Anda di halaman 1dari 1

: SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika
yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni
disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa
seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-
bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan
penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu
lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni
teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan
diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk
meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain
itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika
dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif,
inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan
sahsiah dan jati diri individu.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran
secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan
idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam
pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa
seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan
yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh
mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan
menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan
pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

s