Anda di halaman 1dari 9

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn.

Hj Jamal Abdul Nasir bin Othman Dewan Terbuka Skktb


diiringi oleh Pengerusi BKGK Skktb. Semua hadirin diminta berdiri

Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Tn.Hj. Jamal Abdul
Nasir bin Othman, guru Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup Sk Kg ToBedor.

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.TSalam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha,
En.Mohd Suib bin Hj.Hashim,
Guru Besar Sk Kampung ToBedor,

Yang Dikasihi dan Diraikan
Tn.Hj.Jamal Abdul Nasir bin Othman,
Guru Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup SKKTB

Yang Berusaha,

Yang Dipertua PIBG SKKTB.

Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata pelajaran, Barisan guru, murid-murid,
hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke :
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Tn.Hj Jamal Abdul Nasir bin Othman, Guru
Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup SKKTB.

Kain berlipat Kain Si Inang
Inang bersimpuh di tepi para
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Jari diinai indah berseri
Duduk bersanding raja sehari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bumbung atap siap disemat
Tempat singgahan burung merpati
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz Abd.Azizi bin
Mohd.Nasir.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz b.Mohd.Nasir
atas bacaan doa itu tadi.
Duduk termenung si gadis sunti,
Menanti ayah pulang ke mari,
Ucapan Guru Besar bakal diberi,
Untuk ingatan tuan yang dirai.

Dengan itu,majlis mempersilakan tuan guru besar En.Mohd Suib bin Hj Hashim untuk menyampaikan
ucapan beliau.Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih tuan guru besar atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.


Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan daripada Wakil Murid. Untuk itu, dipersilakan Sdr Mohd
Ikhmal Taufik b. Affendi untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Murid SKKTB atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian


Hadhirin Yang dihormati Sekalian

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang
Diraikan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan
yang berakhir di SK Kampung To Bedor.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan


Persembahan Multimedia Biografi Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman.

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori
perjalanan Yang Diraikan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman. Marilah kita sama-sama saksi dan hayati
persembahan multimedia ini.

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin
Othman. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir
bin Othman . Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Jamal
Abd.Nasir bin Othman untuk menyampaikan ucapan beliau.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn.Hj.Jamal
Abd.Nasir bin Othman atas ucapan itu tadi.

10.30 pagi : Acara Persembahan

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu persembahan sajak oleh Pn.Noor
Aslinah Murkey sebagai kenangan dihalwa telinga untuk kita khususnya untuk yang diraikan.



Sekalung penghargaan atas persembahan istimewa itu tadi.

Sidang Hadhirin Sekalian,

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Terasa sedih meratap pilu.

Penyampaian Cenderamata
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan En.Shadan bin
Ahmad untuk mengiringi Yang Diraikan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman bagi menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata hasil sumbangan daripada pelajar SK Kampung
ToBedor. Dipersilakan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar untuk menyampaikan sumbang
tersebut.

Seterusnya,

Dipersilakan PK HEM ___________________ untuk menyampaikan tanda hati daripada Unit HEM

Dipersilakan PK Kokurikulum ___________________ untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Unit
Kokurikulum

Dipersilakan Guru Besar En.Mohd Suib bin Hj Hashim untuk menyampaikan tanda mata daripada Pihak
Pengurusan Sekolah.

Dan yang terakhir Majlis mempersilakan (pelajar) .

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan
Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman. Majlis merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda
ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan
Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman.

12.00 tgh : Majlis Sambutan hari Jadi.
Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan Hari Jadi Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman,
dipersilakan PK Pentadbiran untuk menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman
bagi upacara memotong kek hari jadi. Dijemput guru besar, YDP PIBG dan barisan Penolong Kanan untuk
naik ke pentas. Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk yang diraikan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan saya menyampaikan bait-bait puitis yang bertajuk Bak Air
yang Mengalir

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Bernama Pengetua.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

Untuk akhirnya, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya, yang diraikan Pn Hjh Noor Hayati akan
menandatangani buku Junjungan Kasih Catatan Kenangan sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau
dalam dunia pendidikan.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hj Noor H Tn.Hj.Jamal
Abd.Nasir bin Othman dan isteri kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan dan isteri bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

Dipersilakan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman untuk bersalaman dengan para guru dan warga SKKTB.

Pelajar diminta bangun dan berbaris untuk bersalaman .

Guru-guru diminta menyusun pelajar sepanjang laluan ke pintu pagar utama.
Pengerusi BKGK SKKTB,En.Shadan bin Ahmad diminta mengiringi yang diraikan Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir
bin Othman naik ke pejabat bagi merakam waktu pulang kali terakhir beliau sebagai tanda tamatnya
perkhidmatan beliau di dalam bidang pendidikan.

Para pelajar diminta beratur dari Kereta yang akan dinaiki oleh Tn.Hj.Jamal Abd.Nasir bin Othman
sehingga ke pintu pagar utama bagi membuat lambaian perpisahan.



Ini lagu serampang laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

(daripada lagu Serampang Laut)

Empat dara di tepilah sungai,
Duduk menjerat si ketamlah batu;
Manis rupawan eloklah perangai,
Sukar kupilih yang manalah satu.