Anda di halaman 1dari 4

SYARAHAN : CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid
diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.
*** *** *** *** ***

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga
sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan
sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan
menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada
terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.

Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk
mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul
dengan orang ramai.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran
yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan
kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan
sebagainya.

Hadirin sekalian,

Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut
kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah
mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.






SOALAN KUIZ KESIHATAN

MINGGU SOALAN JAWAPAN
1
TAHUN 1
Apakah yang kita gunakan
untuk menjaga kesihatan
rambut?

Syampu

TAHUN 2
Berapa gelas airkah yang perlu
diminum oleh seseorang dalam
sehari?

Enam hingga lapan
gelas
TAHUN 3
Apakah yang perlu dilakukan
sebelum kita menyediakan
makanan?

Membasuh tangan
TAHUN 4
Apakah yang perlu kita lakukan
untukmengelakkan diri kita dari
dijangkiti penyakit selesema?
Makan buah yang
banyakmengandungi
vitamin C
TAHUN 5
Apakah kumpulan makanan
yang terletak dibahagian paling
atas dalam piramid makanan?
Lemak
TAHUN 6
Apakah yang akan berlaku
kepada seseorang itujika
mengalami berat badan yang
berlebihan?
Obesiti




MINGGU SOALAN JAWAPAN
2
TAHUN 1
Apakah benda yang
digunakan untuk
membersihkan gigi?
Ubat gigi dan Berus gigi
TAHUN 2
Apakah makanan yang tidak
elok untuk kesihatan?
Makanan ringan
TAHUN 3
Berapa lamakah masa yang
kita perlukan untuk
melakukan senaman?
Sekurang-kurangnya 20 minit
sehari.
TAHUN 4
Apakah kesan
penyalahgunaan dadah?
Khayal,ketagihan,penyakit
kulit,kemurungan,diri tidak
terurus.
TAHUN 5
Apakah contoh makanan
yang mengandungi
karbohidrat?
Nasi,gandum,bijirin
TAHUN 6
Apakah yang berlaku
sekiranya seseorang itu
menghidap penyakit taun?
Cirit-birit
soalan

Anda mungkin juga menyukai