Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL MINGGU 2

MINGGU PRAKTIKUM : 2
TARIKH : 20 JULAI 2014 24 JULAI 2014
TAJUK JURNAL : MASALAH PENGURUSAN MASA

1. Isu Yang Difokuskan :
Pada minggu kedua saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang saya telah rancangkan. Seterusnya, terdapat aktiviti yang telah
dirancangkan tidak dapat mengikut masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya
untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari tertentu.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan ( Punca dan Kesan Isu ) :
Masalah ini timbul kerana pergerakan murid dari bilik darjah ke bilik Pendidikan Seni
Visual mengambil masa yang lama. Didapati disebabkan murid menggambil masa
sebanyak 5 hingga 10 minit untuk bergarak pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dijalankan menggikut masa yang di tetapkan. Oleh itu, saya terpaksa
melepaskan murid murid lewat sedikit. Seterusnya, semasa meminta murid
murid membuat hasil karya, mereka membuat dengan perlahan lahan tidak tekun
semasa membuat hasil karya.

3. Kajian Lampau ( Literature Review ) Terhada Isu ( Pengalaman atau
Kajian Lepas ) :
Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke 21 adalah
merupakan pengajaran yang berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang
berfokuskan kepada guru dalam sistem lama perlu dikurangkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Langkah langkah yang perlu saya usahakan unuk mengatasi masalah ini adalah :
1) Saya patut membaca buku buku yang berkaitan dengan pengurusan masa
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
menguruskan masa dengan lebih sempurna.
2) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu waktu terutama
sekali pada hari perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalaan dengan lancar.
3) Bagi mengelakkan murid murid masuk ke kelas pada masa yang telah
ditetapkan, saya mengadakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Saya akan menggurangkan penggunaan bilik Pendidikan Seni Visual.
4) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing saya dan disamping dengan rakan rakan yang lain.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :
20 Julail 2014 hingga 24 Julai 2014

6. Tindakan Susulan :
Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum
terutama sekali praktikum minggu pertama sebegini. Namun masalah ini bukanlah
bersifat kekal jika kita bijak mengatasinya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia
kerana masa adalah amat berharga bagi mereka semua. Tindakan yang perlu
diambil untuk mengatasi masalah ini ialah dengan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah bukan di bilik Pendidikan Seni Visual.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
24 Julai 2014

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan
penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini
dapat dilihat melalui penghasilan karya murid murid. Mereka dapat menyiapkan
pada masa yang telah ditetapkan.


9. Kesimpulan / Refleksi ( Kesan Tindakan (Perlu ) dan Halangan ( Jika
Ada ) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan Pendekatan ini mampu menarik serta
mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan.
Pendekatan ini dapat menjimatkan masa murid bergerak ke bilik Pendidikan Seni
Visual.

Anda mungkin juga menyukai