Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak
tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping
memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak
menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang
bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. kepentingan
alam sekitar kepadasistem pernafasan kita. persekitaran yang bersih membolehkan kita
menyedut udara yang segar. udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting
untuk kesihatan. kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau. tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan
badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. cuaca
panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan
membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui
persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar
dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan
tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan
kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar
akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada
kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan,
ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan
hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan
yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat
disalurkan dengan baik ke sungai.




DEFINISI




Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau
antara organisma dengan alam sekitar yang dapat mengekalkan ekosistem pada tahap
optimum. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai
keseimbangan alam, peranan kitar semula jadi amatlah penting. Antara kitar semula
jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, kitar air. Pencemaran alam sekitar
boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh
menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan
lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk
meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap
alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah
menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga
mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara
meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap
alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatahdi telan mati
emak di luah mati bapa.












3.0 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

3.1.1 Punca-punca pencemaran

Pembuangan sampah sarap
-Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius
pada alam sekeliling kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah merata-rata
adalah kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah
atau tidak mahu membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka
menceroboh harta awam. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan
masyarakat yang membuang sampah sesuka hati seperti sampah yang tidak
terbiodegrasi iaitu sampah yang tidak boleh diurai oleh bakteria seperti
plastik,logam,kaca.sisa makanan juga merupakan sampah terbiodegrasi.


Pembuangan hasil sampingan,sisa toksik,radioaktif,asap kilang dan haba
daripada kilang
-Penyingkiran bahan toksik seperti merkuri, cadmium dan sebatian sianida memberi
kesan yang buruk kepada alam sekitar.Kilang-kilang yang mengekstrak logam
mengeluarkan asap,gas karbon dioksida,gas sulfur dioksida mencemari alam sekitar
dengan membebaskan gas beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan
oksida-oksida nitrogen akan menyebabkan hujan asid.Bahan radioaktif daripada stesen
dan logam berat dari industri cat,pigmen ,bateri juga boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran alam sekitar yang serius.


Pembuangan kumbahan
-Pembuangan air kumbahan yang tidak betul boleh menyebabkan pencemaran air.Air
kumbahan yang kotor menggalakkan pertumbuhan bacteria. Bakteria ini menggunakan
oksigen dalam air dan menyebabkan air tidak sesuai untuk hidupan akuatik.Contoh air
kumbahan ialah bahan tinjaan manusia dan haiwan,detergen,bahan buangan domestik
yang mengandungi mikroorganisma yang akan mencemarkan air.






3.1.2 Kesan Pencemaran Alam Sekitar

A)Kesihatan manusia
-Air kumbahan yang mengandungi banyak mikroorganisma menyebabkan banyak
penyakit seperti kolera,disentri,hepatitis a menyerang manusia.Sisa toksik kilang yang
dibuang di dalam kawasan perairan menyebabkan hidupan akuatik tiada tempat tinggal
kerana air sungai telah tercemar.Pengeluaran sisa radioaktif yang melampau akan
melemahkan sistem keimunan dan akan menyebabkanberlakunya penyakit mutsi dan
kanser yang serius.Pencemaran udara yang serius akan menyebabkan masalah alergi
pada tubuh badan dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.pencemaran
bunyi pula akan mengakibatkan kerosakan sistem pendengaran akibat daripada
terhasilnya bunyi nyaring yang akan meningkatkan kegelisahan terhadap manusia.Ia
juga mengganggu kadar denyutan jantung dan proses pencernaan yang ada pada
setiap tubuh badan manusia.

B)Kehilangan sumber ekonomi
-Kemusnahan hutan menyebabkan manusia kehilangan sumber ekonomi hutan seperti
kayu balak,kayu api,rotan dan lain lain.Pencemaran air akan menyebabkan hilangnya
sumber ekonomi akuatik seperti ikan.Pencemaran tanah juga akan menjejaskan
kawasan pertanian dan hasil-hasil pertanian.

C)Kepupusan spesis
-Pembalakan, pembukaan tanah, dan hujan asid menyebabkan kawasan hutan
semakin berkurangan dan spesies tumbuhan pupus.Keadaan ini Juga menyebabkan
haiwan berpindah ke kawasan lain seterusnya memaksa mereka bersaing untuk
hidup.Penggunaan pestisid dalam bidang pertanian menjejaskan siratan makanan dan
menyebabkan kematian organisma-organisma berfaedah.Pembuangan bahan kimia,
kumbahan, dan sisa kilang memusnahkan habitat organism akuatik.Keadaan ini
menyebabkan tumbuhan dan haiwan akuatik menjadi pupus.









3.1.3 Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Perubahan habitat
-Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan
hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.

Kerosakan cuaca
-Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa kemusnahan. Perubahan
bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau.
Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan suhu yang tidak
konsisten.

Peningkatan paras laut
-Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais di barat artatika
dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut. Kawasan pantai akan mengalami
banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan
tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.


Ancaman hidupan laut
- Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan
kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Peningkatan kepanasan juga membantu
proses penyebaran penyakit yang akan mengancam hidupan laut.






Kesimpulan




Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahayapencemaran, langkah-
langkah wajar dan berkesan patutdiambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar
ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalahtanggungjawab semua
pihak. Pengguna memainkan perananyang terpenting dalam menangani masalah
pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalahpencemaran,
sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.Alam sekitar yang bersih dan terlindung
mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains
dan teknologi negara di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai