Anda di halaman 1dari 9

Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 1-6 (Modul UPSI-

PJJ)
Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif





1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni
persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran.

2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai
dan
membuat keputusan.

3. Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya
kreatif
dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

4. May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.

5. Torrance (1970) : Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

6. Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu ;
a) menerusi aktiviti seni
b) aktiviti harian mengikut umur.

7. Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.
2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.
4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi
8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam.
10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi
12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

8. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna,
berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea.

9. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru dalam
aktiviti
seni. Membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan
mencungkil bakat.

10. Empat ciri pemikiran kreatif :
a) imaginatif
b) keberanian
c) perkembangan idea
d) merekacipta

11. Teori-teori berkaitan kreativiti :
a) Teori dua belahan otak - Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir. Otak
kanan merupakan
bahagian otak yang melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih fokus
kepada
imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak.Otak kiri fokus pada urutan,
kemahiran
analisis dan pemikiran logik untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.

b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bono) - Emosi sangat penting dalam proses
berfikir.
Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi. Enam warna menjadi pemikiran
untuk
memakai topi ketika berdepan dengan situasi tertentu. Topi putih - mendapat
informasi yang
meliputi fakta, figura dan maklumat. Topi merah - menghadapi situasi perasaan yang
meliputi
luahan mood dan emosi. Topi hitam - semasa membuat penilaian negatif pada
kesalahan dan
halangan. Topi kuning - semasa membuat penilaian positif. Topi hijau - semasa
situasi yang
berkaitan dengan kreativiti. Topi biru - semasa situasi metakognitif yang berkaitan
aspek
seseorang yang berfikir.

c) Teori Kreativiti Paul Torrence - 7 perkara dalam proses mencungkil kreativiti iaitu :
i) Penyoalan : Stimulasi minda kanak-kanak.
ii) Penemuan : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak.
iii) Pemerhatian : Menggunakan pancaindera.
iv) Percubaan : Eksperimen dan usaha untuk terbaik.
v) Penerokaan : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling.
vi) Memanipulasi : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.
vii) Aktiviti : Mencungkil aktiviti
(4PMA)

d) Teori Multiple Creative Talent (Calvin W Taylor) - Bukan semua individu
mempunyai bakat
yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru
merangsang
pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu :
i) Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas. Bimbingan untuk meluahkan idea mengikut
kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.)
ii) Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk penambahbaikan
karya)
iii) Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada idea baru yang lebih
bermakna)
iv) Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui proses penerokaan. Guru
beri
pujian dan galakan).
v) Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal diterjemah
dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk asalnya)

e) Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development (Lowenfeld) - Aktiviti seni
yang
dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menggunakan
deria pencaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan
merekod. 8 kategori
kreatif Lowenfeld iaitu :
i) Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikan dengan situasi
ii) Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengaitkan idea dengan
hasil
kerja kreatif.
iii) Kelenturan - Sanggup menerima perubahan.
iv) Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapa
v) Pemikiran bercapah - Mengembangkan idea
vi) Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis.
vii) Kompleks - Membuat sintesis
viii) Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif.
* 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ;
i) kelancaran - menterjemah idea secara spontan dan pantas.
ii) flesibel - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.
iii) keaslian - Idea yang baru dan asli
iv) kepekaan - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan.

f) Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (Fisher 1943) - Terdapat lima tahap
pemikiran kreatif
iaitu :
i) Peringkat rangsangan - Guru mengemukakan soalan untuk merangsang pemikiran
kreatif
kanak-kanak. Interaksi secara aktif kerana ingin tahu.
ii) Peringkat penerokaan - Guru membimbing mencari jawapan dan penyelesaian.
Berupaya mencari dan pemikiran ke hadapan.
iii) Peringkat perancangan - Proses perbincangan, pemerhatian, interaksi sebelum
aktiviti
sebenar.
iv) Peringkat aktiviti - Pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang. Guru
membimbing semasa kanak-kanak melaksanakan aktiviti.
v) Kajian semula - Menilai keberkesanan aktiviti/tindakan. Membimbing untuk
penambahbaikan dan memberi pendapat.
(RPPAK)

Unit 2 : Pendekatan dan Teori Seni

1. Seni bermaksud sesuatu yang halus. Terbahagi kepada dua iaitu seni visual dan seni
persembahan.

2.Teori Seni Klasik (Plato, Aristotle dan Socrates) :
i) Menekankan kesejagatan (nilai rentas budaya tanpa mengira ras, ruang dan waktu
serta nilai
dalam masyarakat), keabadian (konsep kehidupan dari segi fizikal, nilai, sikap dan
kerohanian) dan kebenaran ( kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengan
keadilan,
tatasusila dan kebijaksanaan)
ii) Plato : Teori peniruan. Seni berasaskan idea yang berciri idealistik/ menekankan isi.
Kecantikan
hanya sementara.
iii) Aristotle : Menolak teori Plato kerana kecantikan ialah sifat fizikal manusia.
Menekankan
bentuk dan waktu.
iv) Socrates : Penciptaan seni berkonsep keseluruhan dan kesatuan disamping
mempunyai ciri-ciri
kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan.

3. Teori Kosmologi : Berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam
ruang dan
masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang
tersebut.
Contohnya : Ukiran patung oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan kepercayaan
animisme.

4. Teori Seni Kontemporari (Teori Erwin Panofsky dan Teory Susanne K.
Langer): Membentuk
identiti, stail dan teknik tersendiri.

i) Teori Erwin Panofsky - membincangkan tentang objek dan makna melalui pernyataan
ikonografi (persoalan tentang objek dan makna). 3 objek makna dalam karya seni :
Objek yang natural (primari) - meliputi manusia, binatang, tumbuhan dan persekitaran.
Makna daripada peristiwa dan ekspresi perasaan.
Objek yang biasa (sukender) - menggambarkan arca(objek) yang menunjukkan
peristiwa dan makna. Contoh gadis pegang buah peach (kejujuran)
Makna intrinsik (isi) - makna menentukan sikap, pendirian dan falsafah.
ii) Teori Susanne K. Langer :Menolak teori peniruan Plato. Karya seni merupakan
perasaan
pengkarya yang hanya sebagai ilusi. Bentuk menjadi tumpuan utama dalam falsafah
seni.
Terdapat 7 konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang,
ilusi
dan imej.(BAEPLII)

5. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak
meliputi pendekatan
konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi
dalam pdp.

6. Pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar
berdasarkan pengalaman mereka.
Bruner telah menggariskan tiga prinsip iaitu :
i) Pengajaran berdasarkan kesediaan dan pengalaman serta mengikut konteks
kesanggupan kanak
-kanak untuk belajar.
ii) Mengorganisasi pengajaran mengikut struktur atau urutan dengan mudah.
iii) Pengajaran perlu melangkau maklumat guru yang dirangka untuk memudah cara
penghasilan
ilmu.

7. Pendekatan konstruktivis boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara iaitu:
i) Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang
diterima.
ii) Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.
iii) Menyampaikan maklumat secara berkesan.
iv) Memberi pujian ketika berjaya dan galakan ketika gagal kepada kanak-kanak.

8. Teori Sosial-Interaksi Piaget : Berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.
i) Pengetahuan kanak-kanak tidak mencukupi. Justeru, interaksi sosial bersama rakan
dan
guru dapat menambah pengetahuan.
ii) Dua proses yang digunakan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran ialah
proses asimilasi dan proses akomodasi (yang menggalakkan perkembangan
kognitif)
iii) Peringkat kognitif terbahagi kepada empat peringkat iaitu
a) deria pergerakan (0-2 tahun) : interaksi melalui pancaindera.
b) praolahan ( 2-6 tahun) : imaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan. Mula
menguasai
nama untuk setiap objek.
c) pengolahan konkrit (7-11 tahun) : kemahiran bahasa dan komunikasi tinggi.
Memahami
konsep lain seperti angka, pengklasifikasian serta mampu melihat sesuatu perkara
daripada
pelbagai perspektif.
d) pengolahan formal (12 tahun ke atas) : perkembangan fizikal lebih daripada
perkembangan
mental. Mula memahami konsep abstrak dan membentuk identiti diri. Namun
kekurangan
pengalaman menghadkan pengetahuan dan kebolehan mereka.

9. Teori Gestalt : Tumpuan kepada kognitif untuk mengenal pasti otak individu bertindak
pada
persepsi yang diterima melalui deria penglihatan. Persepsi pengalaman diambil secara
menyeluruh
bukannya sebahagian. Enam hukum dalam teori gestalt ialah :
i) Pragnanz : Apabila individu berhadapan dengan pengalaman baru, persepsi menjadi
tidak
teratur.
ii) Persamaan : Mengkategorikan rangsangan yang mempunyai persamaan.
iii) Keintiman : Rangsangan yang mempunyai hubungkait diletakkan dalam kategori yang
sama.
iv) Lengkap : Meletakkan rangsangan yang lengkap dalam kategori yang sama.
v) Kesinambungan positif : Sifat rangsangan yang kekal dan tidak berubah.
vi) Ciri-ciri bahagian : Menilai objek secara menyeluruh.
(PPKLKC)

Teori Gestalt adalah rapat dengan pandangan konstruktivis dan diaplikasikan dalam
kaedah
penyelesaian masalah dalam pdp. Teori Gestalt bukan melihat produk karya seni tetapi
menekankan proses penghasilan produk karya seni.

Unit 3 : Tokoh-tokoh Seni dan Kreativiti Kanak-kanak

1. Paul Torrance dikenali sebagai bapa kreativiti. Menggunakan Torrance Test of
Creative
Thinking untuk menguji tahap kreativiti kanak-kanak bagi menggantikan Ujian IQ
(Intelligent
Quotes) yang dikatakan tidak sempurna.

2. Calvin W. Taylor penerima anugerah American Psycology Association Richardson
Creativity
pada tahun 1970. Bakat kanak-kanak tidak sama. Oleh itu, 9 bidang dikenalpasti untuk
membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif iaitu i) pemikiran kreatif dan bernas
untuk
mendapat idea, ii) mengimplementasikan idea, iii) kemahiran merancang, iv) kemahiran
meramal,
v) membuat keputusan, vi) kemahiran berkomunikasi, vii) kemahiran sosial viii) peluang
yang
menyerlah, ix) pencapaian akademik yang baik.

Guru perlu mengesan dengan mencari kaedah alternatif untuk membangunkan kreativiti
kanak-
kanak dan memberi impak positif

3.Victor Lowenfeld berpendapat naluri dan keingingan merupakan faktor utama bagi
mereka
berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Kanak-kanak akan mengalami dan
menyedari
masalah, menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti. Pelbagai halangan
dihadapi iaitu
psikologi dan persekitaran serta budaya yang memerlukan peranan guru untuk
membimbing murid
-murid.

4. June King McFee berpendapat seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk komunikasi.
McFee
menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orentasi
komuniti.
Perlu ada pengalaman estetika dalam semua objek di persekitaran yang
dipengaruhi konteks
budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.

5. Carl Rogers mengatakan kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseoran
itu
bertindak ke atas sesuatu. Beliau memperkenal teori terapi iaitu :
i) keterbukaan kepada pengalaman
ii) cuba menikmati kehidupan yang dialami
iii) menghargai diri sendiri
iv) mengamalkan kebebasan
v) menjadi individu yang kreatif , sihat, bebas, bertanggungjawab serta dapat berfungsi
sepenuhnya dalam kehidupan.

Tindakan seseorang yang bebas dan bertanggungjawab mencetuskan keunikan dan
kekuatan
kepada individu seperti penggunaan bahan seni secara kreatif dan memberi
sumgangan kepada
masyarakat.
Torrance : Torrence Test of Creative Thinking
Taylor : Kreatif dan Inovatif
Lowenfeld : Naluri dan keinginan
McFee : Konteks budaya dan komuniti
Rogers : Teori Terapi
Unit 4 :Estetika dan Kanak-kanak

1. Estetika kanak-kanak melibatkan sifat kemanusiaan melatih kanak-
kanak mencintai dan
menghargai kecantikan di bumi ini.

2. Estetika bersifat subjektif yang mempunyai makna yang pelbagai dalam lukisan, kraf
mudah,
muzik, pergerakan kreatif, tarian, drama dan lain-lain lagi.

3. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu:
i) Estetika sikap : spontan, kekaguman, kegembiraan kanak-kanak dan perasaan ingin
tahu
dalam jiwa kanak-kanak.
ii) Estetika pengalaman : penglibatan aktif dalam seni visual dan persembahan memberi
pengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan kepada kanak-kanak.
iii) Estetika respon : menyatakan pandangan dan luahan perasaan pada karya seni.
Respon
fisiologi melalui ketawa, takut manakala respon mental melalui keputusan dan
pandangan.

4. Estetika adalah cabang ilmu falsafah yang menekankan
penggunaan pancaindera dalam
mengapresiasi karya seni seperti melihat, mendengar, sentuhan, merasa dan menghidu.

5. Tindak balas spontan karya seni yang mempengaruhi tindak balas estetika
ialah kualiti karya seni
dan maksud karya seni.

6. Pandangan golongan relativisme menyatakan kecantikan adalah subjektif dan terletak
pada
persepsi seseorang untuk menilainya.

7. Golongan objektivisme berpandangan kecantikan wujud dalam sesuatu karya seni dan
bukannya
terletak pada persepsi seseorang.

8. Lima strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetika karya seni
ialah :
i) Membuat perancangan
ii) Menunjukkan contoh hasil seni
iii) Berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif
iv) Membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif
v) Idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetika

Unit 5 : Imaginasi Kanak-kanak

1. Imaginasi kanak-kanak merupakan khayalan yang tinggi, sukar diduga dan kadang kala di
luar
jangkaan kita.

2. Imaginasi Kreatif merupakan imaginasi yang hebat yang dapat diketengahkan dan
difahami. Kita
perlu berfikiran positif dan membantu kanak-kanak merealisasikan imaginasi mereka.

3. Pemikiran Simbolik merujuk pada imaginasi kanak-kanak sama ada dilakukan bagi
menunjukkan dunia sebenar atau dunia khayalan. Kanak-kanak dipupuk untuk
mempertingkatkan pemikiran imaginatif supaya dapat menyelesaikan
masalah secara kreatif
dan positif. Boleh dirangsang melalui modeling atau peniruan dan amalan pedagogi yang
sihat
seperti sosiodrama, nyanyian dan ekspresi seni. Kanak-kanak boleh menokok
tambah plot cerita
dunia sebenar dengan dunia khayalan. Walau bagaimanapun tingkahlaku mereka harus
dipantau.

4. Lima aspek penting yang terdapat dalam Pemikiran Simbolik iaitu :
i) Kreativiti
ii) Kemahiran berfikir
iii) Perwakilan realiti
iv) Penyelesaian masalah
v) Bermain

5. Kitaran PBM (Pembelajaran Berasaskan Masalah) -
i) Pengetahuan Kumpulan
ii) Mengenal pasti masalah
iii) Menjana Idea
iv) Menjana isu pembelajaran
v) Menyediakan pelan tindakan
vi) Mencari dan mengumpul bahan
vii) Mensintesis dan mengaplikasi
viii) Membuat rekfleksi dan membuat maklum balas

6. Carta FILA (Facts, Ideas, Learning Issues dan Action Plan )

7. Branford dan Stein (1984) memperkenalkan kaedah penyelesaian masalah kepada 5
langkah :
i) mengenal pasti masalah
ii) mendefinisikan masalah
iii) mencari jalan penyelesaian
iv) mengambil tindakan
v) menilai tindakan