Anda di halaman 1dari 6

Bawang tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Anda perlu merumput selalu untuk


mempastikan rumpai tidak mencuri baja dari tanah. Tanah pula tidak perlu terlalu basah. Anda
tidak perlu menyiram dengan banyak. Gunakan tanah yang kaya dengan kompos.

Cara Menanam Dengan Biji

Semai benih sedalam 2 cm (3/4 inci) dalam barisan. Jarakkan kira-kira 30cm (12 inci). Anda
boleh jarakkan dengan mencabut pokok yang terlalu rapat.

Cara Menanam Dengan Bebawang

Kupas kulit luar yang kering untuk aktifkan bawang. Kulit ini adalah nipis seperti kertas. Jika
bawang tiada tunas, potong sedikit bahagian atas. Toreh sedikit di bahagian akar.
Geratkan tanah dengan penggerat (rake) untuk gemburkan tanah. Dengan ibu jari, tolak
bebawang dengan berhati-hati sehingga bebawang tenggelam di dalam tanah. Jika tanah keras,
korek lubang menggunakan pengorek untuk mengelakkan dari mencederakan
bebawang. Pastikan bahagian akar berada di bahagian bawah.
Tanam bawang merah dengan jarak 5 cm (2 inci) dan bawang besar 10 cm (4 inci). Siram dengan
air tetapi jangan terlalu banyak kerana tanah yang becak akan menyebabkan bebawang menjadi
rosak dan busuk.

Penjagaan

Merumput selalu untuk membuang rumpai. Siram dengan air tetapi jangan sampai tanah
menjadi terlalu basah.

Menuai

Anda boleh potong daun bawang selepas dua minggu. Daun bawang enak dibuat salad atau
dimasak misalnya dibuat cucur bawang. Selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang
boleh dimakan. Bebawang sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau
bawang mula berbunga. Kebiasaannya, jika anda tuai daun, anda boleh tuai daun sebanyak 3
kali sebelum kualiti daun menurun.





Masalah Yang Mungkin Dihadapi
Jika tanah terlalu basah, bawang mungkin menjadi busuk dan berbau. Lalat bebawang juga
akan merosakkan tanaman. Gunakan jaring halus untuk menghalang lalat bebawang, jika ia
membawa masalah.

Menanam Dalam Bekas

Bawang tidak perlukan ruang yang banyak dan akarnya pendek. Jadi, ia juga sesuai ditanam dalam
bekas.




Bawang sesuai ditanam di dalam bekas. Sejambak bawang boleh menghias tingkap rumah
yang tiada ruang tanah untuk bertanam.

Tanaman Untuk Kanak-kanak
Oleh kerana bawang cepat dituai, mudah diuruskan dan enak dimakan, ia sesuai dijadikan
tanaman untuk aktiviti kanak-kanak.




Bawang sesuai ditanam oleh kanak-kanak

Mengapa Tanam Bawang?
Mungkin ada yang terlintas mengapa ingin tanam bawang, sedangkan harganya murah. Secara
peribadi, saya tanam bawang untuk mendidik anak-anak supaya minat bertanam sendiri. Daun
bawang yang dituai segar adalah rangup dan enak dibuat salad dan dibuat jejemput. Lagipun,
satu bebawang akan berganda menjadi sehingga 6 bebawang. Dalam masa 6 minggu, sekilo
bawang akan menghasilkan sehingga 6 kilo bawang. Ini pasti menjimatkan jika anda
mempunyai masa terluang untuk bertanam sendiri.



Asal seulas bawang menjadi 6 ulas.


Pokok bawang yang ditanam di atas tanah.



Daun bawang putih juga enak dibuat salad. Daunnya agak berbeza dari daun bawang merah dan
bawang besar kerana ia seakan-akan daun rumput, iaitu berbentuk pipih. Daun bawang merah
berbentuk rod.





Cara mengambil keratan batang:

Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm.
Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun.
Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu
sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk
keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA,
ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.
KERATAN BATANG
Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman

- Jenis keratan batang
i. Keratan Kayu Lembut - bahagian termuda sekali atau masih hijau
- panjang keratan 10-15 cm, 2-3 helai daun
- contoh : Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.
ii. Keratan Kayu Sederhana - bahagian dahan atau ranting yang baru matang
- panjang keratan 10-20 cm, beberapa helai daun
- contoh : Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.
iii. Keratan Kayu Keras - bahagian batang atau dahan yang telah matang
- semua daun hendaklah dibuang
- contoh : Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida

- Medium penyemaian
* medium mpunyai saliran baik, gembur, tdak mgandungi biji benih rumpai & agen penyakit
serta serangga
* medium yang sesuai ?1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik

- Hormon pengakaran
* digunakan untuk membantu dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar
* jenis hormon ?Seradix 1, 2, 3 dan Hormoton A dan B

- Menyemai keratan
* sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar
* masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan

- Pembentukan akar
* akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 minggu
* keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar