 2
2


Soalan 6 berdasarkan gambar 3

6. Kehidupan petani-petani di kawasan itu akan __________
sekiranya kemarau berterusan.

A terjejas
B terjamin
C terbantut
Gambar 3 D terkandas

Soalan 7 berdasarkan gambar 4

7. __________ bergiat dalam bidang muzik, Fiza juga
berbakat dalam bidang lakonan.

A Manakala
B Walaupun
C Di samping
D Oleh sebab
Gambar 4

8. Kakak Hani bekerja di kilang itu _____________ akhir tahun ini kerana dia akan
melanjutkan pelajaran.

A sementara
B semenjak
C sehingga
D sambil

9. Lampin pakai buang itu mendapat sambutan hangat kerana mempunyai __________ yang
kuat.

A daya cipta
B daya serap
C daya tahan
D daya upaya

Soalan 10 berdasarkan gambar 5

10. Muhammad Aiman mengayuh basikalnya ___________
pantas sekali menuju ke garisan penamat.

A amat
B paling
C teramat
Gambar 5 D sungguh

3



Soalan 11 berdasarkan gambar 6

11. Puan Zuraini berjaya ________ tempat pertama dalam
pertandingan memasak yang dianjurkan KEMAS.

A meraih
B menjulang
C menguasai
Gambar 6 D menempa

12. Ronaldo memang pemain bola sepak yang ________ di dunia.

A cekap
B handal
C mahir
D pandai

Soalan 13 berdasarkan gambar 7

13. Walaupun bertubuh kecil, Nazrul mampu menghabiskan dua
puluh ____________ sate.

A ulas
B rawan
C cucuk
D batang
Gambar 7

14. Semua penduduk di pesisiran pantai itu menjadi ___________ apabila mendengar khabar
angin bahawa ombak besar akan melanda sekali lagi.

A kecewa
B cemas
C rimas
D keliru


Soalan 15 berdasarkan gambar 8

15. Budak itu makan dengan gelojoh sehingga ____________
tulang ikan.

A tersedak
B tersedu
C terbatuk
D tercekik

Gambar 8
4




Soalan 16 berdasarkan gambar 9

16. Keluarga Puan Minari sedang _________ mengusahakan
kebun sayur mereka setiap hujung minggu.

A bergotong-royong
B bertungkus-lumus
C berebut-rebut
D bertolak-tolak
Gambar 9

17. Ahmad berehat di __________ pokok yang rimbun itu.

A belakang
B dalam
C bawah
D hadapan

18. Faridah menghadiahkan buku itu ___________ kawannya.

A pada
B ke
C kepada
D untuk

19. Lebuh raya itu sudah siap _________ dua bulan yang lalu.

A di
B pada
C sejak
D tentang

Soalan 20 berdasarkan gambar 10

20. Ahmad Khairul membuat ___________ kedua dalam acara
lontar peluru itu.

A tamparan
B sepakan
C balingan
Gambar 10 D lontaran





5

Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

21. Puan Kamariah menyikat rambut anaknya yang agak kusut itu supaya rapi.

A menyisir
B mengurut
C mengusap
D mendandan

Soalan 22
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

22. Norjehan jarang-jarang pulang ke kampung menjenguk kedua-dua ibu bapanya kerana
sibuk bekerja.

A rapat
B selalu
C kurang
D renggang

Soalan 23 dan soalan 24
Pilih peribahasa paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

Soalan 23 berdasarkan gambar 11

23. Penduduk Taman Alam Megah, hidup harmoni dan saling
menolong _______________.

A bagai aur dengan tebing
B bagai enau dalam belukar
C bagai tikus membaiki labu
D bagai embun di hujung rumput
Gambar 11

Soalan 24 berdasarkan gambar 12

24. Hasbullah tidak pandai bermain layang-layang, namun dia
_________ untuk bermain bersama rakan-rakannya.

A ada hati
B berat hati
C busuk hati
D sampai hati
Gambar 12



6

Soalan 25
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

25. Enjin kereta ayah itu sukar untuk dihidupkan kerana baterinya lemah.

A Sudahkah enjin kereta ayah itu dihidupkan?
B Mengapakah enjin kereta ayah itu sukar untuk dihidupkan?
C Kenapakah ayah sukar untuk menghidupkan enjin kereta nya itu?
D Adakah bateri yang menjadi punca enjin kereta ayah sukar untuk dihidupkan?

Soalan 26
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

26. Berapakah jarak tempat persembunyian pengganas komunis itu dengan pos kawalan
pasukan keselamatan negara kita?

A Pos kawalan pasukan keselamatan negara kita terletak sepuluh kilometer dari sini.
B Jaraknya agak jauh dari pos kawalan pasukan keselamatan negara kita.
C Ya, tempat persembunyian pengganas komunis itu memang jauh.
D Tidak jauh, Cuma kira-kira sepuluh kilometer sahaja.

Soalan 27
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

27. Mengapakah kamu bangun setiap malam sewaktu orang lain sedang nyenyak tidur?

A Saya bangun ketika orang lain nyenyak tidur.
B Saya memang suka bangun pada waktu malam.
C Saya bangun setiap malam untuk mengulangkaji pelajaran.
D Saya akan bangun pada waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.

Soalan 28 - 30
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

28. Puan Lim tidak membenarkan adiknya pergi berkelah.

A Puan Lim tidak diizinkan oleh adiknya untuk pergi berkelah.
B Adiknya tidak pergi berkelah kerana tidak dapat keizinan.
C Adik Puan Lim tidak mendapat keizinannya untuk pergi berkelah.
D Puan Lim dan adiknya tidak pergi berkelah kerana tidak mendapat keizinan.

29. Siapakah nama kamu? tanya Syaza kepada budak itu.

A Syaza bertanya kepada budak itu siapa namanya.
B Syaza bertanya kepada saya siapa nama budak itu.
C Syaza bertanya siapa nama awak kepada budak itu.
D Syaza bertanya kepada budak itu siapa nama kamu.


7

30. Kereta yang baru saya jual pada bulan lepas sedang dipandu oleh Aiman.

A Pada bulan lepas, Aiman memandu kereta yang baru saya jual.
B Kereta saya yang Aiman baru jual pada bulan lepas sedang dipandu.
C Kereta Aiman yang baru dijual pada bulan lepas sedang saya pandu.
D Aiman sedang memandu kereta yang baru saya jual pada bulan lepas.

Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

ALOR GAJAH, Rabu- Encik Mohammad Fahmi bin Haji Mahat telah dianugerahkan Tokoh Petani
Jaya Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Ketua
Menteri Melaka sempena Hari Peladang Peringkat Negeri. Encik Mohammad Fahmi berasal dari
Solok Air Batu, Kampung Durian Daun. Beliau seorang petani yang berjaya. Beliau telah
mengusahakan lading getah seluas 15 ekar, di samping menternak kembing secara komersial.
Kawasan paya berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan haruan. Masa yang
terluang pula telah diisikan dengan membuat dodol bersama-sama isteri dan anak-anaknya.

Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM5 000 dan
sijil penghargaan. Hadiah yang diterima ini akan memberi semangat kepada Encik Mohammad
Fahmi untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, beliau berjanji untuk membantu para
petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat
ladangnya untuk melihat kegiatan pertanian yang di usahakannya. Mereka juga boleh
memasarkan makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya. Encik Mohammad merakamkan
ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian, FAMA dan pihak KEMAS yang banyak
memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong
kepada semua petani negeri Melaka untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian secara
komersial.

31. Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Melaka diadakan?

A Kampung Durian Daun
B Solok Air Batu
C Alor Gajah
D Melaka

32. Apakah hadiah yang diterima oleh Encik Mohammad Fahmi bin Mahat?

A Sijil
B Wang tunai
C Sijil dan wang tunai
D Sijil dan wang tunai RM5 000

33 Mengapakah Tokoh Petani Jaya Negeri Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada
pihak Jabatan Pertanian, FAMA dan KEMAS?
A Memberi khidmat nasihat dan sebagainya
B Membantu para petani yang belum berjaya
C Menolong memasarkan dodol yang dihasilkan
D Memberi dorongan kepada petani supaya terus berjaya
8

34. Siapakah yang membantu Encik Mohammad Fahmi bin Mahat menghasilkan dodol di
rumahnya?

A Para petani
B Penduduk kampung
C Anak-anaknya sahaja
D Isteri dan anak-anaknya

35. Berikut ialah aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Mohammad Fahmi bin Mahat
kecuali

A menternak kambing
B memelihara ikan haruan
C mengusahakan ladang getah
D menghasilkan pengeluaran dodol


Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Tiap-tiap hari Selasa, sekolah saya mengadakan aktiviti kokurikulum. Jika hari itu hari cuti,
maka kegiatan pada hari itu ditangguhkan. Kami dikehendaki hadir pada hari kegiatan itu
dijalankan, iaitu dari pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang. Semua pelajar diwajibkan hadir.

Saya memilih Persatuan Bahasa Melayu sebagai kegiatan yang wajib. Persatuan ini
diketuai oleh Cikgu Bokhari. Dalam mesyuarat persatuan, saya telah dilantik sebagai pengerusi,
Azman sebagai naib pengerusi, Aminah sebagai setiausaha dan Bahari sebagai bendahari
persatuan.

Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman dalam mengendalikan mesyuarat
persatuan. Kegiatan pertama yang telah berjaya kami anjurkan ialah pertandingan kuiz dan
bercerita.

Selain melibatkan diri dalam persatuan, kami diwajibkan memilih salah satu permainan
atau acara olahraga. Saya telah memilih bola sepak sebagai permintaan pilihan. Apabila tiba
waktu latihan, kami pun ke padang. Berkat ketekunan dan kesungguhan, akhirnya saya telah
dipilih mewakili sekolah dalam sukan bola sepak.


36. Siapakah yang dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu?

A Bahari
B Penulis
C Aminah
D Cikgu Bokhari

37 Apakah tugas yang disandang oleh Bahari?

A Pengerusi
B Bendahari
C Setiausaha
D Penolong Pengerusi
9

38 Mengapakah penulis gembira mengendalikan mesyuarat persatuan?

A kerana terpilih sebagai pengerusi
B kerana mendapat pengalaman berharga
C kerana ia berpeluang mempengerusikan mesyuarat persatuan
D kerana ia berjaya menganjurkan persembahan kuiz dan cerita


39. Penulis telah dipilih mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak kerana

A dia berpengalaman
B dia pengerusi persatuan
C dia berjaya mengendalikan mesyuarat persatuan
D dia telah menunjukkan kesungguhan dan ketekunannya ketika menjalani latihan.


40. Apakah maksud perkataan anjurkan dalam petikan di atas?

A jalankan
B sediakan
C diselitkan
D disembahkan