Anda di halaman 1dari 9

Corak Pertumbuhan

Manusia
Pertumbuhan (growth) adalah satu proses yang dialami di
dalam semua organisma hidup.

Proses pertumbuhan adalah melibatkan:
Peningkatan saiz (pembesaran) organisma.
Perubahan penampilan / rupa organisma.
Peningkatan dalam bilangan sel-sel.
Pembangunan fungsi organ organisma.




Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua cara,
iaitu melalui:
Ketinggian badan (body height)
Berat badan (body weight)

Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada beberapa
peringkat. Pada setiap peringkat, akan terdapat perubahan dari segi
bentuk, saiz dan rupa.

Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada manusia:
Peringkat awal (infancy)
Zaman kanak-kanak (childhood)
Remaja (adolescence)
Dewasa (adulthood)
Usia tua (old age)

Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh
dipaparkan melalui lengkung pertumbuhan (growth
curve). Lengkung pertumbuhan ini adalah berbentuk
S (S-shaped) atau sigmoid
Lengkung pertumbuhan manusia.
Berdasarkan rajah di atas, tumbesaran manusia terbahagi
kepada peringkat berikut:

Peringkat awal (peringkat I).
Peringkat awal adalah dari umur 0 - 1 tahun. Kadar
pertumbuhan pada peringkat ini adalah cepat.

Zaman kanak-kanak (peringkat II).
Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari umur 1 - 12 tahun.
Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah perlahan
sehinggalah remaja.

Remaja (peringkat III).
Peringkat remaja adalah dari umur 12 - 20 tahun. Kadar
pertumbuhan pada peringkat ini terdapat sedikit
peningkatan.

Dewasa (peringkat IV).
Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah
malar (constant) atau sifar. Ini bermakna
bahawa pertumbuhan/tumbesaran manusia
telah berhenti. Walau bagaimanapun, terdapat
bahagian yang tumbuh sepanjang hayat, iaitu
kulit, kuku dan rambut.

Usia tua (peringkat V).
Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan adalah
negatif dan saiz tubuh manusia juga mula
mengurang. Peringkat ini berakhir dengan
kematian.

Walaupun lengkung pertumbuhan (growth curve)
manusia secara umumnya adalah sigmoid, tetapi
terdapat perbezaan dalam pertumbuhan pada lelaki
dan wanita.










Lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan.

Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan
perempuan/wanita di atas;
Kadar pertumbuhan budak lelaki adalah sama seperti
budak perempuansemasa peringkat awal (bayi).

Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan budak
lelaki adalah melebihi budak perempuan semasa
zaman kanak-kanak.

Antara umur 12-14 tahun, kadar pertumbuhan
adalah dilebihi oleh budak perempuan. Ini adalah
kerana seorang budak perempuan mencapai akil
baligh (puberty) pada usia yang lebih awal (kira-kira
12 tahun) dan zaman remajanya juga berakhir awal
(kira-kira 16 tahun).


Seorang budak lelaki mencapai akil baligh
pada usia lewat sedikit(kira-kira 14 tahun)
dan zaman remajanya pula berakhir pada
umur kira-kira 18 tahun. Jadi,
ketinggian perempuan adalah melebihi
lelaki pada peringkat remaja.

Disebabkan tempoh pertumbuhan
seorang lelaki adalah lebih panjang, jadi
ketinggian seorang lelaki melebihi seorang
perempuan, adalah pada umur 18 tahun
dan ke atas.
Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah peringkat
yang paling penting dalam pertumbuhan
manusia. Jadi, kanak-kanak mestilah diberi:
Diet yang seimbang kerana nutrien seperti
karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam
mineral boleh memastikan pertumbuhan yang sihat
dan mencegah pelbagai penyakit kekurangan seperti
marasmus (lemah seluruh badan), riket, kwashiorkor
dan beri-beri.
Bimbingan, perlindungan, kasih
sayang dan pendidikan bagi memastikan
pertumbuhan rohani yang sempurna.

Anda mungkin juga menyukai