Anda di halaman 1dari 21

KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

KONSEP BUDI BAHASA



-Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan
bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
-Menurut Amat Huhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau
bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah
difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
-Kesimpilannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata.
-Setiap gerak laku, tutur kat,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain sebagai peribadi mahupun ppergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi
bahasa.
-Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara
merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan,adat istiadat dan
kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.

Ciri-ciri budi bahasa
-Menurut Mustafa Hj Daud,1995 seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri
berikut.
Ikhlas
Jujur
Benar
Merendah diri
Pemurah
Suka menolong
Berjasa
Berbakti
Budi Bahasa
Kuliah Satu

Budi

-Perasaan untuk menimbang baik dan buruk.
- Tabiat, akhlak, watak yang menonjalkan seseorang yang baik
- Lahir daripada hati yang suci.
-Tidak menyakitkan hati dan perasaan orang lain.
-Tolong-menolong antara satu sama lain.


BAHASA
Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga
membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa
memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah seperti berikut:Satu sistem untuk mewakili
benda, tindakan, gagasan dan keadaan
satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep
maklumat mereka kepada fikiran orang lain.
satu kesatuan sistem makna
satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk
membedakan antara bentuk dan makna.
satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan (contoh
:- Perkataan, kalimat, dan lain lain.)
satu sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat
linguistik.


Budi bahasa
1. Mengamalkan cara pertuturan yang sangat sopan.
2. Sentiasa beradap sopan terhadap orang lain.
3. Perkataan yang dikeluarkan tidak menyakitkan hati orang lain.
4. Sentiasa kawal suara semasa bertutur mengikut situasi.
5. Tidak mementingkan diri sendiri sahaja semasa bertutur.
6. Mengeluarkan fikiran dan pendapat supaya berguna kepasa semua orang.

KONSEP BUDI BAHASA

-Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan
bersopan semasa berkomunikasi dengan orang lain,
-Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau
bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah
difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
-Kesimpulannya,budi bahasa merujuk kepada tutur kata.
-Setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi
bahasa.
-Justera semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara
merupakan nilai sejagat yang dituntunt oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan
kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.

Ciri-ciri
-Menurut Mustafa Hj Daud,1995 seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri
berikut:

Ikhlas
jujur
benar
merendah diri
pemurah
suka menolong
berjasa
berbakti
-5 ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:

Pemaaf
Bersifat sabar
Bersikap positif
Memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
Bersopan santun/tertib
-Ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata Raja Ali Haji:
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau Zalim segalah anggota pun roboh

- Budi bahasa bukan sekadar pertuturan,malah melibatkan tingkah laku.
Za'ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik.
1. Bersalam
2. Menunjukkan mauka yang manis
3. cara duduk yang tertib
4. Melayan tetamu dengan mengidangkan juadah
5. Membongkokkan badan ketika melintas
6. Mwnggunakan ibu jari apabila menunjukkan sesuatu

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

1.) Masyarakat Melayu
Berpegang kuat pada adat resam dan agama
http://www.youtube.com/watch?v=mljqo2qBStAContoh: Tidak manis/tidak sopan
anak dara duduk bersila
Memberi salam apabila bersua
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
Kata sapan.
Kata gelaran.
Panggilan.
Memberi salam.
Bersalam.
Bertanya khabar.
Melayan tetamu.
Menghormati orang tua.
2.)Masyarakat cina
Tunduk ketika memberi salam.
Orang tua makan dahulu
Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
3.)Masyarakat india.

Duduk bersila semasa makan.
Tidak membazirkan makanan.
Senyap semasa bersembahyang.
Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
Mematuhi adat dan resam
Salam orang yan lebih tua.
KULIAH 3
Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti,
beradab atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi
pekerti)
-Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi
teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu
masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan
sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum
tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib,
tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina,
tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang
yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita,
antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya
komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh
penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang
santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-nasing,
pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan
tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung
antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli
masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan
didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan
oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana,
apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni
tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui
hadis-hadis:-
a) Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik
diam.
b) Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang
yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.
d) Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia
mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.
e) Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah
kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang
bersaudara.
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak
pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup,
dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab
yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan
bersikap adil ketika kuat.

PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
Konsep kesantunan

Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975:64)
Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik (Fraser dan Nolan, 1981:96)
Perlakuan yang mewujukan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial
(Leech,1983:104)
Kesantunan diukir berdasarkan penggunaan kata-kata dan perlakuan seseorang individu.




Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah,2000:101)Muka
sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribahasa yang
berkaitan dengan muka.
Antaranya ialah :
Muka tarpal
Muka sengkalan
Muka bantal
Meka papan





Penciptaan peribahasa yang banyak itu mempunyai satu makna menunjukkan bahawa
orang melayu sangat mementingkan malu dan air muka.
Malu dapat fahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan
diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa.
Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan
segala yang keji dan melaksanakan segala tang terpuji.
Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-
anak.
Menurut Zainal Kling (1980), konseo malu itu meliputi pelbagai segi pergertian
termasuklah yang paling tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu,
keluarga dan masyarakatnya.
Seseorang perlu mengelakkan dirinya daripada menerima malu atau memberi malu
kepada orang lain.
Orang yang menerima malu, lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang
pertimbangan.
Dalam hikayat sastera klasik, terdapat beberapa peristiwa peperangan, pergaduhan,
pembunuhan, dan amuk yang berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan
Contohnya, balas dendam Jebat ke atas Sultan Melaka kerana telah memalukan Tuah
yang dijatuhi hukuman bunuh kerana dituduh bermukah (zina) dengan perempuan istana.
Dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan sahaja melibatkan perasaan sendiri bahkan
sesuatu tindakan kita boleh juga memalukan kl=eluarha dan masyarakat.
Oleh itu, lahirlah peribahasa menconteng arang di muka yang bermaksud sesuatu
perlakuan yang mendatangkan malu dan aib kepada keluarka.
Antaranya sesuatu tindakan yang terkeluar daripada kehendak dan norma masyarakat,
seperti seorang gadis Kahwin lari, maka tindkaannya dikatakan tindakan yang tidak
santun kerana telah melanggar adat masyarakatnya.
Anggota masyarakat yang sanggup memalukan s=diri sendiri dan ahli keluarga
dianggap tidak bermaruah.
Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat pada konsep
malu (Penjagaan air muka)
Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujusn untuk maruah dan air muka.
Malu juga boleh berpunca daripada penggunaan bahasa.
Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-
rendahkan peribadi seseorang.
Perkataan yang kelaur dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur
yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu
yang benar.
Mulut ialah salah satu anggota yang sangat perlu dijaga memandangkan mulut
merupakan bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan anggota yang paling hampir
dengan muka.
Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain.
Oleh itu, penggunaan mulut pada setiap hari perlu dikawal dan orang Melayu sangat
memberatkan perkara ini.
Ini jelas dengan penciptaan peribahasa seperti kerana pulut santan binasa, kerana
mulut badan binasa.
Orang Melayu juga tidak boleh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk
menyampai-nyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada seorang yang lain
sehingga dia dikatakan seperti mulut tempayan
Percakapan seseorang juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan
kebosanan orang lain terhadapnya sehingga dianggap seperti mulut murai.
Orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk
kata-kata.
Penjagaan lidah sama penting dengan penjagaan mulut kerana itu ada peribahasa yang
berkaitan dengan lidah yang buruk seperti lidah bercabang, lidah buaya, lidah tidak
bertulang.
Namun, sekiranya lidah itu digunakan secara positif (santun), maka dikata lidah
manis dan lidah pendita (Mohd Tajuddin Haji Abd Rahman, 1999:127)
Dalam membincangkan tugas mulut dan lidah, kita tidak boleh mengabaikan soal hati.
Ini adalah kerana hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada
lidah dan mulut,
Oleh itu, kata-kata menggambarkan kati.
Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
Konsep Budaya
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan
lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
Kamus Dewan Bahasa-budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi
(cara berfikir, kelakuan dll)
Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan
sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran
yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan
untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan
berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah
laku, mimik muka,dan nada suara.
Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan
yang harmoni dalam komunikasi.
Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman
Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek
berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.
Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku
yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti
menggambarkan keihklasannya.
Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya,
sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan di sepakati bersama oleh
suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi
sosial.
Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun
terdapat perbezaan.
Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini.
Contohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun nilai itu dianggap
tidak santun dalam kalangan masyarakat B.
Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan
santun dalam masyarakat masing- masing

(KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA).

Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.
Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus
diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya.

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada
latar budaya yang pelbagai.
Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras,
bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan
jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-
lain.
Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan
dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai
matlamat yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat
difahami dan diihayati.
Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa
dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.
Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.
Komunikasi terikat rapat dengan budaya.
Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
berbeza.
Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang
digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.
Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan
berlakunya salah faham.
Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap
lazim sebagai cara menghormati tetamu
Namun bagi masyarakat timur sesuatu yang tidak sopan
Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri
iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.
Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak
melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam
keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu
secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik.
Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kecil hati.

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia

Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan
s seharian.
Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu,
India, Cina dan lain-lain
Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai
budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu

Berpegang kuat pada adat resam dan agama.
Memberi salam apabila bersua.
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
Kata sapan.
Kata gelaran.
Panggilan.
Bersalam.
Bertanya khabar.
Melayan tetamu.
Menghormati orang tua.
dll


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina

Tunduk ketika memberi salam.
Orang tua makan dahulu.
Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India

Duduk bersila semasa makan.
Tidak membazirkan makanan.
Senyap semasa bersembahyang.
Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
Mematuhi adat dan resam
Salam orang yang lebih tua.






Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan

Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid
yang mempunyai pelbagai kaum

Jadi seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik
dari segi:

i. kesantunan berpakaian
Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian
yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya
berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan,
blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

ii. Kesantunan tingkah laku
gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu
bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab
urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru
besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.

iii. Kesantunan berkomunikasi
Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak
hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus
disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat
Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengansituasi ketika
berkomunikasi.
Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin
akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak
beradat, bahkan tidak berbudaya.
Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan
bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya,
walaupun muridmenunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan
dalam setiap tutur katanya.
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Kesantunan Verbal
Kesantunan Bukan Verbal

Kesantunan Verbal

Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa
melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat
bahasa
tersebut.
Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau
memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua
sebagai tanda
menghormati orang lain.

Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
Assalamualaikum".
Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya
Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi,
semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata
Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat


Aspek-aspek Kesantunan Verbal
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak
dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan
ketika menggunakan bahasa.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang
penuh dengan adab tata tertib.''

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan
penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan
ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan.

5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di
dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku,
berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,umur dan
keakraban hubungan.
Lihat contoh berikut:
-Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
-Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
-Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan
datuk atau nenek kendiri.
-Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak
sebaya .
-Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga
tidak semuda sendiri.
-Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.

7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:

i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
-(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak
Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
-(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas
kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang
Cik dan Kak Cik.

ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
- (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain
menantu dan mentua.
Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
-Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam
mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
- Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan
penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau
pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat
Sinaran Sdn. Bhd.)

9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei
Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

-Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan
(Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan
Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

-Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed
bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa
gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

-Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden
(Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

10. Gelaran Kurniaan
Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk
(Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan
negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres
Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi
Yang di-Ppertuan Aagong dan Raja Permaisurii Agong - Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda.
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Pmaisuri- Duli Yang Maha Mulia
Raja Mudah atau Tengku Mahkota- Duli Tang Teramat Mulia / Yang Teramat
Mulia
Kerabat Diraja Karib - Yang Amat Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri- Yang
Amat Berhormat.
Menteri, Ahli Perlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri - Yang Berhormat Mulia
Ketua Haki Nnegara - Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara - Yang Amat Setia
Hakim- Yang Arif



Kesantunan Non Verbal
-Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai
bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.

-Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang
disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan
gerakan tubuh.

-Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan
secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.




iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan
memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.

iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.

v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan
verbal.

Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal

i. Gerakan Anggota Badan
Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai
makna tertentu.
Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang
dihasilkan.
Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh
semua orang seperti;
- Isyarat gerakan tangan
- Isyarat air muka
- Bahasa tubuh




ii. Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram
perasaannya.








iii. Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang
tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan
keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Contohnya:
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
maksudnya.
Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang
bermakna diam/ tolong senyap
Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah
untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan
tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

iv. Mimik Muka
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan
maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap
seseorang.
Contohnya:
Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan
mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi.
Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan
mengamati air mukanya.
Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk
membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.