Anda di halaman 1dari 27

FALSAFAH, PENGARUH

DAN LATAR BELAKANG


CHINA
PENGENALAN BAHASA VISUAL
Disediakan Oleh:
MOHD AMIRUL AFIQS BIN SAARI
MOHD EZUWAN BIN AFFANDI
Falsafah Seni China
Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap
bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan
kaligrafi.
Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan
perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan
spontan melalui proses pelukisan gambar.
Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis
untuk mewakili alam semesta.
Contoh: gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan
air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dll.
Lukisan juga dilukis pada kain sutera, tembikar dan kertas.
Ia biasanya terdiri daripada potret manusia, gambar yang
berlatarbelakangkan cerita-cerita mitos dan peristiwa yang benar-
benar berlaku.


Contoh Karya Fahaman Daoisme
Pengaruh Dinasti
Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari
orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke
arah keduniaan.

Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu
Wu Tao Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha.

Seni lukis mencapai kemajuan sebenar pada zaman
Dinasti Sung. Dua orang pelukis terkenal zaman ini ialah
Kuo Hsi dan Mi Fei.

Kedatangan agama Buddha memberi motif baru dalam
seni lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar
pemandangan seperti sungai, gunung ganang, batu-batu
dan salji.

Tembok dihiasi dengan catan fresco menggambarkan tokoh
terkemuka seperti ahli falsafah, raja-raja, negarawan.




Catan Dinasti Tang
lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam
berbagai aktiviti kehidupan. golden age (Zaman
Keemasan)
Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap,
bunga dan burung lebih menonjol, diikuti dengan lukisan
pemandangan yang mempunyai keupayaan membawa
seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang aman
dan bebas.
lukisan lanskap, bunga dan burung, lukisan figura
merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional.
Karya Pelukis Dinasti Tang
Zhang Xuan






Spring Outing of the Tang Court
Han Gan






Night-Shining White
Dinasti Sung (960-1279)
Pada zaman ini, lukisan yang kreatif bermatlamat politik
dan pendidikan mendapat sokongan oleh golongan
bangsawan.
Zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik seni lukis
yang agak sistematik
kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan (lukisan yang
ada sajak) akibat daripada perubahan sosial, ekonomi
dan kebudayaan.

Perkembangan seni lanskap Dinasti
Sung
Pelukis lanskap yang hebat di Utara melukiskan gunung-
ganang bercerun tajam dan dataran yang luas.
Manakala rakan seperjuangan mereka di Lembah Sungai
Yangtze pula memaparkan bukit-bukau rendah
berdedaunan rimbun yang diselubungi awan.
Pelukis-pelukis lain yang terkenal seperti Chou Chee
Chang, Lin Ting Tsung, Kuo Hsi, Mei Fei dan lain-lain lagi.
Karya Pelukis Dinasti Sung
Kuo Hsi:
Aufklarender Herbsthimmel
Early Spring
Mi Fei

Mi Fei (1051-1107), Auspicious
Pines in Spring Mountains
Mi Fei - calligraphy
Alat dan bahan catan cina
Dakwat
Berus
Sutera dan kertas - Hasil seni atas kertas adalah lebih
mudah disimpan lama berbanding dengan sutera.


Tiga gaya catan cina
1. Pai Miao
Lukisan lakaran tanpa warna.
Sama seperti lukisan pensil.
Lakaran ini mementingkan
kelicinan dan kematangan garisan
serta ton gelap yang memberi
kesan form.

2. Gong bi
Lebih kepada realistik, teliti
dan menyelupai benda yang
sebenar.
Gaya ini serupa teknik grafik,
kekemasan dan kehalusan perlu
ditekankan.
Xieyi
Secara spontan, berani
menggunakan warna dan
tidak ada garisan lakaran.
Gaya ini dapat
mengekspresikan mod
seseorang pelukis pada
masa itu.

1. Rouge Tint
Merah pipi
2. Indigo
Biru nila
3. Gamboge Tint
Kuning rotan

4. Carmine
Merah tua / merah gincu
5. Cinnabar Tint
Merah gelap seperti darah
yang hampir kering.


6. Burnt Sienna
Coklat burung pipit.
7. Phthalocyanine
Hijau kebiruan
8. Vermilion Tint
Merah tua

9. Black
Hitam

Asas Skema Warna Yang Digunakan Dalam
Catan Cina
Makna & Maksud Dalam Warna

Qing (warna hijau)
Hijau ialah warna alam semula jadi.
Melambangkan: kesegaran dan berharapan.

Hong (warna merah)
Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup
subur.
Melambangkan: kemeriahan, kegembiraan, wanita atau gadis yang
cantik.
Huang (warna kuning)
Warna dataran rata di utara China.
Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada
tanah.
dikaitkan dengan maharaja dan keagamaan.

Bai (warna putih)
Masyarakat cina: Warna alam spiritual upacara kematian
dan pengkebumian.
Agama Buddha: melambangkan kesucian dan berkait
rapat dengan bunga teratai.

Hei (warna hitam)
Warna hitam merupakan sesuatu yang misteri.
Melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

Hal Benda Dalam Catan
Sebagai rumpun yang sentiasa
menghijau, buluh yang lentuk dan
angun mewakili kekuatan,
ketahanan, dan kegigihan untuk
terus hidup dalam sebarang
cuaca.
Buluh dikaitkan dengan nasib
yang baik kerana namanya sama
dengan perkataan permintaan.

Ju (Buluh)


Lian Hua (Bunga teratai)

Bunga teratai menandakan kesucian.
Ia mengandungi semangat yang tidak dapat
dicemari.
Bunga teratai mempunyai dua makna
dalam bahasa Cina; iaitu
kedamaian dan keharmonian
dan nasib baik yang berulang

Ma (Kuda)

Kuda dikait rapat dengan
ketenteraan dan kebangsawanan,
dan sifat-sifat yang mewakili
kekayaan.
Kuda putih melambangkan
penyebaran ilmu pengetahuan.
Kuda-kuda ini sering digambarkan
dalam keadaan berlari pantas
dengan kaki tidak mencecah tanah.

Tie (Rama-rama)

Selalunya dikaitkan dengan roh nenek
mayang dan peringatan.
Simbol panjang umur.

Li Yu (Ikan Kap)

Melambangkan kekayaan. Li Yu sama
bunyi dengan liyu (keuntungan)
Ikan kap juga adalah simbol usia yang
panjang kerana dipercayai kebal
daripada kematian secara semulajadi