Anda di halaman 1dari 12

1

TENAGA DALAM SISTEM BUMI



Bab 3:
Konsep Huraian
1. Tenaga

Satu daya atau kemampuan utk mengoperasikan kerja atau
menghasilkan sesuatu. Tenaga terdpt dlm pelbagai bentuk spt
tenaga haba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, dan
juga tenaga elektrik.
2. Tenaga
Endogenik
Tenaga dalaman yg berpunca dari perut bumi spt tenaga graviti,
radiogenik dan juga tenaga haba.
3. Tenaga
Eksogenik

Tenaga yg berpunca dari luar bumi iaitu dari m/hari (hasil
tindakbalas nukleus:- atom-atom hidrogen berpadu membentuk
helium) yg diterima bumi dlm bentuk bahangan yg kemudiannya
ditukar kpd tenaga haba.
4. Tenaga potensi Tenaga keupayaan yg dimilki dan disimpan dlm sesuatu jasad
krn kedudukan dan keadaannya. Contoh; air sungai semakin
byk isipadu air sungai semakin besar tenaga potensinya.
5. Tenaga kinetik


Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kpd halaju
pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad semakin
tinggi tenaga kinetik yg terhasil.
6. Tenaga Graviti:

Tenaga yg dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari
atas ke bawah. Ia bergantung kpd saiz jisim dan ketinggian jisim
itu.
7. Tenaga Haba

Tenaga kepanasan sesuatu jisim yg diukur dlm unit darjah
celsius. Terbahagi dua iaitu:
Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yg terkena sesuatu
permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas.
Tenaga haba pendam iaitu tenaga yg terkandung dlm sesuatu
jisim sehingga dibebaskan.
8. Sinaran suria Merujuk kpd bahangan m/hari yg diterima bumi dlm bentuk
gelombang pendek (0.48 mikron)
9. Sinaran bumi Dikenali sebagai bahangan teresterial yg dibebaskan ke
atmosfera dlm bentuk gelombang panjang (10 mikron).
10. Afelion: Kedudukan Bumi paling jauh dari M/hari 152 juta km.
11. Perihelion Kedudukan Bumi paling hampir dgn M/hari 147 juta km.
12. Hukum
Boyle
Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan
bertiup dari kws tekanan tinggi ke kws tekanan rendah.

SOALAN 1.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? [3]
(b) Huraikan bagaimana penerimaan tenaga suria yang berbeza memberi
kesan kepada :-
i. Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia[8]
ii. Kejadian siang dan malam[4]
(a) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika
lembap. [10]

Ulasan Soalan.
2

Soalan 1a adalah berbentuk langsung yang memerlukan konsep tenaga sahaja.
Soalan 1bi pula lebih kepada analisis pengaruh dan kesan penerimaan tenaga suria
terhadap kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia/ GL 30
O
U/S 60
O
U/S.
Soalan 1bii memerlukan calon menganalisis penerimaan tenaga suria yang berbeza
terhadap panjang siang dan malam di kawasan GL rendah GL 0
O
- 30
O
U/S. , GL
sederhana/ GL 30
O
U/S 60
O
U/S. dan GL tinggi/ GL 60
O
U/S 90
O
U/S.

SKEMA JAWAPAN
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? [3]
Tenaga ialah keupayaan/ untuk menghasilkan sebarang aktiviti atau kerja.

(b) Huraikan bagaimana penerimaan tenaga suria yang berbeza memberi
kesan kepada :-

i. Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia[8]
Pada 21 hb Mac (Ekuinoks Musim bunga) penerimaan pancaran matahari adalah
tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia menerima bahangan
matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim bunga di HU dan
musim luruh di HS.
Pada 23 hb Sept (Ekuinoks Musim Luruh) penerimaan pancaran matahari adalah
tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia menerima bahangan
matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim luruh di HU dan
musim bunga di HS.
Pada 21 hb Jun ( Soltis Musim Panas ).penerimaan pancaran matahari adalah
tegak di atas garisan Sartan. Ini menyebabkan HU lebih banyak menerima tenaga
suria. Ini menyebabkan berlakunya musim panas di HU dan musim dingin di HS
Pada 22 hb Dis (Soltis Musim Dingin )penerimaan pancaran matahari adalah
tegak di atas garisan Jadi. . Ini menyebabkan HU lebih sedikit menerima tenaga
suria berbanding HS .Ini menyebabkan berlakunya musim dingin di HU dan musim
panas di HS.

ii. Kejadian siang dan malam[4]
- Putaran bumi menyebabkan sebahagian daripada permukaan bumi
menghadap matahari dan menerima pancaran tenaga matahari dan sebahagian lagi
akan terlindung. Ini berlaku dalam tempoh 24 jam. Bahagian yang menghadap
matahari akan mengalami siang . Bahagian yang lindung
matahari akan membelakangi matahari dan mengalami malam
- Perbezaan waktu siang dan malam adalah berbeza mengikut garis lintang dan
mengikut musim. Ketika musim ekuinok siang dan malam adalah sama di seluruh
dunia.
- Pada ketika musim solstis musim panas kawasan GL tinggi 60
O
U 90
O
U siang
melebihi 20 jam malah mencapai 24 jam siang. Manakala GL 60
O
S 90
O
S malam
melebihi 20 jam malah mencapai 24 jam siang. Begitu juga semasa solstis musim
sejuk adalah sebaliknya.
- GL sederhana/ GL 30
O
U 60
O
U waktu siang lebih panjang manakala GL
sederhana/ GL 30
O
S 60
O
S malam lebih panjang. Begitu juga semasa solstis
musim sejuk adalah sebaliknya
- GL rendah/ GL 0
O
30
O
U/S siang dan malam adalah sama panjang. Begitu
juga semasa solstis musim sejuk adalah sebaliknya
3


SOALAN 2.
(a) Nyatakan jenis-jenis tenaga yang terdapat dalam system atmosfera
bumi. [5m]
(b) Mengapakah kadar penyerapan haba matahari oleh permukaan bumi
adalah berbeza-beta antara satu tempat dengan tempat yang lain? [10 m]
(c) Bagaimanakah kadar penerimaan haba yang berbeza oleh permukaan bumi
mempengaruhi aktiviti manusia? [10 m]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian.
Soalan (a) meminta pelajar menyatakan jenis-jenis tenaga yang terdapat dalam
sistem atmosfera bumi. Soalan (b) meminta pelajar menerangkan sebab kadar
penyerapan haba matahari oleh permukaan bumi berbeza antara satu tempat dengan
tempat yang lain.
Manakala Soalan (c) pula meminta pelajar menjelaskan bagaimana kadar
penerimaan haba yang berbeza oleh permukaan bumi mempengaruhi aktiviti
manusia.

SKEMA JAWAPAN
(a) Jenis-jenis tenaga yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi:-
Ai. Tenaga haba rasa - apabila tenaga ini terkena pada sesuatu permukaan, maka
permukaan tersebut beransur panas.
Aii. Tenaga haba pendam - tenaga yang terkandung dalam jirim sehingga ia
dibebaskan.
Aiii. Tenaga potensi - tenaga keupayaan yang dimiliki oleh sesuatu jirim.
Aiv. Tenaga kinetik - tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jirim.
Av. Tenaga graviti - tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jirim
dari atas ke bawah.

(b) Sebab-sebab terdapatnya perbezaan kadar penyerapan haba pada
permukaan bumi
Ciri-ciri permukaan bumi yang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain
akan menghasilkan kadar penyerapan yang berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh
faktor-faktor:
Bi. Warna permukaan yang berbeza (Pengaruh Albedo) - permukaan berwarna gelap
seperti hutan dan batuan lebih banyak menyerap haba berbanding dengan
permukaan yang cerah seperti salji.
Bii. Tekstur - tekstur yang kasar dan kasap seperti permukaan tar dan dinding konkrit lebih
banyak menyerap haba berbanding dengan tekstur permukaan yang licin dan rata.
Biii. Struktur permukaan - permukaan bumi/struktur geologi yang berada dalam keadaan
mendatar (horizontal) lebih banyak menyerap, haba berbanding dengan struktur
permukaan yang menegak (vertical). Ini berkaitan dengan keluasan permukaan yang
boleh menyerap haba.
Biv. Kandungan mineral - mineral batuan yang cerah seperti kuartza, silika dan mika lebih
banyak membalikkan haba berbanding dengan mineral batuan seperti andersit dan riolit
(warna gelap).
Bv. Aspek - berkait dengan permukaan cerun yang menghadap, atau
membelakangi matahari. Cerun yang menghadap matahari pastinya terdedah lebih lama
kepada bahangan solar yang menyebabkan lebih banyak menyerap haba.
4


(c). Kadar penerimaan haba permukaan yang berbeza akan menyebabkan jenis
dan aktiviti manusia juga berbeza antaranya:
Ci. Aktiviti pertanian dan penternakan - di kawasan yang menerima haba lebih banyak
(suhu tinggi), tanaman seperti gandum, barli, tamar dilaiiatti di samping ternakan
seperti unta. Berbanding dengan kawasan kurang haba (suhu sejuk), buah-buahan
sitrus pula ditanam. Kawasan yang panas dan lembap, seperti di khatulistiwa dan
tropika lembap ditanam pula dengan tanaman padi sawah, getah, kelapa sawit dan
sebagainya.
Cii. Pelancongan - kawasan haba tinggi seperti khatulistiwa, aktiviti seperti berjemur di
tepi pantai menjadi satu tarikan berbanding dengan kawasan bersalji,
aktiviti permainan ski menjadi tarikan utama. Kawasan pelancongan di tinggi adalah
lebih popular kerana suhunya yang lebih sejuk dengan kawasan tanah pamah.
Ciii. Kegiatan ekonomi primitif - mengutip buah-buahan dan berburu - Masyarakat
Bushmen di kawasan gurun di Afrika mempunyai kaedah pemburuan dan jenis
binatang buruan yang berbeza dengan masyarakat di kutub. Ini kerana pengaruh
cuaca/suhu setempat akan menentukan persekitaran yang berbeza.
Civ. Perikanan - terjejas akibat cuaca panas/haba tinggi seperti tempoh El-Nino atau
akibat suhu sejuk/beku. Di kawasan yang mengalarni 4 musim, aktiviti perikanan pada
musim sejuk tergendala akibat permukaan lautan diliputi ais.
Cv. Pembalakan - di kawasan hawa sederhana, aktiviti pembalakan dijalankan pada
musim sejuk. Ini kerana pada musim panas, sungai mula mencair dan mengangkut
bersama kayu-kayu balak yang ditebang ke kawasan kilang yang berdekatan dengan
sungai.





SOALAN 2.
(a). Jumlah bahang matahari yang diterima oleh permukaan bumi adalah berbeza-
beza mengikut
ruang di dunia. Jelaskan sebabnya.[12m]
(b). Tunjukkan cara tenaga matahari mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan
tropika. [13 m]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada dua bahagian.
Soalan (a) meminta pelajar menjelaskan sebab-sebab jumlah bahang matahari yang
diterima oleh permukaan bumi berbeza-beza mengikut ruang dunia.
Soalan (b) pula meminta pelajar menunjukkan cara tenaga matahari mempengaruhi
kegiatan pertanian di kawasan tropika.

SKEMA JAWAPAN.
(a) Sebab-sebab jumlah bahang matahari yang diterima oleh permukaan bumi
adalah berbeza-beza mengikut ruang dunia/kawasan-kawasan di bahagian dunia
Ketebalan lapisan ozon yang melindungi bumi adalah tidak sama antara satu
kawasan dengan kawasan yang lain. Kawasan ozon tebal menyebabkan jumlah
bahang matahari yang diterima oleh bumi adalah sedikit berbanding dengan kawasan
ozon nipis/lapisan ozon yang bocor. Ini kerana kadar proses serakan, serapan,
5

balikan yang dijalankan oleh lapisan ozon terhadap bahangan matahari adalah
berbeza-beza.
Ketebalan lapisan atmosfera/lapisan awan. Seperti ozon, lapisan atmosfera
khususnya litupan awan juga mempunyai ketebalan yang berbeza-beza antara satu
kawasan dengan kawasan yang lain. Kawasan gurun panas, misalnya litupan awannya
nipis berbanding dengan kawasan kutub. Oleh itu, kawasan gurun menerima bahangan
matahari yang tinggi.
Kecondongan pancaran matahari /sudut pancaran matahari. Kawasan khatulistiwa
menerima banyak bahangan matahari kerana ia menerima pancaran matahari dalam
keadaan bersudut tepat berbanding dengan kawasan kutub utara dan selatan. Selain
itu, jarak matahari dengan bumi di kawasan khatulistiwa juga adalah lebih dekat
berbanding dengan kedua-dua kawasan kutub.
Perbezaan permukaan bumi/ topografi seperti daripada segi warnanya, jenis dan
ketebalan litupan tumbuhannya, jenis permukaan seperti daratan atau air dan lain-lain.
Perbezaan permukaan ini akan mempengaruhi nilai Albedo. Contohnya kawasan
bersalji menerima sedikit sahaja bahangan matahari kerana sifat permukaannya
yang cerah/putih lebih banyak membalikkan haba berbanding dengan permukaan
yang gelap seperti permukaan bertar, bangunan serta litupan tumbuhan yang lebih
banyak menyerap haba. Begitu juga dengan kawasan daratan/benua lebih banyak
menerima/menyimpan bahangan matahari berbanding dengan kawasan laut.

(b). Cara tenaga matahari mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tropika.
Kawasan tropika boleh dibahagikan kepada dua iaitu tropika lembap dan tropika
kering. Aktiviti- aktiviti pertanian di kedua-dua kawasan ini amat bergantung
kepada matahari.
Bi. Adanya tenaga matahari yang tinggi sepanjang tahun membolehkan aktiviti
pertanian dijalankan di sepanjang tahun khususnya di kawasan tropika lembap
seperti kegiatan penanaman padi sawah, tanaman kelapa sawit, getah, kelapa dan
lain-lain. Sinaran matahari yang mencukupi tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Bii. Kadar penerimaan tenaga matahari yang berbeza oleh permukaan bumi
mempengaruhi aktiviti pertanian yang berbeza. Di kawasan tropika kering lebih
tertumpu kepada tanaman kontang seperti gandum, sekoi, kacang tanah, jagung, kapas
dan lain-lain kerana jumlah bahangan matahari yang diterimanya adalah lebih tinggi
berbanding dengan kawasan tropika lembap yang tertumpu kepada tanaman seperti
padi sawah, kelapa sawit dan getah.
Biii. Pengaruh tenaga matahari terhadap akti viti penternakan. Penternakan
seperti lembu, biri-biri, kambing dan sebagainya lebih berjaya di kawasan tropika kering
kerana tenaga mataharinya lebih banyak dan sesuai untuk pertumbuhan rumput
berbanding dengan kawasan tropika lembap yang lebih banyak kawasan hutan
daripada padang rumput.
Biv. Peranan tenaga matahari dalam mempengaruhi kebanyakan kitar nutrien seperti
kitar nitrogen, kalsium, fosforus dan lain-lain yang menyediakan zat-zat galian dalam
tanah dan menjadikan tanah subur. Keadaan tanah yang subur mempengaruhi
aktiviti pertanian dijalankan dengan baik. Misalnya tanah laterit dan tanah aluvium.

SOALAN 3
(a) Huraikan maksud "sistem" dalam konteks Alam Sekitar Fizikal. [6 m]
(b) Terangkan konsep sistem terpencil, sistem tertutup dan sistem terbuka
yang ada dalam Alam Sekitar Fizikal. [7 m]
6

(c) Berdasarkan contoh-contoh yang khusus, tunjukkan kesan ke atas sistem-
sistem fizikal yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan. [12 m]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian.
Soalan (a)meminta pelajar menghuraikan maksud sistem dalam konteks Alam
Sekitar Fizikal.
Soalan (b) meminta pelajar menerangkan konsep sistem terpencil, sistem tertutup don
sistem terbuka yang terdapat dalam Alam Sekitar Fizikal.
Soalan (c) pula meminta pelajar menunjukkan kesan ke atas sistem fizikal yang lain
apabila sesuatu sistem mengalami perubahan berdasarkan contoh-contoh khusus.

JAWAPAN LENGKAP.
a. Huraikan maksud "sistem" dalam konteks Alam Sekitar Fizikal. [6 m]
Si st em adal ah satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak
antara satu sama lain. Selain mempunyai unsur-unsur yang saling bertindak,
sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga dan bahan yang boleh masuk
dan keluar daripada sistem tersebut. Tenaga khususnya daripada matahari penting
sebagai penggerak seluruh operasi sistem berkenaan. Dengan adanya tenaga
inilah, seluruh unit di dalam sistem fizikal itu berfungsi dan bergerak untuk
sentiasa mencapai tahap keseimbangan (Steady State System). Sistem-sistem
bumi juga mempunyai sempadannya sendiri di samping memiliki sifat
pemulihan kendiri (sel f regul ati on). Dengan i tu, sesebuah si stem Al am
Seki tar Fi zi kal i ni mempunyai ciri-ciri seperti pertamanya mempunyai
angkubah atau unsur-unsur yang berada di dalam satu sempadan dan sentiasa
saling bergantung antara satu sama lain. Keduanya mempunyai bahan seperti
air, gas, dan tenaga yang boleh masuk dan keluar dari sempadan sistem tersebut.
Ini bermakna adanya input, penggunaan, storan (simpanan) dan juga output. Ketiga-
tiga angkubah di dalam sesebuah sistem sentiasa beroperasi untuk mencapai
tahap keseimbangan (stable) dan ini mengambil masa yang lama. Jika tahap
kestabilan sistem dicapai bermakna input tenaga dan bahan adalah sama dengan
outputnya.

b. Terangkan konsep sistem terpencil, sistem tertutup dan sistem terbuka yang
ada dalam Alam Sekitar Fizikal. [7 m]
Sistem terpencil (Isolated system).
Sistem jenis ini mempunyai sempadan yang tertutup dan tidak membenarkan
keluar-masuk tenaga dan bahan ke dalamnya. Sistem ini tidak diperolehi di
alam nyata tetapi hanya di dalam makmal sahaja, umpamanya gas di dalam
tabung uji.

Sistem tertutup (Closed system).
Sistem jenis ini mempunyai sempadan tertentu. Sempadan sistem ini hanya
membenarkan pertukaran tenaga sahaja, iaitu tenaga dapat masuk dan keluar
daripadanya manakala input-output bahan tidak berlaku. Umpamanya bumi
dengan matahari adalah daripada jenis sistem ini. Bumi hanya menerima tenaga
daripada matahari dan bukannya bahan.

Sistem terbuka (Open system).
7

Sistem ini membenarkan kedua-dua bahan dan tenaga masuk dan keluar
menerusi sempadannya. Sistem ini sentiasa bergerak dan beroperasi hingga
sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata dalam skala
makro atau skala mikro. Misalnya sistem ekologi berada di tahap makro yang
boleh dipecahbahagikan kepada unit-unit mikroseperti ekosistem hutan,
ekosistem muara, ekosistem tasik, ekosistem laut dan sebagainya.

c. Berdasarkan contoh-contoh yang khusus, tunjukkan kesan ke atas sistem-
sistem fizikal yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan. [12 m]

Terdapat 4 sistem utama Alam Sekitar Fizikal iaitu sistem geomorfologi, sistem
atmosfera, sistem hidrologi dan si stem ekol ogi . Keempat-empat si stem
tersebut sal i ng beri nteraksi dan bergantungan antara satu sama lain. Dengan
itu, setiap perubahan yang dialami dalam sesuatu sistem akan mempengaruhi
sistem yang lain.

Cont oh per t ama, Fenomena letusan gunung berapi berlaku dalam
sistem geomorfologi. Ianaya mengalirkan lava dan aliran piroklastik, letusan
gunung berapi juga mengeluarkan debu. Misalnya letupan gunung berapi Pinatubo
di Filipina pada tahun 1992, mengeluarkan debu setinggi 12 kilometer ke udara. Ini
mempengaruhi system atmosfera melalui kejadian jerebu, hujan asid dan gangguan
cuaca sehingga merangsang kejadian ribut taufan. Akibat letupan itu,
hampir seminggu kepulauan Asia Tenggara diselimuti dengan jerebu.
Kejadian hujan asid berlaku apabila sulfur dari debu dan jerebu bersebati
dengan air hujan menjadi asid sulfurik. Ini akan mengganggu kualiti air
dalam sistem hidrologi apabila hujan asid jatuh ke dalam tasik, paya, kolam dan
laut. Situasi ini akhirnya akan memusnahkan rantaian makanan dalam
ekosistem akuatik, kepupusan sumber-sumber maritim, batu karang, plankton,
ikan, udang, sotong dan lain-lain. Hujan asid juga boleh merosakkan ekologi hutan
semulajadi.

Contoh kedua,Fenomena El-Nino yang melanda negara-negara Pasifik pula
berlaku dalam sistem atmosfera. Fenomena ini telah mengganggu kestabilan
atmosfera yang yebabkan cuaca panas dan kering pada bahagian barat
Pasifik dan kejadian banjir di bahagian timurnya. Kekurangan hujan, cuaca
panas dan kemarau akan mengganggu keseimbangan sistem hidrologi seperti
sungai, tasik serta air bawah tanah. Kekurangan input air di dalam system
hidrologi seterusnya akan menjejaskan sistem ekologi akuatik. Hidupan air seperti
udang, ketam dan sebagainya akan terjejas dan mati. Akibatnya rantaian
makanan kepada hidupan lain akan turut terjejas. Keadaan menjadi lebih teruk
apabila system ekologi sesebuah hutan terbakar dengan sendirinya dan
segala fauna dan floranya akan musnah. Dalam konteks sistem geomorfologi
El -Ni no bol eh meni ngkat kan kadar l ul uhawa bat uan, dan meni ngkat kan
kadar hakisan angin, rekahan tanah dan sebagainya.

Contoh ketiga, Fenomena banjir kilat di Kuala Lumpur berlaku dalam system
hidrologi tapi ianya bermula dari system germorfologi dimana permukaan bumi
diturap dengan tar, simen konkrit dan bangunan mengurangkan kadar susupan
dan meningkat kadar aliran air permukaan. Secara tidak langsung
mengurangkan proses susupan dan bekalan air dalam tanah. Kapasiti akuifer
8

menurun seterusnya mengurangkan bekalan air yang tetap kepada Sungai
terutamanya pada musim kemarau. Keadaan ini sebenarnya mengganggu sistem
hidrologi.Dalam konteks sistem ekologi pula dua bentuk gangguan boleh
berlaku. Dalam jangka masa pendek, limpahan air yang cepat di kawasan
lembah dan rendah seperti kawasan paya, sungai, tasik dan kolam yang ada
dalam bandar tersebut akan merosakkan rantaian makanan dan
keseimbangan ekosistem akuatik yang sedia ada apabila input air yang
terpaksa diterimanya berlebihan. Dalam jangka masa panjang, pengurangan
susupan air ke dalam tanah ekoran daripada lebih banyak yang mengalir di
permukaan boleh menyebabkan sungai kehilangan bekalan air, kekeringan air
sekaligus memusnahkan bandar (Pulau Haba) akan mempercepatkan
proses sej atan dan pemel uwapan unt uk membolehkan hujan turun lebih
kerap dalam bandar berbanding dengan kawasan luar bandarnya.
Kekerapan hujan melebihi daripada kadar biasa merupakan satu gangguan
kepada sistem atmosfera.

Contoh ke empat,Pemanasan global yang berlaku melalui mekanisme
kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon adalah satu gangguan kepada
sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang diterima oleh bumi menjadi
tidak seimbang. Bumi dikatakan menerima lebihan bahangan suria yang
menyebabkan suhu dunia meningkat. Dampaknya akan dialami oleh sistem
geomorfologi apabila litupan ais benua dan pergunungan cair, membanjiri laut,
menenggelamkan daratan yang rendah di samping meningkatkan kadar
hakisan ombak. Penenggelaman daratan akan memusnahkan pula sistem
ekologi misalnya ekologi muara dan ekologi paya. Yang pasti tumbuh-tumbuhan
sebagai pengeluar utama dalam rantaian makanan akan mati dan kehilangan
habitat fauna serta flora. Dal am konteks si stem hi drol ogi pul a, pemanasan
global akan mempercepatkan kitaran hidrologi apabila kadar sejatan, perpeluhan
tumbuhan dan sejat-peluhan tanih berlaku lebih daripada situasi normal.

Contoh ke lima,Fenomena penyahutanan oleh manusia untuk pelbagai
tujuan seperti pertanian, petempatan, perindustrian atau kebakaran hutan
secara semula jadi bukan sahaja mengganggu sistem ekologi hutan itu, sendiri
apabila habitat fauna dan flora musnah, tetapi lebih daripada itu ia akan
menghilangkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan, mengganggu proses
susupan air ke dalam tanah seterusnya mengurangkan bekalan air dalam
tanah. Ini merupakan satu dampak yang dialami oleh sistem hidrologi. Kesan
yang lebih dirasai akibat kebakaran hutan masa kini adalah jerebu. Di
Malaysia, bandar-bandar seperti Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan
Kuala
Lumpur
daripada pembakaran
hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Selain jerebu gangguan ke
atas sistem atmosfera juga terjadi apabila berkurangnya peratus kelembapan
udara akibat tumbuhan yang tidak lagi mampu menjalankan proses transpirasi,
seterusnya mengurangkan j uml ah huj an tempatan. Pal a si stem
geomorfol ogi pul a, kebakaran hutan dan penyahutanan akan meningkatkan
kadar luluhawa batuan sama ada secara fizikal atau kimia, meningkatkan kadar
hakisan air dan angin, gondolan muka bumi dan lain-lain. Manusia sebenarnya
9

mendedahkan muka bumi kepada agen-agen geomorfologi melalui aktiviti
penyahutanan.

Contoh ke enam, Reator Dan Ujian Nuklear adalah sesuatu yang
menggerunkan manusia sepertimana yang berlaku di Jepun pada Mac
2011. Tidak terhenti setakat kemusnahan rantaian dalam geomorfologi,
ekologi dasar laut, ujian nuklear itu juga sudah pasti mengganggu sistem
hidrologi laut apabila kualiti air laut dicemari oleh bahan radioaktif. Ini
memberikan kesan pula ke, atas sistem atmosfera apabila sejatan daripada air
laut yang tercemar dengan bahan radioaktif yang boleh membawa bencana
hujan radioaktif Dalam konteks sistem ekologi, kemusnahan yang dahsyat
sudah tentu dialami oleh ekosistem laut, ekosistem pulau dan khazanah maritimnya.
Sekali lagi kita tidak boleh membayangkan apa yang terjadi kepada terumbu
karang, ikan sotong, udang dan lain-lain yang terkena bahan radioaktif di
samping gegaran yang dahsyat itu.



Soalan 4.
(a). Huraikan secara ringkas tentang Albedo. [5 m]
(b). Jelaskan proses-proses yang melibatkan bahangan matahari di
kawasan laut, udara dan tumbuh-tumbuhan. [12 m]
(c). Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada
sumber-sumber semula jadi. [8 m]

Ulasan soalan.
Soalan langsung:, soalan a, memerlukan pelajar huraikan secara ringkas konsep
Albedo. Soalan b, pelajar perlu jelaskan apakah proses bahangan matahari di laut,
udara dan pada tumbuh-tumbuhan. Makala soalan c pula , pelajar perlu
menganalisa tentang sumber-sumber semulajadi boleh dijana habanya oleh
manusia.

SKEMA JAWAPAN
(a) Konsep Albedo,
Albedo adalah sifat kecerahan bahan di pemukaan bumi yang boleh mempengaruhi
kadar pembalikan semula atau pantulan yang dialami oleh bahangan matahari
yang tiba ke permukaan bumi. Namun begitu bukan permukaan bumi sahaja yang
membalikkan bahangan matahari ini. Sebelum tiba di permukaan bumi dan di dalam
atmosfera itu sendiri proses albedo atau pembalikan juga berlaku misalnya oleh
manik-manik hujan, partikel-partikel pencemaran yang cerah, pembalikan oleh
awan dan sebagainya. Kadar pembalikan ini amat bergantung kepada warna
permukaan selain daripada sudut pancaran cahaya matahari itu sendiri. Di
permukaan bumi yang cerah seperti permukaan salji, permukaan gurun
berpasir akan mengalami kadar pembalikan yang tinggi berbanding dengan
permukaan gelap seperti hutan dan bertar yang lebih banyak menyerap
bahangan daripada membalikkannya.

(b). Proses-proses yang melibatkan bahangan matahari di kawasan laut,
udara dan tumbuh-tumbuhan.

10

Penglibatan tenaga bahangan matahari di kawasan laut

Proses sejatan / penyejatan berlaku di atas air laut. Pemanasan matahari yang terik di
siang hari akan menyebabkan permukaan air laut yang atas mengalami pembuakan. Air di
keringkan membentuk wap-wap air yang ringgan lalu naik ke atas. Sejatan ini
memerlukan tenaga bahangan yang cukup tinggi. Misalnya untuk menyejat satu gram
air pada suhu 0 darjah celcius memerlukan 600 kalori tenaga haba/bahangan dan untuk
menyejat 1 gram air pada suhu 100 darjah celcius pula memerlukan 540 kalori tenaga
haba khususnya dari bahangan matahari. Jadi proses sejatan adalah menukarkan
fasa air dalam bentuk cecair ( outpun system hidrologi) kepada gas( input system
atmosfera).

Penglibatan tenaga bahangan matahari di udara
Dalam ruangan atmosfera proses pemeluwapan mengambil tempat dimana wap-
wap air yang disejat tadi akan naik secara menegak lalu memasuki ruangan atmosfera
yang lebih sejuk di bahagian atas. Ini akan menyebabkan wap-wap air tadi dilembapkan
kembali membentuk titisan manik air yang seni lalu bercantum menjadi lebih besar dan
berat dan akhirnya turun sebagai kerpasan. Pengaruh tenaga bahangan semakin
berkurang apabila jisim udara semakin meninggi, kadar tukaran adiabatik berlaku
menyebabkan suhu semakin sejuk. Selain itu bahangan matahari juga mengalami
pelbagai proses di dalam lapisan atmosfera. Sebahagiannya akan
dibalikkan/dipantulkan oleh awan, mengalami proses serakan, serapan dan tapisan
oleh partikel-partikel dalam atmosfera seperti oleh wap-wap air, nukleus higroskopik,
bahan-bahan pencemar udara dan juga partikel terampai seperti habuk dan debu.

Penglibatan tenaga bahangan matahari di kawasan tumbuh-tumbuhan.

Di kawasan tumbuh-tumbuhan bahangan matahari terlibat dalam proses
fotosintesis dan juga proses perpeluhan. Dalam proses fotosintesis bahangan
matahari amat perlu untuk tumbuhan hijau membuat makanan melalui klorofilnya.
Tenaga haba ini akan digunakan secara langsung oleh tumbuhan hijau dan menukar
serta menyimpannya dalam bentuk tenaga kimia. Pada masa yang lama tenaga
bahangan matahari juga terlibat dalam proses perpeluhan (transpirasi) daun. Tenaga
haba ini diguna untuk membebaskan wap-wap air melalui liang stomata daun ke
atmosfera bagi menghasilkan kelembapan udara.

(c ) .Bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber
semulajadi.

Sumber tenaga haba semula jadi adalah banyak dan telah dimanfaatkan oleh
manusia melalui pelbagai cara. Antaranya:

Tenaga dari bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Sumber
tenaga haba ini dijana melalui usaha cari gali untuk dijadikan bahan bakar bagi
menggerakkan kenderaan, generator kilang, dan janakuasa elektrik misalnya turbin
gas dan lain-lain kegunaan domestik. Sumber tenaga konvensional ini dikeluarkan dari
perut bumi melalui usaha penggerudian samada di lautan atau daratan. Sumber
petroleum mentah tersebut akan diproses untuk dijadikan pelbagai jenis minyak.

11

Tenaga dari air mengalir seperti sungai. Sumber tenaga ini dijana melalui pembinaan
empangan untuk menghasilkan kuasa elektrik hidro. Aliran air sungai yang deras dari
sistem empangan yang telah dibina akan menggerakkan turbin yang boleh
mengerakkan generator bagi menghasilkan tenaga elektrik. Pada masa kini tenaga
ini menjadi pilihan utama kerana sifatnya yang berterusan, bersih, mesra alam dan
murah.

Tenaga suria/solar. Sumber tenaga ini dijana melalui penyelidikan saintifik. Panel-
panel besi akan dipasang di kawasan yang lapang misalnya di atas bumbung
rumah bertujuan untuk memerangkap bahangan solar/tenaga matahari. Bahangan
tersebut akan disimpan oleh system dynamo dalam bentuk tenaga haba yang
kemudiannya boleh ditukarkan kepada tenaga elektik untuk kegunaan domestik
dan kenderaan ringan.

Sumber tenaga geotermal. Pancutan air panas akan membentuk tekanan wap
untuk rnenggerakkan turbin yang dibina bagi menghasilkan arus elektrik.

Tenaga daripada angin pula dijana melalui pembinaan kincir-kincir angin.
Manakala tenaga dari sumber biojisim misalnya tahi lembu pula akan
di keringkan dan dibakar untuk menghasi l kan tenaga baba apabi la i s
diperlukan. Sumber biojisim banyak digunakan pada musim sejuk.

Soalan 5.
(a). "Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang
lebih panjang daripada waktu malam, Bincangkan pernyataan ini. [12 m]
(b). Terangkan kepentingan tenaga matahari terhadap kegiatan
pertanian di kawasan tropika lembab. [13 m ]

Ulasan soalan.
Bentuk soalan analisis di mana pada soalan (a) kawasan mana di muka bumi yang
mengalami waktu siang lebih panjang begitu juga sebaliknya. Manakala soalan (b) lebih
langsung dimana pelajar perlu terangkan kepentingan tenaga matahari dalam
kepelbagaian jenis pertanian di kawasan tropika lembap sahaja.

SKEMA JAWAPAN
(a) Sebab-sebab berlakunya siang dan malam yang tidak sama
panjang mengikut musim

Sebab utama ialah peredaran bumi mengelilingi matahari dan putaran bumi
pada paksinya yang condong.

Fenomena
Ketika solstis musim panas (21 Jun)
- Di garisan sartan matahari tegak di kepala dan siang serta malamnya adalah
sama panjang di kawasan tersebut dan juga kawasan khatulistiwa.
- Kawasan hemisfera utara waktu siangnya lebih panjang berbanding waktu
malam. (musim panas)
- Manakala di kawasan hemisfera selatan waktu malamnya lebih panjang
berbanding waktu siang. (musim sejuk)
Ketika solstis musim sejuk (22 Disember)
12

- Hemisfera utara mengalami waktu malam yang lebih panjang daripada waktu
siang kerana bahagian buminya terlindung daripada pancaran matahari
(faktor pengaruh sudut pancaran cahaya matahari) (musim sejuk).
- Hemisfera selatan waktu siang lebih panjang berbanding dengan malam
(musim panas).
Faktor putaran bumi
- Putaran bumi di atas paksinya yang condong akan menyebabkan bahagian
yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang manakala bahagian
yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.
- Perbezaan kepanj angan waktu si ang dan mal am i ni di pengaruhi ol eh
kedudukan garis lintang. Garis lintang yang bersudut tepat dengan matahari
akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang manakala garis
lintang yang tidak bersudut tepat dengan matahari make tempoh waktu siang dan
malamnya berbeza-beza.

(b). Kawasan tropika lembap mempunyai ciri panas dan lembap sepanjang
tahun serta mendapat sinaran matahari sepanjang masa. Tenaga matahari
amat penting untuk kegiatan pertanian kerana:
Bi . Membol ehkan akti vi ti pertani an di j al ankan sepanj ang tahun proses
fotosi ntesi s berl aku sepenuhnya.
Bii. Hasil-hasil pertanian seperti padi dapat dituai dan dikeringkan pada musim
panas ketika sinaran matahari yang tinggi. Sinaran matahari tepat dengan masa
penuaian.
Biii. Menggalakkan proses fotosintesis sepenuhnya - menjamin pokok-pokok
yang subur dan proses tumbesaran yang tidak terencat.
Biv. Proses sejatpeluhan (evapotranspiration) berlaku dengan sempurna kerana
mendapat bekalan tenaga matahari yang cukup. Tanaman tidak mengalami
masalah lebihan atau kekurangan air.
Bv. Proses penanaman semula boleh di jal ankan selepas penuai an seperti
pembakaran jerami padi , sisa tebu kerana cuaca panas dari matahari
memudahkan pembakaran sisa tersebut untuk membolehkan musim
penanaman yang baru dimulakan.

Beri Nilai