Anda di halaman 1dari 5

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4
Tarikh : 2 April ( selasa )
Masa : 9.20 10.20 (60 minit)
Bilangan Murid : 11 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sentiasa Berhemat Kita Selamat
Tajuk : Awas!! Banjir!

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

ii. Menerangkan makna perkataan, frasa dan ayat.

Fokus Sampingan

8.1 Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 2

i. Membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang
diberikan.


Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
i. Membaca petikan dengan lancar menggunakan sebutan dan
intonasi yang betul.
ii. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang
betul, sesuai dan teratur.
iii. Membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat majmuk
atau tunggal dengan betul dan tepat.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa : kata arah,ayat perintah
Kosa kata : melimpah, tenggelam
Pengisian Kurikulum:

Ilmu : kajian Tempatan, geografi
Nilai : kerajinan, kesungguhan
Kemahiran Berfikir : menjana idea, mengkategori,membuat
perkaitan
Kecerdasan pelbagai : logik matematik, kinestatik.

Bahan Bantu Mengajar:
Petikan Teks
Petikan gambar
Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada:
Murid pernah pernah menjalani aktiviti kokurikulum

Langkah Isi Strategi Catatan

Set Induksi
(5Minit)

Petikan Gambar
Bencana Alam
-tanah Runtuh
- Banjir lumpur
-Tsunami
-ribut Taufan

1. Guru menampal
beberapa keping
gambar mengenai
beberapa jenis
bencana alam yang
pernah terjadi di
negara Malaysia.
2. Murid diminta untuk
meneliti setiap
gambar yang
ditampal oleh guru di
papan putih.
3. Murid diminta untuk
memberi respon
terhadap soalan yang
guru utarakan.
4. Guru dan murid
bersoal-jawab
mengenai gambar-
gambar tersebut.

Nilai :
Keberanian

Kecerdasan
Pelbagai:
Interpersonal


Langkah 1
(20 minit)

Petikan teks dialog
Berita
mengenai
banjir.
- Membuat
pembacaan
secara senyap
dan bersama.
1. Guru mengedarkan
petikan teks berita
mengenai banjir
kepada setiap murid.
2. Murid diminta oleh guru
untuk membuat
pembacaan senyap
selama beberapa minit.
3. Murid diminta oleh guru
untuk membuat
pembacaan secara
beramai-ramai.
4. Murid dan guru
bersama sama bersoal
jawab mengenai
petikan dialog tersebut.


Kecerdasan
Pelbagai
Interpersonal

Langkah 2
(20 minit)


Pemahaman


1. Guru mengedarkan
soalan pemahaman
yang telah disediakan
kepada setiap murid.
2. Murid diminta untuk
menjawab soalan
pemahaman tersebut
dalam buku tulis
pemahaman.
3. Murid diminta untuk
bertanya kepada guru
jika terdapat mana-
mana soalan yang sukar
difahami oleh murid
tersebut.
4. Murid diminta untuk
menghantar tugasan
setelah selesai
menyiapkannya.

Nilai:
Kesungguhan

Kemahiran Berfikir:
Membuat
hubungkait


Langkah 3
(10 minit)
Lembaran kerja
- Membina ayat
majmuk atau
tunggal
berdasarkan
kata arah yang
telah disediakan.
1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
setiap murid.
2. Murid diminta untuk
membina sekurangnya
empat ayat tunggal
atau majmuk
berdasarkan kata arah
yang telah disediakan.
3. Setiap hasil tugasan
haruslah dihantar
kepada guru.


Penutup
(5 minit)


Mengimbas kembali
pengajaran
Kognitif
1. Guru bersoal jawab
dengan murid
berkenaan perkara
yang telah dipelajari
pada hari ini.
2. Guru memberi galakan
Kecerdasan
Pelbagai
Interpersonal
Intrapersonal
kepada murid agar
terus rajin berusaha
dalam mencapai
kejayaan.

Sosial
1. Guru memuji murid di
atas kesungguhan
mereka sepanjang
aktiviti p&p dijalankan.


Ulasan Pensyarah Guru/Pembimbing:













Cadangan penambahbaikan.

Anda mungkin juga menyukai