Bulan mempunyai beberapa fasa daripada awal hinggalah ke akhirnya. Kita dapat
memperhatikan fasa fasa bulan yang berlainan pada setiap malam. Fasa fasa bulan
disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Matahari dan cahaya Matahari yang jatuh ke
permukaannya merupakan fasa yang kita dapat lihat. Kita cuma melihat sebahagian sahaja
permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi.
Fasa bulan dan nama mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa
http://astronomi-falak.blogspot.com/2009/10/fasa-fasa-bulan.html
PEREDARAN BULAN
* sila klik pada gambar untuk preview
Bulan berputar dari barat ke timur. Satu putaran lengkap mengambil
masa selama 27.3 hari.
Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam. Satu
peredaran lengkap mengambil masa selama 27.3 hari juga.
Oleh kerana masa untuk Bulan membuat satu putaran lengkap adalah
sama dengan
untuk Bulan membuat satu peredaran lengkap, bahagian Bulan yang
sama menghadap
ke Bumi.
Ketika Bulan beredar mengelilingi Bumi, Bumi dan Bulan beredar
mengelilingi
matahari dalam orbit elip mengikut arah lawan jam.
Bumi mengambil masa selama 365 14 hari untuk mengorbit matahari
iaitu selama satu tahun.
Berikut adalah gambarajah menunjukkan fasa-fasa Bulan dan tempoh
masanya.
http://back2tinta.blogspot.com/p/peredaran-bulan-bumi.html
FASA BULAN
Pengenalan
Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi
bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi
relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini
mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang
berbeza-beza bentuk. Ia tidak disebabkan oleh bayang-bayang atauumbra bumi yang jatuh ke
atas permukaan bulan (keadaan ini hanya berlaku semasa gerhana bulan).
Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.
Bentuk dan nama fasa bulan
Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan
Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru
(Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning
Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).
Rajah di atas menunjukkan bentuk dan nama fasa-fasa bulan.
Anak Bulan/Bulan Baru - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang bergerak
dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu berada sebaris atau
bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini, bahagian permukaan bulan
yang gelap (yang tidak disinari cahaya matahari) akan menghadap ke arah bumi. Oleh itu,
bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan bulan yang
disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan bulan yang
disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian permukaan
bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
Bulan Purnama/Penuh - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah
bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh permukaan bulan yang
disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bulat.
http://astronomi2012.blogspot.com/2012/05/fasa-fasa-bulan.html