Anda di halaman 1dari 10

ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU

Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah
dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu
setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan
berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan
untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang
bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh
hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga
daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah
pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi
mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat
yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong
dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu
ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali
pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih
yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan
upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur
keagamaan.


Selepas lahir
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada
ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat
naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan
akan tidur di samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau
Khamis.

Bersunat / Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak
perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun
atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan
menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam
lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di
dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan.
Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak
lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Perkahwinan
Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini
juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.

Meminang
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan
akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi
menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua
belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat
bertunang pula.

Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki
akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara
bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan
tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau
sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin berserta hantaran lain seperti
bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain.

Majlis perkahwinan
Persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan, khemah tetamu, menyiapkan
pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga
dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat
perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.

Kematian
Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukanoleh keluarga si mati
ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada
saudara mara dan jirantetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung
misalnya,pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.Mayat tersebut akan
diletakkan di ruang tengah rumah dandibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke
kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua
tangannyapula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri kedada. Orang
yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayatsuci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkansebuah tempat bara dan kemenyan
akan dibakar.

Semasa Kematian
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akandiadakan.
Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.Sebelum dikebumikan,
mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengantertib dan cermat. Mayat
perempuan akan dimandikan oleh tukang mandimayat perempuan dan begitulah
sebaliknya. Namun begitu mereka yangpaling baik memandikan mayat ialah di
kalangan ahli keluarga si matisendiri.Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara
membalut badan mayatdengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut
dalam tigalapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta
telekung.Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur
barus. Sebagaipenghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan
muhrim dibenarkanmengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada
tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan sama ada di rumah atau di masjid.

Semasa Kematian
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atauwaris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampundan maaf bagi pihak si mati jika selama
hayatnya beliau pernahberbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut
juga akanmeminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belumdijelaskan agar
dapat dihalalkan ataupun si penuntut bolehmenuntutnya pada waris si mati.

Semasa Pengebumian
Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan.Kaum
lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan
kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan
terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa
yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan
mayat serta membukakan ikatan di kepala.

Semasa Pengebumian
Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepaldan selepas
diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dantanah ditimbus. Dua batang batu
nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur
sebagai tanda.Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh
tok imam.Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati
dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis.Kemudian bunga rampai
pula ditabur.

Selepas Kematian
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si matiselepas jenazah
selamat dikebumikan. Ia diadakan pada haripertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh
empat atau keseratus hari.Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati
yangberada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yangmelakukan adat turun
batu iaitu menimbus kubur si mati denganbatu-batu kecil dan membina pagar kecil
di sekeliling pusaratersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

ADAT RESAM DAN WARISAN BUDAYA KAUM CINA
Adat Budaya Cina
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,
tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara
berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang
diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.

Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang
bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.
Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di
dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana
anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja
dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.


Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.
Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini
bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali
pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina.
Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan.
Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang
baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.
Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas
kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di
samping menguatkan semula tenaga.

Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah
dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah
kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat
kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi
dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan
adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu
dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.


Adat Resam Kaum India
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India
merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan
India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan
British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar
daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka
turut membawa budaya mereka yang unik.
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di
negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat
resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu
maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Tanda Hormat
Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang
kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau
makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat
kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai
tanda kebaikan dan kesyukuran.

Peranan Keluarga
Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan
utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. Ibu adalah umpama
Tuhan dan anak perempuan pun dipanggil amma seperti seorang ibu. Penjagaan
anak perempuan amat diberi perhatian.

Perkahwinan
Seorang suami pula adalah Tuhan bagi isterinya dan mesti sentiasa dihormati. Oleh
itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan
masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala
acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk.
Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada
waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di
rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu
kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan
untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

Kelahiran
Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua
saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir
keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara
penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi
dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.
Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari
kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu
mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu
persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara
yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada
hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.

Potong Tali Pusat
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan
rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini
dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak
digunakan oleh ahli sihir.


SELEPAS KELAHIRAN
Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.
Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan
campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.
Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak
diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan
memudahkan bayi bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi
akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu
tumbesaran bayi tersebut.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima,
ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke
rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang
malapetaka dari pada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang
dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali
mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.
Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut
dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi
dulang aalati dibuang.

Mendodoi Bayi
Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga
dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan
ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut
menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan
hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia
dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli
keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan
dewa-dewa.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh
kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan
dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan
mempengaruhi perwatakannya kelak.


Jantina

Lelaki secara fitrahnya lbih bersikap kerasdan agresif jika hendak di bandingkandengan
perempuan yang lebih sopansantun dan berhemah.

Perempuan lebih cepat matang jika hendakdibandingkan dengan lelaki tetapi padasatu
tahap umur, lelaki akan sama tahapkematangannya dengan perempuan

Faktor jantina campuran di bilik darjahmemberi peluang murid-murid lelaki
damperempuan bergaul dengan lebih tertib,bertanggungjawab, menghormatiperbezaan
yang wujud dari segi jantinaserta meluaskan lagi ruangpersefahaman dan toleransi.

Anda mungkin juga menyukai