Anda di halaman 1dari 17

Tekanan Emosi

Dalam Cabaran Guru


4.2 Burn Out
Perasaan kegagalan, keletihan, dan kelesuan
yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu
membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau
kecekalan seseorang.
Menjejaskan mutu perkhidmatan pendidikan
dan memberi implikasi kepada sistem
pendidikan negara.
Merujuk kepada kesan penyalahgunaan dadah
yang kronik sebagai satu sindiran kepada ciri-
ciri fizikal dan psikologikal pekerja-pekerja
sukarela yang bekerja dengan penagih-
penagih dadah di beberapa buah agensi
kesihatan.
Maslach & Jackson (1981a,1981b)
menerangkan bahawa terdapat tiga jenis burn
out iaitu kelesuan emosi (emotional
exhaustion), depersonalisasi
(depersonalization), dan pencapaian peribadi
(personal accomplishment).
Burn out merupakan satu proses yang
beransur-ansur (Gradual process) daripada
seseorang yang komited sehinggalah dia
kehilangan daya minat terhadap kerjayanya.
Individu yang mengalami burn out sering
mengalami kehausan fizikal dan emosi, hilang
daya minat terhadap keseluruhan kerjaya dan
sering mengasingkan diri.
Kesan burn out:
Kos langsung:
o Kos ketidakhadiran
o Peningkatan pusing ganti kakitangan
o Penurunan produktiviti serta kos latihan dan
latihan semula.
Kesan burn out:
Kos tidak langsung:
o Penurunan motivasi, kepuasan dan daya cipta
serta masalah perhubungan awam.
o Menurunkan daya saing perniagaan.
Cranswick (1997) yang mengatakan bahawa
pada awal karier seseorang itu akan
mengalami tekanan yang tinggi.
Kaunselor yang berpengalaman lebih mudah
bosan terhadap terhadap kerja yang dilakukan
dan memerlukan kepelbagaian pendekatan
dan strategi supaya kebosanan itu daoat
dikurangkan.
Cara-Cara
Cara penyeliaan yang berbeza
Membuat percubaan kepada cara yang selalu
diamalkan
Mengubah gaya kaunseling
Menggunakan taktik dan pendekatan baru
bagi menghadapi klien.
Tahap burn out dalam kalangan guru
bergantung kepada bebanan tugas yang
diterimanya.
Pengagihan kerja yang tidak sama rata antara
guru oleh pihak pengurusan sekolah.
Bidang kerja guru tidak lagi terhad kepada
mengajar semata-mata, bahkan mereka perlu
menyelami hati dan perasaan para murid
dengan lebih mendalam.
Jika tidak ditangani dengan bijak akhirnya
akan menyebabkan guru mengalami burn out.
Sesetengah pendidik berasakan mereka
kurang berkemampuan untuk membentuk
murid-murid, sebaliknya mereka hanya
berupaya mengajar dan menyampaikan
pengetahuan berdasarkan sukatan yang
dibekalkan.
Burn out dalam kalangan guru di sekolah
boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan
antara tuntutan, harapan dan kebolehan
seseorang.
Faktor tekanan kerja dan burn out dalam
kalangan guru. Antaranya ialah ketandusan emosi
dan depersonalisasi.
Sindrom burn out mempunyai tiga dimensi:
a. Keletihan emosi: Dijelaskan dengan perasaan
kelesuan dan kehabisan tenaga.
b. Dipersonalisasi: Dijelaskan seperti sikap
emosional dan melayakkan murid (Klien) seolah-
olah mereka (Murid-murid) sebagai objek yang
tidak berguna, serta melabel murid dengan
istilah-istilah tertentu atau technical jargon.
c. Kekurangan pencapaian peribadi.
Burn out akan hanya dialami oleh pekerja-
pekerja yang bermotivasi tinggi, berdedikasi,
kuat bekerja dan komited.
Tanda-Tanda:
1. Tanda-Tanda Fizikal
a) Rasa ketandusan dan letih
b) Kerap sakit kepala
c) Gangguan penghadaman
d) Payah hendak tidur
Tanda-Tanda:
2. Tanda-Tanda perlakuan
a) Mudah marah
b) Sensitif
c) Sukar mengawal perasaan
d) Mudah menangis
e) Rasa beban tugas
Tanda-Tanda:
3. Tahap burn out
a) Kurang kemahiran
b) Penempatan kerja yang tidak sesuai
c) Rasa tidak dihargai
d) Ekspektasi terlalu tinggi
e) Masalah peribadi
Personaliti, Psikososial, Psikopersonal,
Perkahwinan, Kesihatan, Kewangan,
Akhlak/Agama
Kesan burn out kepada guru.
1. Keletihan emosi
Terlalu letih sehingga tidak bermaya untuk
melayan pelanggan, rakan sekerja dan ahli
keluarga.
Emosi tidak stabil, Negatif
Hilang tumpuan

2. Kesan Fizikal
Kesihatan terjejas
Kardiovaskular
Gastrik
Radang kulit
Selalu cuti sakit
Mengasingkan diri
Bergaduh secara terbuka
3. Kesan Organisasi
Penurunan produktiviti
Pengurusan tentang cuti bertambah
Kes tatatertib / disiplin bertambah