Anda di halaman 1dari 4

Teks Bercerita Sek.

Keb KLIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. Hari ini
saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Monyet
Dan Rusa.
Tersebutlah kisah.tiga sahabattinggal dihutan ditengah
rimba (Syair)

Suatu ketika dahulu ,ada seekor monyet yang tinggal di dalam
hutan. Monyet itu akan melompat dan bermain pada sepanjang
hari. Pada suatu hari, monyet itu terlihat sebuah buaian yang
tergantung di sebatang dahan pokok yang rendah. Buaian itu
amat menarik pada pandangan matanya. Dia pun menghampiri
buaian tersebut.

Dia tidak pernah melihat benda sebegitu. Dia menoleh ke kiri dan
ke kanan untuk memastikan tiada siapa yang memerhatikan
dirinya.Kerana ingin tahu, monyet itu duduk di atas buaian itu. Dia
menggoyang-goyangkan buaian itu. Setelah itu,dia memusing-
musingkan buai tersebut sehinggakan dirinya sendiri terbelit
dengan tali buai itu. Monyet berasa susah hati. Dia berasa amat
risau dan takut. Dia meminta tolong berkali-kali, namun tiada
siapa mendengarnya jeritannya.

Kemudian lalu seekor rusa. Rusa itu ternampak si monyet tetapi
dia berpura-pura tidak melihatnya. Tolong, tolonglah bantu saya
! teriak monyet itu. Tetapi rusa terus berjalan pergi dari situ sambil
berkata Saya hendak cepat ! .
Monyet berasa amat sedih dengan sikap rusa itu tadi.

Hari semakin gelap, monyet berasa amat takut. Dia tidak mahu
mati di situ. Monyet mula berasa lapar dan haus. Monyet
menguatkan dirinya. Dia mesti membebaskan dirinya dari tali itu.
Monyet menjerit lebih kuat daripada tadi. Tolong! Tolong!

Mujurlah datang sahabat monyet iaitu Tikus. Tikus amat terkejut
melihat situasi monyet. Tanpa membuang masa, tikus
memutuskan tali itu lalu membebaskan monyet. Monyet amat
berterima kasih kepada tikus kerana telah menyelamatkan
dirinya. Monyet menceritakan kepada tikus apa yang telah
berlaku dan juga pertemuannya dengan rusa. Tikus tidak
menyangka bahawa rusa sanggup melakukan sedemikian rupa.
Monyet terhutang budi kepada tikus.

Beberapa hari telah berlalu. Pada suatu petang, monyet dan tikus
sedang bermain bersama-sama. Tiba-tiba mereka terlihat rusa
sedang berlari. Apa yang telah berlaku, wahai rusa? Tanya
monyet itu. Seekor serigala sedang mengejar saya! kata rusa itu
tercungap-cungap. Tidak lama lagi dia akan tiba di sini.
Tolonglah saya !
Jangan bimbang ! Pergilah bersembunyi di dalam lubang itu !
kata monyet, sambil menunjuk ke arah sebuah pokok.

Kemudian, monyet menutup lubang itu dengan seketul batu
yang besar. Tidak lama kemudian, serigala itu tiba di situ. Ikut
arah sana , tuan! kata monyet itu , dengan menunjukkan hutan
yang lebih dalam. Serigala pun berlari meluru ke hutan tersebut.
Apabila serigala sudah semakin jauh, monyet pun memanggil
rusa keluar dari tempat persembunyiannya.Apabila berhadapan
dengan monyet, rusa berasa amat malu. Dia teringat ketika
monyet meminta bantuan darinya dahulu. Dia begitu angkuh .
Dia juga terlalu mementingkan dirinya sendiri.

Kini rusa telah pun terselamat. Dia berkata, Terima kasih,wahai
monyet. Saya amat terhutang budi kerana kamu maafkan saya.
Saya berjanji saya akan selalu membantu rakan kita yang
memerlukan bantuan. Kita haruslah saling memaafkan
kesalahan orang lain! kata monyet sambil tersenyum. Mereka
semua pun bermain bersama-sama.

Begitulah kisah tiga sahabat
Patut bersama suka dan lara
Saling memaafkan hidup selamat
Tiada dendam sentiasa gembira

Pengajaran dari cerita ini ialah :
Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri . Kita mestilah sentiasa
tolong-menolong antara satu sama lain.

Kita juga haruslah saling memaafkan kesalahan rakan. Ini adalah
kerana semua manusia membuat kesilapan dan kesalahan
kerana manusia tidak sempurna. Oleh itu, dengan memaafkan
dapat menghubung kembali silaturrahim .

Pengajaran yang ketiga pula ialah sifat ingin tahu dan mencuba
perkara yang baru adalah sifat terpuji. Namun
begitu , kita tidak boleh menyentuh atau menggunakan hak
orang lain tanpa keizinan tuan empunya tersebut. Kita akan lebih
dihormati sekiranya kita meminta izin dahulu sebelum
menggunakan hak orang lain.

Anda mungkin juga menyukai