Anda di halaman 1dari 12

1 | P a g e

Isi Kandungan

BIL Perkara Muka Surat
1 Pendahuluan 2
2 Pengertian Ibu Tumpang 3
3 Bentuk-bentuk Ibu Tumpang 4
4 Hukum Syarak terhadap Ibu Tumpang 5
5 Pandangan Ulama terhadap Ibu Tumpang 6 - 7
6 Pengertian Bayi Tabung Uji 8
7 Sejarah Bayi Tabung Uji 9
8 Proses Kejadian Bayi Tabung Uji 10
9 Pengekalan Zuriat mengikut Perspektif Syariat Islam 10
10 Kesimpulan 11
11 Rujukan 12











2 | P a g e

PENDAHULUAN
Zuriat ialah kurniaan Allah yang di berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ada
orang sudah ditentukan tidak mendapat anak dalam perkahwinannya. Ketentuan ini
mempunyai hikmah tersirat yang hanya di ketahui oleh Maha Pecipta iaitu Allah S.W.T.
Namun, ketentuan menggalakkan hambaNYA berusaha dan beriktiar untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, penyelesaian yang di
lakukan haruslah menepati aspek-aspek yang ditetapkan oleh syariat islam. Nasab
keturunan dalam syariat islam bukan suatu anugerah yang boleh di ubah-ubah dengan
sesuka hati. Nasab keturunan tidak boleh di susun atur oleh manusia kerana ia adalah
hak Allah yang mutlak. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya
mempunyai titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya
Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA).

(Al-Furqan, Ayat 54)

Ibu tumpangan atau dikenali sebagai penyewaan rahim merupakan istilah baharu
dalam dunia sains dan teknologi ini. Hal ini berlaku untuk membantu pasangan mandul
bagi mendapatkan zuriat untuk menyambung keturunan mereka. Teknologi bayi tabung
uji telah memberi cabaran dan menyentuh sensitiviti kemuliaan manusia.
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan dia jua
yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa
yang ada di dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seprang pun yang dapat
mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau buruk) . dan tiada
seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.

(Surah Luqman,ayat 34)
3 | P a g e

Pengertian Ibu Tumpang.
Proses ibu tumpang bermaksud menggunakan benih wanita lain untuk mengandungkan
benih wanita yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (suami isteri) dan janin itu
dikandung oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan ke dunia. Kebiasaannya pasangan
suami isteri yang ingin menggunakan kaedah ini akan menbayar sejumlah wang
kepada ibu tumpang untuk penyewaan rahim. Penyewaan rahim di luar negara
merupakan trend yang popular dan dikenali sebagai surrogate mother.
Penyewaan Rahim mengikut hukum Fiqh.
Penyewaan rahim sering berlaku dalam kalangan manusia di seluruh pelusuk dunia dan
majoritinya adalah negara barat. Antara sebab berlakunya penyewaan rahim ialah :
I. Seorang wanita tersebut mempunyai rahim yang lemah dan tidak berupaya
mengandungkan anaknya.
II. Wanita yang menghidapi penyakit-penyakit yang tertentu seperti penyakit asma,
kanker, aids dan hipertensi.
III. Ketidaksanggupan wanita untuk mengandung atas sebab kerjaya harian yang
mampu menjejaskan potensi wanita tersebut.









4 | P a g e

Bentuk-bentuk Ibu Tumpang
Bentuk pertama:
Benih isteri disenyawakan dengan benih suami,kemudian dimasukkan ke dalam rahim
wanita lain. Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih yang baik , tetapi
rahimnya dibuang kerana pembedahan , kecacatan yang teruk, akibat penyakit yang
kronik atau sebab-sebab yang lain.

Bentuk kedua:
Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah disenyawakan dibekukan
dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang selepas kematian pasangan suami isteri
itu.

Bentuk ketiga:
Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan suaminya) dan
dimasukkan ke dalam rahim wanita lain.Keadaan ini apabila suami mandul dan isteri
ada halangan atau kecacatan pada rahimnya tetapi benih isteri dalam keadaan baik.

Bentuk keempat:
Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain , kemudian dimasukkan ke
dalam rahim wanita lain. Keadaan ini berlaku apabila isteri ditimpa penyakit pada ovari
dan rahimnya tidak mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri telah mencapai tahap
putus haid (menopause).

Bentuk Kelima :
Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan , kemudian dimasukkan ke dalam rahim
isteri yang lain dari suami yang sama. Dalam keadaan ini isteri yang lain sanggup
mengandungkan anak suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.




5 | P a g e

Hukum-hukum Syarak terhadap Ibu Tumpang

Islam tidak mengharuskan penyewaan rahim atas beberapa perkara :
I. Tiada ikatan perkahwinan antara lelaki ( tuan punya sperma ) dan ibu tumpang.
II. Ikatan perkahwinan sempurna yang meliputi rukun dan syarat perkahwinan perlu
ada.

Firman Allah yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami
jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan
( surah Ar-Rad, ayat 38 )

Firman Allah lagi yang bermaksud:
Dan Allah menjadikan pasangan-pasangan (isteri) bagimu dari golongan sejenis
denganmu dan dijadikan daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit, serta
dikurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik lagi halal. Maka patutkah mereka (yang
ingkar) itu percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka
kufur pula akan nikmat Allah
( An-Nahl, ayat 72 )












6 | P a g e

Pandangan Para Ulama tentang Ibu Tumpang

Para Ulama bersepakat tentang pengharaman ibu tumpang dalam keadaan berikut :

I. menggunakan rahim wanita lain selain isteri.
II. percampuran benih antara suami dan wanita lain.
III. percampuran benih isteri dengan lelaki lain.
IV. Memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami isteri

Antara ulama yang berpendapat haram menggunakan ibu tumpang:-

1.Sheikh Mahmud Shaltut berpandapat bahawa :

Persenyawaan benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syariah adalah
jenayah mungkar dan berdosa besar seumpama zina pada sudut prinsip dan kesannya
yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapat anak sedangkan
antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan.

2. Syeikh Prof. Dr. Mohammad Raafat Othman berpendapat bahawa :

Perbuatan meletakkan sperma di dalam rahim perempuan yang tiada ikatan pernikahan
bukan zina, tetapi perbuatan itu sinonim dengan zina. Walaupun benih yang
dimasukkan ke dalam rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami
isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam rahim perempuan yang
bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang boleh
membawa kepada kekecohan dan perselisihan anatara manusia.





7 | P a g e

3. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa :

Beliau mengulas pandangan mengenai masalah ibu tumpangan yang kian menular di
Barat dengan memberi kritikan yang berbentuk sinis. Beliau menyatakan apakah
dengan tidak berpantang, mengidam serta melalui perit getir melahirkan, dia (wanita)
layak digelar sebagai ibu. Cukuplah hanya mempertaruhkan sel telur yang di
tumpangkan sebagai sewaan. Walaupun sel telur itu penting untuk menghasilkan
genetik tetapi ia tidak cukup meghasilkan nilai keibuan. Beliau mengatakan nama ibu itu
di ambil daripada perkataan arab walidah yang bererti perempuan yang melahirkan.
Manakala anak adalah awlad yang bererti di lahirkan.


Terdapat juga ulama yang mengharuskan penggunaan kaedah ini dan menetapkan
syarat-syarat yang amat ketat. Antaranya ialah :
I. Berhati-hati dalam menggunakan kaedah ini supaya benih tidak bercampur.
II. Kaedah ini hanya boleh dijalankan dalam keadaan darurat.
III. Ibu tumpang hendaklah mempunyai hubungan suami isteri yang sah
( suami mempunyai 2 isteri)

Dr Muhammad Bakar Ismail berpendapat bahawa :
Beliau berpendapat penyewaan rahim bagi bentuk ini adalah harus kerana kedua-dua
wanita tersebut adalah isteri bagi suami yang sama dan isteri yang lain secara sukarela
mengandungkan anak bagi madunya. Dalam keadaan ini , bapa anak tersebut telah
pasti dan ikatan kekeluargaan wujud dalam lingkungan yang baik, begitu juga tidak
wujud pencampuran nasab dari sudut suami dan isteri jika sikap berhati-hati diambil kira
bagi memenuhi syarat-syarat yang menjamin tidak berlaku percampuran nasab. Oleh
sebab itu, Al- Mujamma Al-Fiqhi li Rabitoh Al-Alam al-Islami secara majority
mengharuskan penyewaan rahim bentuk ini dalam daurah ketujuhnya, dengan syarat
pengawasan yang betul-betul sempurna agar tidak berlaku percampuran benih, kerana
kesilapan dalam percampuran benih dengan yang lain akan member kesan kepada
generasi demi generasi.
8 | P a g e

Pengertian Bayi Tabung Uji

Bayi tabung uji boleh didefinisikan sebagai persenyawaan atau percantuman antara
benih lelaki iaitu sperma dengan sel telur perempuan iaitu ovum di luar rahim.
Persenyawaan semulajadi hampir sama dengan persenyawaan bayi tabung uji. Konsep
bagi bayi tabung uji tidak bermaksud kehamilan itu membesar dan tumbuh hingga
menjadi bayi di dalam tabung uji. Tetapi hanya sekadar proses persenyawaan sahaja
yang berlaku di luar tubuh. Perkembangan dan pembesaran jasad bayi sebenarnya
berlaku di dalam rahim.

Teknik ini merupakan satu sinar harapan baru bagi pasangan suami isteri yang tidak
berupaya untuk mendapatkan anak. Tetapi teknik ini juga membawa risiko kepada
perempuan tersebut seperti jika pada kali pertama persenyawaan itu gagal, ia perlu
diulang-ulang sehingga berjaya dan kemungkinan ini akan menjejaskan kesihatan
perempuan itu.
















9 | P a g e

Sejarah Bayi Tabung Uji

Ahli-ahli sains telah lama membuat kajian tentang teori sama ada seseorang wanita
boleh hamil tanpa mengadakan hubungan kelamin dengan lelaki. Kehamilan berlaku
apabila sperma lelaki bercantum dengan ovum wanita. Bayi tabung uji dianggap
sesuatu yang tidak masuk akal oleh masyarakat terdahulu.
Saintis terulung, Ibnu Khaldun dan beberapa orang ahli falsafah Islam sebelum beliau
seperti Ibnu Sina dan al-Farabi telah mencetuskan idea penciptaan yang menyerupai
teori bayi tabung uji. Idea sebegini dikemukakan ketika beliau membahaskan perihal
kimia mengikut pendapat generasi terdahulu di dalam penulisan Muqaddimah beliau
yang mahsyur.
Dengan perkembangan penyelidikan sains, terhasilah suatu penemuan baharu yang
dinamakan bayi tabung uji. Pencapaian sains terkini telah mampu menyediakan
praktikan teknologi yang membentuk suasana dan persekitaran yang bersesuaian untuk
menghasilkan kejadian manusia daripada mani, melalui proses dan kawalan yang
sempurna dan padu.
Kisah penemuan bayi tabung uji tersebar luas pada zaman ini. Pelbagai penyelidikan
dan eksperimen dijalankan oleh doktor-doktor perubatan Amerika dan mendapat
perhatian rakyat negara tersebut. Suatu percubaan memindahkan janin berusia lima
hari dari rahim ibunya ke rahim perempuan kedua telah dibuat. Bayi ini dikandungkan
selama sembilan bulan dan berjaya dilahirkan.
Untuk pertama kali dalam sejarah, seorang warga Australia berjaya melahirkan anak
yang dipesum ( Percantuman sperma dan ovum) daripada ovum wanita kedua.
Kejayaan ini mendapat liputan istimewa dan disiarkan oleh akhbar De Bare (Perancis).





10 | P a g e

Proses Kejadian Bayi Tabung Uji

Berikut ialah proses kejadian bayi tabung uji secara zatnya sangat ringkas dan mudah.
Asas pembentukan:

I. Bermula dengan ovum yang dikeluarkan oleh ovari diletakkan di dalam
radas khas dengan perlindungan cecair fisiologi yang sesuai.
II. Kemudian sperma lelaki dicantumkan dengan ovum untuk untuk
disenyawakan.
III. Apabila persenyawaan sempurna membentuk zigot,sel tersebut akan
mmbahagi dua.
IV. Kemudian membentuk empat sel dan seterusnya membentuk lapan sel.
V. Proses ini berlaku pada hari keempat selepas persenyawaan ,dan
dinamakan tahap marula yang menyerupai bentuk buah mulberi.


Pengekalan Zuriat Mengikut Perspektif Syariat Islam

Islam menggalakkan perolehan zuriat melalui perkahwinan. Rasulullah bersabda
bahawa :
Berkahwin kamu,lahirkan zuriat dan ramaikan, sesungguhnya aku berbangga dengan
(ramainya) kamu,umat(ku) pada hari kiamat.
(Direkodkan oleh Nasai)

Persetubuhan adalah satu-satunya cara untuk melahirkan keturunan. Islam
mensyariatkan satu cara terbaik untuk menghalalkan persetubuhan dengan
mewujudkan ikatan perkahwinan. Melalui perikatan sah ini sekalian umat dapat
mengecapi keharmonian hidup yang sempurna.





11 | P a g e

Kesimpulan

Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia. Namun kita harus sedar
limitasi yang wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa
masalah kepada kehidupan manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan. Teknologi
dihasilkan untuk memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak
negatif.
Di Barat, terdapat aliran yang kuat memberikan hak kepada ibu yang melahirkan
contohnya di Britain. Manakala di California, pemilik benih dikira sebagai ibu sebenar
dari sudut undang-undang.Di Itali, undang-undang melarang penyewaan rahim tetapi
menerima sekiranya dengan kerelaan individu sendiri.
Namun, ternyata apabila manusia tidak menjadikan agama sebagai pegangan dan
akhlak sebagai benteng, berlaku pelbagai kepincangan yang mengundang kemusnahan
dan kecelaruan kepada institusi masyarakat.













12 | P a g e

Rujukan

Buku :
I. Bayi Tabung Dan Pencangkokan Dalam Sorotan Hukum Islam
oleh Muktar Tarjih Muhammadiyah (m/s 60,79,105)

II. 8 Dilema Moral Zaman Ini
oleh Gregorius C.Higgins (m/s 36)


Laman sesawang :
http://ida-alaydrus.blogspot.com/2011_12_01_archive.html
http://insankhafie.blogspot.com/2009/01/bayi-tabung-uji.html
http://warisan15.blogspot.com/2010/06/hukum-penyewaan-rahim-ibu.html