Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala umurid dunia waddin, wa ala

alihi wasahbihi ajmain.


Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang berusaha En. Ismail b. Bakar Guru Besar Sk tanah Rata, Yang dihormati Pn.hjh Kamsiah Noor bt
md.Zin guru besar cemerlang sk putrajaya presint 9, yang dialu-alukan guru2, ibu bapa dan murid2
pendidikan khas sk putrajaya presint 9.
selamat datang diucapkan kepada semua guru2.ibubapa dan murid2 sk putrajaya present 9 sempena
lawatan penanda aras ke sk tanah rata, Cameron highlands.
Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk tazimnya
menjemput dan mempersilakan untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik mohd faisal atas bacaan doa sebentar tadi..

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..


Untuk itu, dengan segala hormat dan tunduk kasihnya, pihak majlis mempersilakan
Yang berusaha en ismail bin bakar tuan guru besar sk tanah rata untuk menyampaikan ucapan alu-
aluanya. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha en. Ismail b. bakar guru besar sk
tanah rata atas ucapannya sebentar tadi. Semoga kita semua dapat mengambil input-input penting sebagai
panduan dan maklumat yang berguna bagi memastikan objektif lawatan penanda aras pihak tuan ke
sekolah kami tercapai dengan jayanya.
Seterusnya, pihak majlis dengan berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan pn.hjh kamsiah noor bt
md.zin guru besar sk putrajaya present 9 utk menyampaikan sepatah 2 kata.
Terima kasih diucapkan kpd pn.hjh kamsiah noor bt md,zin atas ucapannya sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya adalah persembahan multimedia dari pihak kami yang bertajuk
..
Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan anak didik dr pendidikan khas sk tanah rata.
Terima kasih diucapkan kepada semua anak didik pendidikan khas sk tanah rata atas persembahan yang
amat menghiburkan sebentar tadi.
Sebagai tanda kenang-kenangan pihak sekolah amat berbesar hati untuk sesi bertukar hadiah bersama
pihak sk putrajaya present 9.
Dengan tu majlis mempersilakan tn.gb untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenagan kepada pihak
sk putrajaya present 9.
Dijemput pn.hajah kamsiah noor bt md.zin selaku guru besar sk putrajaya present 9 utk menerima
cenderahati.
Tuan-tuan, Puan-Puan serta hadirin dan hadirat sekalian, dengan berakhirnya sesi bertukar hadiah itu tadi,
maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa pelaksana program
mengucapkan Jutaan Terima kasih dan kami mendoakan semoga Tuan-tuan, Puan-puan serta hadirin dan
hadirat sekalian selamat sampai ke destinasi yang dituju selepas ini.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Majlis dengan ini menjemput saudara .. untuk mengetuai bacaan doa makan,
Majlis dengan ini menjemput pihak tuan dan puan untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah
kami sediakan. Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi di
atas kelemahan dan kekhilafan kami. Semoga bertemu lagi, Sekian, Wassalamualaikum warah matullahi
wabarakatu dan Salam 1Malaysia.