Anda di halaman 1dari 19

Pendahuluan.

Menjana pendapatan melalui affiliate adalah perniagaan zaman


sekarang. Melalui affiliate, anda boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk.
Tidak seperti perniagaan offline, anda terhad untuk menjadi agen kepada satu
atau dua produk sahaja.
Tidak seperti produk offline, sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate di
produk online. Anda tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, anda tidak
perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan anda
tidak perlu bermanis lidah.
Affiliate secara online adalah peperangan menggunakan minda. Jika
anda berani, anda akan berjaya. Jika anda rajin, anda akan berjaya. Jika anda
bijak, anda akan berjaya. Dalam pemasaran affiliate, anda perlu ada minda
peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan.
Jika pesaing anda bergerak 1 langkah, anda perlu bergerak 10 langkah.
Sejauh mana kuatnya pesaing anda, sejauh mana otainya pesaing anda, jika
anda bergerak dengan 10 langkah ke hadapan, anda pasti akan berjaya
mengejar mereka.
Di dalam ebook ini, saya akan huraikan apa yang boleh anda lakukan
untuk mempromosi produk affiliate anda. Harap pendedahan saya ini akan
membantu anda untuk menerima lebih banyak komisyen.








3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana
pendapatan.

Walaupun ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia
memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui
affiliate.
Pertama: Produk untuk di promosikan.
Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama
yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di
promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula merancang kaedah
promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu
promosi pada tempat yang tepat sahaja.
Kedua: Landing page atau Squeeze Page.
Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan
autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu
ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk
anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus
kepada laman affiliate.
Melalui tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu
ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam
autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang anda
telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui mailing list.
Ketiga: Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.
Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada alasan
selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang anda ingin
promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk
mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.
Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan
membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk membeli
produk yang anda promosikan.
3 langkah untuk menjana pendapatan lumayan melalui
affiliate dalam masa sekejap.

Tidak mustahil untuk anda memperoleh pendapatan 4 angka menerusi affiliate
dalam masa seminggu atau lebih pendek. Ia bergantung sepenuhnya kepada
perancangan anda.
Ada 3 langkah yang selalu di gunakan oleh IM antarabangsa untuk mendapat
keuntungan yang tinggi dalam masa sekejap.
You Play Big, You Gain Big.
Langkah pertama: Cari produk yang mempunyai komisyen yang tinggi.
Cari senarai produk yang mempunyai nilai komisyen RM 50 ke atas. Cari
sebanyak mungkin dan simpankan ia dalam komputer anda.
Langkah kedua : Cipta squeeze page untuk setiap produk.
Cipta squeeze page untuk setiap produk dan pastikan ia menarik untuk memikat
sebanyak mungkin prospek subscribe ke mailing list anda.
Langkah Ketiga : Promosikan squeeze page anda dan teruskan promosi
produk affiliate dalam mailing list anda.
Anda boleh pilih untuk promosi secara percuma atau berbayar. Anda boleh pilih
sendiri mengikut kemampuan anda.
Ya !! tiga langkah ini sahaja boleh memberi anda pendapatan tanpa had. Yang
menariknya, anda boleh gunakan mailing list tersebut berulang-ulang kali. Yang
penting, anda menjaga hubungan antara anda dan subscriber anda.





Bagaimana ingin memilih produk terbaik untuk menjana
pendapatan melalui affiliate ?

Yang ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate. Ia berbeza menjadi
agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut tuan milik
perniagaan, agen di internet adalah bos kepada pemilik perniagaan.
Jika anda mendapati laman produk affiliate yang anda ingin promosi tidak
berupaya untuk memberi conversion yang bagus, anda boleh menegur tuan
punya laman web. Ia adalah hak anda kerana andalah yang akan memberi
kekayaan kepada mereka.
Produk terbaik akan memberi keuntungan kepada anda. Bagaimana hendak
mengenail pasti potensi sesuatu produk?
Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada
sesuatu produk itu mempunyai potensi atau tidak.
Pertama : Tanya sendiri kepada pemilik.
Tanya sendiri pemilik produk bagaimana prestasi penjualan produk beliau.
Dalam ayat pertanyaan, selitkan perkataan yang anda inginkan jawapan yang
jujur dan bersedia melaburkan wang yang banyak untuk melakukan promosi.
Kedua : Periksa Sales Letter itu sendiri dan kredibiliti produk tersebut.
Periksa kandungan sales letter tersebut dan ramal sendiri sejauh mana
keberkesananya. Kemudian periksa kredibiliti produk tersebut melalui testimonial
dan bukti yang ada di website. Katakan anda ingin mempromosi produk ebook
tips penjimatan, periksa sama ada pemberi testimonial adalah mereka yang
pakar dalam bidang tersebut.
Ketiga : kebanjiran otai-otai IM.
Jika produk tersebut adalah dari seorang otai IM, sudah tentu ia adalah produk
yang akan mendapat sambutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersaing
dengan otai-otai IM yang ada. Jangan takut untuk bersaing kerana mereka yang
paling pantas dan bijak akan menang. Jika gagal bersaing pun, anda tetap
menerima tempias dari kehangatan produk tersebut.
Keempat : Permintaan yang melampau.
Di Malaysia anda boleh nilai sama ada produk tersebut mempunyai permintaan
yang banyak atau tidak melalui surat khabar atau berita di TV. Katakan ada
keluar laporan mengenai anak luar nikah di berita, sudah tentu produk ebook
Cara terbaik untuk berhenti ketagih seks akan meletup di pasaran kerana ia
memang permintaan umum.



















3 kesilapan biasa sebagai seorang affiliate ?

Kebanyakan newbie tewas dalam peperangan affiliate di sebabkan kesilapan
kecil dan mereka terus kecewa dan tidak meneruskan perjuangan. Ada 3
kesilapan umum yang selalu di amalkan oleh newbie affiliate.
Pertama: Salah memilih program affiliate.
Seperti yang saya nyatakan dalam bab sebelum ini, seorang newbie selalunya
lupa untuk memeriksa potensi sesuatu produk sebelum promosikan produk
tersebut. Kalau anda tidak kenal siapa pemilik laman web tersebut, pastikan
anda bertanya dahulu soalan sensitif kepada pemiliknya seperti bukti
pembayaran komisyen dan keberkesanan mereka memberi support kepada
pembeli.
Kedua: Masuk banyak sangat program affiliate.
Tolonglah!!Janganlah tamak sangat. Buat satu persatu. Pilih satu produk, buat
squeeze page kemudian promosi, barulah nampak professional. Bila dah stabil
sesuatu produk, barulah pergi ke produk seterusnya.
Ketiga: Tidak membeli produk atau menggunakan servis yang di tawarkan.
Memang anda tidak perlu membeli produk untuk berdaftar sebagi affiliate, tetapi
anda perlu tahu apa yang ada dalam kandungan ebook tersebut sebelum
melakukan promosi. Jika anda tidak mampu untuk beli, anda boleh mengolah
kandungan ebook tersebut berdasarkan review affiliater yang lain.







Panduan ringkas promosi produk affiliate.
Seperti yang anda tahu. Langkah pertama untuk promosi produk affiliate adalah
squeeze page. Persoalannya, bagaimana hendak promosi squeeze page
tersebut ? Di bawah ada menunjukkan cara ringkas bagaimana untuk melakukan
promosi.
Direktori pengiklanan percuma
Buka google dan buat carian iklan percuma. Di sana terdapat banyak laman
web yang menyediakan pengiklanan percuma. Pelawat yang melawat laman
web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.
Mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada
produk yang berbentuk perniagaan, anda di galakkan untuk meletakkan laman
web anda di sini. Lagi satu keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh
mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun
lain.
Anda perlu bijak ketika melakukan pengiklanan di direktori percuma ini.
Pelbagaikan headline anda. katakan anda melakukan promosi produk kuruskan
badan, anda boleh menulis headline berikut.
Cara mudah untuk kurus.
Sebulan turun 5 kg.
Pasti kurus dengan (nama produk anda)
Kalau anda gemuk, click sini untuk kuruskan badan.
Mungkin ada manusia yang melakukan carian di search engine menggunakan
kata kunci di atas. Jika anda, anda memang bertuah.

Blogging
Anda boleh mula menulis di blog mengenai topik yang anda ingin promosikan
atau anda boleh mencuri trafik dari laman blog lain dengan meninggalkan
comment pada artikel mereka. Bergantung kepada kerajinan anda. Jika anda
rajin untuk menulis, silakan. Jika tidak, sudah cukup dengan mencuri trafik.
Pemasaran Forum
Seperti biasa, di forum anda boleh promosi produk affiliate anda melalui siggy
atau di bahagian pengiklanan. Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia
adalah proses jangka panjang. Jadi, janganlah membuat musuh apabila
berforum. Sentiasa bermesra dengan ahli forum yang lain.
Awas!! Jangan lakukan SPAM. Jika tiada apa hendak di kata, diam lebih baik.
Cara membina kredibilit di forum.
Kredibiliti sangat penting dalam berforum kerana biasanya manusia membaca
orang yang mereka hormat menulis. Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang
baik, sudah tentu anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti
anda untuk mengeluarkan pendapat.
Berikut adalah cara membina kredibiliti di forum :-
1. Sentiasa jujur dalam ulasan.
2. Ada prinsip ketika memberi komen.
3. Berpengetahuan tinggi ( google kan ada, Search je)
4. Sentiasa memberi kritikan yang membina.
Di atas adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan ketika berforum.

Instant Message.
Instant message seperti Yahoo, Google Talk dan Skype sangat berkesan ketika
melakukan promosi. Kebanyakan IM akan meletakkan pautan squeeze page
mereka di bahagian status. Promosi melalui kaedah ini sangat berkesan jika
anda mempunyai senarai rakan yang ramai.
Untuk meramaikan senarai rakan yang anda ada, anda boleh add kawan forumer
anda atau anda boleh membuat kursus percuma melalui IM. Katakan anda pakar
dalah PHP, anda boleh membuat kursus secara percuma melalui Instant
Message. Jangan terkejut jika anda tumpukan pada teknik ini sahaja, anda boleh
dapat hasil yang memberansangkan.


Laman Web Sosial

Laman web seperti facebook, myspace dan friendster memang mempunyai trafik
yang tinggi. Jika di facebook, ada aplikasi group dan fan page. Minta rakan-rakan
anda untuk tolong promote pautan squeeze page anda itu.
With network you gain power.
Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi menarik di facebook, mungkin ia akan
memberi advantage kepada anda. Jika anda promosi produk kuruskan badan
mungkin anda boleh mencipta aplikasi mengira Nilai BMI atau gambar ahli
facebook jika mereka dalam keadaan gemuk.

Pengiklanan pada laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Anda boleh gunakan kaedah pay per clik atau pay per view seperti facebook ads,
google adwords, bidvertiser, adly, ziddu dan nuffang.
Anda juga boleh beriklan di portal laman web yang mempunyai hit yang tinggi
seperti portal berita. Sebelum anda beriklan di sesuatu laman web, periksa alexa
ranking di alexa.com atau boleh tanya sendiri kepada admin sejauh mana trafik
yang di terima laman webnya.








8 Tips Affiliate Untuk Newbie
Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang
rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk
menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin
menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai
orang menceburi bidang perniagaan ini.
Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan
beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Pemasaran Affiliate Bukan Menjanjikan Duit Mudah
Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang
dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah.
Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar
akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate.
Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan
bersungguh sungguh.

Jangan Terlalu Tamak dan Mempromosi Beberapa Produk Serentak
Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak.
Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate.
Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.



Jangan Langkaui Proses Pembelajaran
Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan
terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang
dan masa bagi proses pembelajaran.

Sentiasa Menjadi Unik
Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat bulat. Jika anda
meniru orang lain, anda tidak akan kemana mana. Dua kereta yang
mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang
bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di
mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi
anda.
Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep
pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda
sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang
menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan
konsep yang sama.

Bersabar Untuk Berjaya
Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar,
kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda
terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar
dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya.
Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib
anda.
Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba.
Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk
memberi anda kejayaan.

Simpan Duit Anda
Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di
kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk produk berkaitan make
money online di internet. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk
membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli
sesuatu produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk
tersebut. Selepas itu take action.

Belajar Berdisiplin
Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca
forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan
kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

Jangan Berhenti Bekerja Jika Anda Tidak Stabil
Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti
memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan
pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.


10 perkara asas untuk menghasilkan perniagaan affiliate
yang menguntungkan

Memilih satu Niche
Jangan pilih satu produk tetapi pilih satu niche. Dalam banyak-banyak niche
yang ada di pasaran, anda pilih satu niche yang lekat di jiwa anda. Rezeki tidak
hanya ada pada niche make money online sahaja kerana terdapat banyak lagi
niche yang boleh memberi keuntungan kepada anda seperti niche keluarga,
niche pendidikan seks dan niche perkahwinan.
Kunci di sini adalah anda memilih hanya satu niche bagi permulaan perniagaan
anda supaya anda boleh fokus dengan segala kaedah pemasaran yang ada.

Mencari Produk Affiliate Yang Bermutu Tinggi
Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu memilih dan mempromosi
produk yang berkualiti tinggi. Produk yang berkesan dan berkualiti tinggi akan
memberi tanggapan yang baik pada para pelanggan. Jadi, potensi untuk anda
menghasilkan jualan adalah tinggi. Jangan tersilap langkah dan memilih produk
yang menipu.

Bina Website Bagi Setiap Niche
Jangan campur berbagai niche dalam satu blog atau website. Jika anda serius
untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan affiliate, anda perlu bina website
khas bagi setiap niche yang anda promosikan. Dari sini, anda boleh fokus untuk
menjadikan website anda itu one stop point bagi mereka yang mencari yang
mencari produk mengenai niche yang anda pilih itu.

Sediakan Bajet Yang Mencukupi atau Promosi Mengikut Bajet Anda
Bagi mereka yang ada modal yang banyak, mereka mungkin boleh melakukan
promosi melalui pay per click. Manakala bagi mereka yang tiada modal yang
banyak mereka boleh tumpukan pada pemasaran percuma seperti pemasaran
laman sosial, pemasaran artikel atau SEO. Kawal bajet anda supaya anda tidak
membelanjakannya terlalu berlebihan.
Bagi setiap website atau niche, anda peruntukkan bajet tertentu dan apabila
sudah memperoleh untung, anda boleh labur semula untuk website tersebut bagi
memperoleh ketuntungan yang lebih besar.

Sentiasa Menarik Terus Pelanggan ke Website Anda
Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik terus ke website anda, antaranya
adalah melalui pay per click, pemasaran artikel, SEO, press release dan
bermacam-macam lagi. Konsep promosi anda adalah menarik pelanggan ke
website anda.

Meletakkan Link Affiliate Di Dalam Setiap Post Blog Anda
Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, jadilah seorang usahawan. Seorang
usahawan sentiasa tidak melupakan aktiviti promosi walaupun mereka sedang
tidur. Tinggalkan link affiliate di mana sahaja anda boleh tinggalkan jejak seperti
di forum-forum, iklan direktori, blog comment dan lain lain website.
Beri Produk Percuma Untuk Mengumpul Senarai Emel
Setiap super affiliate pasti akan mengutamakan pengumpulan senarai emel. Ini
kerana pemasaran emel adalah pemasaran yang paling santai sekali. Anda perlu
ada senarai emel jika ingin bersaing dengan para otai.

Jadikan Diri Tempat Pertanyaan
Jika ada pelanggan atau pelawat website yang mempunyai masalah, jadikan diri
anda tempat mereka mengadu. Sediakan sistem support di website anda supaya
mereka senang untuk hubungi anda nanti. Di dalam pemasaran affiliate, jangan
sesekali anda mengurangkan jumlah potensi pembeli. Mewujudkan sistem
support boleh merancakkan jualan anda.

Cuba Menghasilkan Pendapatan Pasif
Affiliate bagi produk yang melibatkan bayaran bulanan boleh memberi
pendapatan pasif pada anda. Jika anda cukup yakin, anda patut cuba untuk
mengutamakan produk yang ada bayaran bulanan. Pendapatan pasif adalah
salah satu sumber pendapatan yang lumayan di internet. Contoh bagi
pendapatan pasif adalah affiliate bagi autoresponder seperti aweber dan web
hosting seperti hosgator.




Bekerja Mengikut Jadual
Perkara asas yang kesepuluh adalah apa yang anda rancangkan, anda ikut.
Jangan sesekali berhenti bekerja sekali anda tidak selesaikan sesuatu tugas. Ini
kerana sifat menangguh-nangguhkan kerja boleh membantutkan aktiviti promosi
anda.

5 Perkara Penting Bagi Memilih Niche Yang Menguntungkan
Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang
mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan.
Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran
yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada
atau sedikit.

Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan
yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah.
Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut
mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing
masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari
niche yang menguntungkan :-



Elakkan Memilih Niche Yang Anda Rasa Anda Suka Tetapi
Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka.
Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan,
masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan
berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah
anda bersungguh sungguh mempromosikan sesuatu yang tidak mempunyai
potensi pasaran yang luas.

Jangan Terperangkap Dengan Pemikiran Anda
Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai
pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan
niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya
mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda
terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

Sentiasa Lakukan Kajian Keyword
Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube
serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa
lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan
carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di
sebalik bertan tan pasir yang ada.




Pilih Produk Berdasarkan Kajian Keyword Anda
Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang
menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengan
segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut. Setkan kempen
promosi selama sebulan. Jika dalam masa sebulan ini, anda boleh memperoleh
keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche
yang hangat.

Sentiasa Pelbagaikan Niche Yang Ada
Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu.
Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi
pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche
suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih
luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan
niche yang ada.

Anda mungkin juga menyukai