Anda di halaman 1dari 5

:: DARI TANAH MELAYU KE PENUBUHAN MALAYSIA ::

Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, dan setelah lebih
400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar; Eropah dan Asia, namun banyak usaha dan
formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.

Ternyata, kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara
keamanan, melalui rundingan meja bulat tidak seperti negara jajahan lain.

Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha
penyatuan tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama
mereka. Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam
pembentukkan Malaysia kemudiannya.

Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan
masyarakat yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk. Selain itu
pelbagai lagi rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik, sosial dan ekonomi.

:: USUL PENYATUAN NEGERI-NEGERI ::

Idea penyatuan negeri-negeri di serantau Malaya telah timbul berkali-kali dalam sejarah.
Keinginan itu telah timbul sejak pemerintahan British.

Paling awal gagasan penyatuan ini dapat dilihat dari cadangan penggabungan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Kemudian, paling serius pada tahun 1932, British berjaya menguasai 9 buah negeri serta
Sarawak dan Borneo British. Rasionalnya, ini akan memudahkan pentadbiran tanah jajahan
mereka.

Pada tahun 1955, David Marshall mencadangkan penyatuan Singapura dan Malaya yang
juga disuarakan oleh Ghazali Shafie [1954], Tan Cheng Lock [1955]. Dan, pada tahun 1959
Lee Kwan Yew mencadangkan usul penggabungan Singapura dan Malaya. Akhirnya,
cadangan yang konkrit datang dari Tunku Abdul Rahman, dalam persidangan UMNO 1955.
Tunku menyatakan kesediannya untuk menerima Singapura, Serawak, Brunei dan Borneo
Utara British.

Namun, cadangan ini menimbulkan reaksi sokongan ataupun tentangan dari pelbagai
pihak.

:: STATUS POLITIK NEGERI-NEGERI DALAM USUL ::

Lima buah negeri yang bercadang untuk bergabung ialah
Brunei
Borneo Utara British [Sabah ]
Sarawak
Singapura
Persekutuan Tanah Melayu

Selama hampir 2 tahun, usaha terhadap rundingan penggabungan ini yang menempuhi
cabaran, rintangan dan kekeliruan bukan sahaja dikalangan pemimpin malah di peringkat
rakyat.

Di antara 5 negeri-negeri itu, hanyalah Persekutuan Tanah Melayu yang bebas merdeka.
Singapura pada ketika itu statusnya masih berstatus koloni, sementara Sarawak, Borneo
Utara dan Brunei masih dalam naungan penjajahan British.

Jadi 4 buah negeri itu belum merdeka, dan kemasukkannya ke dalam Malaysia
membolehkan negeri-negeri itu mendapatkan kebebasan dari kuasa kerajaan British.

Perkara bebas melalui percantuman ini menjadi satu faktor umum yang dianggap
pendorong negeri-negeri bakal anggota itu menyertai Malaysia.

:: DORONGAN UNTUK PENUBUHAN MALAYSIA ::

Bebas melalui percantuman inilah yang menjadi pendorong bagi semua negeri untuk
merdeka. Hal ini telah disebut berkali-kali oleh beberapa pihak di Britain dan pemimpin-
pemimpin di Asia Tenggara.

Tunku sendiri kerap menekankan peluang kemerdekaan dan bukan soal pengembangan
wilayah bagi kepentingan Kuala Lumpur.

Di Singapura, Singapore Peoples Alliance berkata bahawa cara terbaik untuk merdeka
ialah melalui penyertaan dalam Malaysia.

Tunku juga sanggup bersabar dengan perihal politik dalaman Singapura, dan
menyelesaikan masalah-masalah dalaman tersebut.

Tunku menolak sebarang fahaman berunsurkan komunisme, dan mahukan Singapura
benar-benar sanggup bersikap Malaysian.

Satu sebab dorongan penubuhan Malaysia ialah untuk memupuk persefahaman serantau,
dan melahirkan satu bangsa yang kaya warisan kebudayaannya. Dengan ini ia akan
membentuk identiti yang tersendiri.

Kerana itulah, Tunku menekankan Malaysia dalam lingkungan kelima-lima buah negeri
bukan mendahulukan kepentingan Singapura.

Satu sebab lagi ialah mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan serantau.
Pengekalan majoriti penduduk berketurunan Melayu dan sukukaum pribumi dapat menjamin
keamanan dan kestabilan serantau.

Faktor yang lain ialah mengenai soal keselamatan, keamanan dan kestabilan politik
serantau. Pada ketika itu pengaruh Komunis kian menular. Inggeris berpendapat penubuhan
Malaysia akan dapat membendung rebakan semangat komunisme di Singapura, Serawak
dan Brunei.

Kebimbangan ini sangat dirasai oleh British kerana kepentingan pelaburan dan
kepentingan ekonomi mereka di timur.

Faktor ekonomi juga menjadi pendorong penubuhan Malaysia. Ringkasnya, Singapura
dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongannya, Brunei dengan hasil
minyaknya, Sabah dan Serawak dengan hasil hutan sementara Malaysia dengan hasil
galian dan pertaniannya.

RINGKASAN NOTA

POLITIK
Mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah

Membanteras ancaman komunis, lalu mengekalkan keamnan dan kestabilan politik

Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan

EKONOMI
Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota

Kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik
[ ancaman komunis ]

SOSIAL
Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan
budaya yang kaya

:: REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA ::

Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu
menimbulkan pelbagai reaksi dan positif .Dalam negeri-negeri anggota terdapat keputusan
atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala mengelirukan.

1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan.
Bagaimanapun, ramai sangsi dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya
memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan sehingga menyebabkan kekalahan
part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun begitu
Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.

2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara
beberapa pihak samada pro ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.




3. Sabah dan Serawak
Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan
British. Mereka juga percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah
diatasi secara bersama dalam satu pemerintahan yang baru.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada Malayan domination. Orang-orang
bukan Melayu khususnya, takut didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama.
Perasaan ini timbul kerana kuasa politik dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.

4. Persekutuan Tanah Melayu
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat.
Pemimpin-pemimpin sering menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini
dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga pemimpin-pemimpin yang lebih berminat
terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]

5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara
dasarnya Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun,
mereka masih mempunyai kepentingan ataupun keuntungan dari segi pelaburan ekonomi
mereka.

Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses
penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat
dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.





















:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::

Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak [1961], tujuannya ialah
supaya Tunku dapat meyakinkan kepada rakyat Sabah dan Serawak terhadap gagasan
penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum
ini.

Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke Brunei atas tujuan yang
sama. Ekoran daripada itu, Sultan Brunei menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk
menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.

Pada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia dan Singapura. Antara
persetujuan yang dicapai ialah Singapura mendapat kuasa autonomi dalam hal-hal
pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan bertanggungjawab atas soal pertahanan ,
hubungan luar dan keselamatan dalam negeri.

Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari Malaysia melakukan satu lagi
rundingan di London. Antara perkara yang tidak disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan
Malaysia dalam 2 peringkat yang mengambil masa tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini,
rombongan Tunku mengalami cabaran besar untuk meyakinkan pihak Britain tentang usul
mereka. Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan
secara rasmi pada 1 Ogos 1962

Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia dipimpin oleh Lord Cobbold
dengan empat anggota lain [ 2 British dan 2 rakyat Malaysia] meninjau pendapat rakyat
Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk dua buah negeri itu bersetuju. Seterusnya
mereka memperakukan supaya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Malaysia tanpa Brunei
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan
apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia.
Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda
tidak dipenuhi.

Malaysia dan tentangan luar
Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan
Indonesia. Indonesia cuba menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia
setelah negara baru itu lahir.

Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya daripada milik negerinya.
Jadi pembentukkan Malaysia yang memasukkan Sabah ke dalam Persekutuan baru itu akan
menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sungguhpun majoriti rakyat Sabah
menyokong penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah lalu memutuskan hubungan
diplomatik dengan Malaya.

Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar Konfrantasi pada 20 Januari
1963 dengan slogan Ganyang Malaysia . Penubuhan Malaysia didakwa akan
menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya. Dasar ini telah
memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di sekitar sempadan Sabah
dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat di pantai barat Johor untuk
mengintip.

Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam usahanya merampas kuasa di
Indonesia, dan Sukarno berjaya digulingkan. Seterusnya Sukarno digantikan dengan
Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya dicapai dan ditandatangani pada bulan Ogos,
1966.

:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::

Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat Singapura untuk kekal dalam
Malaysia tidak kekal.2 tahun selepas pembentukkan Malaysia mengalami polarisasi kaum
yang berbahaya, antara pelampau-pelampau Cina Singapura dan pelampau-pelampau
Melayu, yang mengancam toleransi hubungan Melayu-Cina secara menyeluruh.

Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya
pertama Malaysia pada tahun 1964. Keretakan ini timbul apabila Singapura mempersoalkan
hak keistimewaan orang Melayu.

Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian dilakukan berkali-kali.
Akhirnya pada 7 Ogos 1965 Tunku dan Lee Kwan Yu menandatangani perjanjian
perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan.
Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan menubuhkan republik.

:: KONKLUSI ::

Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai tahap-
tahap yang lama seperti ditempuh dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua atau tiga tahun sebelum
penubuhan yang menimbulkan reaksi penentangan, konflik antara negeri dan kesemuanya
ini adalah perkara-perkara mustahak untuk difahami.

Peristiwa peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan
selepas hasrat penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman,
Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

Rujukan:

1. Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayuim A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang :
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

2. Nazaruddin M. Jali, Nazami Kuntum dan Ismail Rashid, 1996. Kenegaraan Malaysia.
Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia, [Edisi Baru], Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Noordin Sopiee, 1974, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur:
University of Malaya Press.

Anda mungkin juga menyukai