Anda di halaman 1dari 9

MTSC 2103

RESOS DALAM MATEMATIK


SEMESTER 1 2014

TUGASAN 2

TAJUK: PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
(TINGKATAN 1 : INTEGER)

NAMA: DANIA BINTI NORAZMI
KUMPULAN: LIMT1 (DPLI-SM)

Contoh bagaimana bahan bantu belajar digunakan

1. Penambahan
Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk operasi penambahan; Papan operasi
Penambahan dan cip berwarna hijau dan merah





Contoh Soalan
4 + (-2) = ?
Masukkan 4 cip hijau dan 2 cip merah dalam kotak
penyelesaian masalah.




Bentukkan pasangan(sekiranya ada) 1 cip merah dan 1
cip hijau. Setiap pasangan ini dinamakan Pasangan Sifar
dan diletakkan di dalam kotak seperti yang ditunjukkan.
Pasangan sifar nilainya adalah sifar dan tidak akan
menjejaskan apa-apa pengiraan.
Jawapan akhir adalah jumlah cip yang tinggal dalam
kotak pengiraan, iaitu +2.


2. Penolakan
Operasi penolakan juga menggunakan papan operasi yang sama dan cip berwarna (merah & hijau)
digunakan.
Contoh Soalan
6 (-2) = ?
Masukkan 6 cip hijau dalan kotak pengiraan. Sekarang
anda perlu mengeluarkan 2 cip merah dari kotak
tersebut.





Seperti yang dibincangkan di atas, nilai sebuah
Pasangan Sifar adalah sifar. Maka kita masukkan 2
Pasangan Sifar ke dalam kotak pengiraan. Ini tidak
mengubah jumlah yang tedapat dalam kotak
pengiraan. Jumlahnya masih +6. Sekarang kita sudah
mempunyai 2 cip merah untuk dikeluarkan.



Hasilnya ialah 8 cip hijau yang tinggal iaitu +8.






3. Pendaraban
Untuk melakukan operasi pendaraban, papan operasi pendaraban dan cip berwarna(hijau & merah)
diperlukan. Terdapat 2 papan operasi pendaraban yang dinamakan Rumah Positif dan Rumah
Negatif yang mempunyai tingkat-tingkatnya.


Dalam pendaraban 2 integer, integer pertama akan menentukan Rumah dan bilangan tingkat untuk
Rumah tersebut. Integer kedua pula adalah bilangan cip berwarna dalam setiap tingkat.
Sekiranya pendaraban berlaku dalam;
Rumah Positif = Cip berwarna akan dimasukkan
Rumah Negatif = Cip berwarna akan dikeluarkan
Contoh soalan
(+4) x (-3) = ?





Jawapan : +12

Rumah Negatif Rumah Positif
(+5) x (-2) = ?




Jawapan= -10

(-3) x 2 = ?



Rumah Negatif digunakan, maka kita akan keluarkan cip berwarna untuk
setiap tingkat.
Untuk mengeluarkan 2 cip hijau dari setiap tingkat, masukkan 2 Pasangan
Sifar untuk setiap tingkat. Nilai dalan Papan Operasi pada masa ini masih
sifar.
3 tingkat digunakan maka ada 6 Pasangan Sifar.


Kini kita boleh keluarkan 2 cip hijau dari setiap tingkat.
Jawapan : -6






Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Matematik Sekolah Menengah
Senarai Bahan Bantuan Belajar
Saya telah memilih tajuk Integer dalam Sukatan Pelajaran bagi Tingkatan 1. Objektif
pembelajaran tajuk ini adalah untuk mengenal pasti nombor-nombor integer dan melakukan
pengiraan melibatkan penambahan dan penolakan bagi nombor-nombor tersebut untuk
menyelesaikan masalah. Saya telah menyediakan
Papan Operasi Integer
i. Operasi Tambah dan Tolak
ii. Operasi Darab
iii. Operasi Bahagi
iv. Operasi Ungkapan Algebra
Cip berwarna
Garisan nombor
Beberapa set soalan yang berkaitan
Saya mendapati bahawa penggunaan bahan manipulatif ini dalam proses PdP tidak terhad
untuk operasi tambah dan tolak sahaja, namun ia boleh digunakan dalam operasi darab dan
bahagi juga seperti yang terkandung dalam topik Nombor Berarah bagi Tingkatan 2 dan
Ungkapan Algebra bagi Tingkatan 1.

Bagaimana Bahan Digunakan dalam PdP
Papan Operasi
Saya telah menyediakan 3 papan operasi integer secara keseluruhannya. Papan yang
pertama digunakan untuk menyelesaikan masalah integer melibatkan operasi tambah dan
tolak, papan kedua dan ketiga dibina untuk operasi pendaraban integer. Untuk papan yang
pertama, saya membahagikannya kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah
pernyataan masalah, bahagian kedua ialah bahagian di mana pengiraan akan dilakukan.
Bahagian terakhir pula melibatkan penggunaan garisan nombor dalam penyelesaian
masalah yang sama. Dalam bahagian kedua pada papan operasi ini, saya memperkenalkan
satu bahagian yang dinamakan Pasangan Sifar. Ia dinamakan sebagai Pasangan Sifar
kerana operasi yang dijalankan di sini hanya akan melibatkan nombor sifar sahaja.
Papan operasi 2 dan 3 masing-masing melibatkan operasi pedaraban positif dan negative.
Setiap papan dianggap sebagai rumah yang mempunyai beberapa tingkat. Pendaraban 2
integer akan dilakukan dengan memasukkan cip ke dalam rumah positif atau mengeluarkan
cip dari rumah negatif. Integer pertama dalam pernyataan masalah akan menentukan sama
ada operasi tersebut akan dilakukan di dalam rumah positif atau negatif. Ia juga mewakili
bilangan tingkat yang akan digunakan. Integer kedua pula adalah bilangan cip yang akan
dimasukkan atau dikeluarkan dalam setiap tingkat untuk setiap rumah.
Cip Berwarna
Terdapat 2 jenis cip berwarna yang digunakan iaitu cip berwarna merah dan hijau. Cip hijau
mewakili nombor positif dan cip merah mewakili nombor negatif. Apabila masalah
dinyatakan, cip-cip tersebut akan diletakkan mengikut kehendak soalan. Sebagai contoh,
soalan yang diberikan ialah
4+(-2)=?
Maka 4 cip hijau dan 2 cip merah akan diletakkan dalam kotak pengiraan. Seperti yang
disebut di atas, setiap pasang cip merah dan hijau yang dapat dibentuk akan diletakkan ke
dalam kotak Pasangan Sifar. Hal ini adalah kerana mana-mana jumlah cip yang sama di
antara hijau(positif) dan merah(negatif) akan memberi jawapan sifar. Dalam contoh soalan
ini, kita akan mengenalpasti bahawa terdapat 2 pasangan sifar yang akan diasingkan dari
kotak pengiraan. Hasilnya ialah hanya 2 cip hijau yang ditinggalkan dan ia menunjukkan
bahawa jawapannya adalah +2.
Untuk penolakan pula, jika soalan diberi seperti berikut
8-(-2)=?
8 cip hijau akan diletakkan dan 2 cip merah harus dikeluarkan. Ini hanya boleh dilakukan
dengan meletakkan 2 pasangan sifar ke dalam kotak pengiraan kerana jumlah asal tidak
akan berubah apabila 8 ditambah dengan sifar. Pada masa ini, kita akan mempunyai 10 cip
hijau dan 2 cip merah. Soalan asal meminta supaya 2 cip merah dikeluarkan dan hasilnya
adalah 10 cip hujau.
Untuk membuat pengiraan pendaraban positif seperti ;
5x3=?
5 tingkat dalam rumah positif akan digunakan. Kemudian 3 cip hijau akan dimasukkan di
setiap tingkat menjadikan jumlah cip keseluruhan ialah 15.
Untuk pendaraban negatif seperti berikut;
-4x3=?
4 tingkat dalam rumah negatif akan digunakan. Untuk mengeluarkan 3 cip hijau dalam
rumah ini, kita perlu meletakkan 3 pasangan sifar untuk setiap tingkat. Dengan
menggunakan penjelasan yang sama seperti di atas, 3 cip hijau akan berjaya dikeluarkan
dari setiap tingkat menjadikan hanya 12 cip merah yang tinggal atau nilainya -12.
Ungkapan Algebra
Sekiranya pembolehubah adalah positif, letakkan cawan seperti biasa(facing-up)
Sekiranya pembolehubah negatif, letak cawan terlingkup( facing down)
Nilai pembolehubah sebagai indikator berapa jumlah cawan akan digunakan

Cip berwarna mewakili nombor positif(hijau) dan negatif (merah)
Garisan nombor
Garisan nombor adalah satu bahan yang sesuai digunakan kerana ia melibatkan nombor
positif dan negatif. Nombor yang terdapat di kanan sifar adalah positif manakala nombor-
nombor di sebelah kiri sifar adalah negatif. Pelajar-pelajar akan lebih memahami konsep ini
khasnya untuk operasi tambah dan tolak melibatkan integer.

2) Nyatakan 2 Faedah Bahan tersebut dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran
Cetus Minat Pelajar
Salah satu faedah menggunakan Kit Operasi Integer dalam PdP ialah ia dapat mencetuskan
minat pelajar untuk mula mempelajari topik ini. Pelajar mungkin merasa bosan dengan
kaedah tradisional yang digunakan kerana ia lebih berpusatkan kepada guru. Guru akan
mengajar secara lisan tentang kandungan sesuatu topik dan seterusnya pelajar hanya
mendengar penerangan tersebut dan kemudiannya dilatih untuk menggunakan teknik
hafalan untuk belajar tanpa memahami sepenuhnya pengajaran yang diajar oleh guru.
Dengan menggunakan bahan seperti ini, ia dapat member peluang dan pengalaman
pembelajaran yang baru kepada para pelajar. Selain itu, penggunaan bahan ini dapat
meraikan pelajar-pelajar yang mempunyai gaya belajar kinestetik yang lebih menggemari
aktiviti praktikal di dalam kelas. Penggunaan cip berwarna juga akan merangsang minda
pelajar dan memudahkan sesuatu pengajaran itu berlaku.
Menggalakan Interaksi sesama pelajar dan guru.
Penggunaan BBM ini secara langsung menjadikan PdP di dalam kelas lebih berpusatkan
kepada pelajar. Oleh yang demikian, interaksi dapat ditingkatkan kerana ia akan
menggalakkan pelajar untuk bertanya ketika sedang mencuba bahan tersebut. Kit Operasi
Integer ini boleh dilakukan secara berpasangan di dalam kelas dan pelajar boleh berbincang
sesama mereka dalam membentuk konsep dalam tajuk Integer dan objektif pembelajaran
akan lebih mudah untuk tercapai. Pelajar juga akan dipupuk untuk lebih berani dalam
menyuarakan pendapat masing dan secara tidak langsung ia dapat melatih pelajar untuk
saling bekerjasama.
Penyediaan kepada topik Algebra
Pelajar harus menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah berkaitan dengan nombor
integer sebelum mempelajari topik Integer. Penggunaan BBB ini juga tidak terhad kepada
topik Integer tetapi boleh juga diaplikasikan dalam topik Algebra kerana ianya juga
melibatkan nombor integer.
Secara kesimpulan, penggunaan BBB dalam PdP adalah sangat digalakkan kerana ia
membantu dalam meningkatkan mutu PdP di dalam kelas di samping menjadikan ia satu
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan buat pelajar.