Anda di halaman 1dari 11

1

1.0 PENGENALAN
Pada zaman era globalisasi ini, pelbagai jenis kecanggihan serta penambahbaikan
dan juga penciptaan teknologi-teknologi yang baharu yang mana membuatkan dunia ini
dilimpahi dengan pelbagai kecanggihan teknologi yang sangat mudah dicapai dan dimiliki
oleh semua orang. Kelimpahan teknologi ini dapat dilihat dengan lebih jelas terutamanya
dalam bidang sains dan teknologi yang mana ia merupakan penyumbang utama dalam
pembangunan kecanggihan teknologi di dunia dan tidak ketinggalan juga bidang matematik
yang mana sangat berkait rapat dan juga diperlukan dalam kedua-dua bidang itu tadi.
Sehubungan dengan itu seiring dengan pembangunan kecanggihan bidang sains,
matematik dan teknologi, berlaku jugalah penambahbaikan serta perubahan dalam
beberapa bidang antaranya ialah bidang pendidikan yang merangkumi bidang perguruan
dan juga pendidikan di sekolah, IPTA, IPTS dan juga universiti-universiti.
Perubahan yang berlaku bukanlah hanya pada pengurusan atau pentadbiran tetapi
ianya berlaku kepada bagaimana murid-murid serta pelajar-pelajar di ajar untuk berfikiran
secara tinggi, kritis, kreatif, logikal dan juga berinovasi supaya seiring dengan kehendak
perubahan yang berlaku yang mana ianya tertakluk kepada perubahan yang berlaku
kemodenan dunia masa kini. Berdasarkan kepada dasar-dasar yang telah dikeluarkan oleh
kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, kesemua murid dan pelajar serta juga guru
harus dipupuk dan di ajar supaya menguasai Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) agar
dapat menguasai segala pelan-pelan atau dasar-dasar baru yang telah ditambahbaik dalam
kurikulum pendidikan di Malaysia. Malah, ianya juga bertujuan untuk membantu dan
memudahkan rakyat Malaysia untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Sememangnya sulit dan juga sukar untuk melalui dasar-dasar yang telah diubah oleh
kerajaan kerana kita semuanya sudah terbiasa dengan dasar-dasar lama yang mana
semakin lama ianya semakin ketinggalan. Namun begitu, sebagai guru kita harus menerima
perubahan tersebut dan juga cuba untuk memahami kenapa perubahan itu berlaku? Apa
kebaikan KBAT kepada kita, masyarakat dan juga Negara? Bagaimana hendak
melaksanakan perubahan yang telah dilakukan? Apakah rasionalnya KBAT kepada murid
dan pelajar dan sebagainya? Semua itu merupakan persoalan yang sering kali berlegar
dalam fikiran kita setiap kali berlakunya perubahan. Semua persoalan itu akan terungkai
sekiranya kita berjaya melaksanakan serta memahami perubahan yang berlaku tersebut.
Setiap perkara itu tidak akan menjadi sukar sekiranya kita tidak menyukarkannya sendiri
melainkan kita sendiri yang cuba untuk mempermudahkannya dengan pelbagai jalan
penyelesaian yang kita boleh fikirkan sendiri dengan secara rasionalnya.

2

Inilah yang ingin dinyatakan iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mana
ia bermaksud satu cara atau kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma seperti
sesuatu yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan juga boleh mempunyai
banyak penyelesaian. Perkara ini merujuk kepada satu kemahiran yang memerlukan kita
untuk tidak berfikir dengan cara kebiasaannya kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Hal ini kerana, kemahiran berfikir KBAT ini memerlukan dan menjadikan kita lebih
kreatif dan percaya bahawa setiap masalah yang wujud atau terjadi itu mempunyai lebih
daripada satu jalan penyelesaiannya begitu juga sekiranya berhadapan dengan sesuatu
situasi. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini adalah berbeza daripada Kemahiran
Berfikir Aras Rendah (KBAR) yang mana dalam KBAR ia hanyalah melibatkan kemahiran
yang memerlukan seseorang untuk mengingat semula atau mengaplikasikan konsep atau
pengetahuan yang sedia ada.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini sangat menuntut seseorang untuk
mempunyai pemikiran yang kritikal, kreatif, logikal, reflektif dan juga meta-kognitif yang
mana ianya dapat membuahkan suatu idea atau penyelesaian yang tidak terjangkau tetapi
sangat sahih kewajarannya. KBAT ini juga dicetuskan melalui masalah bukan rutin, masalah
yang tidak jelas atau dilemma yang mana terdapat pelbagai cara penyelesaian yang boleh
difikir serta dilaksanakan. Dalam konteks KBAT ini, terdapat tiga jenis KBAT yang penting
iaitu menjana, menjelaskan idea dan menganalisis alasan serta menilai kemunasabahan
idea yang mana ianya dapat memperjelaskan akan kegunaan dan kepentingan KBAT pada
seseorang individu.
Sehubungan dengan itu, sebagai guru kita haruslah merancang atau memikirkan
tentang kepelbagaian teknik, strategi dan juga kaedah yang dapat guru gunakan dalam
memupuk dan menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir murid. Namun begitu, guru
haruslah terlebih dahulu berjaya dan dapat mewujudkan pembelajaran yang menarik untuk
tumpuan murid serta rancangan pengajaran yang dapat melahirkan atau mengintegrasikan
kemahiran berfikir kepada murid.
Penerapan kemahiran berfikir seperti KBAT ini adalah untuk membantu Negara
dalam melahirkan atau menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi
memenuhi keperluan dan juga cabaran Negara dalam abad ke-21 ini agar Negara mampu
bersaing di persada dunia.


3

2.0 SOALAN TUGASAN
Bagaimana anda sebagai guru matematik KSSR memainkan peranan untuk
memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid-murid anda.
Secara amnya, kita sudah mengetahui apa itu yang dimaksudkan dengan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berserta dengan kepentingan dan juga tujuannya dalam
mencapai matlamatnya yang tersendiri. KBAT ini yang melibatkan pemikiran secara kritikal,
kreatif, logikal, reflektif dan juga meta-kognitif adalah kerana satu situasi yang mana murid
berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan
dilemma dan kejayaan dalam menghadapi dan megaplikasikan kemahiran-kemahiran
tersebut dalam situasi tersebut akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan,
pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping
kemahiran intelektual murid.
Pada kebiasaannya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini merujuk kepada empat tahap
kemahiran yang teratas dalam Taksonomi Bloom yang mana ianya terdiri daripada
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan juga mencipta. Ianya dirujuk kepada Taksonomi
Bloom edisi semakan.













Mencipta
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Memahami
Mengetahui
KEMAHIRAN
BERFIKIR
ARAS TINGGI
(KBAT)
KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS
RENDAH
(KBAR)
4

Seterusnya, dalam KBAT ia juga menekankan soalan yang membolehkan murid
untuk mengaplikasikan, menganalisis, mensintesisi dan juga menilai suatu maklumat
daripada sekadar menyatakan semula fakta. Maka kerana itulah rasionalnya KBAT ini
adalah untuk berubah ke arah lebih daripada kefahaman asas dan rote memorization dan
juga dapat meningkatkan tahap kefahaman. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan
kemampuan dalam menjustifikasikan penyelesaian dan dapatan serta amat penting kerana
konsep matematik adalah lebih mudah dipelajari dengan lebih berkesan melalui KBAT ini.
Sehubungan dengan itu, ia juga dapat meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat
dan meneroka idea matematik yang memerlukan KBAT ini.
Dalam konteks pelajaran matematik ia melibatkan dua masalah soalan iaitu soalan
rutin dan juga soalan bukan rutin yang mana soalan rutin merujuk kepada masalah yang
boleh diselesaikan dengan kaedah yang biasa digunakan oleh murid dengan cara
mengaplikasikan kaedah yang telah dipelajari dari langkah demi langkah. Malahan itu,
penyelesaian masalah rutin ini juga amat menekankan penggunaan satu set prosedur yang
diketahui atau yang telah ditetapkan dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya ialah
soalan bukan rutin atau masalah bukan rutin yang mana ia merupakan satu masalah yang
memerlukan analisis dan penaakulan matematik. Di samping itu juga, masalah bukan rutin
ini kebiasaannya mempunyai lebih daripada satu cara untuk menyelesaikannya. Oleh
kerana itulah, contoh-contoh soalan masalah bukan rutin amat memerlukan tahap kognitif
yang tinggi serta dapat membentuk KBAT dalam kalangan murid.
Sehubungan dengan itu, seorang guru matematik haruslah melakukan tranformasi
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Transformasi dalam PdP ini boleh
diklasifikasikan kepada cara guru dalam mengubah cara guru itu sendiri dan juga cara murid
berfikir dan guru juga harus mengubah cara menyoal kepada murid dan juga cara murid
menanyakan soalan kepada guru. Seterusnya, guru juga harus mengubah cara
memotivasikan murid dan juga cara guru itu memotivatiskan dirinya sendiri. Selain itu,
transformasi ini juga meliputi penekanan kepada aktiviti hands-on, pengubahsuaian jenis
tugasan, cara pentaksiran dan juga perubahan dalam cara berkomunikasi. Kesemua aspek
ini adalah meliputi perubahan yang perlu dilakukan oleh guru terhadap murid-murid dan juga
terhadap diri guru itu sendiri.
Seorang guru itu perlulah mempunyai kesediaan dan kepakaran dalam mengajar
KBAT kepada murid supaya ianya berjaya meninggalkan kesan yang positif ke dalam diri
murid dengan mengambil kira semua aspek yang mempengaruhi kemahiran berfikir murid.
Di samping itu, kepakaran dan kesediaan dalam KBAT ini juga diperlukan dalam kalangan
guru itu sendiri. Selain itu, strategi pengajaran guru juga merangkumu komunikasi arahan
5

atau cara mengajar, pengajaran yang menggunakan perancah, pengajaran yang secara
langsung, penyoalan, maklum balas, aktiviti berkumpulan dan juga penggunaan komputer.
Bagi strategi komunikasi arahan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh
guru untuk menggalakkan KBAT dalam kalangan murid, misalnya dengan menyelaraskan
objektif, kandungan pengajaran, penyerapan kemahiran, tugasan dan juga aktiviti serta
bahan. Untuk itu, guru harus merancang aktiviti dan juga tugasan yang berbentuk KBAT
secara tersusun dan juga telah diatur mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan.
Contohnya, guru menyediakan masalah serta soalan-soalan yang memerlukan murid untuk
berfikir menjangkau kebiasaannya seperti masalah bukan rutin dalam matematik misalnya
statistic dan sebagainya. Malahan itu, tugasan yang diberi haruslah diberi penerangan yang
sejelas-jelasnya supaya murid dapat memahami kehendak soalan dengan betul dan tepat.
Guru juga boleh menggunakan carta alir atau cara pelaksanaan serta kerangka kerja
supaya murid dapat membuat tugasan dengan betul dan sistematik di samping guru juga
boleh memberikan satu contoh yang terbaik supaya murid dapay berfikir bagaimana tugasan
itu dapat dihasil dan disiapkan dengan menepati segala kriteria yang diperlukan. Selepas
selesai tugasan, guru juga perlu memberikan maklum balas dengan cara berkala yang mana
ianya dapat menjelaskan kepada murid tentang perkara yang betul atau kurang betul.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid dalam mengesan kelemahan
dan memperbaikinya dengan kadar segera. Di samping itu, murid juga dapat berfikir dengan
jelas dan meluas setelah menerima penerangan yang terang dan jelas daripada guru.
Sehubungan dengan itu, guru juga boleh mempelbagaikan sumber bahan tidak kiralah
sumber bacaan atau sebagainya. Dengan itu, murid tidaklah berasa terhad dalam pencarian
maklumat sebaliknya berasa mudah dan gembira dalam mencari maklumat. Secara tidak
langsung, guru telah dapat mengajar murid untuk menerokai sesuatu perkara dengan lebih
mendalam yang sejajar dengan konsep KBAT. Selain itu, dengan adanya kepelbagaian
aktiviti yang telah dijalankan oleh guru ia secara tidak langsung telah dapat menggalakkan
murid untuk berfikir apakah peranan dan bagaimana hendak melaksanakan aktiviti tersebut
dengan betul. Maka kerana itulah pentingnya, komunikasi arahan antara guru dengan murid
yang mana ia amat menggalakkan murid dalam berfikir secara KBAT.
Seterusnya ialah strategi penggunaan perancah dalam PdP oleh guru yang mana
guru memberikan sokongan awal kepada murid iaitu semasa awal pengajaran. Contohnya,
guru memberikan kata-kata motivasi dan juga kata-kata semangat mengenai ilmu
pengetahuan kepada murid. Hal ini bertujuan untuk menaikkan semangat murid untuk
belajar dan terus menimba ilmu serta berfikir secara luas tentang masa kini dan juga masa
hadapan. Sehubungan dengan itu, guru juga harus menekan murid bahawa satu pengajaran
6

dan pembelajaran itu bukanlah semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan sebaliknya
untuk kepentingan dan kegunaan pada masa kini dan hadapan. Hal ini bertujuan untuk
memastikan murid belajar untuk mendapatkan kefahaman serta dapat mengaitkannya
dengan kehidupan dan bukanlah belajar sekadar hafalan untuk diletakkan di atas kertas.
Pentingan menggunakan perancah pada awal pengajaran adalah untuk memastikan
murid bersedia untuk menerima apa sahaja tugasan atau cabaran daripada guru di samping
murid dapat menyelesaikan dan juga melaksanakan tugasan dengan sendirinya. Namun
begitu, pemberian perancah atau motivasi kepada murid haruslah terbatas kepada yang
secukupnya sahaja supaya murid dapat bergerak maju dengan sendiri. Malah, guru juga
harus mengelakkan daripada memberi sokongan apabila murid tidak memintanya kerana hal
sedemikian akan mendorong murid untuk menjangkakan bahawa mereka tidak dapat
melakukan apa sahaja dengan sendirinya. Secara tidak langsung ia akan memperlihatkan
kesan yang teruk yang mana murid tidak dapat berfikir dengan sendiri sebaliknya hanya
menunggu dan mengharapkan bantuan daripada guru sahaja. Seterusnya ialah guru harus
memberikan tugasan lanjutan yang berkaitan dengan tajuk pelajaran dengan kerap
contohnya latihan-latihan matematik yang bukan rutin supaya murid dapat
melaksanakannya di rumah dan menyelesaikannya dengan sendiri. Usaha murid dalam
menyelesaikan masalah latihan tersebut akan dapat memperlihatkan cara murid
mengaplikasi apa yang telah dipelajari dan difahami dengan lebih kerap.
Sehubungan dengan itu juga, pengajaran secara langsung daripada guru bukanlah
satu cara yang dapat menggalakkan murid untuk berfikir secara aras tinggi namun ia oleh
dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan adanya penambahbaikan dan juga
pengubahan cara pengajaran. Misalnya, guru memperkenalkan lebih banyak strategi dan
juga kemahiran berfikir yang akan digunakan berbanding menggunakan kaedah mengajar
secara langsung. Dengan itu, murid dapat menangkap apa yang diajar oleh guru dengan
lebih cepat dan memahami isi pelajaran melalui kata kunci yang penting. Kata kunci itulah
yang memudahkan murid untuk mengingati apa yang diajar oleh guru. Selain daripada itu,
guru juga boleh mengabungkan pengajaran secara langsung tersebut dengan latihan
berpandu atau terbimbing untuk mengajar tentang isi kandungan dan juga kemahiran secara
berstruktur. Hal ini bermakna guru mengajar sambil memberi tunjuk ajar kepda murid
misalnya dalam menyelesaikan masalah dalam matematik guru memberikan contoh yang
tepat supaya murid mudah faham cara menyelesaikan serta guru juga harus menekankan
aspek-aspek yang menjadi asas dalam satu masalah matematik tersebut.

7

Lantaran itu juga, pengajaran secara langsung yang amat perlu dielakkan ialah sesi
pengajaran atau kuliah yang panjang kerana ia akan menimbulkan hilang kefokusan murid
terhadap PdP sebaliknya cukuplah sekadar sesi pengajaran atau kuliah yang pendek tetapi
diisi dengan segala objektif pelajaran pada hari itu, Di samping itu, sesi pengajaran yang
pendek itu akan lebih menarik dengan adanya selang-seli soalan, tunjuk cara,
perbincangan, tayangan sesuatu yang berkaitan atau kuiz untuk mengelakkan daripada
timbulnya kebosanan daripada murid. Malah, penggunaan pengurusan grafik atau peta
minda dan juga i-think thinking map adalah lebih berkesan dan menarik. Strategi pengajaran
yang sebegini adalah lebih berkesan dan mudah serta murid dapat berfikir kritis dan kreatif
serta secara logik terdapat PdP yang dijalankan. Selesai PdP, guru bolehlah membuat
beberapa rumusan pendek sambil menekankan isi-isi utama pelajaran atau guru boleh
meminta murid untuk menyatakan refleksi tentang PdP hari ini.
Seperti yang telah diulaskan pada awal perbincangan KBAT ini ada dinyatakan
bahawa cara atau teknik penyoalan oleh guru atau murid haruslah diubah supaya dapat
melahirkan dan menggalakkan soalan atau penyoalan secara KBAT dalam kalangan guru
dan juga murid. Dalam aspek strategi penyoalan ini, setiap soalan yang dikemukakan
seharusnya dapat menghasilkan jawapan yang menarik dan juga belum diketahui bagi
menjana proses berfikir aras tinggi. Di samping itu juga, soalan juga haruslah dibina lebih
awal dan dirancangkan agar dapat menghasilkan jawapan di luar jangkaan atau
menjangkau kebiasaan. Hal ini bermakna, murid dapat berfikir untuk menjawab soalan dan
mendapatkan jawapan yang logik, kreatif dan juga kritis. Sehubungan dengan itu, guru juga
perlu menggalakan murid untuk mengemukakan soalan serta dapat juga member peluang
kepada rakan mereka untuk memberikan jawapan. Secara tidak langsung, berlakulah satu
perkongsian maklumat antara murid dan mereka perlu berfikir secara tinggi untuk
memberikan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan.
Untuk mempergalakkan lagi KBAT dalam kalangan murid, guru juga boleh
memulakan penyoalan soalan-soalan yang aras rendah dan seterusnya perlahan-lahan
beralih kepada soalan aras tinggi supaya murid dapat melihat serta berlakunya perubahan
cara berfikir oleh murid. Murid dapat mengenalpasti bagaimana bentuk soalan-soalan aras
tinggi yang dikemukakan. Lantaran itu, masa yang secukunya haruslah diberikan kepada
murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru supaya ruang masa untuk murid
berfikir itu akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan jawapan yang logik dan
bertepatan dengan soalan aras tinggi tersebut. Selain penyoalan yang digunakan, guru juga
boleh menggunakan maklum balas sebagai medium untuk memaklumkan kepada murid
tentang kemajuan mereka. Segala jenis bentuk maklum balas yang diberikan kepada murid
haruslah segera, spesifik dan bersifat pembetulan iaitu memberitahu murid apa yang betul,
8

apa yang kurang betul dan juga apa yang salah dengan menggunakan anda atau intonasi
yang positif dan mampu menaikkan atau memberi semula motivasi kepada murid. Namun,
guru juga haruslah mengelakkan daripada member murid maklum balas yang tidak jujur
atau dengan pujian yang keterlaluan. Hal ini kerana, perkara sebegini tidak akan dapat
membantu murid dalam mengenalpasti kesalahan dan juga penambahbaikan yang perlu
dilakukan dan juga tidak dapat berfikir secara rasional dalam meningkatkan lagi potensi diri.
KBAT juga dapat dipupuk melalui amalan guru yang menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara berkumpulan yang mana melibatkan pembelajaran koperatif,
tutor rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil dan sebagainya. Aktiviti perbincangan
kumpulan ini akan diselia dengan baik supaya dapat membolehkan murid terlibat dengan
pemikiran aras tinggi manakala pembelajaran pula akan meningkatkan motivasi dan juga
penyertaan murid dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, melalui perbincangan murid
dapat memberikan idea, mengutarakan pendapat dan juga membincang sesuatu yang tidak
difahami dengan lebih mendalam serta dapat menambah pengetahuan yang baru. Malah
untuk memupuk KBAT dalam kalangan murid ini adalah dengan memastikan murid
melibatkan diri secara aktif tidak kiralah semasa proses pengajaran atau pembelajaran atau
kedua-duanya sekali serta member peluang kepada murid untuk berbincang, bertanya dan
memberi pendapat di samping guru mempelbagaikan strategi serta mengemukakan soalan
yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi. Kepelbagaian strategi serta
amalan guru ini secara tidak langsung dapat menggalak dan memupuk KBAT dalam
kalangan murid.










9

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa terdapat pelbagai cara, kaedah, strategi
dan juga konsep yang membawa maksud kepada kemahiran berfikir yang mana
kesemuanya boleh diterima pakai kerana ia adalah satu pendapat yang logik dan wajar
dipersetujui walaupun terdapat pelbagai lagi pendapat yang lain. Namun apa yang tidak
dapat kita nafikan adalah bahawa berfikir itu merupakan satu proses yang menggunakan
minda untuk membuat penyelesaian sesuatu perkara atau membuat keputusan dan
sebagainya. Hal ini kerana, untuk mencapai suatu keputusan atau penyelesaian ia
memerlukan kita untuk berfikir secara kritis, kreatif, logik, reflektif dan juga meta-kognitif
untuk menerokai sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam supaya berupaya untuk
memperoleh jawapan yang jelas, tepat dan betul.
Sehubungan dengan itu, dengan adanya penggunaan kepelbagaiaan strategi dan
juga teknik yang berkesan dan mampu melahirkan modal insan atau murid yang berfikiran
secara KBAT ini ia secara tidak langsung telah mempermudahkan lagi pemupukan KBAT
dalam kalangan murid. Malah, kepakaran dan juga kesediaan guru dalam menggalakkan
KBAT kepada murid juga dapat membantu murid dengan memandang guru sebagai role-
model untuk dijadikan sebagai contoh supaya dapat mencontohi perlakuan dan juga gaya
pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh guru. Selain itu, dengan adanya
kepelbagaian strategi dan teknik ini juga telah menimbulkan minat serta memberi suntikan
motivasi kepada murid di samping dapat membantu murid dalam meningkat kefahaman dan
kemahiran mereka secara berterusan. Bagi murid-murid yang sudah menguasai kemahiran
berfikir ini, mereka tidak mempunyai masalah dalam mengaplikasikan pengetahuan tersebut
ke dalam kehidupan harian dan juag pada masa akan datang.
Lantaran itu, kita juga dapat melihat perbezaan murid yang telah menguasai
kemahiran berfikir ini dengan jelas iaitu yang mana mereka berupaya untuk mengelas,
menganalisis, menghubungkaitkan dan sebagainya bagi menyelesaikan sesuatu masalah
sama ada ia masalah rutin atau bukan rutin. Malah, mereka juga mampu untuk melihat
sesuatu perkara itu dari perspektif yang berbeza dan lebih meluas hasil dari penerokaan
yang telah mereka lakukan sendiri dan juga mampu menginterpretasikan sesuatu dengan
lebih kreatif, kritis dan berinovatif. Oleh itu, kepentingan KBAT dan juga kemahiran berfikir
ini amatlah penting untuk diterapkan dalam diri murid, pelajar dan juga guru begitu juga
dengan masyarakat demi membantu mencapai hasrat Negara dalam mengejar Wawasan
2020 kelak.
10

RUJUKAN

Anne_KKS. (2012). Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Diakses pada 22
Ogos 2013, daripada http://anne9882edu.blogspot.com/2012/06/pemikiran-kritis- dan-kemahiran.html
Dr. Jamil Adimin. (2012). Pemikiran Peringkat Tinggi. Diakses pada 20 Ogos 2013, daripada
http://drjamiladimin.wordpress.com/2012/11/19/pemikiran-peringkat-tinggi/
Effandi Zakaria, Ph.D. (2005). Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam :
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Erni Zainuddin. (2010). Penyelesaian Masalah (PM). Diakses pada 22 Ogos 2013, daripada
http://zirasumie.blogspot.com/2010/04/penyelesaian-masalah-pm.html
Lepat. (2010). Kemahiran Berfikir. Diakses pada 19 Ogos 2013, daripada
http://rujuknota.blogspot.com/2010/03/kemahiran-berfikir.html
Nik Azis Nik Pa. (2009). Nilai Dan Etika Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya.
Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Nurul Faizah PD Dani. (2012). Berita KB. Diakses pada 21 Ogos 2013, daripada
http://mahirfikir.wordpress.com/info-semasa/berita-kb/
Prof. N.S Rajendran. (2010). Thinking Skill Site. Diakses pada 20 Ogos 2013, daripada
http://thinking-skills-rajendran.blogspot.com/2010/03/kemahiran-berfikir-aras-tinggi-
kbat-dan.html
Rosdan Kamarulzaman. (2012). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Diakses pada 23 Ogos 2013, daripada http://panscuh.blogspot.com/2012/07/kemahiran-
berfikir-dalam-pengajaran-dan.html
Shanker12. (2011). Kemahiran Berfikir. Diakses pada 20 Ogos 2013, daripada
http://kemahiranberfikirprasekolah-piriya.blogspot.com/p/kemahiran-berfikir.html
Taufik Hidayah. (2012). LOTs dan HOTs. Diakses pada 21 Ogos 2013, daripada
http://taufikhidayah11.blogspot.com/2012/11/lots-dan-hots.html


11

Anda mungkin juga menyukai