Anda di halaman 1dari 4

ETIKET DI MEJA MAKAN.

1. Gaya kita makan menggambarkan peribadi kita. Makan bersama orang lain
merupakan satu bentuk perkongsian yang amat besar ertinya untuk
mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa
menikmati juadah.
2. Sebelum makan
Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah kanan kerusi tempat
duduk anda.
Isteri duduk di sebelah kiri suami, kecuali di meja khas
Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan setting) ambil napkin dan
letakkan di atas riba secara perlahan (bukan dikibas).
Jangan mengalih, membelek-belek pinggan dan kutleri (untuk melihat
jenama dsb) atau menukar susunannya
Jangan lapkan pinggan/kutleri (menjatuhkan air muka tuan rumah/pihak
hotel)
3. Semasa makan
Makanan dihidangkan dari sebelah kiri anda.
Minuman dihidang dari sebelah kanan.
pinggan kotor diambil dari sebelah kanan.
Peraturan menggunakan kutleri ialah dari luar ke dalam.
4. Makan sup
Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri.
Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap
Hendaklah tundukkan kepala sedikit.
Menyenduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
Untuk memakan isi sup pula (sayur atau daging) boleh dimakan
melalui hujung sudu
Harus diingat! Sup tidak boleh dihirup hingga kedengaran bunyi.
Bila ingin memakan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan
tangan bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk
menyapu mentega sahaja.
Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah
kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan menegak di dalam mangkuk jika
tidak berpiring.
5. Majlis makan rasmi
Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama)
sebelum anda mula makan
Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-
bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda
Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu
Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah
anda mengambil bahagian yang terdekat sekali
Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun
anda tidak menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.
Tulang ikan/biji buah-buahan seperti tembikai jangan diludahkan ke
pinggan. Keluarkan dengan jari telunjuk dan ibu jari tanpa membuka
mulut (kedua bibir dirapatkan) dan letakkan di tepi pinggan (boleh juga
diluahkan secara perlahan-lahan ke atas sudu makan).
Jika hendak meninggalkan meja sebentar, pastikan hidangan di
hadapan anda telah dinikmati. Dapatkan keizinan daripada tetamu
semeja. Keluar ke sebelah kanan dan letakkan napkin di atas kerusi.
`dessert dan kopi hanya dihidangkan selepas semua tetamu selesai
menghadapi hidangan utama.
6. Perkara tidak dijangka berlaku di meja makan
Tiba-tiba tercekik makanan, tersedak dan terbatuk
Terjumpa benda ganjil dalam makanan
Terjumpa makanan yang tidak sesuai dengan selera anda
Makanan, sudu, garpu, pinggan atau alatan lain terjatuh ke lantai
Makanan dan minuman tertumpah di atas meja atau di atas riba anda
atau ke atas riba orang yang duduk dekat anda


7. Petua tambahan
Jika makanan tersekat di tekak menyebabkan anda tersedak, batuk
atau bersin, palingkan muka ke tepi dan tutup mulut dengan sapu
tangan.
Kemudian telan seteguk air. Ini akan membantu melegakan tekak anda.
Jika keadaan tidak berubah, beredar dari meja sehingga keadaan lega,
barulah kembali ke tempat duduk tanpa rasa malu atau bersalah.
sambunglah makan semula.
Jika menemui barang luar biasa dalam makanan seperti lalat, rambut,
kuku dan sebagainya, cuba untuk tidak membuat kecoh sehingga
rakan semeja terganggu terutama kalau anda makan di rumah kawan.
Jika makan di restoran, sebaik mungkin gunakan bahasa isyarat untuk
menyatakan masalah anda: sebaiknya cuba maklumkan kepada ketua
pelayan(pengurus restoran).
Jika anda tersuap makanan yang terlalu pedas atau panas, cepat-
cepatlah teguk sedikit air sejuk. Jangan luah makanan tersebut, tetapi
cuba menelannya perlahan-lahan.
Kalau sukar juga ditelan makan luahkan perlahan-lahan dan cermat
tanpa disedari oleh orang di sebelah anda. Gunakan sudu untuk
menadahnya dan letakkan makanan itu di bahagian tepi pinggan anda.
Jika sesuatu barang terjatuh dari meja makan, cepat-cepat minta maaf
dengan berkata, maafkan saya.
Sekiranya yang terjatuh itu garpu, sudu atau pisau, cepat-cepat
ambilnya semula dan minta garpu bersih yang lain.
Sekiranya yang terjatuh itu gelas lalu pecah atau terjatuh dan
mengganggu suasana jika kita cuba mengambilnya, biarkan saja.
Habiskan makanan dahulu.
Kalau makanan atau air tertumpah tetapi tidak banyak, biarkan dahulu.
Kalau tertumpah banyak, eloklah cuba mengemaskannya dahulu.
Paling penting, lupakan kejadian itu secepat mungkin. Jangan simpan
rasa bersalah sehingga menjejaskan selera. Teruskan menikmati
makanan dengan selesa.
Jika dihidangkan makanan yang tidak digemari, katakan terima kasih
sahaja tanpa memberi alasan lain.
Contoh cara makan
8. Etika ketika menyentuh hidangan utama
Makanan utama dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu di
tangan kiri, garpu dengan posisi telungkup.
Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu
masih tetap di tangan kiri.
Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan.
9. Sesudah selesai makan, pisau dan garpu hendaklah letakkan sebelah-
menyebelah dengan posisi tangkai arah ke kanan dan hujungnya pula
mengarah ke tengah
10. Cara minum
Sebelum minum, bersihkan terlebih dahulu segala minyak dan
makanan yang melekat di bibir agar tidak meninggalkan bekas
makanan, lemak di tepi gelas.
Jangan sesekali menggunakan air minuman untuk berkumur-kumur,
dan elakkan timbul sebarang bunyi ketika kamu minum.
Kalau boleh jangan tinggal sedikit pun bekas lipstik di tepi gelas.
11. Faktor lain yang perlu diambil berat
Mengunyah makanan haruslah dengan mulut yang tertutup agar tidak
mengeluarkan sebarang bunyi.
Jangan bercakap dengan mulut yang dipenuhi makanan. Jangan
menggunakan tangan atau sebarang pencongkel gigi. Sebaiknya ia
dilakukan di toilet.
Ketika di meja makan, jangan pula kamu bersolek dan mendandan
rambut. Semua ini seeloknya dilakukan di toilet.
Elakkan merokok di meja makan.
Untuk wanita pula, dinasihatkan memakai beg tangan yang bersaiz
kecil agar mudah diletakkan atas riba.