Anda di halaman 1dari 8

Sabtu, 26 Juni 2010

sejarah tulisan jawi


Jawi
1.0 Pengenalan
Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi
Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih
digunakan kerana ianya amat berkait rapat dengan agama Islam.
Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait dengan
kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi
berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang
dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.
Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada
akhbar mahupun penggunaan di papan iklan, papan tanda nama
jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat pengiktirafan dan
sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara
meluas.Begitu juga penggunaannya di peringkat pengajian di
universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah
dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh
golongan pelajar di Malaysia.
Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun
yang lalu, ia belum banyak diselidiki dari segi perkembangan dan
sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah perkembangannya,
terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu
pengaruh Arab dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam
bentuk ejaan tulisan Jawi dipengaruhi dengan penggunaan tanda-
tanda baris; manakala pengaruh ejaan Melayu pula, wujudnya
huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-tanda
baris.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu
aspek yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya
Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan tulisan Jawi
dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa
seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca
sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara
seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa
bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa
perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.
Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan
pengaruh Arab terbukti sejarah kewujudannya dalam tamadun
Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan
bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama,
kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat
daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar,
tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber
penemuan pada azimat dan tangkal.
Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh
Nuruddin Al-Raniri di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam
bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan seorang
puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah,
kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di
Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu nisan Fatimah binti
Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur
tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan
tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah
diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang
disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha
membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu
setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada 702
Arsip Blog
2010 (6)
Juni (3)
bm klasik
sejarah tulisan jawi
komunikasi
April (1)
Maret (2)
2008 (3)
Mengenai Saya
osmaismail
Hamba Allah yang cuba menjadi sebenar -
benar hambaNya.
Lihat profil lengkapku
0

More

Next Blog Create Blog

Sign In
belajar
Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang
mungkin tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini
ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada
sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan
huruf-huruf Arab.
Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya
ia berkait rapat dengan sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis
pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan
lazim, dan ejaan mengikut hukum :
a) Ejaan Tradisi
Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan,
dan ada ketikanya ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem
ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( ), pada ( ),
dan kepada ( ).
b) Ejaan Lazim
Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata
terbuka atau sukukata tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke
atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya
seperti lada( ), pasu( ), suka( ), barang( ), bulan(
),nangka( ), dan bantal( ).
C) Ejaan Mengikut Hukum
Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa
hukum mengeja seperti hukum darling, hukum di luar darling, hukum
ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum.
1.1 Objektif Kajian
a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati
dan kaedah ejaan kata serapan yang terdapat dalam Akhbar Fikrah
Harakah.
b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan
tersebut.
c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang
dikaji.
1.1 Bahan Kajian
Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar
Fikrah Harakah sebagai bahan kajian utama. Tajuk yang diutarakan
ialah Allah Berkuasa Menarik Balik Penglihatan, Pendengaran
Golongan Yang MenyanggahNya dan Peranan Umat Islam Dalam
Menghadapi Cabaran Global tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang bertarikh 14 Febuari 2010.
1.2 Kaedah Kajian
Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam
akhbar ini, sumber rujukan diperolehi dan dirujuk dari sumber
perpustakaan, sumber internet, dan individu tertentu iaitu guru
mata pelajaran Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu.
1.3 Batasan
Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar Fikrah Harakah agak
banyak, namun penulis hanya menghadkan kepada 1000 perkataan
awal sahaja. Daripada 1000 perkataan ini kajian akan dibuat
berdasarkan objektif yang telah ditentukan.
2.0 Hasil Kajian
Setelah mengkaji 1000 perkataan daripada akhbar, bermula
daripada perkataan :
Tafsir hingga Amin didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah
seperti berikut (terdapat juga perkataan berulang) :
2.1 Ejaan Lazim
1 Tanda
2 Tanya
3 Banyak
4 Baru
5 Tahu
6 Besar
7 Hasil
8 Usaha
9 Dan
10 Dalam
11 Dewan
12 Ahli
13 Majlis
14 Tentang
15 papan
16 Lagi
17 Batu
19 tanda
2.2 Ejaan Mengikut Hukum
2.2.1 Hukum Darlung
23 kali
2.2.2 Hukum Luar Darlung
24 saya
25 Mana-mana
26 nama
2.2.3 Hukum Ka dan Ga
27 ketika
2.2.4 Hukum Ha dan Aha
28 bahasa
2.3 Ejaan Tradisi
30 Orang
31 Utama
33 Yakni
34 Itu
35 Sendiri
36 Apabila
37 Pertama
38 Ia
39 Yang
40 Huruf sin
41 Atau
42 Tidak
43 Maknanya
44 Sampai
46 Melayu
47 Wujud
48 telah
49 kepada
50 kerana
51 apatah
52 penggaram
53 segera
54 Rahmat
55 sebarang
2.4 Kata Berimbuhan
57 perkataan
58 menjadi
59 melintasi
62 dibandar
63 apakah
64 Terpinga-pinga
65 terlihat
66 perkataan
67 tertinggal
68 Sebaik
69 kerumah
70 menyelongkar
71 pelbagai
72 termasuk
73 ternyata
74 terbaru
75 menyebabkan
76 bertanya
78 tersebut
79 sebuah
2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris
80 edisi
2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
1. Ejaan tradisi
2. Ejaan lazim
3. Ejaan kata serapan Inggeris
4. Kaedah kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan
per..an
5. Ejaan lazim
6. Ejaan lazim
7. Ejaan lazim
8. Hukum di luar Darlung
9. Ejaan lazim
10. Kaedah kata berimbuhan awalan (mem)
11. Ejaan lazim
12. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
13. Ejaan lazim
14. Nama khas
15. Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
16. Kata serapan Arab
17. Ejaan lazim (suku kata terbuka)
18. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
19. Ejaan lazim (suku kata tertutup)
20. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran)
21. Ejaan tradisi
22. Ejaan lazim (suku kata terbuka)
23. Kata berimbuhan awalan (ber)
24. Kata berimbuhan apitan
(awalan-akhiran) (kean)
25. Kata seru
26. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se..nya)
27. Ejaan tradisi (suku kata terbuka)
28. Bunyi glotis
29. Kata gabungan
30. Ejaan lazim (Suku kata terbuka + terbuka)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
31. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
32. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
33. Ejaan lazim (Suku kata tertutup + tertutup)
34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris
35. Kata perbuatan
36. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
37. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
38. Kata serapan Inggeris
39. Kata diftong
40. Ejaan lazim
41. Ejaan lazim
42. Kata serapan Inggeris
43. Kata serapan Inggeris
44. Ejaan tradisi
45. Ejaan lazim
46. Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
47. Ejaan lazim
48. Ejaan lazim
49. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
50. Ejaan lazim
51. Ejaan lazim
52. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
53. Ejaan lazim
54. Ejaan lazim
55. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me..an)
56. Ejaan kata serapan Inggeris
57. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)
58. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
59. Ejaan tradisi
60. Ejaan lazim
61. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
62. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
63. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
64. Kata seru
65. Ejaan kata serapan Inggeris
66. Ejaan lazim
67. Ejaan lazim
68. Ejaan tradisi
69. Ejaan lazim
70. Nama khas
71. Kata diftong
72. Ejaan lazim
73. Ejaan lazim
74. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
75. Kaedah kata berimbuhan akhiran (an)
76. Ejaan tradisi
77. Ejaan lazim
78. Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
79. Kata geluncur
80. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
81. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)
82. Ejaan lazim
83. Ejaan kata serapan Inggeris
84. Ejaan lazim
- kata dasar satu suku kata
- dieja tidak menggunakan alif
85. Ejaan tradisi
86. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
87. Ejaan lazim
2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi
Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan
besar pengaruhnya. Dalam kajian Akhbar Utusan Melayu yang
dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim
dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan
dan ejaan mengikut hukum dan kata serapan Inggeris sedikit
digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam mengembang dan
mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan
penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa
seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus disebabkan
oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti
daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan
tulisan Jawi apatah lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana
sebahagian daripada mereka buta dalam pembacaan tulisan Jawi.
Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat
menyayangi sistem tulisan Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab
memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak
kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara
tulisan Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti
dilaksanakan secara kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti
pembudayaan dan menghargai pendidikan tulisan Jawi dalam
kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan
semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para
pengguna pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama
Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan (KekWa),
Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan
Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan
peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi
memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.
Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula
dalam mempertingkatkan pendidikan tulisan Jawi ialah dengan
menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan apa-apa
sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan
Melayu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas.
Dalam hal ini, misalnya Jabatan Pelajaran Terengganu telah
meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan
Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di
samping sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras
dengan pelaksanaan program j-QAF, yang memberi penekanan
kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah
termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan
Jawi, kertas peperiksaan peringkat Peperiksaan Menengah Rendah
dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam
memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya,
peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut
dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana pihak
kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu daripada enam
masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan
untuk pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan
itu membolehkan pendidikan tulisan Jawi dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang mengajar mata
pelajaran tersebut.
Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting
untuk kepentingan guru dan murid dengan menggunakan ejaan
baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi
mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar
yang masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama.
3.0 Kesimpulan
Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan
kaedah ejaan merupakan aspek yang amat penting dalam
mengekalkan identiti budaya Melayu. Kemunculan tulisan Jawi juga
banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al
Quran. Pengaruh al Quran dalam penggunaan kata bahasa Melayu
juga wujud daripada peminjaman perkataan Arab ke atas bahasa
Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan
Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa Melayu
yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam di
Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan Jawi
bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam
Melayu sejak dahulu lagi.
Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada
pembentukan sukukata Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata
Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata Jawi terbuka dan
sukukata Jawi tertutup.
Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal,
manakala sukukata tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri
dengan huruf konsonan.
Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang
mewakili enam huruf vokal dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif (
)mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf ya ( )
mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( )
mewakili huruf vokal o. Huruf-huruf konsonan pula adalah selain
daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu, pembentukan
sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf konsonan
dengan huruf vokal atau sebaliknya.
Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah
lama digunapakai oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu di
Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan lama seperti (sudah -
); ejaan tua (itu - ); ejaan baharu ( billik - ); ejaan Arab
(wajib - ); ejaan kemelayuan ( peduli - ); dan ejaan kata
asing/Inggeris seperti ( vokal ).
Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud
dalam memelihara tulisan Jawi di mata dunia agar sentiasa dihargai.
Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan Jawi yang
tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih
digunakan dan bagi perkataan baru dan kata pinjaman vokal
digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang boleh dengan
perkataan asal (Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak
tercatat dalam penggunaan tulisan Jawi di dalam majalah Dian,
Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu seperti yang dikaji,
Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.
Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga
kurang mendapat sambutan kerana ketika itu sistem ejaan Zaaba
telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan sistem
lama kepada sistem baru.
Penghasilan buku,Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan
Daftar Ejaan Rumi-Jawi, yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan pemantapan yang
diusahakan daripada buku,Daftar Ejaan Melayu Zaaba(1939).
Kedua-dua buku tersebut bertujuan untuk pemantapan,
pengekalan, pengubahsuaian, dan pembaharuan dalam
menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh
para pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut
dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem ejaan
tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.
Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu
khasnya dan pencinta tulisan Jawi amnya terpaksa menghadapi
dugaan dan cabaran sama ada untuk menerima atau menolak
pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi
menangani cabaran yang berlaku, pelbagai seminar, perbincangan,
bengkel, dan seumpamanya akan/telah diadakan namun
peningkatan dan menghargai tulisan Jawi masih di ambang
kekaburan.
Bibliografi
Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti
Terengganu, Jurnal
Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm.100-104
Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi.
Monograf:Bil.9 :
Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK:
UPM.hlm.167-179
Hj. Mohd Hussein Hj Baharuddin,Ph.D(2006). Modul BBM3402
Sistem Tulisan Jawi,
Universiti Putra Malaysia, PPL, Serdang: Pro-Office Shoppe Sdn.
Bhd.
Mohd Hussein Baharuddin(Julai 2004).Gagasan dan Aktiviti ke Arah
Memartabatkan
Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu,
Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm. 181-187
Mohd Hussein Baharuddin(November 2000).Tulisan
Jawi:Perkembangan dan
Cabaran. Monograf: Bil.4 : Bahasa, Sastera dan Budaya
Melayu,Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm.139-153
Samat Buang(2007,Januari). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi.
Pelita
Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11
Saiful Bahri Aziz,etc.(2005). Pengajian Islam, Modul 2/3, Mod
latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah, Major j-QAF, Bahagian Pendidikan Guru, KPM.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi bertarikh 16/03/2009
. http://www.ftsm.ukm.my/IRPA/EA0036/01Tjawi.html.
bertarikh 16/03/2009
.
http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=
Posting Lebih Baru Posting Lama
jawi00089
& s=1&t=toc.htm. bertarikh 29/03/2009
Diposkan oleh osmaismail di 09.29
Tidak ada komentar:
Poskan Komentar
Beranda
Langganan: Poskan Komentar (Atom)

Anda mungkin juga menyukai