Anda di halaman 1dari 2

Masalah berbangkit:

1) Pada bulan Jun 2013 pelajar tajaan MARA di Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia
angkatan 2008 telah membuat permohonan perpanjangan kepada pihak MARA di Jakarta
memandangkan tempoh pinjaman bagi Skim Pelajar Cemerlang dan Skim Pinjaman Terbuka
akan tamat pada Julai 2013. Memandangkan tempoh tajaan dan juga waktu pengajian yang tidak
sama (lebih lama) maka permohonan ini dibuat namun tidak semua diluluskan sesuai
permohonan pelajar. Antara permohonan tersebut hanya 7 orang diluluskan mengikut
permintaan.kali pertama dan baki 18 orang pelajar tidak mendapat sesuai permohonan mereka
(diluluskan sehingga Feb 2014 tanpa notis pemberitahuan). Hal ini meliputi yuran pengajian, dan
elaun sara hidup. Lebih malang lagi tiada notis pemberitahuan bertulis atau surat rasmi daripada
pihak MARA tentang status permohonan 18 orang pelajar tersebut. Pelajar menghadapi
kesukaran dan tidak konsisten dalam pengajian akibat masalah ini. Masalah ini telah diusulkan
ke pihak MARA Indonesia dan mereka mencadangkan agar pelajar-pelajar tersebut membuat
permohnan kali ke-2. Persoalannya mengapakah permohonan para pelajar ada yang diluluskan
sesuai permintaan dan ada yang mendapat tidak sesuai permintaan dan diberi hanya sehingga
bulan Feb 2014 serta tanpa sebarang notis?
2) Pada bulan Februari sesuai dengan usul yang diberikan daripada pihak MARA Jakarta, 18
orang pelajar tersebut telah membuat permohonan kali ke-2. Namun begitu sekali lagi hanya 8
orang pelajar yang diluluskan permohonan dan 6 daripada pelajar tersebut telah menamatkan
pengajian mereka sebelum notis dikeluarkan. ( notis diterima melalui email pada tanggal 11 Julai
2014).






3) Pada masa yang sama 3 orang pelajar tajaan MARA dengan Skim Pelajar Cemerlang dengan
tempoh tajaan 6 tahun telah membuat permohonan perpanjangan ke pihak MARA Jakarta untuk
tempoh 2 bulan sahaja setelah tamat tempoh pinjaman asal. Namun dimaklumkan permohonan
mereka tidak lengkap kerana tidak ada pengesahan daripada universiti dan diminta membuat
permohonan ulang sedangkan sebelumnya pelajar hanya perlu mendapatkan pengesahan
universiti di dalam borang permohonan. Akibat daripada polisi baru yang dilaksanakan oleh
pihak MARA pelajar telah menghantar surat khusus untuk pengesahan daripada universiti
tersebut setelah dimaklumkan daripada pihak MARA Jakarta namun baru-baru ini mereka
1 IZZATI BT HAMMIM
2 HASMIRA BT MOHD RASHID
3 SITI NURUL AIN BT MOHD SAFARI
4 NUR RASHIDAH BT AB RASHID
5 IZZAH MUNIRA BT HAMIDIN
6 ZALIKHA BT MOHD NASIR
7 NOOR ANISAH BT ABU HANIPAH
8 NAZIRUL MUNIR BIN ABU HASSAN
mendapat informasi bahwa permohonan mereka masih tidak lengkap atas alasan yang sama
kerana tiada surat pengesahan daripada universiti. Persoalannya kenapa pihak MARA masih
mempersoalkan surat pengesahan daripada universiti sedangkan sudah dihantar ,malah ada
pengesahan daripada universiti di dalam borang permohonan itu sendiri. Pelajar tersebut bakal
menamatkan pengajian dalam masa terdekat dan semester baru bakal bermula dalam 2 minggu
lagi dan dikhawatirkan mereka bakal bermasalah dengan yuran pengajian dan kebarangkalian
keterlambatan proses permohonan ulangan menyebabkan mereka tidak dapat masuk semester.
1 Muhammad Hafiy bin Mohd Rusli
2 Norlisa bt Zakaria
3 Nor Ain bt Ghazali

4) Pihak JPA serta kabinet telah meluluskan kenaikan elaun sara diri para pelajar di luar negara
khususnya Indonesia setelah pertemuan wakil pelajar bersama Perdana Menteri Dato Sri Najib
di Jakarta. Kelulusan kenaikan adalah mulai pada November 2013 dan kami menikmati kenaikan
pada bulan Julai 2014. Telah dinyatakan bahwa pelajar di Bandung seharusnya menerima
kenaikan elaun mengikut kadar A dimana mereka mendapat RM 1500 perbulan. Namun setelah
kenaikan berlaku mereka hanya menerima kenaikan mengikut kadar B. Wakil pelajar telah
kemukan masalah ini bagi mendapatkan kepastian namun setelah hampir sebulan masih belum
ada jawapan atau maklum balas daripada MARA Jakarta dan juga MARA Kuala Lumpur.
Persoalannya adakah pihak MARA tersilap menentukan kawasan-kawasan yang menerima kadar
A dan kadar B dan adakah tindakan segera bakal diambil?

Anda mungkin juga menyukai