Anda di halaman 1dari 19

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA




HBEF3503SMP
PENDIDIKAN INKLUSIF
SEPTEMBER 2013


T1A2

AKTIVITI 1: SET INSTRUMEN PENILAIAN DAN PROSES SARINGAN

NO. MATRIKULASI : 660301125282001
NO. KAD PENGNEALAN : 660301125282
NO. TELEFON : 0138977871
E-MEL : baddare@oum.edu.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU ( X06 )


2

ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
MUKA HADAPAN 1
ISI KANDUNGAN 2
1.0 PENGENALAN 4
2.0 KRITERIA PENILAIAN 4
2.1 Objektif Instrumen Saringan Domaian LINUS
Pendidikan Khas
4
2.2 Enam Domain Instrumen Saringan LINUS 4
3.0 INSTRUMEN PENILAIAN YANG
DIPERLUKAN
5
3.1 Domain Kognitif 5
3.2 Domain Bahasa dan Komunikasi 5
3.3 Domain Sosioemosi 6
3.4 Domain Tingkah Laku 6
3.4.1 Tingkah Laku Perlakuan Agresif 7
3.4.2 Tingkah Laku Negatif 7
3.5 Domain Motor Kasar 7
3.6 Motor Halus 8
4.0 INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN
PENDIDIKAN KHAS
9
INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN
PENDIDIKAN KHAS SET 1
9
5.0 PROSES SARINGAN 13
5.1 Kumpulan Sasaran 13
5.2 Kriteria Murid yang Dinilai 13
5.3 Kriteria Penilai 13
3

5.4 Prosedur Pelaksanaan Instrumen Saringan 14
5.5 Instrumen Saringan 14
5.6 Pelaksanaan Saringan LINUS Pendidikan Khas 15
5.7 Carta Alir Pelaksanaan Proses Saringan 15
CARTA ALIR PELAKSANAAN PROSES
SARINGAN

16
CARTA ALIR PROSES SARINGAN LINUS
PENDIDIKAN KHAS

18
6.0 PENUTUP 18
RUJUKAN 19















4

1.0 PENGENALAN

Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat perancangan yang
lebih berkesan. Penilaian ini juga dilakukan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar.
Menurut J amila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi
perkembangan intelektual, emosi, bahasa, dan kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan.
Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran
dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak. D.Stuflebeam, dalam bukunya
Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses
menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.

2.0 KRITERIA PENILAIAN

Terdapat beberapa kriteria penilaian yang dijalankan di sekolah bagi memastikan samada pelajar
tersebut layak untuk dihantar ke kelas Pendidikan Khas. Antara langkah yang boleh dijalankan
adalah melalui Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas.

2.1 Objektif Instrumen Saringan Domaian LINUS Pendidikan Khas

1. Mengenalpasti secara spesifik tahap perkembangan murid berdasarkan enam domain
perkembangan kanak-kanak.
2. Menentukan program / aktiviti intervensi yang bersesuaian yang menepati keperluan murid.
3. Membantu murid mencapai tahap literasi dan numerasi mengikut kemampuan mereka.

2.2 Enam Domain Instrumen Saringan LINUS
Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas ini dibahagi berdasarkan kepada
enam domain perkembangan seperti di bawah:

BAHAGIAN 1: Domain Kognitif;
BAHAGIAN 2: Domain Bahasa dan Komunikasi;
BAHAGIAN 3: Domain Sosioemosi;
BAHAGIAN 4: Domain Tingkah laku;
BAHAGIAN 5: Domain Motor kasar; dan
5

BAHAGIAN 6: Domain Motor halus.

Setiap Bahagian dalam instrumen saringan ini dimulai dengan definisi mengikut domain dan
panduan kepada guru untuk mentadbir setiap item dalam instrumen saringan. Guru pendidikan
khas yang akan melaksanakan saringan ini perlu membaca dengan teliti dan memahami setiap
arahan dalam manual ini supaya pelaksanaan saringan dapat dibuat dengan lancar.

3.0 INSTRUMEN PENILAIAN YANG DIPERLUKAN

3.1 Domain Kognitif

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang diguna untuk mengukur kemahiran
intelektual berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras pengetahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, sintaksis dan penilaian (S. Bloom 1956). Dalam konteks instrumen saringan
domain LINUS Pendidikan Khas, domain kogntif adalah lebih berfokus kepada aras yang paling
asas iaitu pengetahuan dan pemahaman.
Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang
bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai (Bloom et al., 1989).

Instrumen penilaian yang sesuai bagi domain kognitif adalah melalui;
A. Ujian Pengamatan iaitu keupayaan mendiskriminasi objek,bentuk, saiz dan
menyambungkan titik.
B. Pranombor iaitu keupayaan membezakan bentuk, saiz dan menyambungkan titik.
C. robmoN itiai keupayaan membilang objek, mengenal nombor, memadankan
objek dengan nombor, menyusun nombor dengan urutan menaik dan menurun.

3.2 Domain Bahasa dan Komunikasi

Komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan
individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna (Kamus Dewan, 1992). Unsur komunikasi
adalah merentas semua aktiviti yang disediakan dalam instrumen saringan.

Tiga bentuk kemahiran Instrumen penilaian untuk Domain Bahasa dan Komunikasi adalah :
A. KEMAHIRAN (Mendengar dan Bertutur): Kemahiran asas mengenal huruf
Keupayaan mengenal dan mengecam objek/ anggota badan
6

Keupayaan mengenal dan mengajuk bunyi yang didengar
B. KEMAHIRAN (Bacaan): Kemahiran asas membaca
Keupayaan mengajuk nama huruf
Keupayaan menamakan huruf (a-z)
C. KEMAHIRAN (Tulisan): Kemahiran asas menulis
Keupayaan menyambung titik membentuk huruf

3.3 Domain Sosioemosi

Perkembangan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses
berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Proses ini berlaku apabila kanak-kanak
belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya.

Secara amnya, emosi merujuk kepada keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang
terhadap sesuatu benda atau keadaan yang menghasilkan perubahan dalam fikiran, tingkahlaku,
perasaan dan pengalaman (Kementerian Kesihatan Malaysia). Emosi boleh diklasifikasikan
kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.

Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosioemosi, kanak-kanak dapat mengurus dan
memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina
keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

Instrumen pelaksanaan ini ditadbir secara lisan dan pemerhatian oleh guru. Instrumen ini
mengandungi 3 bahagian iaitu :
A. Soal jawab dengan murid (10 soalan)
B. Pemerhatian guru Perlakuan sosio emosi positif (10 soalan)
C. Pemerhatian guru (i) Perlakuan sosio emosi negatif ringan (5 soalan)
(ii) Perlakuan sosio emosi negatif berat (5 soalan)

3.4. Domain Tingkah Laku

Masalah tingkah laku boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar
dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau sekolah.
7

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya
di dalam bilik darjah.

3.4.1 Tingkah Laku Perlakuan Agresif

Tingkah laku perlakuan agresif pula didefinisikan sebagai masalah serius berterusan, konsisten
dan sukar diubah. Ianya memerlukan intervensi jangka panjang, kaunseling atau modifikasi
tingkah laku. Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius. Tingkah laku
ini mungkin melibatkan permusuhan nyata. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan
ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam yang akan memberi kesan yang
buruk kelak. Contoh : tumbuk-menumbuk, bergaduh, dan vandalisme.

3.4.2 Tingkah Laku Negatif

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif
bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang sering
memberontak dalam kelas juga merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
negatif.

3.5 Domain Motor Kasar

Pergerakan motor kasar adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot besar untuk pergerakan
kasar. Perkembangan pergerakan kasar adalah hasil koordinasi aktiviti sistem serat dan otot.
Dengan kematangan kedua-dua sistem ini, pergerakan kasar akan menjadi lebih khusus dan
berkoordinasi. Perkembangan pergerakan motor kasar adalah mengikut prinsip haluan kepala ke
kaki dan dari pangkal lengan dan peha ke hujung jari tengah dan kaki, iaitu bermula dari
keupayaan mengawal kepala,duduk,dan berjalan. Dari sini kanakkanak akan meningkatkan
pergerakan tersebut kepada kemahiran koordinasi pergerakan tersebut serta menjadikan
pergerakannya lebih khusus seperti berjalan, berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.




8

3.6 Motor Halus

Pergerakan motor halus adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot-otot kecil di bahagian
tengah dan jari-jari tangan. Keadaan ini memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.
Seperti perkembangan pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus juga berkait rapat dengan
perkembangan sistem serat dan otot. Kematangan kedua-dua sistem akan menghasilkan
pergerakan halus yang lebih khusus dan berkoordinasi.































9

4.0 INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN PENDIDIKAN KHAS


INSTRUMEN PENILAIAN SARINGAN
PENDIDIKAN KHAS

SET 1

2013

MASA : 30 MINIT

MAKLUMAT MURID
NAMA :
................................................................................

KELAS :
.................................................................................

JANTINA : LELAKI ( ) PEREMPUAN ( )
KONSTRUK TERTINGGI : 10 / 11 / 12



MAC 2013


1. Instrumen ini adalah dalam bahasa Melayu.

2. Instrumen ini mengandungi 20 item.

3. Guru tidak dibenarkan membantu murid memahami tugasan
item.

4. Sila gunakan pensel untuk menjawab soalan.



10

BAHAGIAN A
1. Padankan huruf besar dengan huruf kecil.




2. Cerakinkan suku kata di bawah.


1. bola - bo + la

2. buku - +

3. kuda - +

4. sepak - +

5. doktor - +
I w
W
f
F i
y
x
X
Y
11


BAHAGIAN B
3. Cantumkan suku kata di bawah bagi membentuk perkataan berdasarkan gambar yang
disediakan.










tik tak tok
I tik


yim yam yok
a

sir sar sor
si

pil pal pol
ka

lit lat lot
u

til tal tol
ban
12

BAHAGIAN C

Arahan : Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.






Setiap _______________ (17 ) ibu pergi ke pasar.



Di pasar ada ramai ___________________ (18) .




Ibu ______________ (19) daging, sayur dan buah



_________________ (20).


KERTAS SOALAN TAMAT


orang
membeli tembikai pagi

13

5.0 PROSES SARINGAN

Proses saringan dijalankan bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:
Mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai masalah dalam
pembelajaran.
Memastikan murid mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang
bersesuaian mengikut keperluan.

5.1 Kumpulan Sasaran
Instrumen ini boleh digunakan bagi kumpulan murid berikut:
(i) Murid LINUS Tegar
(ii) Murid Program Pemulihan Khas
(iii) Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas

5.2 Kriteria Murid yang Dinilai

Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang
daripada enam bulan;

Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis
dan mengira;

Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik;

Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan
dalam kelas atau Program Pemulihan Khas.


5.3 Kriteria Penilai

Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurang-kurangnya
selama enam bulan.
14


Contoh guru yang boleh menjadi penilai:
i) guru LINUS;
ii) guru kelas;
iii) guru Pemulihan Khas;
iv) guru Bahasa Malaysia;
v) guru Matematik.

5.4 Prosedur Pelaksanaan Instrumen Saringan

Saringan ini hendaklah dilaksanakan secara tidak formal tanpa dihadkan tempoh masa
Terdiri dari tiga saringan iaitu :

Saringan 1
Untuk semua murid Tahun 1 - bulan Mac
Saringan 2
Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1 - Jun
Saringan 3
Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 - September
Keputusan Saringan 3 ketika pelajar di Tahun 3, dalam bulan September akan dijadikan
ukuran pencapaian KPI.

5.5 Instrumen Saringan
Instrumen Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3mengukur konstruk yang sama
Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan
(depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari murid
dalam tahun berkenaan.
15

Semua instrumen Saringan LINUS dibina oleh LP tetapiproses saringan dilaksanakan
oleh guru secara individuatau kumpulan kecil murid.
Proses saringan dilaksanakan secara standarddijalankan secara serentak terhadap
semua muriddengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama.
Proses saringan boleh dilaksanakan semasa prosespengajaran dan pembelajaran.
Ketiga-tiga saringan MESTI dilaksanakan oleh guru

5.6 Pelaksanaan Saringan LINUS Pendidikan Khas
Instrumen saringan ini ditadbir secara tidak formal (BUKAN merupakan
peperiksaan).
Instrumen ditadbir mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Guru MESTI merujuk kepada Manual Instrumen Saringan 1 dan Saringan
Domain LINUS Pendidikan Khas sebelum melaksanakan saringan.

5.7 Carta Alir Pelaksanaan Proses Saringan
Carta alir menunjukkan prosedur penilaian yang hendak dilaksanakan.

















16



CARTA ALIR PELAKSANAAN PROSES SARINGAN































TIDAK MELEPASI
MELEPASI
DISAHKAN
TIDAK DISAHKAN
SARINGAN
PENGESANAN

MURID LINUS
TEGAR
PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM
PEMULIHAN KHAS
PEMERIKSAAN
PENGAMAL
PERUBATAN
17

CARTA ALIR PROSES SARINGAN LINUS PENDIDIKAN KHAS













18

6.0 PENUTUP
Pelaksanaan proses saringan merupakan satu langkah penting dan tidak boleh dipandang
ringan bagi mengenali program yang sesuai kearah kejayaan seseorang pelajar. Melalui
proses saringan inilah guru dapat membantu para pelajarnya samada perlu diberikan
pemulihan di aliran perdana atau dihantar ke sekolah Pendidikan Khas. Ini kerana anak-anak
khas seringkali dipinggirkan oleh rakan dan guru sekiranya berada di aliran perdana.
Walaupun hakikatnya mereka juga adalah pelajar, namun disebabkan kekurangan dan
ketidakupayaan mereka, mereka tidak mendapat sokongan dan akan hilang keyakinan diri
apabila berada dengan rakan pelajar yang lain. Dengan adanya penilaian saringan ini, guru-
guru dan ibu bapa dapat menngenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, guru
dan ibu bapa dapat menyediakan program intervensi yang sesuai mengikut kemampuan
kanak-kanak. Hal ini amat membantu mereka mendapat kehidupan yang selesa di samping
pendidikan yang sesuai dengan tahap kemampuan sendiri.


( 1730 patah perkataan )












19

RUJUKAN
Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak MasalahPembelajaran:
Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEMSdn. Bhd..
Haliza Hamzah, (2008).Perkembangan Kanak-kanak: Untuk Program IjazahSarjana Muda
Perguruan:Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik, KualaLumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Jamila K.A Mohamed, (2008).Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007).Buku Panduan
Instrumen Penempatan Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran
(IPP):Manual.Selangor: Absolute Master Printers Sdn.Bhd.

http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/pentaksiran-dalam-pendidikan-khas.html
http://jiajiastar2.blogspot.com/2010/01/ujian-pengamatan.htmlUjian Pengamatan

http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2013/01/maksud-tujuan-dan-kepentingan-
ujian.html#!

http://szinteraktif.blogspot.com/2012/12/bbm.htmlhttp://pemulihankhascikgucam.blogspot.co
m/2010/08/pentaksiran.html

http://www.scribd.com/doc/186674126/112602259-linus
http://www.scribd.com/doc/23981538/LINUS-KONSEP-LITERASI
http://www.scribd.com/doc/52811031/Manual-Instrumen-Pengesanan-8-April-2011

http://www.scribd.com/doc/86165543/instrumen-membaca-saringan-1