Anda di halaman 1dari 42

BBM 3411 KETRAMPILAN

BERBAHASA

Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM5
KEMAHIRAN BERTUTUR

Melafazkan gabungan bunyi menggunakan
alat artikulasi
Proses memproduksi bunyi setelah
menerima dan memahami input
Kemahiran dikuasai melalui pengalaman
mendengar dan meniru; jarang dihasilkan
secara semula jadi

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM5
Dipengaruhi oleh
Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran
Ciri mental; kemahiran memahami,
menginterpretasi
Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak
cukup maklumat dan persediaan
Memberi respons dan menyampaikan maklumat
dengan berkesan

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
ASPEK BERTUTUR
Sebutan
mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat
Tekanan
Melantang sebutan pada bahagian suku kata
perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat
tertentu dalam wacana
Mora
Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang
membezakan makna


KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
Jeda
Persendian; berhenti sebentar antara perkataan,
frasa, klausa dan ayat
Intonasi
Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat
Nada
Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga
sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi
Tatabahasa
Sistem yang digunakan untuk menggabungkan
huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi,
morfologi dan sintaksis

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6

Kelancaran
Lafazan perkataan dan ayat secara kemas
dan teratur
Kefasihan
Ketepatan sebutan
Laras bahasa
Penggunaan bahasa mengikut konteks

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
JENIS BERTUTUR
Monolog
Dalaman; tutur dan dengar sendiri
Luaran; tutur dan @ tanpa pendengar
Dialog
Membabitkan dua pihak
Berbual
Bersembang
Berpidato
Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap,
mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu
duga / temu bual, bercerita


KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
PERINGKAT BERTUTUR
Awal
Mengajuk
Menyoal soalan mudah
Menjawab soalan mudah
Bertegur sapa
Pertengahan
Mendeskripsi gambar
Mendeskripsi pengalaman
Bercerita
Memberi ucapan pendek
Perbualan mudah
Memberi arahan

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
Maju
Mendeskripsi hal abstrak
Bersyarah, berbahas, berbincang
Memberi penerangan
Mengkritik
Mendeklamasi puisi

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
PRASYARAT PERTUTURAN
Kawalan intro
Tatacara menyampuk
Alu-aluan
Minta laluan
Memastikan isu
Mengemukakan pandangan
Kawalan postur
Tatacara memasuki majlis
Kawalan gestur
Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan
hidung
KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
TATACARA BERTUTUR
Dalam perbualan
Tahu apa yang dibualkan
Kenal siapa pelaku
Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang
sesuai, nada sederhana
Dalam perbincangan
Tahu yang sedang dibincangkan
Siapa peserta
Latar perbincangan
Elakkan emosional
Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana






KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
Dalam pengucapan awam
Tahu tajuk dan fakta
Kenali khalayak; kata sapaan
Jangka masa
Suasana/mood
Penggunaan alat bantu; nota, pembesar
suara, slaid & LCD, papan putih

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
10 PRINSIP MENGATASI
MASALAH KETIDAKYAKINAN BERTUTUR DALAM
KHALAYAK

Speaking in public is not inherently stressful

You dont have to be brilliant or perfect to succeed

All you need is two or three main points

You also need a purpose that is right for the task

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM6
The best way to succeed is not to consider yourself a
public speaker

Humility and humor can go a long way

When you speak in public, nothing bad can ever happen

You dont have to control the behaviour of your audience

The more you prepare, the worse you will do

Your audience truly wants you to succeed

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM7
BAHASA DALAM PERTUTURAN

Fungsi asal bahasa
Meluah perasaan, menyebar/bertukar-tukar
berita/maklumat, perkongsian budaya, hubungan sosial

Lisan
rasmi @ tak rasmi
Ulangan, hentian, ayat pendek

Kolokial
Basahan
Tak rasmi
Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM7
Slanga
Kosa kata popular semasa
Kumpulan sosial & profesional
Tidak difahami di luar lingkungan
Dialek
Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial
Kosa kata, tatabahasa, ungkapan
Laras
Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana
Bentuk pertuturan, cara pertuturan
Gaya
Kelainan bahasa berasaskan individu @ kumpulan
Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak
Boleh juga dalam tulisan

RAGAM
BAHASA PERTUTURAN
Dialek
Bahasa + Geografi = Dialek
Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak
Idiolek
Bahasa + Individu = Gaya Bahasa
Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan
Sosiolek
Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa
Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana
Wacana
Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa
Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan



GAYA BAHASA
Perbandingan
Perumpamaan/simile, metafora,
personifikasi, depersonifikasi, alegori,
antitesis, tautologi, perifrasis, prolepsis,
koreksio/antisipasi
Perulangan
Aliterasi, asonansi, antanaklasis, kiasmus,
epizeukis, tautotes, anafora,
epifora/epistrofa, simploke, mesodiplosis,
epanalepsis, anadiplosis


GAYA BAHASA
Pertautan
Metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme,
eponim, epitet, antonomasia,
erotesis/pertanyaan retorik, parallelisme,
elipsis, gradasi, asindeton, polisindeton.
Pertentangan
Hiperbola, litotes, ironi, oksimoron, paronomasia,
paralepsis, silepsis, satira, inuendo, antifrasis,
paradoks, klimaks, antiklimaks, apostrof, inversi,
apofasis, histeron proteron, hipalase, sinisme,
sarkasme.
GAYA BAHASA
PERBANDINGAN
Perumpamaan/simile
Perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi di
anggap sama
Kata kunci seperti, ibarat, bak, sebagai, umpama, laksana,
penaka, serupa
Metafora
Perbandingan dua hal untuk mencipta kesan emosi tanpa
menggunakan kata-kata kunci
Ali mata keranjang
Nani jinak-jinak merpati
Personafikasi
Memberi ciri manusia kepada benda, tumbuhan, bukan manusia
Angin membelai rambutnya.
Mentari mencubit kulitku.
GAYA BAHASA
Depersonafikasi
Mengandaikan manusia sebagai benda
Kata kunci kalau, jika, andai, sekiranya
Dia diam membatu.
Kalau aku menjadi bunga
Alegori
Metafora yang diperluaskan menjadi wacana
Cerita teladan
Anjing Dengan Bayang-bayang
Antitesis
Dua kata yg mengandung makna bertentangan
Mereka menangisi kejayaanku.
Kecantikannya membawa celaka.

GAYA BAHASA
Tautologi/pleonasme
Perbandingan yg membazir
Saya mencatat dengan tangan saya.
Kami memikul jenazah itu di atas bahu kami sendiri.
Perifrasis
Perbandingan berlebihan menyampaikan satu
maksud
Dia mengakhiri zaman bujangnya dan melayari
bahtera ke pulau idaman berumah tangga.
Prolepsis/antisipasi
Penggunaan kata bersifat pra kejadian
Keluarga malang itu telahpun menyediakan keperluan
Hari Raya.


GAYA BAHASA
Koreksio/epanortosis
Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkan
serta-merta
Masuk kali ini sudah tujuh kali, eh, bukan, sudah
lapan kali dia pindah
Dia yang berlebih-lebihan, tapi isterinya lebih
boros berbelanja.
GAYA BAHASA
PERULANGAN
Aliterasi
Perulangan konsonan secara berturutan dalam ayat.
Dara damba daku datang dari danau dua duka.
Asonansi
Perulangan vokal secara berturutan dalam ayat.
Sudah tahu membisu pula.
Antanaklasis
Perulangan kata yang sama tetapi berlainan maksud
Dia selalu membawa buah tangan untuk buah
hatinya.
GAYA BAHASA
Kiasmus
Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam
satu ayat.
Dia selalu menyalahkan yang benar dan
membenarkan yang salah.
Epizeukis
Perulangan kata berturutan
Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah sementara
pintu taubat masih terbuka.
Tautotes
Perulangan ungkapan secara berturutan dalam satu
binaan ayat.
Aku adalah kau, kau adalah aku, kau dan aku
menjadi satu.

GAYA BAHASA
Anafora
Perulangan kata pertama dalam ayat secara
berturutan.
Merekalah yang bersalah. Merekalah perosak
bangsa. Merekalah harapan masa depan yang pudar.
Epifora/epistrofa
Perulangan kata akhir dalam ayar secara berturutan.
Suaramu adalah puisi. Tawamu adalah puisi.
Senyummu juga puisi.
Simploke
Perulangan kata-kata awal dan akhir dalam ayat
secara berturutan.
Kau kata aku pemalas, biarkan. Kau kata aku
lembam, biarkan. Kau kata aku manja, biarkan.
GAYA BAHASA
Mesodiplosis
Perulangan kata tengah dalam ayat secara
berturutan.
Anak merindui bapa. Isteri merindui suami. Rakyat
merindui pemimpin.
Epanalepsis
Perulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam
ayat yang sama.
Saya akan berusaha mencapai cita-cita saya.
Anadiplosis
Perulangan kata terakhir dalam ayat, menjadi kata
pertama dalam ayat yang berturutan.
Kita mesti berusaha. Berusaha mencapai cita-cita.
Cita-cita bangsa dan negara.

GAYA BAHASA
PERTAUTAN
Metonimia
Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yg ada
hubungan dengannya.
Dia baru membeli sebuah Kancil.
Saya selalunya makan dua pinggan.
Sinekdoke
Bahasa figuratif yang memperlihatkan satu kata mewakili satu
kenyataan.
Setiap kepala dikenakan bayaran RM 10.00.
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia
Alusi
Pernyataan yg dpt menggambarkan sesuatu.
Semasa Jepun kami makan ubi kayu.
Kita tidak mahu 13 Mei berulang.
GAYA BAHASA
Eufemisme
Penghalusan kata
Dia telah kembali ke rahmatullah.
Anak mereka memang lambat sikit dalam pelajaran.
Eponim
Pernyataan sesuatu keadaan berdasarkan sifat seseorang.
Kalau dah Pandir tu,diajar macam manapun tak faham juga.
Epitet
Pernyataan tentang seseorang yg sesuai dengan sifatnya.
Singa betina tu akan balik sebentar lagi.
Si Kancil tu dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan di
mahkamah.
GAYA BAHASA
Antonomasia
Penggunaan gelaran menggantikan nama.
Yang Berhormat harus turun padang.
Tuan Pegawai Daerah akan merasmikan majlis itu.
Erotesis/pertanyaan retorik
Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan sebaliknya
untuk penegasan.
Bersalahkah aku jika tidak mengikutmu ke alam
baqa?
Paralelisme
Penggunaan ayat secara sejajar.
Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya
berperanan dalam pembangunan negara.
GAYA BAHASA
Elipsis
Menghilangkan frasa/klausa dalam ayat tetapi masih
difahami keseluruhannya.
Jika awak tidak mahu mengaku
Pemergian amat dirasainya.
Gradasi
Kata-kata yang diulang dari satu klausa ke klausa
yang berikutnya.
Kita harus mengakui,mengakui bahawa
tanggungjawab kita berat, berat demi memelihara
negara, negara yang kita cintai ini.
GAYA BAHASA
Asindeton
Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak
menggunakan kata hubung.
Segala dugaan, cabaran, rintangan, perlu dihadapi
dengan tabah, sabar, berkeyakinan, demi mencapai
kejayaan.
Polisindeton
Kata, frasa, klausa dijadikan satu ayat panjang
menggunakan kata hubung.
Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi
menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk
generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini
serta meletakkannya di peta negara maju.
GAYA BAHASA
PERTENTANGAN
Hiperbola
Pernyataan yang berlebih-lebihan
Kemarahannya meluap-luap hingga hampir
mengamuk.
Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih.
Litotes
Pernyataan dengan tujuan merendah diri.
Singgahlah di pondok saya nanti.
Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini.
Ironi
Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat.
Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-
sungguh.
GAYA BAHASA
Oksimoron
Pernyataan bertentangan dalam frasa yang sama.
Perkara itu telah menjadi rahsia umum.
Dia resah di dalam diam.
Paronomasia
Kata-kata yang hampir sama bunyinya tetapi
berlainan makna.
Pokoknya yang harus ditanam ialah pokok kelapa.
Kerja mengukur ruang dapurnya tergendala kerana
ibunya menyuruh mengukur kelapa.

GAYA BAHASA
Paralipsis
Pernyataan yang menerangkan maksud bertentangan yang lain.
Dia tidak bermaksud menceraikan isterinya dengan talak tiga.
(Dia hendak rujuk.)
Pilih buah yang masak sahaja.
Silepsis/zeugma
Menggunakan satu perkataan untuk memperlihatkan hubungan
dua perkara.
Sila buka mata dan telinga sepanjang kuliah ini.
Dia menundukkan kepada dan badannya tanda hormat.
Satira
Ironi dalam bentuk tulisan panjang.
Gurindam Emak Si Randang.
Anak Mat Lela Gila.
GAYA BAHASA
Inuendo
Pernyataan untuk merendah-rendahkan hakikat sesuatu.
Dia semakin mewah semenjak berkahwin dengan jutawan itu.
Antifrasis
Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat di sebaliknya.
Dialah satu-satunya pemimpin yang paling bersih (sebenarnya
terbukti paling korup).
Paradoks
Pernyataan yang bertentangan dengan keadaan sebenar.
Untuk menyintai kita harus membenci.
Dia kesunyian di tengah-tengah keramaian.
GAYA BAHASA
Klimaks
Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
peningkatan.
Saudaralah anak desa yang bakal memimpin pasukan negeri ke
peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara di
peringkat antarabangsa.
Antiklimaks
Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
penurunan.
Dialah pemimpin dunia yang dihormati di negaranya walaupun
sering diperkuda isterinya di rumah.
Apostrof
Yang dilawan bicara tiada di latar.
Wahai Nabi Allah, limpahkanlah syafaatmu kepada kami.
GAYA BAHASA
Inversi/anastrof
Pernyataan terbalik dari segi struktur ayat; predikat subjek.
Kepada merekalah kita menaruh harapan.
Ke pasar agaknya tuan rumah ini.
Apofasis/preterisio
Pernyataan seperti hendak menyembunyikan sesuatu tetapi
telah menyatakannya.
Saya tidak mahu memecahkan rahsia kejahatan awak di luar
rumah.
Saya masih bujang tiga.
Histeron proteron
Pernyataan tidak wajar didahulukan daripada kenyataan yang
logik.
Dialah yang menghantar tugasan walaupun hanya
menggunakan mesin taip.
GAYA BAHASA
Hipalase
Pernyataan yang biasanya digunakan untuk sesuatu keadaan
tetapi digunakan dalam keadaan yang lain.
Dia berbaring di ranjang yang resah.
Mereka mengikuti kuliah saya yang penuh perhatian.
Sinisme
Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir, lebih
keras dan jelas berbanding ironi.
Dialah artis yang amat berbakat dan telah menjadi ikutan remaja ke
kancah negatif.
Bomoh itu terkenal kerana banyak yang mati setelah berubat
dengannya.
Sarkasme
Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk
menyindir/mencela; lebih keras daripada sinisme.
Mulut saudara yang celupar itu wajar ditonyoh dengan cili padi.
Penipu besar itu sudah tiba.

KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM8
Pidato/ucapan/syarahan
Bercakap secara sehala
Memberitahu, menghurai, menjelas sesuatu
tajuk/isu/perkara
Tempoh waktu tertentu
Mempengaruhi khalayak

Persediaan
Memahami tajuk
Menganalisis khalayak/majlis
Mengumpul dan menyusun maklumat; fakta susunan
dan kesesuaiannya
Memastikan tempoh masa dan merancang pembahagian
masa
Memastikan tempat dan kemudahan logistik


KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM8
STRUKTUR TEKS/PENYAMPAIAN
UCAPAN

Pembuka kata
Ucapan salam, penyataan syukur
Hirarki sistem panggilan
Makluman pengenalan majlis
Membina minat
menarik perhatian, provokasi, petikan, data
Menyatakan tajuk,pegangan dan bahasan
Berdasarkan tema/kehendak majlis
Menyesuaikan tajuk dengan khalayak



KETRAMPILAN
BERBAHASA@msyM8
Mengemukakan idea
Mulai idea utama, diikuti idea
sokongan,penyampaian fakta secara tersusun, saling
berkait, ringkas dan tepat, rumusan
Penutup; rumusan, pantun, maaf

KECEKAPAN BERBAHASA
Pemilihan kata/ayat/gaya bahasa
Kelancaran susunan idea, kawalan
pernafasan
Kefasihan sebutan, intonasi
Gestur dan postur